tu sbb orang suruh pi mengaji ... tapi hang dok main sosial media... sampai mati pun konon tak pernah dgr itu dan ini.
HUKUM PUASA HARI PUTIH
Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam.
Nama puasa sunat ini dikenali juga sebagai Puasa Hari Putih (الأيام البيض). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan. Walau bagaimanapun, puasa pada 13 Zulhijjah dikecualikan kerana haram berpuasa pada hari tersebut. DALIL & KELEBIHAN PUASA HARI PUTIHDalil Pertama Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ Maksudnya: “Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur.” Riwayat al-Bukhari (1124) dan Muslim (721) Dalil Kedua Hadith seterusnya, daripada Abu Qatadah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: صَوْمُ ثَلاَثَةٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَمَضَانَ إِلَى رَمَضَانَ صَوْمُ الدَّهْرِ Maksudnya: “Kelebihan puasa pada tiga hari setiap bulan menyamai puasa sepanjang tahun.” Riwayat Muslim (1162) Dalil Ketiga Hadith yang lain pula, daripada Abu Dzar RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda: إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثاً، فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ Maksudnya: “Sekiranya engkau berpuasa tiga hari dalam sebulan, puasalah pada 13, 14, dan 15 haribulan.” Riwayat al-Tirmizi (761) Dalil Keempat Begitu juga hadith, daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ Maksudnya: “Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”
|