|
betol tu hero n heroin xbrape nak best... huhuhu... Gemersik Kalbu pun x seronok... x suke hero ngn ...
KasihAmani Post at 26-1-2012 14:25
sokong..tapi novel gemersik kalbu tue best..watak hero Sufian tue sesuai untuk aqasha cuma heroin tue kureng skitlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kena nama watak si fiza dalam drama nehh...
Cinta.....kalau tak silap |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon2 mcm ni br orang nk tengok.. pahammm...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 43# beta_carotene
sekali pandang si afiq tu..ingatkan remy sahak... |
|
|
|
|
|
|
|
Sinopsis ringkas:
Ia mengisahkan Ahmad bersama anaknya, Saiful pulang ke kampung halaman selepas melarikan diri daripada pengutip hutang yang mengejarnya.
Di kampung, Saiful berkawan baik dengan Cinta. Dia selalu menyelamatkan Cinta daripada menjadi mangsa buli. Malangnya, bapa Saiful buat onar dengan mencuri wang simpanan ibu Cinta, Zahara.
Antara pelakon drama nehh; Shah Iskandar Mahfuz ( Saiful / Ghaz), Fiza (Cinta), Shahz Jazel aka Shah apa2 jelah (Tengku Farish), Wah Shade (Sulaiman) & Roy Azman (Ahmad). |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by airwickss at 12-2-2012 10:07
akan mula bersiaran...
13/02/2012
Syd Post at 2-2-2012 20:50
drama neh la yang ganti gemersik kalbu ya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 47# airwickss
a ah.
promo pung dah start melantun2 kat tv3...
bergilir-gilir laks ngan mamat tembam yang promo Apa Celop... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa..tukar pelakon lain la wehhh...x fresh nyee pelakon.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak berminat nak tgk...
boleh rehat jap hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon x brp minat & jln citer x brp nak menarik..
so...aku rase aku boleh rest tok ngadap tv kol 7...yeah!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 53# adifrs
positif thinking..good..
kita boleh rehat... |
|
|
|
|
|
|
|
heroin cam hampeh...x minat! |
|
|
|
|
|
|
|
tengok eklan semalm mcm best..jgn laa salahkan heroin dia sape. kadang2 pelakon tu tak popular so org taknak tgok.. tp bila dah tgok pelakon tak popular tu memikat hati penonton dari lakonan pelakon popular..bg dia peluang |
|
|
|
|
|
|
|
apsal rumah neh blum highlighted lagikk.... |
|
|
|
|
|
|
|
So confirm le citer start ptg ni? Nak tgk le mn tahu best... |
|
|
|
|
|
|
|
tengok kat tonton malam2 lepas seme keje2 umah dah beres.. |
|
|
|
|
|
|
|
Legasi konflik cinta
Oleh Georgie Joseph
[email protected]
TIDAK dinafikan, drama-drama yang disiarkan di TV3 sememangnya berjaya mengumpul pengikutnya tersendiri malah kalau dilihat di laman-laman sembang sosial seperti Twitter dan Facebook, rata-rata berbicara mengenainya.
Jika pada tahun 2009, drama Nur Kasih mencetuskan fenomena, baru-baru ini drama Tentang Dhia dan Cinta Elysa juga berjaya mengulangi kejayaan itu.
Bukan saja dapat melihat lakonan mantap daripada pelakon pujaan ramai seperti Fasha Sandha, Adi Putra, Nora Danish dan Johan As’ari, tetapi jalan ceritanya juga sangat berkesan.
Selepas berakhirnya siri Gemersik Kalbu yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, kini sebuah drama hebat, Atas Nama Cinta mengambil alih slot berkenaan dan pastinya bakal meruntun jiwa penonton.
Mula disiarkan hari ini, Atas Nama Cinta yang turut menggunakan lagu berhantu penyanyi seberang, Rossa iaitu Atas Nama Cinta, kisah ini dijangkakan mampu menarik ramai pengikut seperti drama-drama sebelum ini.
Dibintangi pelakon kacak kegilaan ramai, Shahrizal Jaszle sebagai watak utama iaitu Tengku Farish, siri ini juga bakal dibarisi pelakon handalan yang lain iaitu Fiza Halim, Tasha Shilla dan Shah Iskandar.
Atas Nama Cinta masih lagi berpaksikan kisah cinta dan ceritanya bermula apabila Ahmad (Roy Azman) tiba-tiba pulang ke kampung halaman membawa anaknya, Saiful (Shah Iskandar) hingga menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung kerana sebelum ini dia menetap di Kuala Lumpur.
Sebenarnya, Ahmad mempunyai alasan tersendiri iaitu ingin melarikan diri dari along yang memburunya selepas gagal membayar hutang dan satu-satunya tempat selamat untuk bersembunyi ialah kampungnya.
Di kampung berkenaan, Saiful bertemu sebelum berkenalan dengan Cinta (Fiza Halim) yang selalu menjadi mangsa buli. Sejak itu, Saiful sering menyelamatkan Cinta daripada orang-orang yang cuba membulinya.
Dari situlah mereka menjadi rapat dan cinta mula berputik. Bagaimanapun, bagaikan tidak serik, Ahmad bertindak di luar batasan apabila mencuri wang simpanan milik ibu Cinta iaitu Zahara.
Ahmad kemudian melarikan diri ke Kuala Lumpur dan menggunakan wang terbabit bukan untuk membayar hutang sebaliknya berjudi. Nasib tidak menyebelahinya, dia bukan saja kalah malah kini turut diburu Zahara yang bertindak menjejakinya.
Akibat insiden itu, pelbagai konflik tercetus antara Saiful dan Cinta.
Apakah yang terjadi kepada bibit cinta yang baru mula berputik antara Saiful dan Cinta? Mampukah mereka mengecap cinta yang diimpikan selama ini?
Jangan lupa ikuti kisah seterusnya dengan kemunculan watak-watak lain termasuklah Tengku Farish dan Blaqis (Tasha Shilla) setiap Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|