CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: pihin

tanam bunga kat kubur

[Copy link]
Post time 20-3-2010 11:02 PM | Show all posts
tahlil itu bukankah doa utk si mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2010 11:10 PM | Show all posts
setahu saya dlm amalan tahlil, infact kat masjd rmh sy pun sblm start tahlil tok imam sih Kami niatkan utk sedekahkn bacaan yassin n zikir nanti utk ahli keluarga masing2 dan utk semua Moslem yg tlh meninggal.
dlm amalan harian pun sy kenal satu makcik ni dia akn bc zikir harian satu pusingan tasbih tu utk arwah suamimya satu lg utk dirinya sendiri. dia bc yassin gitu gak. kita blh sedekahkn bacaan zikir utk simati bukan setakat doa aja. sama gak kita sedekah on behalf si mati semua ni blh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 11:22 PM | Show all posts
meh kita settlekan satu satu istillah dulu...

tahlil ialah  laila ha illallah
membaca surah yassin adalah sunat
sedekah pahala bacaan quran sunat bagi sebahagian mazhab
beri makan adalah sunat
berdoa untuk simati adalah sunat

menggabungkan semua yang atas ni "sebagai" satu majlis adalah khilaf.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 11:32 PM | Show all posts
sape kat board ni yg Ada background bidang agama?
sekadar tls tanpa ilmu blh memporak perandakan lg keadaan.sy pun sekadar menulis dari kelas agama/ majlis ilmu yg sy hadiri/ bacaan .
kelas sy ni pun pensyarahnya Dari ipta Ada phd belaka. bukn Ust tak Ada sijil
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 12:17 PM | Show all posts
sy br bli kitab al-adzkaarun nawawiyah, dgr tafsir Ust zahazan dia suggest bli kitab ni. di bwh tajuk zikir2 yg berkaitan sakit dan mati.
Ada byk tajuk kecil bwh ni lg. Ada doa utk setiap urusan jenazah dari tertutupnya mata simati hingga persemadiannya.
org yg dilarang menziarahi kubur, iaitu wanita yg menangis di kuburan.
imam Ahmad ibni hambal brkata sesudah membca alquran maka ycapkn spt berikut:
Ya Allah sampaiknlah pahala yg telah aku bc kan ini kpd si Fulan"

ada byk Hadith yg di ajr nabi kpd sahabat dan Aishah khas utk ziarah kubur
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 01:51 PM | Show all posts
pokok bunga cempaka yg ditanam di atas kubur arwah ayah
nampak subur dan cantik berbunga...

aper kah tanda nye itu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2010 06:20 PM | Show all posts
berkaitan perkara ini, saya dah masukkan dalam web saya.. boleh rujuk di sana...

www.shoutussunnah.com

lihat di laman ilmu, bahagian Aqidah

TQ
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 12:02 AM | Show all posts

Mari baca pendapat saya.

Setelah saya memberi pendapat, diharapkan janganlah hendaknya ada yang menuduh saya menggunakan akal semata. Ini kerana saya telah membaca hampir keseluruhan hadis Bukhary dan Muslim yang perolehi dan jugak buku-buku agama yang ada pada saya. Akal yang waras akan selari dengan AlQuran dan jugak Sunnah.

Saya mulakan dengan membincangkan tentang hadis, dimana Nabi pernah lalu pada 2 kuburan baru,Beliau bersabda:"Bahawa dua orang ini sedang disiksa oleh karena kesalahan yang biasa dianggap orang ringan." Dipendekkan cerita Nabi menyuruh Ibnu Abbas mengambil pelepah kurma dan dibelahnya dua lalu dipancangkannya diatas kubur masing-masing sambil ia berkata:"Mudah-mudahan keduanya dapat keringanan selama pelepah ini belum kering."

Satu lagi hadis Nabi yang memberitakan tentang ziarah kubur iaitu ziarah kubur, kata Nabi bertujuan untuk mengingati diri kita akan mati. Perkara ini; mengingati mati, adalah baik kerana sesaorang yang mengingati akan mati senantiasa menjalani kehidupannya didunia ini dengan berhati-hati agar tidak terjerumus ke dalam kancah maksiat dan jugak untuk menjadikan kita ini orang yang bertaqwa.

Perbuatan menaburkan/meletakkan bunga(bukan kalungan bunga),daun atau apa saje daripada tumbuhan berdaun dibolehkan lalu berdoa kehadrat Illahi agar diringankan siksa simayit itu selama ianya belum kering seperti mana yang dilakukan oleh Nabi. Itu Sunnah. Tetapi,menanam pokok diatas kuburan sahingga pokok itu hidup subur agar mengharapkan siksaan simayit diringankan selama pokok itu hidup,ini tidak ada sumbernya.

Pelepah kurma yang dibelah dua lalu dipancangkan oleh Nabi pada kuburan kedua-dua mayit itu hanya sementara saje, Dan mustahil pelepah kurma itu boleh hidup.

Nabi bersabda,"Mudah-mudahan" . Dan kita pun mengharapkan 'Mudah-mudahan" Bukankah perbuatan Nabi itu menggalakkan umatnya ke kuburan melakukan ziarah? Tambahan pula, kita mengharapkan apa yang dikatakan "Mudah-mudahan" itu. Oleh itu,ziarah ke kuburan tidaklah berlaku setahun sekali atau 2 kali. Itu pun jika ziarah kita membawa message keimanan! Jika tidak,ziarah ke kuburan bagi umat islam yang melakukannya hanyalah semata-mata budaya.

Ziarahlah ke kuburan dengan lebih kerap dan lakukanlah seperti mana Nabi lakukan kerana dengan berbuat sedemikian kamu sebenarnya menyakini adanya siksa kubur dan kita inginkan ibubapa kita yang telah dahulu pergi meninggalkan kita mendapat "Mudah-mudahan" keringanan siksaan daripada Allah SWT.

Semoga Allah memberkati tulisan saya ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 01:22 PM | Show all posts
alahai...
pegi kubo utk menginsafkn diri tak bole, pegi shopping smpai berjam2 dgn pakaian x senonoh boleh lak ye
apa2jelah Post at 20-3-2010 22:02



aku datang sini niat nak belajar, kalo nak ajar aku sanggup dengar (baca) tapi kalo tanak jangan la nak perli2. tapi kalo cara ko mengajar mmg mcm ni, sori la, aku tak berapa ank boleh terima... emosi belum stabil, so aku mudah sentap sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 11:55 PM | Show all posts
tahlil itu bukankah doa utk si mati
sunsuria3 Post at 20-3-2010 23:02


Tahlil (laa ilaaha illallah) tu zikir
bukan doa

begitu juga Tasbih (subhanallah)
dan juga Tahmid (alhamdulillah)
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 12:03 AM | Show all posts
setahu saya dlm amalan tahlil, infact kat masjd rmh sy pun sblm start tahlil tok imam sih Kami niatkan utk sedekahkn bacaan yassin n zikir nanti utk ahli keluarga masing2 dan utk semua Moslem yg tlh m ...
sunsuria3 Post at 20-3-2010 23:10


“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannyakecuali tiga perkara : sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat,atau anak soleh yang mendoakan kepadanya”

Dalam hadis ni sebutan 'doa' ada lah. tak ada pula sedekah zikir ka sedekah yasin ka.

aku pun musykil juga... bila nak dihisab nanti amalan yang disedekahkan ini akan dikira bagaimana dan akan tercatit dalam buku catitan amalan yang mana? setahu aku kalau buku catitan amalan kita sendiri tu ada lah.. mungkin ke ada pula buku catitan amalan yang disedekah? huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 12:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by deadforce at 24-3-2010 00:07
sy br bli kitab al-adzkaarun nawawiyah, dgr tafsir Ust zahazan dia suggest bli kitab ni. di bwh tajuk zikir2 yg berkaitan sakit dan mati.
Ada byk tajuk kecil bwh ni lg. Ada doa utk setiap urusan jena ...
sunsuria3 Post at 21-3-2010 12:17


Tang mana pulak imam ahmad kata gitu
mungkin aku ada tertinggal sesuatu...
boleh tahu sumber mana yang dia buat rujukan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 12:13 PM | Show all posts
ustaz mana yg cakap ni sapa yg simen kubur nanti susah nak keluar kubur masa hari akhirat. Salah tu.....
Yang ada dlm hadis nabi melarang keras membuat binaan diatas kubur atau 'menyimen' kubur a ...
Avicenna Post at 17-3-2010 16:20


tapi, kalau tgk kubur nabi2...kebanyakannya bersimen, besar dan tinggi plak tuh...dah dibina didlm rumah atau pun masjid..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 01:57 PM | Show all posts
sape kat board ni yg Ada background bidang agama?
kelas sy ni pun pensyarahnya Dari ipta Ada phd belaka. bukn Ust tak Ada sijil
sunsuria3 Post at 20-3-2010 23:32


perghhh....!  disanjung betul ustaz berSIJIL!
Bersijil pun lum tentu, MURSYID!  Kita ni, 'Duniawi' juga yg kita muliakan...

Semua yg HIDUP itu senantiasa memuji ALLAH selagi ianya belum dimatikan.  
Hatta, daun selagi lum mati tetap MEMUJI.  Apa yg daun@tumbuh2an/binatang PUJIKAN,
tiadalah yg mengetahui kecuali Yg Maha Esa.  So, nak tabur daun pandan ke, bunga ke,
dgn niat 'mudah-mudahan dengan PUJI-PUJIAN KEPADA ALLAH' itu meringankan siksa
penghuni kubur, rasanya x salah.  Kalau boleh rumput kecil yg tumbuh atas kubur jgn dicabut.  
Rumput pun MEMUJI gak...!

Pun adanya bacaan tahlil, yassin, etc.. Niatkan 'pahala' bacaan kita tadi, dihadiahkan kepada arwah.  
Nak molek lagi, kalu rajin buat Solat Sunat Dhuna or puasa or sedekah2
or zikir2 or etc.., pahalanya juga boleh dihadiahkan pada yang telah meninggal dunia.
'Mudah-mudahan' [bak kata Highlander] yg hidup mahupun yg mati mendapat
kesejahteraan dari ALLAH YG MAHA ESA..  

Wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 02:43 PM | Show all posts
memang x salah nak wat apa2 dgn harapan mudah2an diringankan siksa ke atas si mata @ sampai pahala sekedah...

Tapi sebaik2nya kita buat apa yg dah diajarkan nabi.. bukankah Nabi SAW org yg paling tahu mengenai agama kita??

Kalau kita pandai2 buat aturan baru yg nabi x ajar dalam soal ibadah @ soal ghaib ni (sbb x nmpak pahala sedekah sampai @ X), bererti kita seolah2 merasakan Nabi SAW menyembunyikan sesuatu dari kita...

Wallahu a'lam...

www.shoutussunnah.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054835 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list