CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Sejarah Donia Am - Kampoi Smua Skali!

[Copy link]
 Author| Post time 24-3-2010 06:18 PM | Show all posts
lain2 peristiwa menarik pasal sultan2 Othmaniah ini macam dalam kisah tokoh2 seperti:

1) sultan Murad II anak kpd sultan Muhammad I
2) sultan Muhammad al'Fateh menakluki Konstantinople
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2010 06:32 PM | Show all posts
Muhammad I

- anak bongsu sultan Beyazid, jugak disebut sbg Muhammad Jelby.
- puak2 Europa smua sangka yg nasib amir Muhammad I akan sama mcm amir2 len kat Asia Kecil x mungkin bleh bangkit smula.
- Muhammad ini sabar lah dia, menyusun smula daulah.
- dia mengalahkan satu2 smua abang2 dia, 10 tahon lamanya perang saudara.
- lapan tahon pemerintahan daulah Othmaniah barulah boleh bangun smula.
- dia mula2 berdamai smula dengan maharaja Bizantium n bagi smula wilayah2 Bizantium yg di pantai laut Itam.
- dia pon berdamai dengan republik Venezia yg kapal perang dorang dihancurkan di laut Calipoli.
- lepas dh nampak tenang skit suasana di Europa Timor n hubungan x kacau lagi, dia mula mengalahkan negeri2 Asia Kecil yg memihak kpd Timurlane masa perang dolu.

- muncol jugak pd masa yg sama, manusia yg nama Mustafa.
- dia mengaku dia anak sultan Beyazid padahal dalam perang dgn Timurlane dia dilaporkan dh mati.
- dia tuntut daulah n pemerintahan.
- Muhammad trus saja perang x cakap banyak.
- Mustafa itu kalah dekat Saloniki.
- Mustafa itu lari ke Baizantium n minta suaka, maharaja Baizantium x mo kasik walopon Muhammad I minta.

- sultan Muhammad I ninggal pd tahon 824 H (1421 M) lps berjaya bangunkan smula daulah Othmaniah dr kalah perang.
- pembangunan n pemulihan yg cepat itu menyebabkan raja2 Europa terkejut sb cuma ambil masa 10 tahun sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 07:24 PM | Show all posts
Sultan Murad II

- masa menjadi sultan, umornya baru 18 tahon.
- dia melanjutkan usaha berdamai ayahnya dengan kerajaan2 Europa Timor.
- dia pon buat perjanjian dengan prince Qarman x akan serang satu sama len selama lima tahon.
- perjanjian sama juga dibuat dengan Magyar (Hungary).

- sebab dia masih hingusan, maharaja Bizantium, king Manuel hanya pandang mudah saja kpd Murad II sb dia masih budak2.
- maharaja Bizantium hantar surat bg nasihat kpd Murad II mcm bg nasihat kpd budak2 kecil.
- maharaja itu jugak nasihatkan sultan Murad II supaya hantarkan adik2 dia kepada dia di Konstantinopel untuk bg didikan sopan raja2 kat mereka.
- sultan hanya tolak dengan sopan, mengatakan bahawa x perlu la belajar dr orang Kristos, dia Muslim ada cara sniri.

- maharaja Manuel pon x suka lah dengan kata2 sultan Murad II, dia pon lepaskan Mustafa yg dolu mengaku anak sultan Beyazid yg disimpan dalam kerajaan Bizantium.
- maharaja Manuel suroh org itu buat kacau n memberontak dengan syarat2 bahawa negeri2 bawah pengaruh Othmaniah yg pernah ada dalam wilayah Bizantium diberi balik kpd Bizantium jika pemberontak menang.

Pemberontakan Mustafa

- mula2 hampir nak berjaya lah pemberontakan Mustafa.
- ramai org dh mula terpengaruh n ikot dia.
- beberapa negri dalam benua Europa dh boleh dikuasai n dia rancang nak seberang Dardanella untuk serang Murad di Asia.
- Murad mmg dh tunggu di situ, sb dia mmg dh jangka.
- dia kalahkan Mustafa dengan muslihat perang, n Mustafa tu lari smula ke Europa.
- mana2 Mustafa tu pegi pon takda sapa mau terimanya, akhirnya dia kena tangkap n dihukom bunuh.

Kemenangan Murad II

- lepas itu, maharaja Bizantium hantar surat ucap tahniah pula kpd Murad II.
- Murad II x amik peduli surat itu, dia hantar 20, 000 askar mengepong kota Konstantinople.
- tp kemudian askar2 tu kena ditarik balik sb jadi pemberontakan di Asia Kecil.
- seorang pemberontak tersebut adalah adik kandung Murad, Mustafa juga nama dia.
- pemerontakan dapat dipadamkan n kedudukan Othmaniah kukuh smula di Asia Kecil.

Kemangkatan maharaja Manuel

- setahun lepas pemberontakan Asia Kecil, maharaja Manuel meninggal.
- dia diganti Yohannes Palilogue.
- maharaja baru ni x cerdik macam bapak dia.
- dia tandatangan perjanjian dengan Othmaniah untuk bayar jizyah selain menyerahkan kota2 sekeliling Konstantinople kpd Othmaniah.
- maharaja dudok terkurong dalam Konstantinople sahaja.
- Saloniki yg dolu2 asyik berpindah2 pemerintah diserap masuk dalam Othmaniah balik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 07:54 PM | Show all posts
Penaklukan Albania

- sultan Murad II menakluki Albania n Albania waktu itu pecah dua jadi Albania Utara n Albania Selatan.
- sebelah selatan diperintah oleh keluarga Florence.
- anak2 Florence ni berebut kuasa.
- bila Othmaniah masuk, dorang menakluki Ianinna n kubu2 lain.
- Albania Utara lak diperintah oleh Jean Castriota, orang asli Albania.
- dia mengaku bayar jizyah kpd Othmaniah tiap2 tahon n bagi empat orang anak laki2 dia yg kecik2 lagik kpd istana Othmaniah untuk belajar n khidmat.
- anak Castriota yg sulong nama dia Georgius Castriota n kemudian dikenali sbg Sikander Bey, dia kemudian murtad ke Katolikos balik n lari pastu lawan balik dengan sultan.

Penaklukan Falakh

- dari Albania, tentera Othmaniah ke Transylvania.
- takhta ditawan dr seorang lelaki yg x ada hak pon ke atas negeri tersebut iaitu Count Oswald Dracula.
- dia janji nak bayar jizyah tiap2 tahon kalo Othmaniah janji nak jaga kedudukan dia.
- dia juga sumbangkan tentera untuk Othmaniah jika jadi perang.

Selepas Penaklukan

- negeri2 Europa mula risau balik.
- dorang mula berura-ura nak hancurkan balik daulah Othmaniah.
- raja Sigmund of Magyar yg lari dr perang mencadangkan balik serang Othmaniah.
- dia mengajar Prince of Qarman sama2 serang.

Pemberontakan negara Europa

- baru aja sultan Murad II nak ke Asia Kecil lepas selesaikan masalah di Europa, tiba2 Prince of Falakh n Prince of Serbia memberontak.
- lepas selesai menundukkan Prince of Qarman, sultan Murad II tergesa2 balik smula ke Europa.
- mula skali dia tundukkan balik Count Dracula.
- Prince of Serbia, Georgius Brancowitzt lepas lihat kekalahan Count Dracula, dia pon menyerah saja n mengaku tertakluk kpd Othmaniah.
- buktinya Prince of Serbia tunduk, dia hadiahkanlah anak perempuan dia jadi isteri sultan Murad II.
- di Magyar (Hungary), raja Sigmund pon kena serang sb buat perancangan x elok.
- negeri Magyar kalah, 70, 000 penduduknya dijadikan tebusan n dihalau ke dalam Othmaniah (Turki).

- baru saja sultan Murad II kuar dr kawasan perang, Brancowitzt keluar dr Serbia n bergabung dengan raja Albert of Magyar yg menggantikan raja Sigmund untuk perang dengan Othmaniah.
- sultan Murad II terpaksa pusing balik, n baru saja puak2 Serbia n Magyar itu nampak serban2 orang Othmaniah, dorang pon lari.

Perang Hermaanstade

- selepas kepungan kota Belgrade, tiba pulak masa kekalahan bg Othmaniah.
- di Magyar, muncul panglima bernama Jean Hunyade, yg sanggup memerangi Othmaniah.
- dalam peperangan di Hermanstade, tentera2 jumlah besar dr Othmaniah berjaya dikalahkan Hunyade.
- kemudian jadi perang lagi di Vassag tahon 846 H sama dengan 1440 M, sultan Murad II kalah.
- kekalahan yg berturut2 tidak mematahkan semangat Othmaniah, orang lagi heran pula lihat kesabaran sultan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 09:30 PM | Show all posts
Paparan sejarah dunia versi Malaysia yang tampaknya masih "objective" .....

Menurut saya jauh lebih menarik jika anda membahas sejarah Malaysia yang konon katanya telah banyak dirubah atau dimanipulasi untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu ..... apalagi jika bisa anda bandingkan dengan "fakta" yang sebenarnya ada ..... saya tunggu sebab ini mungkin bisa memberikan "pencerahan" atau "kesadaran" bagi rekan-rekan anda yang telah di "brainwashed" selama ini ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 09:42 PM | Show all posts
nanti la ang nih, gigih nk tau pasai malaysia...tak sampai pom lg kt asia tenggara...tunggu la dolu negara2 lein punya history
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2010 12:10 AM | Show all posts
Paparan sejarah dunia versi Malaysia yang tampaknya masih "objective" .....

Menurut saya jauh lebih menarik jika anda membahas sejarah Malaysia yang konon katanya telah banyak dirubah atau dimanipu ...
jf_pratama Post at 24-3-2010 21:30


dan2 la pak prathom, glojoh sunggoh... smua manipulasi pon skali dengan manipulasi Hindun pon kluar sama jangan risau lar, smua negara pon bukan baik, bukan jahat selalu ada masa naik ada masa turon.... lani baru cakap pasal Othmaniah x masok lagik sejarah Malaysia. Sejarah benua India pon x masok lagik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 12:15 AM | Show all posts
errr, sejarah Islam aku x amik rujukan buku teks M'sia, aku pakai kitab bahasa Arab. aku x pakai satu bahan rujukan sahajo. tp pakai skalik dengan tesis orang2 Universiti. jadik hangpa bukan dapat stakat maklumat blog sahaja, hgpa dapat jugak maklumat dr tesis2. aku bg free sahaja x yah bayar. smata2 sebab hamba pada Tuhan n ilmu pengetahuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2010 01:12 AM | Show all posts
44# genot

Semangat Baru kerajaan Europa

- dua kali kemenangan besar atas Othmaniah menyebabkan orang2 Europa berasa bersemangat.
- hal ni turut menarik perhatian Pope.
- Pope di Italia sniri menghantar tentera dia sniri bawah pimpinan Kardinal Cessarini n utusan2 dihantar ke seluruh Europa buat menjual surat pengampunan (Indulgencia) kpd sapa2 yang ingin bertaubat dosa.
- surat ini banyak laku dijual n Pope gunakan untuk membiayai peperangan dengan Othmaniah.

Pembentukan Tentera Salib

- raja2 Europa pon turut mendengar seruan Pope sehingga terbentuklah 'tentera salib' terdiri daripada Magyar, Poland, Perancis, Jerman, Venezia, Genoa, Falakh (Transylvana), Bosnia, n Serbia.
- ada tiga orang ketua angkatan perang iaitu Hunyade of Magyar, Ledasle of Magyar menggantikan Albert, n Cardinal Cessarini mewakili Pope, n ketua kepada smua puak ini adalah Hunyade.
- ketika tentera Salib besar mulai menyerang wilayah Othmaniah, Sultan Murad II sedang cb memadamkan pemberontakan amir Qarman di Asia Kecil.
- tentera Salib cuba menyekat selat Dardanella supaya sultan Murad x dapat balik ke Europa melawan serangan.
- nasib sultan baik pula, dia dapat segera menyebrang selat Dardanella sebelum sekutu2 puak Salib sampai, maka dia terlepas dari kepungan di bahagian Europa.

- Di Nice pecah peperangan, n sultan dikalahkan oleh panglima Hunyade pada 874 H (1443 M).
- Hunyade merampas Sofia n meneruskan serangan sampai melintas pergunungan Balkan dalam musin sejuk.
- lagi sekali tentera Othmaniah kalah di Yelevaz.
- ramai orang fikir yg Hunyade akan terus menyerang pusat kerajaan Othmaniah iaitu Ederne, tp sampai kat tengah jalan, Hunyade mcm tercengang2, kaki dia x leh melangkah menuju masuk dalam gerbang Ederne.
- mungkin sb dia rasa kat tengah jalan tu ada lagi kekuatan Othmaniah yg lain tengah tunggu nak hancurkan tentera dia kat situ.
- tentera Hunyade diundurkan dia sniri n orang ramai rasa heran sb dia mengundurkan askar dengan tergopoh-gapah seolah2 macam akan ditimpa mara bahaya.

Perjanjian Damai Sultan dengan Hunyade

- Sultan Murad II x pula mengejar orang2 yg lari itu sb dia n tentera dh letih lah.
- lepas dh beberapa kali kalah, sultan sniri mengadakan perjanjian damai n Hunyade hanya trima sahaja.
- dalam perjanjian, Othmaniah akan mengembalikan smula Serbia n smua kubu2 n kota kepada Georgius Brancowitzt, mengembalikan Falakh kpd C. Dracula, n menyatakan bahawa perintah negeri2 tersebut akan datang dr Magyar (Hungary).
- dalam perjanjian juga mereka janji tidak akan mula perang selama 10 tahon n bg menguatkan perjanjian pd bulan Rabi'ul Akher 848 H kesamaan 1444 M, mereka melakukan sumpah dengan raja Ledalase menjunjung Injil n sultan Murad II menjunjung al'Quran.
- dengan perjanjian berat sebelah ini, Othmaniah menerima kerugian n sultan bersabar.
- walau bagaimanapon, putera sultan yg sulong bernama Alauddin pula meninggal dunia, hatinya gundah gulana.
- mula dia menjadi benci trus kpd segala benda2 keduniaan n mendekatkan diri dengan tasawwuf.

Pengunduran sultan Murad II

- sultan pon mengundurkan diri ke Magnesia untuk bersuluk.
- dia jugak kemudian diakui sbg seorang ahli falsafah n tasawwuf yg terkenal juga disebut oleh Voltaire dalam rowayat raja2 Othmaniah.
- kesultanan ditinggalkan kpd puteranya Muhammad n dia percaya dengan perjanjian yg ada angkat sumpah kitab suci.
- 10 tahon dia pikir sempatlah putera dia membangunkan semula daulah.
- tp masa baru mula nak berkhalwah di Magnesia, Cardinal Cessarini n Pope cuba mengatur rancangan nak menghalau orang kafir 'Islam' dr Europa.
- sultan tua pon dh pergi berkhalwah, n putera pon baru usia 14 tahon.

Rancangan Memungkiri Perjanjian Damai

- rancangan cardinal Cessarini disampaikan kpd Pope Eugenius IV n dia pon setuju tidak membantah pula walaupon ada perjanjian dengan saksi kitab suci.
- hal ini juga disampaikan kpd raja Magyar, iaitu Ladeslase, tp raja ini susah nak terima usul itu sb terikat dgn sumpah janji.

- Cardinal Cessarini menyatakan dengan sumpah "Tiga dalam Satu" bahawa melanggar perjanjian dengan 'kafir' itu tidak adalah dosanya tp satu perbuatan terpuji direstui oleh Bapa, Anak-Nya, n Ruhul Quddus sb untuk jalan kemaslahatan masyarakat Kristos.
- Pope Eugenius IV juga mengirim surat mengajak raja Ledaslase memungkiri janji n memerintah atas nama beliau sbg ketua agama Kristos untuk melanggar perjanjian sb masa perjanjian pon Pope tidak menyatakan apa2 persetujuan.
- desakan Cardinal Cessarini n Pope Eugenius IV menyebabkan raja Magyar tunduk n mengikot sahaja.
- Hunyade yg merupakan seorang rider (sateria) pon berasa bahawa perbuatan tersebut sbg hina tp selepas dia dijanjikan untuk menjadi raja di Bulgaria, maka dia stuju pula lah nak melawan janji x perang selama 10 tahon itu.
- Hunyade mencadangkan supaya orang Othmaniah dibiarkan dolu meninggalkan kubu2 di Serbia mengikot perjanjian yg dimeterai n kemudian Serbia pon menyertai pakatan melawan sumpah n janji.

- Cardinal Cessarini mengajak agar smua orang yg menandatangani perjanjian dengan kafir Othmaniah itu supaya memungkiri perjanjian sb Pope yg menjadi wakil al'Masih di dunia pon tidak setuju dgn janji itu.
- dia meminta org ramai jgn takot dgn dosa, n kalau berasa berdosa juga biar dia menanggungnya sbg Cardinal untuk org2 yg berasa berdosa.
- dia pon sedia 'meberkati' senjata2 yg akan digunakan dalam peperangan.

- maharaja Baizantium yg mendengar hal ini walaupon berlainan aliran dan tidak tertakluk kpd Roma pon turut mengirim surat bersama2 dengan Cardinal Franciso Konleldemerius n laksamana armada Pope kpd raja Magyar supaya mungkir janji.
- dia menegaskan dalam surat bahawa ini saat terbaik untuk menghapuskan trus kafir Islam n Othmania dr Europa.

- negara2 len mcm England, France, Burgundi, Milano, Florencia, Venezia, n Genoa pon turut bersedia memungkiri janji perdamaian.
- rancangan peperangan diatur rapi dahulu iaitu kapal2 perang Pope akan menduduki selat Dardanella secara senyap2 bg menghalang sultan menyeberang ke Europa dr Asia Kecil.
- Maharaja Baizantium akan memberikan bantuan.
- tentera sekutu salib di Europa akan memulakan serangan, manakala amir Qarman akan menghentam angkatan perang Othmaniah smpai hancur.

- peperangan mencabuli perjanjian damai didorong sikap beragama fanatik n stengah yg lain berniat untuk menjarah, merompak, n merampas harta orang.
- ketika itu juga terjadilah gempa bumi besar di Magyar (Hungary).
- rakyat mula jadi takot, berasa bahaya akan menimpa mereka sb mencabuli janji yg termeterai dgn kitab suci.

Serangan Bermula

- perikatan tentera salib mula bergerak merentasi lembah2 Bulgaria.
- di tengah jalan mereka berniat merompak n membakar kampung orang.
- bukan saja isi2 kampong orang Islam di Bulgaria kena bakar, gereja2 sedara mereka iaitu gereja Katolikos Roma n gereja Bulgaria pon turut dirompak n dijarah.
- orang2 Islam dijadikan tawanan n dilempar dr puncak bukit.
- Rider Hunyade hanya memerhatikan dengan gelak tawa, smbil makan2 dia mendengar rintihan orang2 Islam yg kesakitan semasa diregang atau dipijak oleh kuda.
- dr sini, serangan berterusan sampai Ederne n mereka berniat hendak menghancurkan terus kota tersebut.
- mereka juga mahu menghancurkan Saloniki, Galipoli, n Aprius dr segala benda yg berkaitan dengan Othmaniah.
- Hunyade akan merentasi kawasan2 tersebut sampai dia tiba di Bulgaria n memakai takhta kerajaan Bulgaria.
- mereka masih fikir sultan Murad II sedang berkhalwat di Asia Kecil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 01:33 AM | Show all posts
Kepulangan Sultan Murad II

- rakyat dalam Othmaniah berasa bahawa sultan Muhammad yg baru berusia 14 tahon masih belom cukop matang menghadapi serangan luar.
- mereka segera menjemput sultan Murad I balik smula n meminta dia pulang smula ke Ederne.
- sultan Murad II trus bukak jubahnya n pakai balik pedang kerajaan lalu balik smula ke Ederne.

- sultan Murad II menghantar utusan kpd kapal perang Genoa walaupon waktu itu Genoa termasuk dalam perikatan tentera salib n kemudian orang2 tersebut pon mengangguk.
- lepas tu tiba2 tentera Othmaniah seramai 40, 000 orang menyeberangi selat Dardanella sampai ke daratan sebelah Europa menggunakan sampan2 dr kapal perang dr Genoa.
- tiap2 sampan2 dr kapal perang dibayar ikot kepala tentera Othmaniah yg diangkut sebanyak 1 dinar emas.

- sultan trus menyeberangi selat sampai ke Wane, sama hari dengan ketibaan perikatan tentera salib.
-perang yg dahsyat pon pecah n sultan Murad II mengikat smula perjanjian dengan saksi kitab suci macam mula2 dolu bersaksikan musuh2 smua dekat puncak bendera perang serta bersaksi langit n bumi.
- rider Hunyade sdh x peduli lagi dia sudah terlanjur trus sahaja melancarkan serangan demi kemenangan salib n al'Masih (sebenarnya skali dengan nak jadi raja Bulgaria gak).

- Sultan Murad II nyaris nak berundur n rs lemah semangat sb janji dimungkiri.
- orang2 besar sultan, bersorak supaya padi shah (sultan) tidak putus asa n sultan pon tersedar.
- ms sultan baru tersedar lepas emo, nampaklah raja Magyar, king Ledaslase nak menetak sultan dnegan pedang, lalu sultan cepat2 angkat tombak panjangnya n menusuk ke dada king Ledaslase tembus ke punggung n dia jatuh ke kaki kuda sultan.

- seorang ketua tentera Inkishariah turun dr kuda n menetak kepala mayat king Ledaslase n menancapkannya dengan tombak sambil menjerit, "Hai kafir segala kafir, ni lah kepala raja korang!"
- tentera Islam smua mendengar n mengagungkan Allah.
- askar2 salib nampak kepala raja mereka berasa gentarlah n sultan Murad II membaca zikir di sisi mayat raja Magyar itu.

- Rider Hunyade pon lari, Cardinal Cessarini yg berjanji untuk menanggung beban dosa memungkiri janji dengan puak 'kafir' Islam pon tergedik2 lari masuk dalam kapal menyeberang sunga Danau.
- kapten kapal yg dinaiki oleh Cardinal Cessarini yg menyampah kpd Cardinal Cessarini itu menikamnya smpai mati n mengambil emas n perak yg dibawa oleh Cardinal itu.

Lepas Perang

- sultan Murad II menghalang tenteranya supaya jangan balik lagi, lihat dahulu bagaimana musuh lari n kemudian sultan Murad II bersujud syukur kpd Allah menghadap Qiblah.
- sultan Murad II menulis surat kpd Sharif Makkah, Sultan Mesir, n Shah Parsi memaklumkan berita tersebut.
- maharaja Baizantium di Konstantinople mendengar berita itu trus menghantar utusan bg menjamin kedudukannya n minta perjanjian baru, sultan pon menerima n memberikan perlindungan kpd kerajaan Baizantium smpai meninggal maharaja waktu itu tahon 1448 M, dia memegang janji setia dh x mungkir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 01:45 AM | Show all posts
Sultan Murad II Memegang Kesultanan Smula

- niat sultan nak kembali ke Magnesia untuk berkhalwat x diizinkan Allah.
- orang ramai bimbang orang Europa Kristos akan serang balik.
- di Ederne pon ada masalah baru iaitu askar2 Inkishariah membuat huru hara, susah nak dikawal sb sultan Muhammad x reti kawal mereka.
- pembesar2 n wazir smua pon risau n meminta sultan Murad II berhenti sekejap berkhalwah minta jaga kesultanan sebentar lagi.
- sultan terpaksa akur sebab pusaka kesultanan penat2 nenek moyang beliau dirikan n sebab keagamaan.

- beliau aturkan supaya sultan Muhammad pergi berburu dengan Khalil Pashah iaitu perdana montri.
- kemudian sultan Murad II dudok balik atas takhta kesultanan n bila sultan Muhammad balik, dia nampak ayahnya di situ n askar Inkishariah berjaya ditundukkan.
- sultan Muhammad menerima kenyataan n menghormati ayahandanya, n sultan Murad II buat begini supaya sultan Muhammad tidak tersinggung.

- sultan Muhammad kemudian dihantar oleh sultan Murad jadik amir dahulu di Magnesia bg melatihnya dalam pemerintahan.
- sultan Murad II terpaksa lah memerintah sampai akhir hayat dengan penaklukan semula wilayah terlepas.
- mula2 skali sultan takluki adalah Duke Florencia Neiro Acciavelli yg dh wat kubu2 pon sekeliling negerinya n negeri duke ini berjaya ditundukkan pd 850 H (1446 M).
- selepas itu melawan dengan bekas anak angkat sultan iaitu Georgius Castriota yg pernah menganut Islam dengan nama Sikander Bey n lepas lari balik ke Albania dia pakai gelaran Prince of Albania n Epirous.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 02:05 AM | Show all posts
Peperangan Othmaniah dengan Albania

- tahon 851 H (1447 M), Sultan Murad II memimpin peperangan di Albania menakluki Sikander Bey yg degil.
- 18 bulan lamanya sultan berperang dalam wilayah itu tp Sikander Bey atau Georgius Castriota masih x kalah2.
- walaupon gitu, dua kota dalam Albania seperti Stefigrad, n Dibra berjaya ditundukkan.

- Rider Hunyade yg menjadi gabenor negara Magyar pemangku king Ledaslase pula mengambil kesempatan menyerang sultan secara besar2an.
- sultan x tangguh2 lagi, dia menghalakan serangan ke Magyar pulak n di lembah Kosh askar Othmaniah n askar Magyar bertembung.

- mula2 sultan akan hantar surat dolu macam biasa, minta agar perang dielakkan n berunding sahaja, sb peperangan zaman2 dolu banyak dh darah mengalir.
- Hunyade buat2 x paham sifat musuhnya orang kafir itu, bahawa musuh itu x suka mulakan perang.
- dia menyangka ajakan tersebut menandakan sultan mengakui kelemahan n mmg lemah betol.
- utusan ditolak, n Hunyade memulakan serangan dahulu tanpa menunggu2 lagi bantuan dr Sikander Bey.
- ikot kajian sejarawan, mungkin Hunyade pon berasa nama dia dh mula x masyhur mcm dolu2 lagik, n nama Sikander Bey plak mula harum di Europa dalam kalngan orang2 Kristos Europa maka dia cb nak melawan sniri.
- tentera Falakh (Transylvana) yg mula2 bergabung dgn Magyar melihat perbuatan berani mati Hunyade itu mula mengundurkan diri.

- Hunyade menyerang mula pd 852 H (1448 M) selama 3 hari 3 malam n sultan Murad II bertahan dengan sabar.
- sekali lagi angkatan perang Othmaniah menang.
- Hunyade melihat kekalahan angkatan perangnya lari dr medan perang dengan lemah longlai, kusut masai, rambut pn dh beruban, hilang habis cahaya lambang kebesaran di muka.

- Sikander Bey melihat kemusnahan angkatan perang Hunyade n dia memilih x melawan sultan dengan cara berdepan tp pakai tektik gerila.
- siang2 x nampak, tp malam2 bru keluar cr tentera Othmaniah n kacau.
- sultan pon pernah memujuk Sikander Bey tunduk saja bayar jizyah, n dia akan mengakui Sikander Bey jd Prince of Albania dengan perlindungan Othmaniah tp Sikander Bey x mo dia nak 100 peratus bebas.

- sultan pon malas dh nak perang gerila dengan orang Albania itu, dia pon takot tentera2 patah semangat sb letih n peperangan melawan tentera2 yg x nampak merugikan sahaja.
- sultan balik smula ke Ederne n biarkan shj Albania dengan perkembangannya sniri.
- orang2 Europa smua pon brasa kagum kat Sikander Bey termasoklah gereja Roma di Italia, banyaklah bantuan diterima oleh Albania.

- di Ederne sultan mengahwinkan anaknya Muhammad dengan anak perempuan Suleiman Bey yg jadi amir di Zil'Qadr tahon 854 H (1450 M).
- lepas menikah, Muhammad balik smula ke Magnesia tp x lama sebab datang pulak berita sedih sultan Murad II meninggal pd 3 Muharram 855 H bersamaan 5 Februari 1451 M.


tamat sudah Sultan Murad II, sultan yg mengamalkan tasawwuf tp jugak seorang penakluk yg berani melawan n menakluki Europa walaupon x leh takluki seluruh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 06:24 PM | Show all posts
Sultan Muhammad al'Fateh
Penakluk Konstantinople

nubuwwat (ramalan) nabi Muhammad (saw)

- naik dalam kesultanan Othmaniah pada 16 Muharam 885 H (18 Februari 1451 M) ketika usia 22 tahon.
- ada disebut dalam nubuwwat nabi (saw) semasa perang khandak bahawa ketika baginda menghentam batu dengan tempulingnya, maka terpancar percikan api sebab batu bertemu dengan besi.

- baginda bertakbir 3 kali takbir selari dengan percikan api n bila sahabat bertanya, diceritakan oleh baginda bahawa baginda ternampak bayangan di udara istana puteh di Yemen pd percikan pertama, n percikan kedua baginda nampak bayangan istana kisra parsi, n ketiga baginda nampak mahligai istana di baizantium (konstantinople).
- sabda baginda (saw) bahawasanya "sebaik2 amir, adalah amir yg memimpin pembukaan ini."
- hadis ini sahih atau tidak, bukanlah soal besar, tp benda ini mmg menjadi buah mulot orang2 Muslim sejak zaman berzaman sblom kelahiran sultan Muhammad al'Fateh lagik.
- sebabnya kota Konstantinople ni dh beberapa kali cuba dibukak balik oleh panglima2 Muslim serta disertai oleh sahabat2 nabi (saw).


- ekspedisi sahabat misalnya disertai oleh Abu Ayyoub al'Ansari yg meninggal dunia pada tahon 52 H   di Konstantinople masa itu ekspedisi ketenteraan adalah di bawah Yazid Ben Mo'awiyah, katanya makam sahabat itu ada bawah jambatan masok ke kota sana sb hasrat beliau, nak dengar bunyi derapan tapak kaki kuda tentera amir 'terbaik' tu.
- Beyazid iaitu datuk sultan Muhammad al'Fateh pon cuba masuk kota itu tp gagal, macam tu jugak dengan ayah beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 06:31 PM | Show all posts
Sebab Konstantinople Dibuka?

1. dorongan iman kpd Allah SWT, juga dorongan dr hadis rasulullah (saw), mereka mahu menjadi orang yg disebut dalam hadis nabi (saw) tersebut n mendapat pengiktirafan Allah SWT.

2. beratos2 tahon, kota konstantinople menjadi pusat perkembangan kebudayaan Romawi n kemegahan mereka di Timur n sebelom ini umat Islam sudah membuka Mada'in yg menjadi pusat kebudayaan Parsi n untuk seimbangkan dengan kota Parsi, maka Konstantinople mesti dibuka.

3. kedudukan yang strategik terletak antara benua Asia n Europa, n Napoleon Bonaparte pernah kata bahawa pemerintahan akan jadik mudah jika pusat pemerintahan diletakkan di Konstantinople n selain tu ada tiga kota yg paling lawa masa itu iaitu Napoli di Italia, Lisboa di Portugal n Konstantinople dalam Byzantium.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 06:44 PM | Show all posts
Rancangan Pembukaan

- sebelom dibukak Konstantinople kpd cahaya Islam, nenek moyang Sultan Muhammad sudah cuba menjinakkan negeri2 Europa Timor macam Serbia, Bvlgaria, Greece, Montenegro n lain2 sb mereka cuba nak mengepong kota Konstantinople n memudahkannya dimasuki.

- hal ini akan menyebabkan kerajaan Byzantium berasa terancam n mula melakukan macam2 muslihat bg menyukarkan usaha Othmaniah, iaitu dengan menggalakkan provokasi di Asia Kecil atau di Europa.
- Byzantium jugak pernah mempengaruhi Timurlane untuk berperang dengan Beyazid, memukol Turki dengan Turki (Timurlane keturunan Turki suku Chagatai).
- amir2 sultan bani Othman yang cuba memberontak terhadap kesultanan yang sah akan diberikan perlindungan n sewaka oleh maharaja Byzantium jika mereka meminta perlindungan Konstantinople.
- mereka sengaja dijadikan 'tahanan politaik' yg memainkan peranan sbg catur yg akan dilepaskan untuk membuat kacau n melawan orang2 Islam sniri, keadaan ini menyusahkan kesultanan Othmaniah sebab nak menghapuskan masalah2 kecil yg remeh.

- keadaan Othmaniah waktu itu, x ada angkatan galeong (kapal perang) yang kuat2 dibandingkan dengan kerajaan Genova, republik Venezia, n kerajaan Pope di Vatican sniri ada galeong.
- pemindahan tentera dr Asia Kecil selalu saja dihalang2 oleh galeong2 orang Europa ini di laut Marmora n selat Dardanella.
- jika sultan Murad II x beri wang rishwah kpd askar2 Europa dr Genova yg tamak, tentu saja angkatan Othmaniah ancur, maka sangat pentingnya Konstantinople dikuasai bagi memudahkan urusan di Europa.
- sultan Murad II waktu usia sudah tua cuba nak membuka Konstantinople, tp gagal n x sempat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 07:13 PM | Show all posts
Permulaan Rancangan Sultan Muhammad

- awalnya sultan baru saja belajar selok belok n merancang dengan lama skalik supaya x gagal macam sultan dolu2.
- sultan jugak membuat perjanjian damai dengan Byzantium beberapa tahon x serang menyerang, n sultan setuju membayar tuntutan perbelanjaan seorang pencari sewaka di Konstantinople iaitu bapa sedara sultan sniri, Amir Ogurkhan.
- dengan perjanjian ini, sultan cuba melaksanakan pembukaan Balkan sebagai lanjutan usaha ayah beliau.

- baru saja selesai di Balkan, tiba2 amir2 di Asia Kecil memberontak diketuai oleh Ibrahim dr Kermiyan, juga dibantu oleh amir2 lain dengan alasan mereka keturunan amir dr Kermiyan, Aiden, n Muntasha serta cuba menuntut hak dengan angkat senjata.
- sultan Muhammad pon terkejut dengan pemberontakan ini lalu menghantar tentera di bawah pimpinan Ishaq Pasha yg menjadi amir di Anatolia untuk menyejukkan pemberontakan.
- masa awal sultan Muhammad terkejut dengan tindakan pemberontakan amir2 di Asia Kecil, tp kemudian amir Ibrahim pulak terkejut sb sultan dilihat bertindak pantas.
- maka semangat nak berontak pon luntur, amir Ibrahim serah diri saja serta minta ampun kpd sultan dengan membawa anak perempuan beliau tanda ikhlas.
- sultan kesian kpd amir Ibrahim lalu memberi ampun, waktu itu jugak datang utusan dr Byzantium mintak belanja amir Ogurkhan ditambah dua kali ganda n mesti cepat antar sb lepas dikira2 belanja dolu2 tidak cukop pula.
- kalo x antar, maka maharaja Byzantium x akan teragak2 melepaskan amir Ogurkhan buat kacau di kesultanan Othmaniah n kacau kawasan pemerintahan Othmaniah.

- orang2 besar sultan hairan sebab apa beliau sabar saja dengan amir Ogurkhan n maharaja Byzantium sedangkan kalau nak ikot, darah muda biasanya panas.
- beliau sambut utusan dengan hormat baik, n mendengar utusan baca surat.
- kemudian utusan dilepaskan baik2 n beliau janji akan cepat2 langsaikan belanja amir Ogurkhan bila dia sampai di Ederne.
- tujuan beliau buat baik dengan utusan maharaja adalah siasah n muslihat politaik sb beliau sedar bahawa beliau x boleh tunjuk kemarahan sebelom sampai ke Ederne takot2 akan dihalang oleh angkatan sekutu Europa yg mungkin akan kepong selat Dardanella n halang jalan pulang beliau.

- sampai di Ederne baru beliau bersikap tegas n menyatakan bahawa belanja kpd amir Ogurkhan akan dipotong terus.
- beliau jugak segera ikat janji x perang dengan beberapa hak tambahan kpd raja2 di Maghyar, Bornia, n pemerintah republik Venezia.

Perjanjian dengan raja2 Balkan

- sultan janji x akan serang menyerang selama tiga tahon dengan Maghyar n king Ledaslase (Hunyade).
- lepas tu beliau bina kubu n benteng kuat di selat Bosphorus dekat pantai bahagian Europa, berdepan dengan kubu yang dibina oleh sultan Beyazid, atuknya di bahagian Asia Kecil.
- tujuan benteng n kubu ni adalah untuk sekat bantuan persenjataan n kepentingan lain diterima oleh Konstantinople dr Laut Itam.
- masa buat kubu di Europa itu, sultan sebenarnya turut sama tanggalkan serban n pakaian kesultanan membuat kerja dengan tentera2 smua, angkat batu n pasir, ulama2 n pasha (panglima) smua pon malu terpaksa ikot jugak wat kerja.
- smua askar yg datang dr dalam wilayah kesultanan Othmaniah pon jd semangat n x boleh angkat muka sb ketua sniri turun padang.

- maharaja Byzantium tgk berasa cemas lah sudah, lalu baginda antar orang beritau supaya x payah la bayar lagik tuntutan belanja amir Ogurkhan itu n mintak dihentikan kerja wat benteng n kubu itu.
- maharaja pon x ada maksud nak perang dgn Othmaniah, masa zaman sultan Murad II pon dorang ada membayar ufti kpd Othmaniah.
- sultan Muhammad jawab bahawa kubu itu bukan bertujuan nak serang Konstantinople, hanya nak jaga kawasan n keselamatan wilayah Othmaniah di Asia Kecil n Europa Timor.
- kalo x wat benteng n kubu, takot2 nanti org serang macam zaman ayahnya dolu.
- kalau di Asia Timor lak, kesan x wat benteng tu menyebabkan susah dia nak ke seberang di bahagian Europa sb kena kacau.
- kata sultan: " kubu n benteng di bahagian Asia Kecil penting untuk jaga keselamatan umat Islam, untuk Europa pulak, Byzantium dah x ada upaya nak melindunginya lagi."
- sultan juga kata kpd utusan maharaja: "beritau maharaja engkau, Muhammad ini beza dengan tuk neneknya, bila kerja dah jalan, x da sapa pon boleh kacau lagik, jika antar utusan lagik mengacau, aku akan antar balik kepala dia ke sana, ada paham!"

- utusan maharaja balik dengan takut n sultan meneruskan kerja sampai siap lepas tiga bulan iaitu pd 856 H (ujong Ogos 1425 M).
- benteng n kubu itu tersergam dinamakan Rumeli Hisar (Kubu Romawi) bertentangan dengan Ghuzal Hisar (Kubu Indah) yg dibina sultan Beyazid, iaitu datuk dia di Asia Kecil.
- antara dua kubu itu, kapal yg lalu lintas di kawasan sempit dikawal ketat. n dari situ dikumpulkan kekuatan untuk menyerang Konstantinople.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2010 08:38 PM | Show all posts
Mula Othmaniah Serangan Ke Byzantium

- 21 Sha'ban 856 H (28 Ogost 1452 M), sultan kesama pengasuh2 smua keliling parit pertahanan Konstantinople untuk periksa kekuatan Constantinople selama tiga hari.
- bulan Oktober sultan antar Tarkhan Pasha ke gabenor Byzantium di Mora iaitu Tomas n Dimitrius, dua2 ni adik beradik kandung maharaja Byzantium beritau suruh jangan masuk campur bila Othmaniah membuka Konstantinople.

- musim sejuk yg teramat sejuk, maharaja Byzantium dok harap2 bahawa sultan Muhammad x jadi perang baginda pon pujuk sultan lagik.
- sultan jawab, "kalo maharaja x ska perang, bagi saja Konstantinople ke dia." Sultan pon janji x akan bg calar penduduk dalam kota itu, harta benda penduduk selamat, n sapa2 yg nak keluar kota pon dijaga selamat, sb itu pon cr terbaik mengelak perang.
- maharaja x leh wat begitu n harapkan negara2 Europa len tulong baginda sama ada dr Timor atau Barat Europa.
- Europa Barat x dapat nak antar bantuan waktu itu, hanya satu ja negara Europa yg bagi bantuan iaitu Genova, dengan antar satu angkatan laut yg kecil aja bawah pimpinan Justinianus.

Punca Rosak Pertahanan Konstantinople

- perbezaan aliran agama sangat menjolok antara Katolikos Roma berpusat di Vatican, Roma dengan Ortodoks Byzantium yg berpusat di KOnstantinople sniri.
- masalah dalam keagamaan melibatkan hal akidah kepada Yesous Hristos, akidah tiga dewata dalam satu, dan sifat lahut (ketuhanan) atau nasut (kemanusiaan) insan bernama Yesous itu.
- perselisihan sampai ke tahap fanatik, sampai mustahil nak menyatukan kedua2 igreja bahagian Timor n Barat.
- sblom itu maharaja sudah melutut depan Pope di Roma, n bila balik ke Byzantium, beliau dikeji oleh pembesar2 kerana dianggap merendahkan maruah kerajaan, keyakinan agama serta kemerdekaan kepada penguasa gereja Barat.
- pembesar2 pon ada yg terbahagi dua, sama ada bersatu dengan gereja Katolikos di Roma atau terus mempertahankan akidah mereka sehingga ada puak yang kata: "aku lagi suka lihat serban kafir Islam dalam kota ini drpd lihat topi orang Roma."

Strategi Sultan Masok Kota Konstantinople

- lepas 9 bulan kota dikepong, dengan selat Bosphorus sempit dipagari rantai besi besar2, susah kapal kesultanan Othmaniah nak masok, tp sultan Muhammad mendapat akal jugak.
- malam2 buta dia memerintahkan pindah 70 buah kapal melalui daratan yg panjangnya 3 batu, dengan kayu2 besar yg dilicinkan dengan minyak jadi mcm roda bg melepaskan kapal drpd pagar besi di selat tersebut.
- siang2 besok, penduduk kota terkejut beruk melihat kapal2 Othmaniah dh melepasi benteng kota n pagar besi pon ropanya x da pekdah.
- serangan pon berjalan, n kebetulan datang seorang Greek (Yunani) namanya Urbanous pakar buat meriam, dia tunjukkan cara buat serangan pakai meriam dengan tembak peluru masok dalam kota.
- orang Konstantinople pon bukan dudok diam saja, mereka turut sama mempertahan kota dibantu Justinianus dr Genova.

- sebab kepungan terlalu rapi, maka pihak Othmaniah boleh tembus ke pihak lawan sampai Justnianus sniri luka parah terpaksa berundur balik ke Genova.
- penduduk kota hanya berdoa dengan harapan malaikat akan turun dr langit menyelamatkan mereka dr orang kafir (Islam).
- maharaja Byzantium pon lepas melihat kotanya dimasuki turut menyentak pedang n membuang smua pakaian kebesaran menyerbu musuh, baginda pon mangkatlah di tengah2 tentera smua.
- lepas habis kota diduduki askar Othmaniah barulah orang melihat bangkai2 manusia smua, termasuklah mayat maharaja Byzantium yg paling akhir ditemui waktu subuh 20 Jamadil Awwal 857 H (29 Mei 1453 M).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 09:15 PM | Show all posts
Othmaniah Masok Konstantinople

- waktu zohor, sultan Muhammad masok dalam kota dengan takbir sama2 pengasuh, orang besar, n ulamak.
- sultan masok kota dengan menaiki kuda nama "chambulat" n keadaan tenang2 x da muka menyombong.
- sampai di cathedral (igreja jamek) Hagia Sophia, sultan turun dr kuda n sujud atas tanah bersyukur pd Allah SWT, beliau menggenggam tanah n tabur atas kepala beliau tanda merendah kepada Tuhan.

- masa masok dalam igreja itu, sultan nampak orang2 yang taat beragama sedang berdoa dengan pimpinan paderi2, sembahyang doa sama Tuhan supaya dilindungi-Nya n biar mati dalam iman.
- hari itu kebetulan hari memperingati patron (orang suci, wali pelindung kota), Santo Theodosious.
- sultan hanya berdiri memerhatikan mereka sembahyang, n dorang yg sedang sembahyang lagi takot kerana orang 'kafir' yg ditakuti sedang ada dalam igreja itu tengok mereka sembunyi sambil berdoa.
- masa itu kedengaran igreja jadi riuh rendah n lepas diperiksa didapati bahawa seorang askar Othmaniah dr Anatolia sedang menghentam tiang marmar igreja.
- sultan tanya dia, "kenapa buat gitu?" Jawabnya, "aku ni kan Muslim? Bukan ker ni smua berhala tempat orang kafer sembah selain Allah SWT?"
- waktu itu baru sultan naik angin, n beliau ambil penggada kat tangan askar tersebut lalu menghayunnya ke kepala askar bongok tersebut, katanya: "x boleh rosakkan tempat ibadat orang!"
- kalau askar tersebut x mengelak mesti askar itu sudah mati.

- sikap sultan menyebabkan orang2 Krist dalam igreja heran.
- mereka pon takot2 kuar dr bangku2 igreja sembunyi n berasa terharu sb sultan itu beza dengan sangkaan mereka.
- ada antara mereka yang mengucapkan syahadah di depan sultan sniri sebab berasa terharu atas penghormatan sultan kpd mereka, salah seorangnya ialah seorang Baba (Pope), kemudiannya dipanggil Baba Muhammad.

- sebab Baba (Pope) Igreja Ortodoks waktu itu menganuti Islam, maka igreja jamek (katedral) pon automatik bertukar menjadi masjed jamek Aya Sofia.
- igreja2 len dalam kota itu terus kekal jadi igreja n tidak dibenarkan jadi masjid jika tiada persetujuan.
- waktu asar hari itu, igreja Hagia Sophia disembahyangi secara Islam, dihindarkan tanda2 agama lampau, n disebot mengikot sebutan bahasa orang Othmaniah iaitu Aya Sofia.  

- dr masjid Aya Sofia, sultan bertolak ke istana maharaja, n beliau berasa sebak pula melihat suasana istana itu yg dolu2nya meriah n berseri sekarang dh muram sb kepungan selama 9 bulan, n sebelom itu pon istana tersebut sudah jatoh miskin sb banyak alatan istana dijual bg menyelamatkan kerajaan Byzantium.
- dr mulot sultan terkeluar serangkap syair bahasa Parsi (sultan boleh bahasa Parsi, mmg bahasa kesusateraan): "labah2 dah mengaitkan sarang dalam istana maharaja, burong antu dah bermadah lagu dukacita."

- sultan pon tanya bagaimana keadaan Justinianus n mana Notaras, pemangku maharaja?
- notaras datang mengadap sultan n hanya dia sajalah yg jadi gubenor kota itu ms ia terkepong.
- lepas tu ornag beritau sultan bahawa Justinianus luka parah dalam kapal, lalu sultan kirim pakar perubatan ke kapal bawa ubat n perintahkan Justinianus mesti sembuh sb sultan berasa kagum dengan beliau yg berani.

- kemudian datang sorang tentera Othmaniah berbangsa Serbia dgn muka berseri2, bawa kepala maharaja menyebabkan notaras menjerit sebab kepala itu memang kepala maharaja Byzantium.
- askar itu ingat dia akan dipuji sultan sebab penggal kepala maharaja, tp maharaja tanya dia: "kau berlawan kah dengan maharaja?"
- jawab orang tu: "tak, masa saya sedang berjalan2 sekeliling terdengar orang meratap sekeliling mayat itu sambil sebut maharaja kami! Maka saya yakin itulah mayat musoh, n saya potong kepalanya bawa kemari depan sultan."
- sultan naik murka, sambil kata: "pengecut! tangkap orang ni pancong dia terus!"

Pengebumian Maharaja Byzantium

- sultan memerintahkan agar mayat maharaja Byzantium dikebumikan cara adat istiadat Romawi Timor turun temuron.

Lepas masoknya Konstantinople dalam Othmaniah

- kemudian keluar perintah, askar2 Othmaniah x boleh mengganggu orang2 Krist.
- beberapa tawanan perang orang2 bangsawan Romawi Timor ditebus sendiri oleh sultan dengan harta khas untuk kegunaan rasmi kerajaan n dimerdekakan x mau mereka jadi hamba.
- kedai2 suroh buka smula, syiar agama Krist boleh jalan balik seperti biasa.

- beberapa hari lepas dikebumikan maharaja, sultan memanggil beberapa orang Usquf (Bishop) kerajaan Romawi Timor n menyampaikan hasrat beliau bahawa beliau mau orang Krist dalam bekas kerajaan Byzantium melaksanakan perintah agama mereka dengan sunggoh2 n meminta mereka jangan berselisih paham lagik.
- beliau meminta para Usquf memilih sendiri Patrikhious (Father2) mereka n sultan x mau masok campor hal pemilihan tersebut, mereka mesti melakukannya tanpa diganggu sesiapa.
- beliau hanya mau mereka cepat2 pilih supaya beliau boleh tanggung semua belanja untuk upacara perlatikan n hal ini menyebabkan smua orang pon tercengang.
- halnya sb sblom ni negara Byzantium pernah lah diserang oleh saudara2 seagama dr Europa Barat semasa perang Salib menuju ke Palestin.
- turun temuron, benda ni menjadi perkara yg dibincangkan bahawa tentera2 Katolikos tersebut amat lah kejam x ada hati perot sampai sanggup membunoh bukan saja orang Islam tp jugak orang Ortodoks Romawi Timor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 09:44 PM | Show all posts
Pemilihan Patrikhious Konstantinople

- mereka memilih Agnadious menjadi Patrikhious, dia ni dahulu menentang keras penyatuan igereja Ortodoks dengan igreja Katolikos.
- sebabnya x mo bersatu, askar Katolikos kejam kat mereka jadi mereka x mo melutut kepada Pope Roma.
- kemudian Patrikhious n Usquf diajak ke istana makan2 dengan sultan satu meja n dalam masa sembang2 sultan bagi isyarat pengasuh suruh bawak balik tongkat kebesaran Patrikhious yg waktu perang dirampas masuk dalam ghanimah upacara n khidmat.
- kata sultan: "Tuan Patrikhious lah jadik pemimpin kaum Krist dalam kota ini! Semoga Tuhan melindungi tuan n ingatlah sentiasa saya di sini sebagai sahabat tuan serta sahabat jemaah tuan. Smua hak2 pusaka datuk nenek tuan minta pakailah semula."

- lepas upacara pilih Patrikh maka sultan mengiringi ketua orang Krist Ortodoks itu ke pintu, n disediakan jugak kuda untuknya di depan pagar.
- kerana layanan sebegitu, keluar jugak dr mulotnya kata2 yg patut jadik rahsia orang Krist, sebab beliau snagat terharu dengan layanan tersebut: "maharaja2 kami pon x pernah lah layan kami semacam ini!"

- lepas hari itu, keluar piagam rasmi kesultanan Othmaniah menyatakan bahawa Patrikh selamat dalam perlindungan kesultanan Othmaniah, kedudukannya sama dengan kedudukan para wazir (montri) lain dalam kesultanan Othmaniah sebab beliau menguruskan hal2 awam n agama orang Krist Ortodoks.
- jadik tugas Petrikh Ortodoks bukan saja menjadi pemimpin kerohanian orang Krist Ortodoks, tp juga menjadi montri atau pembesar dalam kesultanan Othmaniah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 09:54 PM | Show all posts
Konstantinople Jadi Ibu Kota

- rasmi oleh Sultan Muhammad al'Fateh, kota ini jadi ibu kota lepas Ederne dengan nama Islambhol.
- kota ni jadi ibu kota utama pulak n smua pentadbiran dibawak ke kota ni dr Ederne.
- 1456, sultan menundukkan Athens.
- 1460, beliau tundukkan Mora n lepas tu beliau ke Trabzon di Asia Kecil bg menundukkan sisa2 kerajaan yg degil x mau tunduk.

- tahon 1464, Bosnia pula masuk dalam wilayah kesultanan Othmaniah.
- kemudian Aga Karman n tahon 1477, beliau masok ke pulau2 Venezia juga menundukkan Croatia n Suqudra.
- tahon 1480, sultan memasukkan pulau2 dalam pantai Greece n Italia dalam kesultanan Othmaniah.
- akhir skalik, usaha memasukkan Toronto di Italia dalam lingkungan kesultanan.
- smua peperangan berjalan lancar sb ada Constantinople.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 1.074072 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list