CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gogo2

[Tempatan] Najib : Endless Possibilities bukan pengganti 1Msia. Tapi pelengkap.

[Copy link]
Post time 21-8-2013 02:07 PM | Show all posts
pyropura posted on 21-8-2013 12:08 PM
so, KR1M akan jadi Kedai Rakyat Endless Possibilities (KREP) @ crap...??

bantuan rakyat endless possibilities, BREP

mcm bunyi berak cair jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 02:09 PM | Show all posts
pyropura posted on 21-8-2013 12:08 PM
so, KR1M akan jadi Kedai Rakyat Endless Possibilities (KREP) @ crap...??

...krep
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 02:10 PM | Show all posts
baik guna slogan "Malaysia Boleh" je....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 02:18 PM | Show all posts
pebendala najib ni.. syok sendiri je aku tgk..

mana  tak kene pijak kepala.. hala tuju pun kelamkabut..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 02:20 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 21-8-2013 12:41 PM
mana dia slogan AYAM PUYU tu??? ( IM4U)

Ayam puyu sl8gan khas untuk budak2 laa... nih untuk makcik pakcik dan abg kakak flat pprt jerk endles love....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 02:34 PM | Show all posts
aduhlahh...jenuh nk kasi penerangan kek mokcik2 n pokcik2 kek kampuang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2013 02:38 PM | Show all posts
teringat filem yg AR Tomple tu dok cakap.. fossible..possible..impossible
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 02:39 PM | Show all posts
brownstone posted on 21-8-2013 01:55 PM
Gigeh la makcik2 kampung penyokong tegar nak menyebot nye... Apa kehenye PM kite ni?? Dollah pon gun ...

teringat pembaca berita TV3 (Norazlina rezuan) sebut masa baru dilancarkan "islam Had-Hari"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 02:40 PM | Show all posts
hahaha tak tahan betul
kelakar sungguh krep brep tuh

abes tu srim mrim krim trim tuh nak rename camne pulak
udah jenuh makan byk space banner

udah2 la najib
saja nak bukak tender baru la tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 02:43 PM | Show all posts
nuc posted on 21-8-2013 02:09 PM
...krep

tetiba i teringat duriyen crepe.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 02:50 PM | Show all posts
“Saya tidak jelaskan konsepnya, tetapi itu yang direka,”..............sapa lahabau yg reka sampai Najib pun x ketahuan punca nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 03:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 03:04 PM | Show all posts
dlm bahasa melayunya, "macam-macam kemungkinan boleh berlaku"

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 03:09 PM | Show all posts
dah rupa brake kete....saya pernah pakai gak endless ni...mmg kadok la memberhentikan kereta....adakah ini bermakna najib mahu berhenti??wallahulam



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 03:10 PM | Show all posts
ifanonline posted on 21-8-2013 03:04 PM
dlm bahasa melayunya, "macam-macam kemungkinan boleh berlaku"

bahaya kalo macam2 kemungkinan boleh berlaku nie...

nanti kalo terjadi apa2, pun kata "endless possibilities" a.k.a anything possible...

cth, lantik shahrizat, najib leh jawab shahrizat has endless possibilities....

my foot!nak buat ladang NFC pun korup!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 03:15 PM | Show all posts
tepek je le

Najib: `Endless Possibilities’ pelengkap, bukan pengganti 1Malaysia


OLEH YISWAREE PALANSAMY
AUGUST 21, 2013
Kempen terbaru Putrajaya berslogan `Endless Possibilities’ akan melengkapkan lagi, bukan mengganti 1Malaysia yang diperkenalkan sejak tahun 2009, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar), hari ini.
Najib berkata, ia adalah `kempen komplementari’ dan kempen terkini itu adalah sebahagian daripada pelan menjenamakan negara.
“Ini akan mempromosikan Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan pemberita di jamuan hari terbuka jabatannya di Putrajaya, hari ini.



Najib dilihat mengenakan lencana baru kempen terkini itu sebagai tambahan terhadap lencana logo 1Malaysia.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan mengenai kempen baru itu, yang akan dilancarkan secara rasmi pada 17 September, sehari selepas Malaysia menyambut ulang tahun Hari Malaysia ke-50.
Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan' dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya tidak jelaskan konsepnya, tetapi itu yang direka," kata bekas perdana menteri dalam satu temubual Disember lalu.
Najib berkata, beliau memutuskan bahawa ia perlu ada `elemen strategi tidak jelas yang membawa pelbagai makna' ketika beliau memperkenalkannya tiga tahun lalu, bagi membolehkan konsep itu diperluas untuk memasukkan pendapat lain daripada masyarakat.
Tetapi, jabatan kerajaan, agensi dan usahawan mengambil slogan 1Malaysia, menghasilkan pelbagai program, insiatif, produk dan perkhidmatan berdasarkan kepada tema itu, termasuk stesen radio dan tandas awam.
Bagaimanapun, slogan itu gagal membantu Najib mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu mendapat 133 kerusi parlimen, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.
Sejak PRU13, slogan 1Malaysia tidak lagi digunakan, sama ada daripada kerajaan atau rakyat walaupun ia begitu giat ditonjolkan dalam kempen pilihan raya dan jelajah Janji Ditepati BN.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa slogan `Endless Possibilities' sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.
Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu. Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.
Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.
"Taklimat ringkas daripada Pejabat Perdana Menteri ialah untuk mempromosi Malaysia sebagai negara yang dinamik dengan infrastruktur lengkap membangun dan pelan pembangunan ekonomi agresif untuk masa depan.
"Dengan memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, klip video itu disiarkan menerusi CNN untuk menarik pelabur dan syarikat asing ke dalam negara," menurut penjelasan yang diletakkan bersama klip video itu dalam laman YouTube.
Terdapat juga beberapa pengiklanan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sepanjang tempoh lapan bulan lalu. Tetapi sumber berkata, penggunaan secara meluas akan hanya berlaku selepas pelancaran pada 17 September ini. – 21 Ogos, 2013.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2013 03:30 PM | Show all posts
atira posted on 21-8-2013 03:15 PM
tepek je le

Najib: `Endless Possibilities’ pelengkap, bukan pengganti 1Malaysia

Ok, tajuk akan ditukar
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 03:33 PM | Show all posts
atira posted on 21-8-2013 03:15 PM
tepek je le

Najib: `Endless Possibilities’ pelengkap, bukan pengganti 1Malaysia

dulu mamak kerala wat dasar pandang ke timur, zaman pak galah dasar hada hari, zaman pak jib double layer  1 malaysia, ayam puyu, dan endles posibility..

aduhai. kesian malaysia diperkotak katikkan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 03:40 PM | Show all posts

aku sutuju slugan tuh, sebab muleysia ni memang the land of endless possibilities:
- possibilities for korupsyen
- possibilities for kronisme
- possibilities for C4
- posssibilities for being shot
- possibilities macam2 lagi, the sky is the limit
....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 03:41 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 21-8-2013 03:33 PM
dulu mamak kerala wat dasar pandang ke timur, zaman pak galah dasar hada hari, zaman pak jib ...

Adam, ko dapat bayangkan tak kalu semua tag akan disangkut kat baju dengan tag 1 melesia, tag ayam puyu, ngan tag endless love tuh... dah sebijik cam jeneral askar gantung pingat2 kat baju nanti kehulu kehilir...wakakakaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.063213 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list