JOHOR BAHARU, 15 Ogos : Sultan Johor, Sultan Ibrahim, yang diiringi kerabat diraja, pemimpin negeri dan ketua jabatan, akan menjelajah ke seluruh negeri ini dengan motosikal berkuasa tinggi menerusi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2013 dari 24 hingga 27 Ogos.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil berkata, kembara kali ke-16 merentasi 10 daerah membabitkan laluan sejauh 1,100 kilometer itu akan bermula di Dataran Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan berakhir di Padang Awam Gelang Patah di sini.
"KMJ yang dimulakan sejak 2001 berjaya menyemarakkan jalinan erat antara institusi raja, pemimpin negeri, kerajaan dengan rakyat jelata.
"Bertemakan 'Kembara Ke Arah Perpaduan', kembara kali ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan di kalangan kaum di negeri ini," katanya ketika berucap pada majlis prapelancaran KMJ 2013 oleh Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/15
p/s suka baginda naek motor...tak bahaya ker?
|