|
ko ni dh miskin tegar ke sampai harga minyak dh naik pn nak kecoh...
kalkeat Post at 26-1-2011 22:38
Tak la. Kalau nak sangat jimat duit takyah topup bikin AFUNDI lagi bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Harga petrol RON97 naik 10 sen
01/02/2011 2:53am
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.
Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.
"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Zulkifli berkata harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.
Pada 4 Jan lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10
sen pada menjadikannya RM2.40 seliter.
— BERNAMA
P/S: JOM BERHENTI AFUNDI! |
|
|
|
|
|
|
|
Harga minyak bakal melambung
Oleh JUNHAIRI ALYASA
[email protected]
KUALA LUMPUR – Krisis politik di Mesir jika dibiarkan berpanjangan dibimbangi mengakibatkan harga minyak dunia terus melambung sekali gus akan turut memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.
Pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Majid (gambar) berkata, krisis tersebut yang sudah pun berlarutan lebih seminggu telah mengakibatkan kenaikan harga bahan bakar dunia kepada kira-kira RM310 setong ketika ini.
Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila aktiviti ekonomi menerusi Terusan Suez, Mesir yang merupakan laluan tunggal perdagangan yang menghubungkan Eropah dan Asia sudah mula terganggu.
“Jika terusan itu terganggu, ia sudah pasti menimbulkan masalah paling besar iaitu harga minyak dunia terus meningkat termasuk di negara kita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
P/S: AF dah nak berkubur ni. Sementara AF masih lagi bersiaran baik STOP AFUNDI. Membazirkan kredit dan duit saja. |
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 nih pelik semacam je..mcm penghasut dr stesen tv lain pun ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harga petrol mungkin naik?
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
[email protected]
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.
Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.
"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.
"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.
Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.
Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.
Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.
Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.
Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.
"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.
Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.
Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.
Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.
"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.
"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.
P/S: Jom PONTENG AFUNDI! |
|
|
|
|
|
|
|
tp hrp2 program2 yg dtg lbh brfaedah kpd semua penonton ..ladygempak Post at 18-1-2011 13:02
Tapi bukan berbentuk hiburan sama ada nyanyian ataupun tarian, tapi juga kenalah realiti TV lumba kereta ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh Norasikin Daineh dan Shuhada Mansor
[email protected]
MAHAL...harga daging meningkat mendadak.
KUALA LUMPUR: “Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari makan,” keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini.Katanya, harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.
“Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga.
Kenaikan itu dakwa mereka kerana harga ditawarkan pemborong amat tinggi berbanding harga sebelumnya.
“Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula,” kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran.
Menurut Kamarulzaman, harga borong bagi sekilogram daging tempatan RM18 dan harga daging import antara RM12 hingga RM13, namun berlaku perubahan harga yang mendadak baru-baru ini.
“Harga baru kami terima dari pemborong semalam RM24.50 bermakna harga daging tempatan naik RM6.50,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, beberapa pelanggan yang ditemui berkata, kenaikan harga barang membebankan mereka. Menurut Rafei Jamil, 32, harga makanan mentah utama tidak perlu dinaikkan kerana ia akan membebankan.
“Sepatutnya harga makanan mentah seperti ayam, daging dan ikan tidak perlu naik kerana harga sekarang pun membebankan,” katanya.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, ketika mengulas isu kenaikan harga barangan, berkata keadaan ini sukar untuk dikawal memandangkan sifat tamak sesetengah peniaga yang mengaut keuntungan mudah menaikkan harga barang sesuka hati.
Katanya, sifat tamak peniaga sukar untuk dikikis memandangkan mereka tahu pembeli pasti akan membeli barangan keperluan harian berkenaan.
Menurutnya, bagi menangani masalah ini pengguna mempunyai hak bagi membasmi penularan kenaikan harga barang.
P/S: Jom PONTENG AFUNDI! |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni dh miskin tegar ke sampai harga minyak dh naik pn nak kecoh...
kalkeat Post at 26-1-2011 22:38
Jom baca berita keluaran 18 November 2009!
Hentikan program realiti
Oleh YULPISMAN ASLI
KUANTAN 17 Nov. - Program realiti seperti Sehati Berdansa, Akademi Fantasia dan Mentor wajar dihentikan kerana ia menggalakkan pembaziran di kalangan masyarakat.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin berkata, kewujudan program-program seumpama itu juga hanya menguntungkan stesen televisyen dan syarikat telekomunikasi terbabit.
Sedangkan katanya, budaya berbelanja tidak seharusnya mendorong masyarakat atau pengguna melakukan pembaziran terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu sekarang.
"Pada saya program seperti ini menjurus kepada pembaziran kerana ibu bapa terpaksa menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bagi membolehkan anak-anak mereka turut serta. Keadaan seperti ini perlu dihentikan," katanya .
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Seminar Memperkasakan Pengguna Peringkat Negeri Pahang 2009 anjuran bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) cawangan Pahang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Dewan Kompleks Wisma Belia Indera Mahkota di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Biro Kepenggunaan Puspanita Kebangsaan, Profesor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd. Mazjub.
Dalam ucapannya, Abu Samah turut mengingatkan pengguna khususnya wanita yang sering dijadikan objek oleh syarikat-syarikat pengiklanan supaya tidak mudah terpedaya dengan pelbagai taktik dan teknik digunakan bagi melariskan produk.
"Di Pahang, setakat ini kita menerima sebanyak 284 aduan sehingga Oktober 2009, berkaitan isu penipuan perkhidmatan, perkhidmatan perbankan, aktiviti jualan langsung dan barangan tiruan," katanya.
Beliau turut menyifatkan pengguna di negeri ini masih lagi mempunyai tahap kesedaran rendah mengenai hak mereka apabila setakat ini hanya 179 kes tuntutan difailkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Sementara itu. Dr. Rohaty berkata, pilihan di tangan pengguna sama ada mahu terus bermewah dan mengumpul hutang atau berbelanja mengikut kemampuan disebabkan kos sara hidup yang semakin melonjak khususnya di bandar-bandar besar.
"Apa yang dikesali, sikap biar papa asal bergaya masih menebal di kalangan pengguna di Malaysia. Sebagai pengguna kita seharusnya sentiasa beringat dan membuat tabungan sedapat yang mungkin," katanya
Sehubungan itu, beliau menyifatkan penganjuran seminar tersebut memberi banyak manfaat kepada pengguna khususnya wanita yang sebenarnya perancang ekonomi bagi sesebuah institusi keluarga.
"Jika amalan berhati-hati tidak diamalkan, setiap pengguna berpotensi terjerat ke dalam perangkap amalan peniaga yang kurang beretika dan kerap tertipu tanpa disedari," katanya.
P/S: 1) Patutnya KPKK bekerjasama dengan KPDNKK untuk membanteras program realiti hiburan sebegini.
2) Kalau nak sangat jimat duit toksah topup lagi afdal. Baik bagi derma kepada yang memerlukan lagi afdal. |
|
|
|
|
|
|
|
Jom baca berita keluaran 18 November 2009!
P/S: 1) Patutnya KPKK bekerjasama dengan KPDNK ...
hayrin86 Post at 10-3-2011 12:09
ko mmg miskin tegar |
|
|
|
|
|
|
|
ko mmg miskin tegar
kalkeat Post at 10-3-2011 18:29
Tidak la. Duit untuk topup pun terpaksa digunakan utk ambik judul local movie kat Astro First. |
|
|
|
|
|
|
| |
|