|
noktahNtitik posted on 21-1-2014 04:59 PM
Entah la. Dah besar panjang, pepandai la fikirkan. Xkan kita yang lagi muda dari diaorang ni nak t ...
er..dah alang2 ni...cerita la apa kes dengan ex-wife dia tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
precious_chicas posted on 22-1-2014 04:10 AM
er..dah alang2 ni...cerita la apa kes dengan ex-wife dia tu?
a'aaa..naper..??
tah2 sebab nih gak isterinya tak tahan...
|
|
|
|
|
|
|
|
tt sampai bila nak makan hati dgn BIL tu cukup2lah makan ati dgn perangai hubby sendiri... kitorg kat board nie kesian same TT tp TT kene kuat takleh berdiam diri lg... makin lame makin menjadik2 perangai BIL biawak hidup tu...
sblm cakap dgn hubby ckp slow talk dulu... abg saya nak cakap something tp saya nak abg dengar dulu dari A-Z kemudian abg fikir kalau abg di tempat saya... lepas tu abg nak cakap ape abg cakaplah... luahkan semua ye TT... cakap sambil nangis2 pon takpe... sambil usap2 perut... lantak la nak berdrama air mata ke sambil pegang tgn hubby janji luah semua...
good luck... semoga hubby TT sedar... |
|
|
|
|
|
|
|
tiputipujah posted on 22-1-2014 08:53 AM
a'aaa..naper..??
tah2 sebab nih gak isterinya tak tahan...
hehe...tengah2 jadi pendengar yg baik sempat lagi ni kita bergossip
|
|
|
|
|
|
|
|
starbee posted on 23-1-2014 11:35 AM
tt sampai bila nak makan hati dgn BIL tu cukup2lah makan ati dgn perangai hubby sendiri... kitorg ka ...
TT bengang dengan BIL...TT juga sakit jiwa dengan Hb...TT ngadulah kat MIL...takpun kepada BFF..... jangan cari BF lak!
p/s: WA, FB, HP, YM, MSN, TW, etc...
|
|
|
|
|
|
|
|
precious_chicas posted on 22-1-2014 04:10 AM
er..dah alang2 ni...cerita la apa kes dengan ex-wife dia tu?
Meh la citer skit. Bukan nak burukkan sesiapa..sekadar untuk renungan bersama
BIL kawin n dah ada anak 2. Dua2 lelaki. Sorang baru lepas SPM, sorang plak baru darjah 3. Masa kawin dulu, BIL ni x pedulikan keluarga sendiri. Kata macam2 kat mak ayah sendiri. X der adab la, asal hulu la..memacam la. Kalau ngan adik beradik, masa bersalam pun x der nyer nak pandang muka. Hulur tangan pun takat sentuh2 hujung jari. Selama saya kawin, selama tu la x pernah dia balik beraya kat kg mak ayah sendiri. Dia balik umah mak ayah dia waktu raya pun bila dah ada krisis dengan ex-wife dia. Dia baik balik dgn mak ayah n adik beradik pun bila ada masalah dengan keluarga sendiri. Tapi tu pun masih lagi ckp besar n x sedar diri yang tengah susah.
Ex-wife dia ada lelaki lain. Tu x dinafikan sebab saya n suami pernah terserempak. Gambar mesra dengan jantan tu pun kitaorang ada. Memula dia nak simpan lagi ex-wife dia tu. Tapi pompuan tu lebih bijak dari dia. Failkan fasakh. Nak x nak, dia kena hadap gak la kes tu. Anak2 dia mmg ex-wife dah hasut suruh benci bapak sendiri. Depan2 mak ayah BIL pun, ex-wife boleh ckp kat anak dia "abah bodoh". Korang fikirkan la suami jenis apa dia nih.
Jadi, kitaorang yang tau perangai ex-wife dia..suruh dia failkan nusyuz. Tapi dia x nak. Bila sebutan kes kat mahkamah..kitaorang la yang sama2 tolong dia g mahkamah. Bila perbicaraan kali pertama, dia ikut nasihat kitaorang supaya jangan lafazkan cerai lagi sebab ada plan yang kitaorang rancang.
Perbicaraan ke-2 hari Khamis. Hari Isnin saya n suami cuti semata2 nak tolong BIL failkan nusyuz. Kat kaunter, saya n suami yang bersungguh2 settlekan hal tu. Dia elok je duduk kat kerusi menanti.
Hari perbicaraan, kami dah bgtau..jangan lafazkan cerai lagi. Tup2, bila hakim tanya awak sedia lepaskan isteri awak...BIL boleh angguk je. Bila hakim tanya lagi...awak sedia lafazkan cerai hari ni..dia angguk lagi. Kitaorang yang kat belakang ni mmg dah geram. Nak x nak..hakim suruh la dia lafazkan cerai saat n ketika tu jugak.
Sekali lagi hakim tanya...awak ada failkan satu tuntutan terhadap isteri awak...awak nak teruskan atau x. BIL cam x faham. Hakim ulang lagi sekali ayat yang sama n angkat fail yang kitaorang submit tuh. Korang nak tau apa respon BIL. Dia geleng kepala. Jadi, hakim suruh la dia tarik balik tuntutan n kes tamat kat situ. Kalau korang, apa yang korang rasa bila dia buat gitu.
Jadi, nak x nak terpaksa la BIL keluar dari rumah sendiri. Menumpang kat rumah kitaorang dengan bahagianya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Selasa, saya print bilik2 untuk disewa berdekatan tempat kerja BIL n letakkan dalam bilik anak saya yang juga tmt tido BIL.
Pagi Rabu, tengah siap2 nak g keja...hubby ckp saya biadap n saya tanya kenapa. Dia marah2 sebab buat abang dia gitu...nak halau abang dia. Saya ckp la, saya bukan nak halau dia, saya tolong carikan bilik n bukan nak suruh dia keluar serta merta. Seperti yang dijangka, hubby mmg x dapat terima apa yang saya buat n marah2 saya. Apa lagi, penampar la hinggap kat muka saya.
Saya ckp yang antara saya ngan abang dia ada aurat. Saya x selesa di rumah sendiri. Hubby mmg x dapat terima n ckp..bukannya dok sebilik pun. Saya bangkitkan tentang hak saya kat rumah sendiri bila dia ckp..dia suami. Hak dia la untuk ajak abang dia duduk sekali. Seolah2 saya x ada hak terhadap harta yang sama2 kami miliki. Dia larang mak saya dari datang n duduk rumah saya seperti yang dirancang sblm ni.
Saya sakit hati, jerit2 kat BIL suruh keluar. Tapi memang dasar x sedar diri, dia keluar marah2 saya n asal usul saya habis dia ungkit. Berak dalam tempurung la. X sedar menumpang senang adik dia la. Memacam la. Yang paling teruk..dia panggil saya B*B*. Dia ugut nak pukul saya. Ingat saya takut ke. Skit pun saya x takut. Dia nampak selama ni saya diam. Hubby diam n skit pun x berpihak pada saya. X sedikit pun melarang abang dia yang tengah maki hamun saya.
Jantan x sedar diri tu dok cakap..ni adik dia. Suka hati dia la nak tinggal dengan adik dia pun. Hubungan adik beradik xkan putus. Saya cakap baru sekarang ko nak ungkit pasal hubungan xkan putus. Dulu ada ko fikir benda2 ni semua. Tapi biasa la kan, dia mmg x terima pun apa yang saya kata tuh. Mmg x sedar diri sungguh.
Pagi tu juga saya col MIL. Sblm tu jantan x guna tu dah col mak dia. Saya dengar dia burukkan2. Ckp dia dah anggap mcm adik sendiri. Mmg pandai nak backup diri.
Memula MIL mmg marah kat saya. Saya ckp saya x der niat nak halau..dia x terima n ckp ko mmg nak halau. Saya mmg x boleh nak pertahankan diri sendiri. Mmg saya x menjawab. Saya nak dengar apa yang MIL ckp. Sbb kalau saya cakap pun x guna. Mmg x memihak pada saya. Anak2 dia jer yang betul.
Bila pasal isu aurat disebut, boleh plak MIL ckp..abang ipar pun mcm abang sendiri. Pasal aurat x der apa2 yang perlu dibesar2kan. X der masalah. Entah ajaran mana yang dia ikut pun saya x tau.
Abis dia ungkit apa yang dia bagi pada saya sblm2 ni. Ckp kesian kat suami sbb terpaksa heret anak2 saya. Dia x pernah bebankan suami dia dulu dengan suruh suami dia dukung anak..pimpin anak. Ermmm..korang fikirkan la sendiri ya. Tu ajaran MIL kpd anak2 dia.
Dia ckp, bercerita hal adik beradik sendiri pd orang lain pun x elok. Yer la, saya ada la cerita hal adik beradik saya kat MIL n kakak ipar. Tapi dia sedar x, anak2 dia dok buruk2kan adik beradik sesama sendiri time x ngam. Bukan skit2 bercerita. MIL sendiri pun dok bercerita pasal anak2 dia sesama anak2 yang lain. Jadi, mana yang bagusnya anak2 dia kat situ.
Dia ckp BIL bukan x cari bilik lain. Dah cari tp terlambat. Bilik dah penuh. Jadi, salah ke saya tolong carikan bilik untuk disewa kat internet. Dah susah sangat nak cari sendiri dengan perangai lembab dia tuh.
Isu saya dok berkurung dalam bilik pun jadi isu besar pada diaorang. Saya x bercakap byk pun jadi hal besar juga. Apa lagi yang saya nak cakap. Saya nak pertahankan diri..skit pun MIL x nak dengar. Dia asyik menangkan anak2 dia. Dok cakap suami saya penat kerja..kesian dpt isteri macam ni. Habis tu..saya ni x keja ke?. Dok goyang kaki aje kat umah.
Saya telefon mak. Serba salah nak cakap sebenarnya sbb saya x pernah cerita keburukan suami, in law n ipar duai. Apa yang saya rasa..saya simpan aje. Saya xnak mak saya pandang rendah kepada suami n keluarga dia. Tapi tu la. Diaorang x pernah nak tengok semua tu.
Saya jelaskan a to z pada mak. Mak saya cuma blh ckp...x per la kalau gitu. Suruh saya bersabar byk2. Saya x pernah nak mengadu n nangis2 pada mak kalau melibatkan hal rumahtangga sendiri. Saya ckp...jgn kecik hati plak n x bagi mak ceritakan hal ni pada orang lain. Saya xnak orang pandang semacam kat keluarga hubby.
Kesudahannya, BIL dah keluar dari rumah tu. Ke mana tu x tau la plak saya. Hati saya masih sedih n kecewa dengan sikap hubby. Biarkan abang dia maki hamun saya n panggil saya mcm tu. Keluarga sendiri x pernah panggil saya mcm tu. Mulut saya sendiri x pernah keluarkan kata2 kesat kepada keluarga sendiri n keluarga dia. Seolah2 100% silap saya.
Saya xnak panjangkan hal ni. Saya sms hubby n minta maaf tanpa ungkit apa yang terjadi. Saya xnak anak2 saya terkena tempias atas apa yang terjadi kat ibu ayah diaorang. Saya banyak bersabar memikirkan anak yang dlm perut nih. Dan, saya kecewa sebab pergaduhan kami suami isteri byk terjadi disebabkan oleh adik beradik suami. |
|
|
|
|
|
|
|
noktahNtitik posted on 24-1-2014 08:55 AM
Hari Selasa, saya print bilik2 untuk disewa berdekatan tempat kerja BIL n letakkan dalam bilik anak ...
maaf nk kata..bg saya suami titik agak kejam...
sedih sungguh dia sanggup tampar tt..tp mungkin sbb amarah tgh menguasai...ada 2 situasi...
situasi 1:
klu ikutkan hati yang jahat mmg sya akan buat report polis dan tuntut fasaks..
klu dah suami kata hubungan dia dgn adik beradik takkan putus tak per kita putuskan hubungan kita..
biar dia hidup sama2 dgn bil dia yg turut menduda tu...
duk la serumah sampai mati...
situasi 2:
bersabar...bila semua keadaan dah reda cakap lembut dgn suami...
disaat semua suara tengah tinggi syaitan banyak kat keliling..
cakap aper yang terpendam dihati..
|
|
|
|
|
|
|
|
tiputipujah posted on 24-1-2014 10:01 AM
maaf nk kata..bg saya suami titik agak kejam...
sedih sungguh dia sanggup tampar tt..tp mungkin s ...
Ermmm...saya pun mungkin ada silap juga. Tu nak sedapkan hati la sbb sanggup dia buat gitu disebabkan abang dia yang x reti bahasa tu. Dok canang pasal saya kat mak ayah dia n adik beradik yang lain. Tapi saya redha, mungkin tu semua khifarah atas saya.
Cuma, yang buat saya sedih, sikap suami yang berdiam diri bila saya dimaki n dipanggil sedemikian oleh abang dia sendiri.
Saya juga sedih bila benda yang melibatkan adik beradik saya, dia boleh tegur n pesan kat saya supaya saya pesan kat adik beradik saya. Saya ikutkan demi nak jaga hati dan perasaan dia. Tapi bila melibatkan adik beradik dia..sehingga tahap memaki hamun saya, dia berdiam diri aje. Skit pun x sebelahkan saya atau diamkan abang dia tuh.
Sekarang ni, saya ambik pendekatan berdiam diri. Nak g keja pepagi, saya tetap hulurkan tangan kat hubby. Dia sambut je. Tunggu la dia sejuk dulu. Dalam hati ni Allah je tau betapa sedihnya saya....tp redha je la kan. Doa bebanyak moga rumahtangga kami berpanjangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian tt..suami mmg taktahu ke batas aurat antara abg ipar ke buat2 x tahu? Mil akak x keje ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tabahnya hati tt tp alhamdulilah jantan tu dah kuaq dr rumah. klu aku pun x selesA adk ipar cuti sebulan semedang blk dr keja aku terperuk dlm bilik ja.. |
|
|
|
|
|
|
|
tiramisuu posted on 26-1-2014 07:37 AM
Sian tt..suami mmg taktahu ke batas aurat antara abg ipar ke buat2 x tahu? Mil akak x keje ke?
Bukan x tau tp buat2 x tau sebab nak jaga sangat abang dia tuh..
MIL dok Felda...jadinya mmg surirumah je la kan. MIL yang bertudung labuh pun boleh anggap isu aurat antara adik ipar n abang ipar sebagai sesuatu yang x der apa2 yang perlu dibangkitkan...jadi fikir2kanlah... |
|
|
|
|
|
|
|
az4620 posted on 26-1-2014 07:47 PM
tabahnya hati tt tp alhamdulilah jantan tu dah kuaq dr rumah. klu aku pun x selesA adk ipar cuti seb ...
Tabah atau x...terpaksa je la.
Hari2 doa semoga Allah berikan kekuatan n kesabaran untuk saya hadapi semua ni. Sikap suami, ipar duai dan mertua. Alhamdulillah, anak2 jadi kekuatan saya sebenarnya. Tapi rasa sedih n terkilan tetap ada..bab ni mmg x bleh nak tipu.
|
|
|
|
|
|
|
|
sedihnyer baca..
kalau saya.. memang dah merajuk habis dengan asben..
malah nak tengok muka dia pun mungkin saya tak sanggup..
sampai hati dia buat macam tu..
sabar bebanyak yek..
moga segalanya dipermudahkan..
amin |
|
|
|
|
|
|
|
noktahNtitik posted on 27-1-2014 10:08 AM
Bukan x tau tp buat2 x tau sebab nak jaga sangat abang dia tuh..
MIL dok Felda...jadinya mmg su ...
maafnk kata...
jangan harapkan org yg bertudung labuh nih warak sangat...
ada yang bagus dan ader yg cuma ttg pakaian sahaja..
biasanya org kg(bukan menghina sbb jah pun org kg gak) nih angap dah jadi saudara masa gtu gamaknya..
cth cam sepupu sepapat pun salam2 tarak hal..
dgn ipar2 tu pun tadak masalah...
camner nk terangkan...emm mayb sbb kebanyakkannya cuma berpandukan model2 orang lama..
untuk mengikuti ceramah2 online atau yg lain2 tu tak der..
just follower gtu kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
tiputipujah posted on 27-1-2014 10:26 AM
maafnk kata...
jangan harapkan org yg bertudung labuh nih warak sangat...
ada yang bagus dan ade ...
Yup...saya pun setuju dengan pendapat ni.
Minda diaorang tertutup sebenarnya. x banyak pendedahan tentang hal2 spt ni padahal ceramah2 agama kat masjid/surau bukan diaorang x pergi. Kita yang muda2 ni la yang cuba untuk ubah apa yang sedia diamalkan oleh orang2 tua. Ya la kan, kita ni ada banyak sumber untuk dirujuk.
Saya pun orang kampung. Saya dedulu pun x kisah nak salam2 dengan sepupu n ipar duai. Tapi, selama mana la kita nak berada ditakuk tu. Berubah untuk kebaikan. X salah rasanya...* |
|
|
|
|
|
|
|
uzisyaziha posted on 27-1-2014 10:20 AM
sedihnyer baca..
kalau saya.. memang dah merajuk habis dengan asben..
Nak merajuk pun x der guna sebenarnya. Hari2 kita mengadap muka dia juga. Hal anak2 nak kena bincang. Tapi tu la, kemesraan tu dah x sama macam dulu. Ikut hati memang nak merajuk pun sebenarnya.
Tapi tu la, sampai sekarang memang nampak seolah2 saya yang bersalah 100% dalam hal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
noktahNtitik posted on 27-1-2014 01:52 PM
Nak merajuk pun x der guna sebenarnya. Hari2 kita mengadap muka dia juga. Hal anak2 nak kena binca ...
kena buat tebal muka n hati kering jer la..
jah pun klu sedara2 kata aper2 hal adik beraadik suami jah tak masuk campur...
kat suami pun jah tak cerita..takut dia kata kita bawak mulut ka aper..
suami pun klu hal adik beradik dia tak la berpihak sangat..
sbb diaorg tak berapa rapat sangat...jumpa pun jarang2..
dia pun tak berapa gemar org menumpang lelama kat rumah/...
klu sekadar sehari 2 tu ok lagi la..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku jadi ko, aku tinggalkan je laki ko tu. dah xboleh nak bw berbincang.
buat ape kawen kalau menyakitkan hati.
aurat isteri pun die x mampu nak jaga. nampak sgt die tak mampu nak jadi pelindung ko.
so kalau aku jd ko, aku tinggalkan je laki tu.
skang ni bukan isu BIl ko x nak pindah2. soalnye laki ko sendiri back up baik punye.
taktau dosa pahala. so ape tunggu lagi? baik ko je blah.
|
|
|
|
|
|
|
|
tiputipujah posted on 27-1-2014 02:44 PM
kena buat tebal muka n hati kering jer la..
jah pun klu sedara2 kata aper2 hal adik beraadik suam ...
Saya ni memang x campo hal suami n adik beradik. Kakak ipar kawin, saya ni la yang banyak tolong. Abang ipar bercerai, saya ni gak la yang banyak menolong. Bukan nak mengungkit pun, tapi bila melibatkan hal2 kita, suami skit pun x nak pandang. Hal adik beradik dia yang diutamakan.
Diaorang dok burukkan2 sesama diaorang, saya dengar je. X der la nak mencelah atau jadi nasi tambah. X der la nak buruk2kan adik beradik suami walaupun dalam hati ni Tuhan je tahu. Memang skit pun x boleh sentuh hal adik beradik dia. Kalau kita suarakan skit pun, melenting la dia. Habis tu, camana lagi yang saya mampu buat. Nak bincang susah, nak buka mulut pun susah padahal kita buka mulut bukan untuk cari salah sesiapa pun. Setakat nak bincang aje. |
|
|
|
|
|
|
| |
|