|
Perbezaan/Perselisihan Pendapat: Implikasi dari Al-Quran & Hadith
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by observateur at 19-3-2010 01:14
82# ussopp
"sy cuba menyelami hati org yg suka mereka2cipta dlm agama .....namun begitu gentar dgn sikap manusia yg tidak sedar bahanyanya ciptaan baru....(dlm agama)..."
Saya tak pandai nak berhujah secara naqli. Yang boleh cerita sikit2 pun secara aqli - itupun kiranya saudara ingin mengetahui...
Saya pernah stress kpd perkataan "tafsir". Tafsiran inipun, bukanlah suka2 tapi pastilah dibuat oleh ulama2 yg cukup ilmu. Yg terjadi perbedaan pendapat pula adalah dari sudut tafsiran.
Kalau ada yg tafsir/hukum sesuatu amalan (contohnya talkin...) sebagai amalan ciptaan baru, ada juga pulak yg menafsirkan talkin itu sebagai kata2 nasihat kepada yg masih hidup (walaupun kelihatan ditujukan kpd simati) - ingatlah selalu akan mati (ada hadith pasal ingat mati, kan?).
Kalau amalan baca (surah) Yaasin atau tahlil. Mungkin ada yg mempertikaikan amalan mingguan seperti itu. Tetapi pada dasarnya, bukankah itu bacaan ayat2 Quran & doa? Soal suka membaca pada hari2 tertentu, itu terpulang kepada (sekumpulan) individu.
Ini baru disuluh dari sudut lahiriah. Kalau dari sudut kerohanian, mungkin saja ada hujah2 lagi yang menguatkan kesahihan amalan2 tersebut.
Seperti saya kata sebelum ini, bila dikata perbedaan pendapat itu rahmat, itu mencakupi hal2 syariat (lahiriah) atau feqah. Mengapa perlu melihat perbedaan pendapat (tafsiran berlainan) ini sebagai pecah-belah sedangkan ada hujah sandaran?
Berlakunya pecah-belah (dari perbedaan pendapat) itu disebabkan oleh sifat2 keji (mazmumah) seperti ego/sombong dalam diri kerana kurang atau tidak cukup mujahadah. Nabi pernah bersabda, menyatakan proses mujahadah ini adalah jihad yang lebih besar daripada perang fizikal (badar).
Berlakunya pecah-belah bila tiada lagi perpaduan sesama hati-hati manusia. Walaupun berlainan pendapat tetapi kalau ada perpaduan hati, tiada langsung timbul soal pecah-belah. Tetapi kalaupun bersependapat (perpaduan akal), belum tentu adanya perpaduan hati. Bila tiada perpaduan hati, mulalah hidup nafsi2 & kalau ada sikit kes, boleh jadi perang besar.
Sebab itu saya ada katakan juga, berlapang dada ajelah. Ini juga satu proses mujahadah bagi mereka yg merasakan mereka saja yg benar.
Semoga ada kebaikan posting saya ini. Ampun maaf di atas kesilapan/kekasaran bahasa.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 19-3-2010 00:04
saudara mnm terima kasih atas penerangan yg baik, Alhamdulillah...
namun ada yg sy tertanya2,
ussopp Post at 18-3-2010 23:50
Terima kasih juga kepada tuan Ussopp.... Alhamdulillah
ya benar, sesuatu keburukan boleh jadi rahmat......
namun , belum tentu ia menjadi sesuatu amal untuk diamalkan sebagai amalan.
sebagai contoh, jika seorang yg kita kenal dibunuh, tentu saja ada hikmah(rahmat) kepada ahli keluarganya yg lain kerana susah hati pun boleh ampunkan dosa.
tetapi adanya rahmat tersebut tetap tidak menghalalkan amalan membunuh itu.
dan dlm kes ini, tentang perselisihan, adakah rahmat itu boleh menghalalkan perselisihan utk diamalkan.?
atau sekadar hanya menceritakan hikmah di sebalik peselisihan itu pada masa yg sama kita tahu perselisihan tetap tidak boleh.
Menarik persoalan tuan dan memang ada point yang tuan bawa. Berbalik kepada isu 'perselisihan di kalangan Para Sahabat' adalah rahmat kepada ummat, sememangnya bukanlah perselisihan itu dicari sebagai amalan, sebaliknya perselisihan yang telah timbul itu mendatangkan rahmat dan teladan kepada kita dalam usaha kita mengamalkan perintah Allah.
Bukannya kita mencari perselisihan untuk beramal dengan hadith tersebut, tetapi perselisihan yang telah berlaku itu sepatutnya sudah mencukupi bagi kita berlapang dada dalam hal-hal tertentu (sebagai rahmat), contohnya adanya fatwa yang berbeza-beza dalam amalan-amalan ibadat.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Setidak-tidaknya kami tidak menyesatkan para sahabat kerana perselisihan itu
(Fadak dan peristiwa hari Khamis)
kerana mereka masing-masing berpegang kepada dalil
Kita tidak berbincang soal penyesatan dan siapa yg menyesatkan siapa.
Dan supaya umat Islam mesti berhati-hati dengan pihak yang mengaku Islam TETAPI ingin menghancurkan Islam sepertimana apa yang telah berlaku kepada para sahabat semasa perang Jamal dan Perang Siffin
Siapakah pihak yg mengaku islam itu dan ingin menghancurkan islam dlm perang jamal & perang siffin seperti yg anda dakwakan itu?
boleh anda sebutkan nama-nama mereka?
Dan orang yang diberi rahmat pun boleh berselisih pendapat.........
Itukan kata anda.
AlQuran pulak menyatakan bahawa:
Jika Tuhanmu menghendaki,
tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat. (118)
Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu.
Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka....... (119)
Surah Hud.
sudah tentulah AlQuran yg benar dan kata-kata kamu itu bercanggah.
Sesama Nabi pun boleh berselisih (contoh Nabi Musa dan Nabi Harun),
Sejak bila nabi musa berseliseh dgn nabi harun?
ada bukti ?
mereka adalah contoh orang yang diberikan rahmat....
Tang mana yg dikatakan rahmat itu?
bukankah AlQuran ada menyatakan:
Dan janganlah kamu menjadi seperti org-org yg berpecah belah dan org-org yg berseliseh dari sesudah apa yg datang akan mereka oleh bukti keterangan.
dan mereka itu bagi mereka 'azab yg besar.
Ali 'imron: 105.
bagaimana boleh di katakan rahmat? jika ALLAH menjanjikan azab yg besar bagi org yg berpecah belah &berseliseh!!!
Hatta Malaikat pun pernah berselisih pendapat dan mempertikaikan keputusan Allah menciptakan Adam AS! Sedangkan Malaikat adalah makhluk yang suci.
Tang mana yg mengatakan malaikat berseliseh dgn ALLAH?
ada bukti?
Bukan begitu, maksud saya tak semua pendapat dari Ibn Hazam (Rah) diterima secara Ijmak, seperti juga bukan semua pendapat Sheikhul Islam Ibn Taymiyyah (Rah) diterima secara Ijmak,
walaupun banyak pendapat/kajian mereka diterima.
Saya pun tidak maksudkan apa-apa.
saya hanya menyebut peranan ibnu hazm di dlm mazhab sunni kerana kebelakangan ini saya mengkaji mazhab-mazhab yg telah pupus contohnya mazhab zahiri dll.
Mungkin anda maksudkan Surah Hud:
Benar saudara.
terima kaseh kerana membetulkan kesalahan &kesilapan saya dlm menukilkan ayat-ayat suci AlQuran.
semoga ALLAH merahmati &mengampuni anda,
amin.
Hadith menyebut perselisihan pendapat di kalangan PARA SAHABAT. Dan ada juga tafsiran perselisihan pendapat di kalangan Para Ulama, yang mana menjadi Rahmat kepada ummat dengan adanya perselisihan itu (terdapat keringanan).
Maka, perselisihan dalam usaha kebaikan (di kalangan Para Sahabat atau Ulama)
membawa rahmat kepada ummat....
Saya tidak bersetuju.
sebab ada banyak bukti dari AlQuran yg melarang muslim dari segala bentuk perselisihan &perpecahan.
sedangkan org yg berseliseh &berpecah belah setelah datangnya bukti keterangan yaitu Alquran &Sunnah itu,
telah di janjikan oleh ALLAH akan 'azab yg besar.
Na'uzu biLLAH!!!!!!
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 23-3-2010 01:14
Siapakah pihak yg mengaku islam itu dan ingin menghancurkan islam dlm perang jamal & perang siffin seperti yg anda dakwakan itu?
boleh anda sebutkan nama-nama mereka?
sirrikhafi Post at 22-3-2010 22:37
Aii... takkan saudara tak ingat lagi pasal perbincangan kat thread yang tak sudah tu? Ada tambahan penerangan kat thread yang dibuka oleh Triple8 pasal Al-Fiatu Baghiah
Golongan yang asalnya membawa porak peranda adalah dari golongan Ibn Saba.....
Itukan kata anda.
AlQuran pulak menyatakan bahawa:
Jika Tuhanmu menghendaki,
tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat. (118)
Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu.
Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka....... (119)
Surah Hud.
sudah tentulah AlQuran yg benar dan kata-kata kamu itu bercanggah.
Terpulanglah kalau begitu tafsiran anda. Apa yang saya faham, dalam berselisih pendapat, masih ada orang-orang yang diberikan Rahmat. Dan hadith pula mengkhususkan perselisihan pendapat di kalangan para sahabat itu adalah rahmat, bukannya perselisihan di kalangan ummat yang awam.
Sejak bila nabi musa berseliseh dgn nabi harun?
ada bukti ?
Ada dalam Al-Quran. Saya masih ingat saudara mengaku ahlul Quran, jadi saya rasa saudara tahu kisah tu kat mana.
Surah Ta-Ha
Berkata Musa: "Wahai Harun, apa yang menghalangi kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat, (92)
(Sehingga) kamu tidak mengikuti aku? Maka apakah kamu telah mendurhakai perintahku?" (93)
Harun menjawab: "Wahai putera ibuku janganlah kamu pegang janggutku dan kepalaku; sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan berkata: "Kamu telah memecah antara Bani Israil dan kamu tidak memelihara amanatku." (94)
Pendapat Nabi Musa: berharap Nabi Harun berkeras menghalang kesesatan Bani Israel
Pendapat Nabi Harun: jika berkeras, berlaku perpecahan dan gagal memelihara amanat Nabi Musa
Tang mana yg dikatakan rahmat itu?
bukankah AlQuran ada menyatakan:
Dan janganlah kamu menjadi seperti org-org yg berpecah belah dan org-org yg berseliseh dari sesudah apa yg datang akan mereka oleh bukti keterangan.
dan mereka itu bagi mereka 'azab yg besar.
Ali 'imron: 105.
bagaimana boleh di katakan rahmat? jika ALLAH menjanjikan azab yg besar bagi org yg berpecah belah &berseliseh!!!
Benar, perpecahan membawa kepada azab JIKA perpecahan itu atas sebab KUFUR setelah beriman. Ayat berikutnya dari Surah Aali-Imran:
pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya: "Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu". (106) Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah ; mereka kekal di dalamnya. (107)
Dalam perselisihan pendapat, ada orang mendapat Rahmat Allah. Orang yang mendapat azab dalam perselisihan adalah orang yang menjadi kafir setelah beriman.
Kisah perselisihan pendapat antara Nabi Musa dan Nabi Harun tidak membawa azab kepada mereka berdua, kerana mereka berdua mempuyai niat yang baik.
Sebaliknya kepada Bani Israel yang kufur setelah beriman kerana berselisih pendapat dengan nasihat Nabi Harun menyebabkan azab kepada mereka sendiri yang mana mereka menjadi sesat.
Tang mana yg mengatakan malaikat berseliseh dgn ALLAH?
ada bukti?
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (Al-Baqarah, 30)
Pendapat Malaikat juga ada benarnya, dan lihatlah betapa manusia melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi. Namun, ada kebaikan manusia yang Malaikat belum tahu ketika itu.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 23-3-2010 15:50
Golongan yang asalnya membawa porak peranda adalah dari golongan Ibn Saba..
Apakah buktinya?
Terpulanglah kalau begitu tafsiran anda.
Bukan tafsiran tapi zahir nas yg muhkamat.
sebaliknya kata-kata anda inilah yg di panggil tafsir @ta'wil:
Apa yang saya faham, dalam berselisih pendapat, masih ada orang-orang yang diberikan Rahmat.
anda memanglah seorg raja takwil walau zahir nas langsung tidak pernah menyebut org yg berseliseh itu mendapat rahmat!
walau pun zahir nas jelas menunjukkan PENGECUALIAN (ILLA).
Ada dalam Al-Quran. Saya masih ingat saudara mengaku ahlul Quran, jadi saya rasa saudara tahu kisah tu kat mana.
Surah Ta-Ha
Berkata Musa: "Wahai Harun, apa yang menghalangi kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat, (92)
(Sehingga) kamu tidak mengikuti aku? Maka apakah kamu telah mendurhakai perintahku?" (93)
Harun menjawab: "Wahai putera ibuku janganlah kamu pegang janggutku dan kepalaku; sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan berkata: "Kamu telah memecah antara Bani Israil dan kamu tidak memelihara amanatku." (94)
Pendapat Nabi Musa: berharap Nabi Harun berkeras menghalang kesesatan Bani Israel
Pendapat Nabi Harun: jika berkeras, berlaku perpecahan dan gagal memelihara amanat Nabi Musa
Maaf.
Terjemahan anda ada yg tidak tepat dgn lafaz sebenar AlQuran.
dan sejak bila pula golongan AhlulQuran mengatakan musa berseliseh dgn harun?
Tang mana yg seliseh tuh?
musa memarahi harun dan harun tidaklah menyelisihi akan kemarahan musa bahkan sebaliknya menerima kemarahan musa itu.
lalu apa buktinya harun berseliseh dgn musa?
Harun pula memberi alasan lalu musa menerimanya.
Lalu, apa buktinya mereka dituduh berseliseh pula?
marah bukanlah perselisihan dan memberi alasan bukanlah berseliseh.
lalu apa buktinya tuduhan anda tentang perselisihan antara musa &harun itu wahai mnm?
mana?
apakah anda skrg sedang menuduh mereka berdua telah berseliseh?
menuduh mereka berdua melakukan perbuatan org-org yg tidak di beri rahmat?
menuduh mereka berdua melakukan perbuatan yg di janjikan 'azab yg besar?
Masya ALLAH!
AstaghfiruLLAH!
Na'uzubiLLAH min zalik!!!
insaflah mnm dari menakwil yg bukan-bukan.
Dalam perselisihan pendapat, ada orang mendapat Rahmat Allah.
ALLAH telah mengecualikan RAHMAT NYA bagi org-org yg berseliseh.
lalu bagaimana boleh dikatakan RAHMAT bagi org yg berseliseh pula?
ini jelas bercanggah dgn zahir nas.
Orang yang mendapat azab dalam perselisihan adalah orang yang menjadi kafir setelah beriman.
Dan janganlah kamu menjadi seperti org-org yg berpecah belah dan org-org yg berseliseh dari sesudah apa yg datang akan mereka oleh bukti keterangan.
dan mereka itu bagi mereka 'azab yg besar.
Ali 'imron: 105.
Org yg berpecah belah dan berseliseh setelah datangnya bukti keterangan itulah yg dijanjikan azab yg besar tak kiralah samaada kafir mahupun mukmin.
namun seperti biasa, sunni akan menghalalkan perkara yg tak pernah di halalkan dlm islam seperti menghalal perpecahan &perselisihan, menghalalkan gejala kafir mengkafir sesama muslim dsbnya.
bahkan sunni jugalah yg mengatakan tiada ketaatan mutlak kpd ALLAH &Rasul Nya.
sungguh aneh sekali golongan yg di gelar sunni ini.
Kisah perselisihan pendapat antara Nabi Musa dan Nabi Harun tidak membawa azab kepada mereka berdua, kerana mereka berdua mempuyai niat yang baik.
Bila masa pula musa berseliseh dgn harun?
apakah buktinya?
atau itu hanya tuduhan anda ke atas mereka berdua?
kalau itu adalah tuduhan, beristighfarlah kerana anda telah menuduh para nabi berpecah belah &berseliseh!!!
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (Al-Baqarah, 30)
Pendapat Malaikat juga ada benarnya, dan lihatlah betapa manusia melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi. Namun, ada kebaikan manusia yang Malaikat belum tahu ketika itu.
Saudara,
tang mana yg dikatakan berseliseh dlm ayat albaqarah 30 tuh?
bukankah para malaikat hanya bertanya shj?
takkanlah bertanya boleh dituduh berseliseh pula????
mengapa anda menuduh para malaikat berseliseh dgn ALLAH pula?
AstaghfiruLLAHAL 'AZIEEEM!!!!!!!
selepas anda menuduh nabi musa & nabi harun,
skrg anda menuduh malaikat yg maksumieen pula.
subhanaLLAH!!!!!!
inikah aqidah sunni anda?
ya ALLAH jauhkanlah aku dari golongan yg beraqidah sedemikian!
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 23-3-2010 16:26
apakah anda skrg sedang menuduh mereka berdua telah berseliseh?
menuduh mereka berdua melakukan perbuatan org-org yg tidak di beri rahmat?
menuduh mereka berdua melakukan perbuatan yg di janjikan 'azab yg besar?
sirrikhafi Post at 23-3-2010 15:47
Masalahnya anda telah membuat tafsiran berselisih pendapat itu azab. ITU TAFSIRAN ANDA
Saya tak pernah kata mereka berdua (Musa dan harun) tidak diberi rahmat! Saya kata mereka diberikan rahmat.
Kalau mereka tida berselisih pendapat kenapa Nabi Harun berkata:
Harun menjawab: "Wahai putera ibuku janganlah kamu pegang janggutku dan kepalaku; sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan berkata: "Kamu telah memecah antara Bani Israel dan kamu tidak memelihara amanatku." (TaHa, 94)
Jelas Nabi Harun ada alasan tersendiri untuk memelihara amanat Nabi Musa, walaupun Nabi Musa berharap dengan cara lain.
Org yg berpecah belah dan berseliseh setelah datangnya bukti keterangan itulah yg dijanjikan azab yg besar tak kiralah samaada kafir mahupun mukmin.
Orang mukmin pun tidak boleh berbeza pendapat? Ini boleh menjadi satu perbahasan yang besar! Malang umat Islam harini kerana terdapat banyak perbezaan pendapat dalam isu Ibadah!
Akhirnya ramai yang akan ikut nafsu sendiri dalam menafsir Al-Quran dan Hadith kerana jumpa banyak perbezaan pendapat!
Saudara,
tang mana yg dikatakan berseliseh dlm ayat albaqarah 30 tuh?
bukankah para malaikat hanya bertanya shj?
takkanlah bertanya boleh dituduh berseliseh pula????
mengapa anda menuduh para malaikat berseliseh dgn ALLAH pula?
AstaghfiruLLAHAL 'AZIEEEM!!!!!!!
Saya tidak menuduh, saya hanya menyatakan ayat Al-Quran bahawa Malaikat pernah mempertikaikan keputusan Allah untuk menjadikan Khalifah di bumi.
Kalau sekadar bertanya saja, tentu sekali Malaikat tidak menyatakan dalil membuat kerosakan dan pertumpahan darah.
Wallahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya anda telah membuat tafsiran berselisih pendapat itu azab.
ITU TAFSIRAN ANDA
Maaf.
itu bukan tafsiran mahupun takwilan.
sebaliknya hujjah saya berdasarkan nas yg zahir.
apakah anda tidak percaya lagi kpd AlQuran?????
Saya tak pernah kata mereka berdua (Musa dan harun) tidak diberi rahmat! Saya kata mereka diberikan rahmat.
Bagaimana boleh dikatakan rahmat jika anda menuduh mereka melakukan perbuatan org yg tidak mendapat rahmat ????
AstaghfiruLLAH!!!!!!!!
insaflah mnm.
Kalau mereka tida berselisih pendapat kenapa Nabi Harun berkata:
Harun menjawab: "Wahai putera ibuku janganlah kamu pegang janggutku dan kepalaku; sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan berkata: "Kamu telah memecah antara Bani Israel dan kamu tidak memelihara amanatku." (TaHa, 94)
itukan takwilan ada.
sedangkan ayat itu tidak menyebut pun adanya perselisihan.
lalu mengapa anda tetapkan perselisihan ke atas mereka berdua pula?
sedangkan tiada ketetapan pun tentang perselisihan dlm ayat berkenaan.
apakah hanya kerana musa memarahi harun &harun memberi alasan,
lalu anda menuduh mereka berdua melakukan perbuatan org-org yg tidak mendapat rahmat?
AstaghfiruLLAH!!!!!
insaflah mnm dari perbuatan menakwil yg bukan-bukan walaupun anda seorg raja takwil sekalipun.
Orang mukmin pun tidak boleh berbeza pendapat? Ini boleh menjadi satu perbahasan yang besar! Malang umat Islam harini kerana terdapat banyak perbezaan pendapat dalam isu Ibadah!
memang tak boleh.
sebab ALLAH &Rasul Nya telah menetapkan urusan agama keatas kita.
maka kewajiban kita hanyalah ittiba' semata-mata dgn apa yg telah di putuskan,
sekiranya jika kita benar-benar beriman kpd ALLAH &Rasul Nya.
Akhirnya ramai yang akan ikut nafsu sendiri dalam menafsir Al-Quran dan Hadith kerana jumpa banyak perbezaan pendapat!
Org yg tidak berseliseh sudah tentu redha dg ketentuan ALLAH &Rasul Nya.
ada pun org yg suka berseliseh& berpecah belah,
maka merekalah yg paling banyak sekali menafsir &menakwilkan AlQuran!!!
insaflah wahai raja takwil....
Saya tidak menuduh, saya hanya menyatakan ayat Al-Quran bahawa Malaikat pernah mempertikaikan keputusan Allah untuk menjadikan Khalifah di bumi.
Mempertikaikan?
tang mana yg dikatakan mempertikaikan itu wahai mnm?
nampaknya anda maseh nak menuduh malaikat mempertikaikan ALLAH!
AstaghfiruLLAH!!!
Kalau sekadar bertanya saja,
tentu sekali Malaikat tidak menyatakan dalil membuat kerosakan dan pertumpahan darah.
Lalu anda menuduh malaikat mempertikaikan ALLAH hanya kerana mereka berdalilkan kerosakan &penumpahan darah dlm ayat itu?
AstaghfiruLLAH!!!
insaflah dari menakwil yg bukan-bukan wahai mnm.....
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
95# sirrikhafi
ntah apoapo ntah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 24-3-2010 23:02
itu bukan tafsiran mahupun takwilan.
sebaliknya hujjah saya berdasarkan nas yg zahir.
apakah anda tidak percaya lagi kpd AlQuran?????
sirrikhafi Post at 23-3-2010 18:16
Kenapa pula saya tidak percaya kepada Al-Quran? Kerana saya berbeza pendapat dengan hujjah tuan? Sedangkan saudara sudah mengaku AHLUL QURAN! Saya tak kata pun hujjah saudara salah, saya menyampaikan hujjah saya.
Masalah utama adalah dalam isu berbeza pendapat. Saya yakin ayat Al-Quran itu benar dan memerintahkan kita supaya bersatu, bukannya suruh kita berpecah belah.
Sekiranya ada perbezaan pendapat, itu bukan sentiasa bermaksud untuk berpecah-belah dan azab. Saya bagi contoh antara Mazhab Syafii dan Mazhab Hanafi, yang mana ayat Al-Quran yang sama tetapi ditafsir berbeza dalam isu Wudhu. 'Sentuh' dalam Mazhab Syafii ditafsir secara zahir = sentuh wanita (bukan mahram), tetapi dalam Mazhab Hanafi ditafsir bersetubuh. Adakah perbezaan usul ini membawa AZAB? Kalau ikut terjemahan zahir semata, bermakna mazhab Syafii-lah yang betul, dan mazhab lain2 salah. Namun ada pula hadith yang memberikan contoh Rasulullah sentuh isterinya lepas tu bersolat, dan inilah juga dijadikan dalil dalam menafsir ayat Al-Quran mengenai 'sentuh' wanita.
Adakah setiap ayat Al-Quran layak ditafsir/diterjemah secara zahir semata-mata?
Bagaimana boleh dikatakan rahmat jika anda menuduh mereka melakukan perbuatan org yg tidak mendapat rahmat ????
AstaghfiruLLAH!!!!!!!!
insaflah mnm.
Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raaji'uoon
KAT MANA SAYA MENUDUH MEREKA MELAKUKAN PERBUATAN TIDAK MENDAPAT RAHMAT? MASALAHNYA ANDA TELAH MENETAPKAN USUL MENAFSIR AL-QURAN SECARA ZAHIR ITU SEBAGAI STANDARD KEBENARAN.
Lalu anda menuduh malaikat mempertikaikan ALLAH hanya kerana mereka berdalilkan kerosakan &penumpahan darah dlm ayat itu?
AstaghfiruLLAH!!!
insaflah dari menakwil yg bukan-bukan wahai mnm.....
Saya rasa susah untuk menerangkan bila sirrikhafi ambil sekerat dan buat kesimpulan menurut standard beliau tentang apa yang saya sampaikan.
Baiklah, saya tarik balik kesemua penerangan saya di thread ini dan mohon ampun dari Allah atas segala salah dan silap saya di thread ni. Anggap sajalah apa yang dipertikaikan saya salah, dan apa yang dipersetujui itu dari Allah.
Seterusnya, seperti yang telah berlaku sebelum ini, kerana jika ada apa yang saya sampaikan tidak dipersetujui oleh sirrikhafi, pada beliau mungkin saya sentiasa di pihak yang salah, termasuklah terjemahan yang saya bawakan bukannya dari saya sendiri turut dipertikaikan beliau, saya rasa ada baiknya saya yang bertanyakan pada sirrikhafi.
Adilkan begitu wahai sirrikhafi? Dan kita berbincang di thread yang baru, bukan di sini kerana saya bukannya menentang atau menyokong Wahhabi di sini. Saya pun tak tahu anda menyokong Wahhabikah di thread ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah utama adalah dalam isu berbeza pendapat.
Berbeza (khilaf) tak sama dgn berseliseh (ikhtilaf).
harap anda faham maksud berbeza dgn berseliseh.
AlQuran melarang segala perselisihan.
malah menyuruh kita ittiba' dgn segala ketetapan ALLAH &Rasul Nya,
jika kita benar-benar beriman kpd ALLAH &Rasul Nya.
Adakah setiap ayat Al-Quran layak ditafsir/diterjemah secara zahir semata-mata?
Utamakan yg Zahir dahulu.
barulah di ikuti yg batin@ maknanya.
KAT MANA SAYA MENUDUH MEREKA MELAKUKAN PERBUATAN TIDAK MENDAPAT RAHMAT? MASALAHNYA ANDA TELAH MENETAPKAN USUL MENAFSIR AL-QURAN SECARA ZAHIR ITU SEBAGAI STANDARD KEBENARAN.
Anda yg menetapkan adanya perselisihan dikalangan para nabi ,malaikat& ALLAH.
walhal AlQuran tiada menetapkan berlakunya perselisihan antara para nabi ,malaikat& ALLAH.
sedangkan AlQuran pula jelas menyatakan perselisehan itu adalah perbuatan yg tidak mendapat rahmat ALLAH.
lalu anda kata saya tuduh anda pula.
dan skrg anda mempertikaikan kebenaran zahir AlQuran pula.
sampai bila anda nak berdolak dalik wahai mnm?
Seterusnya, seperti yang telah berlaku sebelum ini,
kerana jika ada apa yang saya sampaikan tidak dipersetujui oleh sirrikhafi,
pada beliau mungkin saya sentiasa di pihak yang salah,
Saya membetulkan kesalahan berdasarkan ilmu.
bagaimana saya boleh mengingkari sesuatu yg telah saya ketahui misalnya jawapan 1+1 ialah 2 ?
kan tak logik pernyataan saudara tuh....
termasuklah terjemahan yang saya bawakan bukannya dari saya sendiri turut dipertikaikan beliau,
Anda mengakui terjemahan yg anda bawa ialah bukan dari anda sebaliknya anda kopipes dari org.
ini menunjukkan bahawa anda tiada keahlian dlm bidang AlQuran.
lalu, bila ahli AlQuran @ seorg yg alim @ seorg marja' menegur kesalahan &kesilapan terjemahan yg anda bawa,
mengapa anda tidak berlapang dada sebaliknya ingkar pula?
sedangkan anda sendiri mengakui anda bukan seorg yg ahli?
lalu, logikkah pernyataan anda ini ya mnm?
Saya pun tak tahu anda menyokong Wahhabikah di thread ini?
Tentulah saya menyokong wahabi kerana tujuan wahabi ialah semata-mata ittba'us-sunnah juga menolak perkara-perkara bid'ah dlm islam.
tapi, tidaklah saya menyokong kesemua pendapat mereka.
tapi dlm hal perselisehan,
saya memang bersetuju dgn pendapat wahabi yg menolak segala bentuk perselisihan &perpecahan dlm islam.
lalu,apakah tujuan anda bertanyakan perkara ini ya mnm?
apakah anda mahu melaga-lagakan saya dgn wahabi pula?
AstaghfiruLLAH.
insaflah saudaraku dari tabiat mengadu domba.
dulu pun anda buat mcm tu kat saya dgn M5.
mnm... mnm....
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Berbeza (khilaf) tak sama dgn berseliseh (ikhtilaf).
harap anda faham maksud berbeza dgn berseliseh.
sirrikhafi Post at 25-3-2010 16:38
Jadi, anda terima khilaf (beza) pendapat atau tidak terima?
Ikhtilaf berlaku kerana adanya khilaf, dan apa yang saya cuba maksudkan adalah perbezaan pendapat.
Selepas ini saya akan tanya soalan, harap sirrikhafi tidaklah membuat tuduhan dari pertanyaan saya, sebelum menjawab soalan saya.
Al-Quran melarang segala perselisihan.
تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ
Boleh saudara jelaskan maksud frasa di atas itu dari segi penggunaan 'WA' (dan)?
Utamakan yg Zahir dahulu.
barulah di ikuti yg batin@ maknanya.
Ada dalil kena utamakan yang zahir dulu? Ataupun ikut Al-Quran menerusi As-Sunnah, samada zahir ataupun tersirat?
Anda yg menetapkan adanya perselisihan dikalangan para nabi ,malaikat& ALLAH.
walhal AlQuran tiada menetapkan berlakunya perselisihan antara para nabi ,malaikat& ALLAH.
sedangkan AlQuran pula jelas menyatakan perselisehan itu adalah perbuatan yg tidak mendapat rahmat ALLAH.
lalu anda kata saya tuduh anda pula.
dan skrg anda mempertikaikan kebenaran zahir AlQuran pula.
sampai bila anda nak berdolak dalik wahai mnm?
Bukan untuk berdolak-dalik,
Saya dah tarik balik penerangan saya di thread ni (sila baca post saya yang sebelum ni). Kerana saya tidak mahu tanggung salah faham yang berlaku dari kenyataan saya apabila anda membuat kesimpulan dari kenyataan saya menerusi usul zahir Al-Quran pegangan anda.
Maka saya akan bertanyakan pada saudara. Harap saudara bersetuju dan dapat menjawab soalan-soalan saya. Setuju kita berbincang di thread baru?
Anda mengakui terjemahan yg anda bawa ialah bukan dari anda sebaliknya anda kopipes dari org.
ini menunjukkan bahawa anda tiada keahlian dlm bidang AlQuran.
Adakah kesemua terjemahan yang ada di pasaran kini tidak boleh dipakai lagi? Saya seboleh-bolehnya tidak mahu buat terjemahan ayat Al-Quran sendiri kerana saya takut buat salah.
lalu, bila ahli AlQuran @ seorg yg alim @ seorg marja' menegur kesalahan &kesilapan terjemahan yg anda bawa,
mengapa anda tidak berlapang dada sebaliknya ingkar pula?
sedangkan anda sendiri mengakui anda bukan seorg yg ahli?
lalu, logikkah pernyataan anda ini ya mnm?
Saya alu-alukan orang menegur saya dan jika benar saya salah, saya akan akui Insha Allah. Tapi setakat ni, saya hanya sampaikan dalil bila saudara tanya, kemudian saudara yang mengaku ahli tidak memberi ruang kepada saya untuk menerangkan kerana saudara menggunakan usul nas zahir sebagai kebenaran yang mutlak. Kalau saya nak teruskan ikut cara saudara, maka saya kena tarik balik semua penerangan saya (saya dah lakukan), dan saya akan bertanya satu per satu dari saudara. Setuju?
Tentulah saya menyokong wahabi kerana tujuan wahabi ialah semata-mata ittba'us-sunnah juga menolak perkara-perkara bid'ah dlm islam.
tapi, tidaklah saya menyokong kesemua pendapat mereka.
tapi dlm hal perselisehan,
saya memang bersetuju dgn pendapat wahabi yg menolak segala bentuk perselisihan &perpecahan dlm islam.
lalu,apakah tujuan anda bertanyakan perkara ini ya mnm?
apakah anda mahu melaga-lagakan saya dgn wahabi pula?
AstaghfiruLLAH.
insaflah saudaraku dari tabiat mengadu domba.
dulu pun anda buat mcm tu kat saya dgn M5.
mnm... mnm....
Ke situ pulak????? Kalau saudara anggap saya mengadu domba antara saudara dengan M5, maka dengan rasminya saya mohon maaf. Saya tidak maksudkan begitu, cuma saya nak lihat pegangan M5 dalam isu ahlulbayt bila berbicara dengan saudara
Di thread ni saya tidakpun berniat nak melagakan saudara dengan wahhabi (SAPA WAHHABI TU KAT THREAD NI?)
Itu hanya sangkaan buruk saudara, sedangkan saya dah kata saya tak tahu saudara sokong wahhabikah di thread ni.
Nampaknya dah semakin melencong thread ni, sebab tu saya dah tanya SETUJU atau TIDAK kita berbincang di thread baru pasal khilaf/ikhtilaf ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, anda terima khilaf (beza) pendapat atau tidak terima?
Ibnu mas'ud mengatakan:
Perbezaan itu tidak baik.
adabul ikhtilaf fil islam oleh dr thaha jabir fayyadh al alwani.
lihat juga ta'wil mukhtalifil hadis oleh ibnu qutaibah dan al 'awasim minal qawasim juga rujuk al mahsul.
Boleh saudara jelaskan maksud frasa di atas itu dari segi penggunaan 'WA'
(dan)?
Jadi apa masaalahnya dgn Wau 'atof itu?
adakah Wau 'atof itu menyuruh muslim supaya membuat perselisihan?
Ada dalil kena utamakan yang zahir dulu?
Ataupun ikut Al-Quran menerusi As-Sunnah,
samada zahir ataupun tersirat?
Maka janganlah engkau membantah pd mereka kecuali bantahan yg zahir.
Al-Kahfi: 22
Nabi SAW bersabda:
Adakah engkau belah hatinya sehingga engkau tahu sebab yg demikian ia mengucapkan nya (kalimah syahadah) atau tidak?
dlm teks yg lain ada berbunyi:
Bahawasnya aku tidak di suruh menyelongkar hati-hati manusia, tidak juga membelah perut-perut mereka.
.......................................................
Kesimpulan:
Berdasarkan bukti ayat AlQuran &hadis di atas,
manusia hanya di tuntut menghukum secara ZAHIR.
sedangkan yg BATIN @MAKNA itu,
ALLAH yg lebih mengetahui kedudukannya.
yg ZAHIR itu jelas datangnya dari ALLAH.
YG BATIN @MAKNA itu adalah subjektif @relatif.
Setuju kita berbincang di thread baru?
Tak setuju,
selesaikan saja di sini.
Adakah kesemua terjemahan yang ada di pasaran kini tidak boleh dipakai lagi?
Mengapa anda suka merujuk yg ada di pasaran?
bukankah sepatutnya anda merujuk yg ahli?
Saya seboleh-bolehnya tidak mahu buat terjemahan ayat Al-Quran sendiri kerana saya takut buat salah.
Baik.
saya terima alasan& keuzuran kamu.
kemudian saudara yang mengaku ahli tidak memberi ruang kepada saya untuk menerangkan kerana saudara menggunakan usul nas zahir sebagai kebenaran yang mutlak.
Bila masa saya tak bagi ruang?
Kalau saya nak teruskan ikut cara saudara,
maka saya kena tarik balik semua penerangan saya (saya dah lakukan),
dan saya akan bertanya satu per satu dari saudara.
Setuju?
Tak perlu.
rujuk shj jawapan saya yg lepas-lepas.
Nampaknya dah semakin melencong thread ni,
sebab tu saya dah tanya SETUJU atau TIDAK kita berbincang di thread baru pasal khilaf/ikhtilaf ni?
Tak perlu.
selesaikan sahaja di sini supaya memudahkan tugas mod.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 31-3-2010 23:53
Ibnu mas'ud mengatakan:
Perbezaan itu tidak baik.
adabul ikhtilaf fil islam oleh dr thaha jabir fayyadh al alwani.
lihat juga ta'wil mukhtalifil hadis oleh ibnu qutaibah dan al 'awasim minal qawasim juga rujuk al mahsul.
sirrikhafi Post at 26-3-2010 18:30
Salam kembali.... baru habis satu tugasan, sebelum sambung tugasan berikutnya forum jap.....
Ok saya terima pendapat Ibnu Mas'ud. Adakah dengan itu semua perbezaan yang berlaku (termasuklah perbezaan antara para sahabat) adalah bermakna tidak baik?
Ayat Al-Quran secara zahirnya meletakkan frasa 'berpecah-belah dan berselisih' ( تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ )
Kalau berselisih pendapat (berbeza pendapat) TETAPI TIDAK berpecah-belah dan bermaksud baik, adakah juga bermaksud tidak baik apatah lagi menjadi AZAB?
Jadi apa masaalahnya dgn Wau 'atof itu?
adakah Wau 'atof itu menyuruh muslim supaya membuat perselisihan?
Soalan saya itu menunjukkan secara zahirnya penggunaan 'DAN' itu meletakkan syarat BERPECAH-BELAH dan BERSELISIH.
Apabila ada DAN itu, bukannya 'AU' (ATAU), bermakna kedua-duanya itu kenalah diambil kira, tak boleh kata Al-Quran kata berselisih atau berbeza pendapat semata-mata itu menunjukkan azab. Betulkan saya kalau saya salah.
Maka janganlah engkau membantah pd mereka kecuali bantahan yg zahir.
Al-Kahfi: 22
Nabi SAW bersabda:
Adakah engkau belah hatinya sehingga engkau tahu sebab yg demikian ia mengucapkan nya (kalimah syahadah) atau tidak?
dlm teks yg lain ada berbunyi:
Bahawasnya aku tidak di suruh menyelongkar hati-hati manusia, tidak juga membelah perut-perut mereka.
.......................................................
Kesimpulan:
Berdasarkan bukti ayat AlQuran &hadis di atas,
manusia hanya di tuntut menghukum secara ZAHIR.
sedangkan yg BATIN @MAKNA itu,
ALLAH yg lebih mengetahui kedudukannya.
yg ZAHIR itu jelas datangnya dari ALLAH.
YG BATIN @MAKNA itu adalah subjektif @relatif.
Terima kasih dan saya bersetuju. Cuma, apabila Nabi telah menyampaikan sesuatu penerangan, walaupun zahirnya manusia rasa macam tak betul, adakah hukum zahir itu lebih utama dari apa yang Nabi sampaikan? Kalau boleh buktikan hadith (penerangan Nabi) tu PALSU, itu lain cerita-lah.
Mengapa anda suka merujuk yg ada di pasaran?
bukankah sepatutnya anda merujuk yg ahli?
Saya juga ada merujuk kepada yang ahli, adakah anda yang mengaku ahli mahu terima? Juga saya pernah bawakan dari Tafsir Ibn Abbas tentang makna 'mutohharuun' dalam Surah Al-Waqi'ah, tapi anda tidak mahu terima juga.
Bila masa saya tak bagi ruang?
Apabila anda minta dalil, saya berikan kemudiannya anda menempelak saya balik dan suruh ber-Istighfar. Walaupun anda benar sekalipun atau belum tentu saya salah, saya terpaksa ikut saja. Anda kan dah kata saya salah dan suruh tanya yang ahli (macam anda), jadi tiada ruang lah untuk saya teruskan lagi melainkan kemukakan soalan-soalan dan guna hujjah anda sendiri untuk membenarkan hujjah saya.
Tak perlu.
selesaikan sahaja di sini supaya memudahkan tugas mod.
Jika begitu saya rasa kurang berminat dan anggaplah isu ni selesai kerana saya bukannya menentang atau menyokong Wahhabi di sini. Lagipun tuan ussopp kata wahhabi/salafi pun ada perbezaan pendapat dalam isu Fiqh yang besar.
Kalau mod splitkan topik ni (mula dari post #48 dan yang berkaitan dengannya), mungkin saya fikir untuk sambung balik isu Perselisihan/Perbezaan Pendapat di Kalangan Para Sahabat itu Rahmat untuk Ummat.
WAllahu a'lam
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berselisih pendapat (berbeza pendapat) TETAPI TIDAK berpecah-belah dan bermaksud baik, adakah juga bermaksud tidak baik apatah lagi menjadi AZAB?
Jangan ambil sebahagian dan buang sebahagian pula.
apabila ALLAH melarang kita berpecah belah &berseliseh,
maka kewajipan kita ialah: sami' na wa ato' na.
bukan sami' na shj.
dan juga bukan ato' na shj.
tapi kedua-duanya sekali.
Soalan saya itu menunjukkan secara zahirnya penggunaan 'DAN' itu meletakkan syarat
BERPECAH-BELAH dan BERSELISIH.
Kesimpulan hukum tidak bergantung kpd penggunaan DAN serta syarat-syaratnya.
tetapi hukum itu di ambil berdasarkan keseluruhan ayat samaada dlm konteks PERINTAH mahupun LARANGAN.
Apabila ada DAN itu, bukannya 'AU' (ATAU), bermakna kedua-duanya itu kenalah diambil kira,
tak boleh kata Al-Quran kata berselisih atau berbeza pendapat semata-mata itu menunjukkan azab.
Betulkan saya kalau saya salah.
AlQuran jelas mengecualikan rahmat ke atas org yg berseliseh serta menjanjikan azab yg besar.
hukum itu berdasarkan PERINTAH &LARANGAN, isbat &nafi, dll.
bukan DAN @ ATAU dsbnya.
sebab ianya tidak bisa dijadikan kesimpulan hukum.
Cuma, apabila Nabi telah menyampaikan sesuatu penerangan,
walaupun zahirnya manusia rasa macam tak betul,
adakah hukum zahir itu lebih utama dari apa yang Nabi sampaikan?
Keimanan kpd perkara yg ghaib wajib di adakan.
Saya juga ada merujuk kepada yang ahli, adakah anda yang mengaku ahli mahu terima? Juga saya pernah bawakan dari Tafsir Ibn Abbas tentang makna 'mutohharuun' dalam Surah Al-Waqi'ah,
tapi anda tidak mahu terima juga.
Siapakah ahli yg anda rujuk itu?
dan bila masa pula saya kata saya tidak mahu menerima tafsir ibnu abbas tentang makna mutohharun?
Apabila anda minta dalil, saya berikan kemudiannya anda menempelak saya balik dan suruh ber-Istighfar.
Walaupun anda benar sekalipun atau belum tentu saya salah, saya terpaksa ikut saja.
Anda sendiri pun tidak pasti tentang hal itu.
lalu, mengapa anda menganggap saya menempelak anda pula?
jadi, kan lebih baik beristighfar terhadap hal-hal yg belum pasti?
betul tak mnm?
Anda kan dah kata saya salah dan suruh tanya yang ahli (macam anda), jadi tiada ruang lah untuk saya teruskan lagi melainkan kemukakan soalan-soalan dan guna hujjah anda sendiri untuk membenarkan hujjah saya.
Kan saya hanya suruh bertanya kpd yg ahli,
lalu mengapa anda menganggap tiada ruang lagi utk berhujjah pula?
Jika begitu saya rasa kurang berminat dan anggaplah isu ni selesai kerana saya bukannya menentang atau menyokong Wahhabi di sini. Lagipun tuan ussopp kata wahhabi/salafi pun ada perbezaan pendapat dalam isu Fiqh yang besar.
Saya tiada masaalah jika anda menganggap perkara ini telah selesai.
Kalau mod splitkan topik ni
(mula dari post #48 dan yang berkaitan dengannya),
mungkin saya fikir untuk sambung balik isu Perselisihan/Perbezaan Pendapat di Kalangan Para Sahabat itu Rahmat untuk Ummat.
Terserah kpd budi bicara mod.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah yang cuba saya sampaikan. Apabila Al-Quran sebut 'berpecah belah DAN berselisih' maka kita kena ambil kedua-duanya sekali sebagai syarat untuk menyatakan yang demikian itu adalah satu larangan.
Betul tu.
dan janganlah kita menghalalkan sebahagian yg jelas telah dilarang dgn alasan kerana tiada kewujudan sebahagiannya lagi.
yg halal itu jelas.
yg haram itu jelas.
maka syubhat itu ada di antara keduanya.
Cuba anda tolong bawakan keseluruhan ayat itu.
Yang saya nampak anda hanya menekankan tentang perselisihan tetapi tidak menekankan bahaya berpecah-belah sedangkan ayat itu merujuk kepada kedua-dua perbuatan pecah belah dan berselisih
hanya kerana saya tidak menyebut berpecah belah tidak menjadikan berseliseh itu perbuatan yg di perintahkan.
apa yg di larang maka tinggalkanlah.
apa yg di suruh maka kerjakanlah sebatas kemampuan.
tetapi hukum hendaklah bertepatan dengan kegunaan perkataan DAN itu.
Tetapi DAN itu jelas mengindikasikan larangan kedua-dua perbuatan itu secara pasti.
Kenapa anda tidak sebut berpecah belah dan berselisih itu menjanjikan azab,
sedangkan anda sebut berselisih semata-mata?
Tetapi AlQuran jelas menyebut kedua-dua perbuatan itu di janjikan azab yg besar.
Setuju. Kita juga harus akur kepada penerangan yang disampaikan oleh Nabi kerana Nabi lebih memahami Al-Quran berbanding kita.
Benar saudara ku.
Beberapa orang ustaz/maulana/ulama yang mengajar di sekitar Sri Petaling
Boleh anda sebutkan nama-nama mereka?
Anda kemudiannya masih membuat kesimpulan MAQAM AhlulBayt = Mutohharun pada post# 685 menunjukkan anda menolak tafsiran Ibn Abbas.
Mengapa anda menganggap perbezaan itu sebagai penolakan pula?
Adakah dengan perbezaan pendapat ini membawa AZAB?
Siapa yang bawa azab?
Bila masa saya mengatakan perbezaan membawa azab?
Anda yang sudah sangat pasti tentunya akan terus menyalahkan saya bukan?
Mengapa kepastian di anggap sebagai menyalahkan pula?
Jika terbukti anda salah adakah akan mengaku salah?
Apakah anda menganggap saya tidak pernah mengaku salah?
Siapa kat sini yang mengaku ahli Al-Quran. Tidak lain dan tidak bukan anda seorang sajalah. Sebab itu saya tiada ruang melainkan kena tanya pada anda
Mengapa hanya di sebabkan pengakuan saya lantas anda beranggapan tiada ruang lagi melainkan kena tanya pd saya pula?
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
hanya kerana saya tidak menyebut berpecah belah tidak menjadikan berseliseh itu perbuatan yg di perintahkan.
apa yg di larang maka tinggalkanlah.
apa yg di suruh maka kerjakanlah sebatas kemampuan.
sirrikhafi Post at 2-4-2010 13:38
Saya bukan kata berselisih tu perbuatan yg diperintahkan. Saya kata Al-Quran kata yang dimaksudkan berpecah-belah DAN berselisih tu yg mendatangkan azab.
Kalau setakat berselisih saja, ia belum tentu mendatangkan azab, melainkan kalau berpecah belah juga
Tetapi DAN itu jelas mengindikasikan larangan kedua-dua perbuatan itu secara pasti.
Ya setuju. Inilah maksud yang saya cuba sampaikan. Tak boleh kata berselisih saja mendatangkan azab
Tetapi AlQuran jelas menyebut kedua-dua perbuatan itu di janjikan azab yg besar
Jadi? Tepatkah jika dibuat kesimpulan sesiapa yang berselisih tu mendatangkan azab yang besar? Ataupun sesiapa yang BERPECAH BELAH DAN berselisih tu mendatangkan azab yang besar?
Boleh anda sebutkan nama-nama mereka?
Tiada masalah, cuma saya rasa tidak adil saya babitkan mereka dalam forum di sini tanpa pengetahuan mereka. Seeloknya jika anda PM saya dengan maklumat anda, saya boleh aturkan perjumpaan dengan mereka secara 4 mata. Saya tiada masalah untuk melayan anda sebagai seorag 'Alim, sesuai dengan saya melayan mereka sebagai 'Ulama
Mengapa anda menganggap perbezaan itu sebagai penolakan pula?
Anda kata berselisih tu bawa azab. Anda bawa hujjah perbezaan itu tidak baik. Bila anda tidak menerima tafsiran Ibn Abbas, secara zahirnya nampak seperti anda menolak.
Bila masa saya mengatakan perbezaan membawa azab? Mengapa kepastian di anggap sebagai menyalahkan pula? Apakah anda menganggap saya tidak pernah mengaku salah? Mengapa hanya di sebabkan pengakuan saya lantas anda beranggapan tiada ruang lagi melainkan kena tanya pd saya pula?
Sepatutnya saya yang tanya anda sebab anda suruh tanya ahlul Quran dan anda mengaku ahlul Quran. Sekarang anda tanya saya pula. Kalau anda rasa soalan saya tu macam tuduhan yang tak betul, anda perbetulkanlah. Banyak dari jawapan kepada soalan anda di atas tu dari anda sendiri, cuma kalau saya jawab lagi, mungkin tak habis-habis pula berleret-relet pula isu soal jawab sampingan sedangkan saya lebih menumpukan kepada isu yang kita bincangkan iaitu PERBEZAAN PENDAPAT |
|
|
|
|
|
|
|
- "Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup panjang, maka dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib kalian berpegang dengan Sunnahku dan sunnah para khalifah yang terbimbing, yang mendapatkan petunjuk. Gigitlah dengan gigi-gigi geraham kalian. Dan hati-hatilah dari perkara-perkara yang baru, karena setiap perkara baru adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi, dia menyatakan: "Hadits yang hasan shahih dari ‘Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu.")
kenapa perlu Nabi s.a.w berpesan begini kalau perselisihan itu rahmat? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa perlu Nabi s.a.w berpesan begini kalau perselisihan itu rahmat?
Hang Post at 6-4-2010 10:37
Memanglah kita tahu perselisihan itu umumnya tidak mendatangkan kebaikan, tapi bukannya semua perselisihan itu mendatangkan keburukan.
Ayat Al-Quran menerangkan secara umum perbuatan berpecah-belah dan berselisih setelah beriman mendatangkan azab. Hadith pula secara KHUSUS menerangkan perselisihan di kalangan para sahabat itu membawa rahmat kepada ummat (BUKAN UMUM PERSELISIHAN itu rahmat)
Hakikatnya, sejarah menunjukkan para sahabat juga berselisih pendapat, ini tidak dapat dinafikan. Ada pihak yang suka menghentam para sahabat membuat kesimpulan buruk kepada para sahabat kerana berselisih pendapat. Namun ada hadith khusus memuliakan para sahabat walaupun mereka berselisih. Hadith tu memuliakan para sahabat, bukannya suruh kita berselisih! Hadith tu menunjukkan mereka (para sahabat) tidak layak dihina walaupun mereka berselisih pendapat sesama mereka, bukannya suruh kita berselisih pendapat.
Cuba encik Hang nyatakan pendirian encik Hang? Adakah para sahabat yang berselisih itu patut ditempelak atau kita seharusnya memuliakan mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba encik Hang nyatakan pendirian encik Hang? Adakah para sahabat yang berselisih itu patut ditempelak atau kita seharusnya memuliakan mereka?
mnm77 Post at 6-4-2010 11:19 AM
Cuba mnm77 nyatakan golongan mana yang selalu dok mencela para sahabat...
Apakah golongan yang tidak menerima hadis dhaif ' perselisihan umatku adalah rahmat' ini yang dok mencela para sahabat? |
|
|
|
|
|
|
| |
|