CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fida75

Rita Rudaini & Aidil Sah bercerai

 Close [Copy link]
Post time 6-9-2013 11:18 AM | Show all posts
Claudia_Lestat posted on 6-9-2013 10:21 AM
aidil dah cfm dgn ema ni rasanya tu yg dia talakkan rita terus. lebih elok mcm tu kalo dah sungguh t ...

so ema, get ready ok..
xmstahil ko akan rse cmni jgak nnt...
mse bcnta mmg r sweet..

p/s:2 pn klu btol la ema 2 kwin ngn aidil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2013 11:20 AM | Show all posts
katak hijau posted on 6-9-2013 11:16 AM


sgt tak faham apa yg rita nak. Dah jelas aidil mmg tak nak kat dia lagi. Bila dah ik ...

rita ni yg x mature lagik. kemain kutuk laki sendiri. dulu2 dia gak bersedapan sampai keluar 2 hero tu.ades..

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:21 AM | Show all posts
emmm knape ye dlm hati ai ckap kes ni akan berterusan, maksudnya 1st bab (cerai) dh setel & nnt akan wujud kes2 lain lak....

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:25 AM | Show all posts
Rita Rudaini Rasa Terhina Diceraikan Melalui SMS



SEREMBAN, 6 SEPTEMBER 2013: Aktres Rita Rudaini akui rasa agak terhina apabila diceraikan melalui SMS oleh pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak dan akui agak kesal dengan tindakan terburu-buru bekas suaminya itu untuk menceraikannya tanpa prosedur yang betul.

Laporan akhbar Harian Metro hari ini memetik, aktres berusia 37 tahun itu turut berkata tindakan Aidil menceraikannya melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) itu umpama menghinanya sebagai seorang isteri dan wanita serta mahkamah sendiri.

Rita ditemui media selepas Mahkamah Rendah Syariah Seremban semalam memutuskan yang lafaz cerai menerusi SMS yang dibuat oleh Aidil, 26, pada 4 Ogos lepas adalah sah dan Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor meminta pasangan ini untuk mendaftarkan perceraian mereka di Pejabat Agama Islam Seremban untuk tindakan lanjut.

"Alhamdulillah semuanya sudah berakhir, jodoh kami setakat di sini saja, dengan keputusan ini berakhirlah semua konflik rumah tangga saya selama ini," kata Rita kepada media petang semalam.

Sementara itu, Aidil ketika ditemui mengakui sedih dengan perceraian itu, tetapi terkilan dengan sikap Rita yang memburukkan namanya melalui media sosial.

"Dia melepaskan geram dengan cara itu sedangkan hal rumah tangga tidak boleh dihebohkan. Apapun dia pernah menjadi isteri dan masih ibu kepada anak-anak saya. Saya sedih dengan perceraian ini, tetapi reda atas apa yang berlaku kerana saya yakin ada hikmah di sebaliknya," kata Aidil.

Pemain pertahanan Johor Darul Takzim itu turut berkata, perceraian itu berpunca daripada kesilapan mereka dan tiada kena mengena dengan orang ketiga atau keluarganya.

Aidil turut menasihati Rita sekiranya ditakdirkan aktres itu berkahwin lain, jagalah maruah dan jangan sesekali mengaibkan suami.

Katanya, siapa yang tidak sedih apabila perkahwinan yang pada mulanya suka sama suka akhirnya berakhir begini.

"Saya reda dan terima jodoh kami hanya setakat ini saja, tetapi tidak pernah berdendam dengan Rita," katanya.

Aidil dan Rita bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 10 bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:30 AM | Show all posts
miawpink posted on 6-9-2013 11:25 AM
Rita Rudaini Rasa Terhina Diceraikan Melalui SMS

kuatnye sheols dukung 2 anak skali,dah besar pulak tu,
iols baru dukung baby sebulan dah tak larat
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:32 AM | Show all posts

eloklah dua2 berpisah....
pas nie RR akan tuntut nafkah dan harta sepencarian kaw2 dari edel...
pas tu akan ada lagi sesi meroyan ......klu edel x boleh tunaikan permintaan RR.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2013 11:32 AM | Show all posts
miawpink posted on 6-9-2013 11:25 AM
Rita Rudaini Rasa Terhina Diceraikan Melalui SMS

tak per la RR... ko rasa terhina ke...haper ke... dh mmg ex laki ko mmg species gitu... bila nak kwin dok blkg kan family dia... nak cerai reti plak dia hangkut ayah & abg dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:35 AM | Show all posts
miawpink posted on 6-9-2013 11:25 AM
Rita Rudaini Rasa Terhina Diceraikan Melalui SMS

Mek Rita oi, sesudahlah meratap, past is past, move on, kalau tunggu hati ko nak redha sampai hujung nafaspun korang dok terkontang kanting, bini pot pet pot pet laki tanggung dosa bini, pastu usung pompuan ke hulu ke hilir. Biar dia nikah baik2, biar dia buat pahala pulak, sama juga dengan mu, cari laki yg beriman  dan matang utk dibuat laki, Aku nak rekomenpun tak berani Rita oi, mulut hang tu garing sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2013 11:36 AM | Show all posts
ahlisihircute posted on 6-9-2013 11:32 AM
eloklah dua2 berpisah....
pas nie RR akan tuntut nafkah dan harta sepencarian kaw2 dari edel...
...

harta sepencarian ada ke noks... masa kwin pn RR yg dok sara laki... rmh kediaman pn kelab edel yg sediakan...
kalo nk tuntut pn elok la tuntut sgala macam belanja yg RR pnh kuar kn masa dorg idup bersama... mcm c ruslin achim yg tuntut sgala perbelanjaan hatta duit sewa otel kat ex bini dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:36 AM | Show all posts
nurfariezza posted on 6-9-2013 11:18 AM
so ema, get ready ok..
xmstahil ko akan rse cmni jgak nnt...
mse bcnta mmg r sweet..

kalo sungguh edel cinta baguslah tp kalo sekadar lubuk hemmmmmm .....
family ema pon ok dgn edel ni kot. biasa dtg ke rumah family ema.. ema pon biasa ke johor.





Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:36 AM | Show all posts
udah2 la korg kot ye pun...nk suruh minah tu move on, tapi masing2 dlm ni, dok la ulang2 citer sama..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:38 AM | Show all posts
paling cian kat anak dia c arjuna tu la... tak penah rasanya kasih syg ayah... ntah kenal or tak ayah nya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:38 AM | Show all posts
So skrang Aidil tak half2 lagi....
boleh ler zareme zainal, tunjuk Full, whole body aidil yg jadi milik dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:41 AM | Show all posts
Claudia_Lestat posted on 6-9-2013 11:36 AM
kalo sungguh edel cinta baguslah tp kalo sekadar lubuk hemmmmmm .....
family ema pon ok dgn edel  ...

khenn...xkan edel nk tggl lubuk hrta karun 2 kot..
untung2 bole tggung mse dia tua nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:41 AM | Show all posts
cikgu_murni posted on 6-9-2013 11:38 AM
So skrang Aidil tak half2 lagi....
boleh ler zareme zainal, tunjuk Full, whole body aidil yg jadi m ...

belum kawin lagi, tak boleh jadi hak milik lagi, mana tau, terjumpa lagi yg lbh hot dan kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:43 AM | Show all posts
Nasihat Aidil Kepada Rita Rudaini -- "Kalau Berkahwin Lain, Jaga Maruah & Jangan Aibkan Suami"



Bertahun naik turun mahkamah memberi keterangan tentang isu rumah tangga mereka, semalam mahkamah putuskan yang cara penceraian Aidil Zafuan & Rita Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah sah.

BACA: Mahkamah Sahkan Perceraian Rita Rudaini & Aidil Zafuan

Aidil Zafuan yang di’temui wartawan selepas keputusan mahkamah itu mengakui sedih dengan penceraian ini tetapi tetap merasa terkilan dengan sikap Rita Rudaini yang sering memburukkan namanya melalui media sosial.

“Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita Rudaini, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaibkan suami,” ujar Aidil Zafuan, semalam.

Rita Rudaini dalam laporan yang sama turut memberikan kenyataan beliau yang kesal dengan tindakan terburu buru Aidil Zafuan dalam proses penceraian ini selain menganggap di’ceraikan melalui SMS sebagai satu penghinaan buat dirinya.

“Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami,” ujar Rita Rudaini yang di’temui selepas keputusan mahkamah selesai.




sumber roti kya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2013 11:44 AM | Show all posts
novlin posted on 6-9-2013 11:36 AM
harta sepencarian ada ke noks... masa kwin pn RR yg dok sara laki...  rmh kediaman pn kelab ed ...


tu pasal la aku tulis...pas nie si RR tu akan meroyan lagi...
pasal edel x mampo nak bagi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:44 AM | Show all posts
harap RR tabah...pas g mhkmh...RR bwk ank2 dia g jejln...myb nk ilangkn rsa sedih beliau...









#sedihtgkadkmoknryan
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:44 AM | Show all posts
One thing yang buat aku hilang respek kat Aidil - bila nak kawin, siap pegi jumpa family Rita, membelakangkan family and sanggup nikah kat Thailand.. bila dah tak suka, keluar rumah, tinggalkan anak bini, lepas tu pegi dating ngan orang lain macam orang bujang trang tang tang.. then bila cerai, hantar ikut SMS aje.. budi bahasa, adab semua hilang..

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:48 AM | Show all posts
duquesne posted on 6-9-2013 11:44 AM
One thing yang buat aku hilang respek kat Aidil - bila nak kawin, siap pegi jumpa family Rita, membe ...

Eh, tak abis lagi ke ungkit benda ni................??????
Biasala, time nak seribu daya. Time taknak, takda daya...........
So, pengajaran buat Rita.
Pilih jantan yang takda keluarga.
Senang idup, tiada ganguan luar dan dalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.387048 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list