|
ahhaaa kalau tul RI gan TZ couple.....best sgt2..mesti ramai peminat suka |
|
|
|
|
|
|
|
tukau lirik pagi ni - Boleh Pandang2, Boleh Pegang2
HAHA! |
|
|
|
|
|
|
|
SOURCE : KOSMO ONLINE
Rapat bukan bercinta
Oleh HARYATI KARIM
[email protected]
SEJAK namanya mula popular dengan drama Nur Kasih dan tidak lama lagi bakal muncul dengan versi filem pula, kedudukan Siti Zaqyah Abdul Razak atau nama glamornya Tiz Zaqyah dalam bidang seni tiba-tiba berada di tahap atas.
Meskipun baru berusia 21 tahun, hakikat sebenarnya Tiz telah berada dalam bidang seni selama empat tahun bermula dengan kerjaya sebagai seorang model sebelum terjun ke dunia lakonan.
Selain memegang watak Nur Amina dalam drama Nur Kasih, nama Tiz juga harum dengan kontroversi sekitar Jun lalu apabila berperang dengan rakan baiknya Fasha Sandha gara-gara membuat panggilan kira-kira pukul 4 pagi kepada Rizal Ashram atau Jejai.
Tutup buku kisah perangnya dengan Fasha, terbaru, pada kejohanan Moto GP yang berlangsung di Litar F1 Sepang 10 Oktober lalu, Tiz dilihat hadir bersama aktor popular Remy Ishak.
Apa yang mengejutkan ada saksi mendakwa Tiz berjalan berpegangan tangan bersama Remy di depan khalayak ramai pada kejohanan tersebut. Bagi saksi itu, apa yang dilihatnya adalah satu hal luar biasa dan untuk mendapatkan pengesahan, saksi tersebut meminta pihak Kosmo! bertanya tentang kesahihannya kepada Tiz sendiri.
Tiz yang dihubungi Kosmo! tidak menafikan hubungan rapat antara dia dan Remy. Bagaimanapun, dia dengan tegas menafikan mempunyai hubungan luar biasa bersama Remy kerana menganggap aktor itu tidak lebih daripada teman rapat.
“Ya, memang saya dan Remy ada di Moto GP tetapi mana ada kami pegang tangan. Mungkin masa itu saya sedang mahu memberi barang kepadanya dan kebetulan ada orang nampak, terus kata kami pegang tangan,” kata Tiz membela diri.
Tambahnya lagi, dia bukan peminat fanatik sukan permotoran, namun dia hadir menyaksikan kejohanan tersebut kerana ingin merasai bahang Moto GP. Sementelah dia sendiri tidak pergi hanya berdua dengan Remy, tetapi turut hadir bersama teman-teman artis yang lain.
“Memang kami (Remy) rapat tetapi bukan bercinta. Pada hari itu, saya bukan hanya datang berdua dengan Remy, tapi saya datang dengan pelakon Dira, Zahiril Azim, Beto Kushyairi dan Shira. Kebetulan kami semua dapat tiket pada saat akhir, jadi kami pergi beramai-ramai, bukan berdua ya,” tegasnya berulang kali.
Tambah Tiz lagi, kerana jadual kerja yang agak longgar, dia ikut serta ke kejohanan tersebut. Katanya: “Sekarang saya tidak terlalu sibuk, daripada duduk terperap di rumah apa salahnya saya keluar menonton sukan yang selalunya saya hanya lihat di kaca televisyen saja. Kalau nak tahu itulah kali pertama saya datang ke litar Sepang untuk menonton Moto GP.”
Sebenarnya tidak mustahil untuk Tiz dan Remy mempunyai hubungan yang rapat kerana mereka telah bekerjasama dalam drama bersiri dan filem Nur Kasih yang akan ditayangkan sekitar tahun hadapan.
“Saya akui kami menjadi rapat sebab selalu bekerjasama. Tidak salah kalau saya nak berkawan dengan dia (Remy) sebab dia seorang teman yang baik sama seperti teman-teman saya yang lain,” balasnya.
Apabila ditanya pandangannya mengenai Remy, menerusi mata kasarnya selaku seorang wanita, Tiz tertawa dan enggan memberi sebarang komen.
“Saya tidak tahu dan tidak mahu menjawab kerana bimbang perkara ini akan meleret-leret. Biarlah peminat yang membuat penilaian sendiri.
“Tetapi kalau dari segi kerja, dia seorang pelakon yang sangat komited dan serius dengan apa yang dilakukan,” ucap anak jati Kuala Lumpur itu lagi.
Mengakui masih solo, Tiz menjelaskan, dia tidak kisah jika cintanya kelak datang daripada lelaki biasa mahupun lelaki yang sama bidang dengannya.
Namun, fokusnya kini hanya satu iaitu lakonan sahaja dengan alasan dia terlalu muda untuk memikirkan soal cinta sementelah kerjayanya sebagai pelakon baru sahaja hendak bermula.
“Saya tidak kisah andai bertemu jodoh kelak dengan lelaki yang bergelar artis atau orang biasa kerana kuasa jodoh itu bukan di tangan saya. Itu kerja Allah.
“Saya juga tidak boleh bercakap dengan lelaki kategori yang macam mana saya mahu berkahwin kerana kita tidak dapat melihat apa yang akan berlaku pada masa depan.
“Buat masa ini saya masih belum bersedia untuk sebarang komitmen dan hanya mahu serius bekerja sahaja serta menikmati zaman remaja sebaik mungkin,” bicaranya. |
|
|
|
|
|
|
|
salam dan selamat pagi semua...
wartawan kat m'sia ni mmg tak guna...cerita dah basi di putar2 kalau rekod dah lama jahanam...remy and tiz saja jadi target mereka...apa-apapun remy and tiz yg mrk target
yg pegi motoGP tu bkn mereka berdua saja...pasangan yg lain tu semua husband and wife ke? yg berpeluk bagai tak dpt liputan? yg dedahkan aurat tak hebohpun...remy and tiz juga yg di persoalkan...
itulah hikmahnya rumah ni yg penuh dgn kasih sayang...walaupun asmaradana ke hape ke best...aura kasih sayang tu tak ade...tell me who tak jealous weiiiiiii...ada rumahpun org x singgah...hehehe panjang pulak celoteh...good day kawan2 spread love bak kata Tiz |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat pagi semua,
Setuju dgn suri. Kalau betul pun takkan org nak hebah mereka bercinta.
Tiz pernah kata dia bukan nak jaja cerita cinta di media.
Dia nak kerjaya dia DINILAI sbb ada kata dia tak bersinar. Nilaikanlah and give constructive comments pls.
Takyah heboh, bercinta je terus, tp toksah pegang tangan, jeling manja je, BOLEH?? |
|
|
|
|
|
|
|
terlupo, cantiknya Tiz paki baju oren tu, terserlah kegebuan
quote kata diva "seorang gadis putih gebu berpegangan tangan dgn seorg lelaki perkasa"
btw...adam pun pernah pakai warna orenkan?: |
|
|
|
|
|
|
|
baru perasan dan nak naik angin lagilah ni...apasal wartawan tulis gosip cinta tiz zaqyah? oii wartawan nie nampak org berdua saja dah bercinta duduk minum kopi jer dah bercinta...eeee otak letak kat mana entah....meluat...
tapi remy and tiz memang item pun....tapi mrk tak usik dan kacau org..kok mrk bercintapun apa salahnya kan..."adam dan nur" di alam nyata.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 49# suri21
hahaha....sabar beb...jgn naik angin beb....pls don't ruin our lovely Monday..hehe..
we r here to support them..ni umah kasih sayang...adam syg nur..nur syg adam..mak jah syg ustaz hassan..aidil syg alya..tak gitu?...
what ever it is..we pray for the best for our adam n nur a.k.a zalimie + zaqyah...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
hehe.. wartawan hiburan kita mmg mcm ni la.. dah sedia maklum dah pun
takyah tunggu lama pun kan.. smlm kuar news pegang tgn.. terus tiz kena terjah
arini kuar paper dah.. bagus la remy tak komen apa2.. diam2 sudah
anyway.. mcm sup cakap.. doakan yang baik2 je utk dorang |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua... comelnya berbaju oren.
mmm... tajuk bkn men lgi... gosip cinta la plak... mmg peminat suka... tp cuba la highlight psl kerjaya... lagi best.
mmm. |
|
|
|
|
|
|
|
yup... doakan je yg tbaik utk mereka...
psssst... shout award tu dah leh vote ke? apsl aku check mcm lum bleh je.
mmm. |
|
|
|
|
|
|
|
mmm... komen aku lgi: apsl wartwn tak highlightkan sheera ngan z.a... dorg lgi yg jelas dan terang lgi bsuluh...
wakakkaka. |
|
|
|
|
|
|
|
yup... doakan je yg tbaik utk mereka...
psssst... shout award tu dah leh vote ke? apsl aku check m ...
hijau88 Post at 18-10-2010 13:35
sebab adam ngan nur gelap-terang, hitam-putih, malam-siang sentiasa bersinar.
sepanjang zaman. ada ummphhh
seluruh alam jadi saksi ikut mendoakan.
ttg vote..no idea. check balik. |
|
|
|
|
|
|
|
To vote ONLINE log on to www.shoutawards.com.my
To vote through SMS:
Mechanic: sms SHOUT<space>VOTE CODE to 33399.
Example: SHOUT A4 to 33399
Voting Timeline: 18th October 2010 to 19th November 2010
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Best On Screen Chemistry Award
G1 Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
G2 Upin & Ipin (Upin & Ipin)
G3 Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih)
G4 Farid Kamil & Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
G5 Wakaka Crew & Gi<span>l</span><span>ler Battle Crew (Showdown 2010)</span>
G6 Afdlin Shauki & Rashidi Ishak (Setem)
taip mcm ni --> SHOUT G3 (hantar ke) 33399
Fresh TV Series (New TV Series)
H1 Adamaya
H2 Arjuna
H3 Blogger Boy
H4 Gelora Dihati Sara
H5 Nur Kasih
H6 Qalesya
taip mcm ni --> SHOUT H5 (hantar ke) 33399
apa2pun... sila refer kat cni k --> web rasmi: http://www.shoutawards.com.my/
atau
facebook:
http://www.facebook.com/pages/The-Shout-Aw...125533694167796 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kemain PROMO!! |
|
|
|
|
|
|
|
tiz ngan remy pegi tak shout awards tuh? |
|
|
|
|
|
|
| |
|