CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: CARI-MRO

Mana SUHAKAM ketika anak saya dibunuh dengan kejam, Kenapa perlu sekarang? — Ayah Zulfarhan

[Copy link]
Post time 27-7-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 27-7-2024 01:02 PM
Suhakam bukan persatuan atau ngo  mcm Bersih cik kak.suhakam ni bawah parlimen, kerajaan.organisas ...

Legally correct morally wrong.

Also in parliament, menteri komplen isu penjara sesak, pusat tahanan sesak. Tapi at the same time those yang selayaknya dijatuhi hukuman gantung nak disimpan dalam penjara, konon untuk perbetulkan balik diri dorang. Dorang semua tahu sebelum nak gantung tu, pesalah memang jalani hidup dalam penjara, boleh je muhasabah diri sebelum digantung. Ni nak suruh mansuh mati mandatori bukan sebab apa, sebab malu kat negara luar taknak kena cop negara zalim & taknak KPI human rights index jatuh. Nak jadi terpaling human rights.

Kalau betul nak ampunkan pesalah & lift the hukuman gantung, hak tu patutnya diserah kepada keluarga waris. Hakim patut tanya keluarga waris nak pesalah digantung atau dipenjara. Macam kes tembak mati pegawai bank tu. Dah terang2 bukti siap ada saksi mata lagi, si memon batalkan hukuman gantung. Speechless aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 27-7-2024 05:43 PM
Legally correct morally wrong.

Also in parliament, menteri komplen isu penjara sesak, pusat taha ...

Eh kejap.. bukan bill mansuhkan hukuman mati mandatori ni dah lulus ke dlm dewan rakyat thn  lps?tu yg aku x paham.apa lagi dia suruh  gomen consider tu?kalo mansuhkan pun masih lagi ikut budi bicara hakim. tapi betul gak kata ko selain takut kpi hak asasi manusia  jatuh..aku setuju  suhakam ni selective.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 27-7-2024 10:09 PM
Eh kejap.. bukan bill mansuhkan hukuman mati mandatori ni dah lulus ke dlm dewan rakyat thn  lps?t ...

Dorang kalau boleh taknak ada langsung hukuman mati tu, tak kisah la mandatori ke tak. Konon atas nama hak asasi manusia. Kalau camtu baik jangan bagi polis, tentera ada senjata. Kang risau tembak penjenayah mati pulak. Drug dealers, pushers jual dadah rosakkan anak bangsa takpe. Jangan hukum mati drug dealers & pushers, kesian kat dorang. Kena educate dorang, perbetulkan balik moral dorang, bagi dorang peluang untuk taubat. Habis tu nasib anak bangsa yang beribu dah rosak dek kerana pusher tu kau nak kata apa, suhakam? Biar mampos dorang kat situ, siapa suruh mendadih?

Tak lama lagi dorang fight la untuk hak puak pelangi, konon atas nama hak asasi manusia.  

Hanyut jela puak suhakam & unhcr ke teluk benggala sana. Nak fight untuk orang asli, kerajaan ada jakoa. Kita pun ada sistem perundangan & badan kehakiman. Suhakam sila berkubur.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 11:02 PM | Show all posts
jejarihalus replied at 27-7-2024 01:12 AM
SUHAKAM ni mmg babi taw..rohingya pun sibuk nak dibela

Suruh dia orang kawin dengan rohingya tu. Jangan hanya tau cakap aje.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 11:05 PM | Show all posts
Suhakam ni bila bersuara selalu tak kena timing. Always do the opposite. They have been proven guilty as charged, let the court do its duty. Sebok nak menyelit. They are not naughty kids. They are effing psychos. Semoga allah ampun kan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 11:46 PM | Show all posts
SUHAKAM ni patut digazetkn sbg pengganas sama cm IDF aja
sebab bela pelaku bunuh org,pelaku org rogol bunuh bakar dia bela
pelaku seterika smpai mati pun dia bela

agak2 kalu mak dia, ayah dia, anak dia, kene dera, bunuh rogol bakar ke apa, dia bela juga ke supaya hukuman mati dimansuhkan

pada aku SUHAKAM ni bukan manusia, takde keluarga, mgkin spesis alien memandang nyawa manusia ni murah aja, asal agenda dia berjalan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2024 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 27-7-2024 05:43 PM
Legally correct morally wrong.

Also in parliament, menteri komplen isu penjara sesak, pusat taha ...

agaknya bila kena btg hidung sendiri tu nanti..anak menantu kene smpai bersepai kepala...baru nk proceed tanpa perlu ditukar kpd penjara...

masa tgh berkhidmat ni boleh la dpt perks bodyguard dari pihak polis...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Suhakam ni jenis bangga menongkah arus walaupun salah. Terpaling pembela hak asasi manusia sampai yang terang2 jahat pun butakan mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
i harap sgt akan ada yg buat dokumentari pasal kes ni. ceritakan kedasyatan diorg buat kat zulfarhan n akibat yg diterima oleh budak2 jantan x guna ni. dah la zalim n x berperikemanusiaan kat arwah n family, menyusahkan mak bapak n keluarga sendiri, perabihkan duit kerajaan n rakyat nk tanggung depa dlm penjara, urusan mahkamah dll. hish
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 01:55 PM | Show all posts
alesandra replied at 26-7-2024 05:02 PM
Suhakam bukan persatuan atau ngo  mcm Bersih cik kak.suhakam ni bawah parlimen, kerajaan.organisas ...

Betul, girl. SUHAKAM tue badan berkanun bebas gitu. Sebab konon deme nyer National Human Rights Institutions kena bebas, jadi deme tak nak duk bawah pemantauan SPA. Deme report direct ke Parlimen, sepatutnya lar. Cuma problem dengan organisasi cenggini, deme banyak ada abang, atau kak long yang jadi punca banyak kes yang betul patut diambil perhatian, tapi tak diambil perhatian. Kes yang tak patut diambilnya pulak. Public kena tahu benda2 neh semua supaya deme tak diperkotak katik dengan jentera politik mana2 pihak gittew

Cuma dalam kes Zulfarhan neh, mak tak nampak mana keperluannya deme nak mencelah. Isu buli dalam pekerjaan dan pendidikan neh pun isu hak asasi manusia jugak. Ker mak yang tak paham hak asasi manusia tue haper?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 01:56 PM | Show all posts
ladybugz replied at 27-7-2024 09:21 AM
i harap sgt akan ada yg buat dokumentari pasal kes ni. ceritakan kedasyatan diorg buat kat zulfarhan ...

Ai harap deme masukkan dalam buku teks sejarah Malaysia terus.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 27-7-2024 10:35 PM
Dorang kalau boleh taknak ada langsung hukuman mati tu, tak kisah la mandatori ke tak. Konon atas  ...

Yes...sila hanyutkan Suhakam n UNCHR n semua agensi international haprak yang sebenarnya sibuk nak dapat grant money je. Dah la grant money dari kerajaan Malaysia, administrative fees sampai 30% bolot. 70% balance tu belum tentu dapat kat rakyat balik, pusing2 jadi duit belanja organisasi dia jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 02:19 PM | Show all posts
SUHAKAM dh bg statement tu boleh la sambung tido balik ya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 27-7-2024 10:09 PM
Eh kejap.. bukan bill mansuhkan hukuman mati mandatori ni dah lulus ke dlm dewan rakyat thn  lps?t ...

Suhakam ni baik dia pg Gaza,  melalak dpn isroel baru betul human right.....silap2 teruih arwah tu jam jg
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 04:52 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 29-7-2024 01:55 PM
Betul, girl. SUHAKAM tue badan berkanun bebas gitu. Sebab konon deme nyer National Human Rights In ...

suhakam badan bebas kaluu diletakkan  dlm erti kata sebenar tu rasanya agak retorik.sebagai contoh laa..antara yg selalu diorg terima aduan pasal tanah adat.cuba kalau konflik tanah adat tu melibatkan kepentingan melangkaui kuasa politik ... lagi superior ...mcm payung kuning?adake suhakam akn bersuara???atau buat apa2?atau saja buat mencapub .cuma dlm hal ni...kita faham kesedihan sbb nak baca balik kes ni..rasa sedih dgn  marahnya.hukuman kalau dijatuhkan takkan mengembalikan balik arwah.tapi boleh jadikan pengajaran.dlm kita nak cari keadilan jgn kita terlibat dlm fitnah. sbb ftnah jugakla arwah zulfarhan terkorban
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla, tak payah dah ada hukuman mati.
Lepas ni, ntah2 yg jahat, sesuka hati bunuh org, sbb tau, hujung2 penjara je
Satu lagi, kalau ada yg buat hukuman sendiri sebab tak puas hati dgn hukuman yg tak setimpal,
Baru menggelupur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 11:15 AM | Show all posts
https://www.facebook.com/mahmud. ... cwtWyP2AqNm1Kv563nl

oleh Mahmud Jumaat

TIDAKKAH SUHAKAM TAHU APAKAH YANG DILALUI OLEH ARWAH ZULFARHAN?! RAREST OF THE RARE!
10 ALASAN MENGAPA HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI ADALAH SATU HUKUMAN YANG WAJAR DAN ADIL UNTUK MEMBELA KEMATIAN ZULFARHAN!

Suka saya untuk memetik kenyataan Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan yang menjadi sebahagian alasan penghakimannya:
Kes sebegini paling jarang ditemui daripada kes-kes yang pernah berlaku (rarest of the rare) yan melibatkan jenayah kekejaman yang merbahaya kepada masyarakat. Perbuatan zalim sebegini harus dihentikan (Para 227 alasan penghakiman).
Saya yakin Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan mengambil kira kesan dan akibat hukuman tersebut kepada masyarakat selepas mengambil kira kes ini sebagai kes jenayah kekejaman yang merbahaya kepada masyarakat dan paling jarang ditemui mengikut pengalaman luas hakim dalam mengadili kes jenayah. (Kita dengar pun dah seram)
Masih ramai orang kurang jelas tentang status hukuman gantung  di Malaysia. Hukuman gantung tidak dimansuhkan secara sepenuhnya namun hukuman gantung (secara mandatori) sahaja yang dihapuskan.
Bermaksud mengikut budi bicara panel hakim, bagi pesalah yang didapati bersalah atas kesalahan yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, hukuman gantung tersebut masih boleh dijatuhkan sebagai hukuman kepada pesalah. Cuma ianya tidak lagi wajib seperti sebelum ianya dipinda.
Saya ingin tanya kepada SUHAKAM sebelum membuat kenyataan media:
(i) Adakah SUHAKAM tahu bahawa simati telah diikat kaki dan tangan semasa mereka menekap seterika tersebut;
(ii) Adakah SUHAKAM tahu bahawa sebelum simati diseterika, simati telah dipukul beramai-ramai;
(iii) Adakah SUHAKAM tahu bahawa selepas keenam-enam OKT melihat simati mengelupur kesakitan, mereka tidak peduli dan terus menekap simati dengan seterika hampir keseluruh badan termasuk di BAHAGIAN KEMALUAN;
(iv) Adakah SUHAKAM tahu bahawa simati trlah menjerit kesakitan berpuluh kali akibat daripada 90 kesan lecur, tetapi mereka pekakkan telinga;
(v) Adakah SUHAKAM tahu bahawa selepas simati diseksa dengan seterika panas, simati disembunyikan pula oleh OKT-OKT;
(vi) Adakah SUHAKAM tahu bahawa perbuatan OKT-OKT berniat jahat, zalim, tidak berperikemanusiaan dan tanpa belas kasihan walaupun mereka kenal rapat sesama rakan pengajian;
(vii) Adakah SUHAKAM tahu bahawa walaupun mereka tahu simati telah berada dalam keadaan parah mereka tidak membawa simati ke Hospital Serdang walaupun ada dua surat rujukan telah diberikan kepada mereka;
(viii) Adakah SUHAKAM tahu bahawa OKT-OKT masih menyalahkan simati dalam kejadian ini;
(ix) Adakah SUHAKAM tahu bahawa mengikut saksi pakar kesan lecur yang terdapat di tubuh simati secara lazimnya boleh menyebabkan kematian; dan
(x) Adakah SUHAKAM tahu bahawa, mengikut saksi pakar, kecederaan pada badan yang diniatkan oleh OKT-OKT adalah jenis yang mencukupi dalam keadaan biasa untuk mengakibatkan kematian.
(Rujuk para 162, 226 dan 235 alasan penghakiman)
Terangkan kepada kami dalam keadaan fakta kes bagaimana lagi barulah SUHAKAM berpuas hati dan bersetuju hukuman gantung sampai mati sesuai dijatuhkan keatas OKT-OKT yang didapati bersalah bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Saya merasakan tiada kes yang lebih tragis dan sesuai untuk dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas membaca alasan penghakiman Yang Arif Panel Hakim Mahkamah Rayuan.
Perlu sedar setiap kes di Mahkamah Rayuan akan menjadi precedent kepada kes-kes yang akan datang. Sekiranya kes simati yang dibunuh dengan sebegitu kejam tidak dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, bagaimana pula dengan kes-kes jenayah bunuh yang akan datang.
SUHAKAM dalam membuat kenyataan media bahawa Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut adalah detik yang suram dan menyedihkan kepada Institusi Kehakiman Negara adalah satu kenyataan yang sangat keras dan tidak wajar dan sensetif sebagai pembela kepada hak asasi Manusia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.043289 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list