CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Tarikh akhir bayar saman JPJ extend sampai 10 Mac 2011!!(Update)

  [Copy link]
Post time 24-2-2011 10:04 PM | Show all posts
kalo kita tak membantu kerajaan dgn membayar saman tertunggak nih, sapa lagi ??? sedangkan kita perlukan kemudahan asas seperti jalanraya..

kalo kerajaan tak kutip saman, bagaimana kerajaan nak bina jalanraya, repair jalan, nak membantu rakyat ???

sbg rakyat, kita patut berterima kasih dan membuat jasa kpd kerajaan.. bukannya susah, cuma bayar aja saman tertunggak nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 10:09 PM | Show all posts
kalo kita tak membantu kerajaan dgn membayar saman tertunggak nih, sapa lagi ??? sedangkan kita perl ...
Dunhill. Post at 24-2-2011 22:04


Saman yang terkumpul.....mereka buat profit sharing  among themselves every month tak rasa kamu DUNHILL?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 09:14 AM | Show all posts
mbpj pon termasuk gak blacklist 1mac ke???
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 09:37 AM | Show all posts
mingu lepas polis dah mula implement bayar saman serta merta ... dapat discount hebat ..bayar RM50 aje.. cara bayaran letak duit bawah IC ..tapi tu lah x ada resit bayaran..heheheeh.. terkedu jap...sbb dah lama x bayar saman lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 04:45 PM | Show all posts
Saman yang terkumpul.....mereka buat profit sharing  among themselves every month tak rasa kamu  ...
Maideeen Post at 24-2-2011 22:09


tak baik buruk sangka.. ko ada bukti???

apa yg kerajaan buat tuh betul.. segala hasil nnt akan sampai kepada rakyat juga..

insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 09:24 PM | Show all posts
korang..nak tanya klau miss nak byr saman kat kaunter tp guna CC boleh ker?
Boleh ker byr saman untuk org lain guna CC?
kat kaunter mn yg tak sesak?--prefer putrajaya area

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2011 01:29 PM | Show all posts
esok tarikh akhir bayar saman..
siapa yang ada saman tu cepat2 lah jelaskan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2011 01:31 PM | Show all posts
Saman: Pejabat pos dibuka hari ini

Oleh Meor Hisham Zulkifli dan Magendran Rajagopal
bhnews@bharian.com.my
2011/02/27





ORANG ramai menjelaskan saman trafik di Pejabat Pos Bangsar, semalam.


Pesalah trafik diberi peluang jelas bayaran

KUALA LUMPUR: Semua pejabat pos di Lembah Klang dan pejabat pos besar di seluruh negara akan dibuka hari ini bagi memudahkan orang ramai membayar saman masing-masing.

Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar, dalam kenyataannya semalam, berkata, mereka mengarahkan pejabat pos yang cuti umumnya pada Ahad, beroperasi hari ini, manakala bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, urusan pos seperti biasa.


“Kami faham ada pelanggan yang mungkin menghadapi kesukaran untuk membayar saman mereka pada hari bekerja. Justeru, kami mengambil peluang untuk memberi perkhidmatan itu pada Ahad (hari ini).

“Kami harap pelanggan menggunakan kesempatan ini untuk membolehkan mereka melunaskan saman masing-masing,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Pos Malaysia menerusi talian PosLine 1-300-300-300 atau layari laman web www.pos.com.my.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata hanya sekitar 20 peratus pesalah trafik yang memiliki saman tertunggak melunaskan bayaran masing-masing walaupun diskaun 50 peratus bagi semua kategori saman yang ditawarkan kerajaan sejak 1 Disember tahun lalu akan berakhir esok.

“Sesiapa yang memiliki saman tertunggak mulai 1 Mac ini akan disenarai hitam dan mengikut Akta Pengangkutan Jalan yang dipinda tahun lalu, mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan, lesen memandu atau insurans kenderaan.

“Mereka yang disenarai hitam juga tidak boleh ber urus niaga dengan JPJ termasuk mendaftar kenderaan baru atau terpakai selain tidak boleh memindah milik kenderaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Malah, biarpun JPJ berulang kali menegaskan tidak akan melanjutkan tawaran diskaun berkenaan, masih ramai yang menunggu sehingga ke saat-saat akhir bagi membayar saman itu.

Difahamkan, sistem pembayaran menerusi internet melalui www.myeg.com.my dan bayaran di kaunter balai polis trafik seluruh negara mengalami ‘kesesakan’ yang menyebabkan sistem perkhidmatan komputer tergendala beberapa kali kerana terlalu ramai menggunakan khidmat berkenaan secara serentak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2011 01:41 PM | Show all posts
pejabat pos system error dari pkl 12 tadi
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 01:46 PM | Show all posts
kalau bayar pas 28/2  tak boleh ker
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 01:56 PM | Show all posts
ari tu masa due date dia bulan 12.. semua kelam kabut nak bayar, sampai sistem jam macam sekarang ni.. last-last bila tarikh dianjakkan ke 28/2/2011.. semua dok tangguh, dan buat lagi last minutes baru nak bayar.. nasib la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 02:09 PM | Show all posts
aku bayar online je.. caj RM2 satu saman.. ok la dari dok beratur kat balai polis tu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 02:17 PM | Show all posts
jgn bayar kasi pakatan menang..mereka hapus saman2 lama tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 12:10 AM | Show all posts
aku benci la saman2 ni.. aku cuba jd pemandu beretika tp kadang2 kita xpasan kita wat salah.. ada satu malm tu aku gi kedai photostat.. mlm gelap aku parking je depan kedai tu.. selalu orang bias parking situ.. xaleh2 kene saman.. aku benti kejap je and aku xpenah tau situ xleh parking.. benci sgt2.. terbang duit xpasal2.. huhu da la gaji kecik.. "nanges"
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 12:54 AM | Show all posts
Kera-jaan dah takde duit.. tu yg dia push suh bayar saman.. haahhahahaha

Road block plak bersepah... sana sini ada rodblok.. makahai!!.. cari saman byk2.. tuk cover subsidi petrol.. buduh!!

puiiii!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 01:47 AM | Show all posts
aku bayar online je.. caj RM2 satu saman.. ok la dari dok beratur kat balai polis tu....
shahx Post at 27-2-2011 14:09



    I pun bayar online melalui myeg.. tak sangka kena bayar charge RM 54.. ingatkan free jer... buat duit betul semuanya.. maklumlah.. bau2 pilihanraya tu dah semakin dekat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2011 01:56 AM | Show all posts
aku benci la saman2 ni.. aku cuba jd pemandu beretika tp kadang2 kita xpasan kita wat salah.. ada sa ...
pinguin Post at 28-2-2011 00:10



    I pernah nak kena saman polis sebab memandu sambil pakai HP.. tapi masa berhenti tu I dah letak HP tu.. dia minta my IC.. then isu surat.. suruh I sign.. but I refuse to sign... so.. dia just bagi balik IC I.. dan suruh I jalan.. sampai sekarang tak nampak lekat saman tu...

Pernah juga dulu semasa 1 Mei.. tahun bila I tak ingat... tapi yg pasti h/way sesak gila.. dari Sg. Besi jam 9.00 am.. sampai Ayer Keroh 5.00 pm... memang geram masa tu.., I ingat h/way untuk keselesaan.. rupanya sebaliknya pulak.. bila sampai toll.. I cakap dgn budak toll.. I dah kehabisan duit nak bayar toll.. sebab minyak I patutnya boleh sampai kampung.. tapi tak sampai Seremban dah habis.. so I kena tuang minyak.. dan I dah tak ada duit nak bayar... mula2 dia berkeras mintak... tapi I berkeras tak nak bagi.. dia tgk belakang I banyak kereta dan bunyi honk... dia lepaskan I pergi... puas hati...dan selepas I.. I tgk.. ramai jg yg argue.. tak taulah mrk sedegil I atau tak...

So.. I rasa.. sometimes.. kalau kita rasa kita betul... fight jer... melainkan saman ekor... yg ni malaslah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 02:25 AM | Show all posts
I pernah nak kena saman polis sebab memandu sambil pakai HP.. tapi masa berhenti tu I dah  ...
maizana Post at 28-2-2011 01:56


Yang kamu lepaskan geram dekat budak tol tuu kenapa? sampai takmo bayar tol?

Kalau Maideeen sebut kamu ini golongan cilanat, akal macam haiwan...kamu marah tak?

Tidakkah kamu terfikir kamu juga berperanan/contribute pada kesesakan dilebuhraya?

Yang budak mencari rezeki dengan memungut tol yang kamu nak marahkan pasal apa?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 02:40 AM | Show all posts
arini settle 10 saman jolok ikut sepupu aku yg keje kaunter kat pejabat pos jah.. padan muka sapa yg beratur dari pagi..muahahhaahaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 02:45 AM | Show all posts
tak baik buruk sangka.. ko ada bukti???

apa yg kerajaan buat tuh betul.. segala hasil nnt aka ...
Dunhill. Post at 25-2-2011 16:45


Kemusyikilan dalam bentuk persoalan tentunya beza dengan  pertuduhan kan DUN?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.143777 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list