|
ARCHIVE (cempakasari, Azrai, sLapshock, Bill )
[Copy link]
|
|
Originally posted by True-X at 2004-2-8 10:39 PM:
..Kiter nie sumer belum tentu solat diterima ALLAH....
betul tu ... jadi sama-sama lah kita berdoa supaya Allah menerima solat kita disamping bersungguh-sungguh mengerja kan solat... jangan sampai tak solat sebab menghadiri majlis anugerah ... heheh...ada bezanya tu!!
![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by True-X at 8-2-2004 10:39 PM:
..Kiter nie sumer belum tentu solat diterima ALLAH....
betol.. betol.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pindahkan topik ni utk dptkan pendpt dari forumer2 lain yg lebih arif kat sini...
[ Last edited by sayangidaku on 8-2-2004 at 11:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayangidaku at 8-2-2004 10:56 PM:
aku pindahkan topik ni utk dptkan pendpt dari forumer2 yg lebih arif kat sini...
jangan la pindah jauh-jauh..![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Menampakkan aurat wanita atau pun lelaki baik di luar atau di dalam filem dan tv hukumnya berdosa. Tambahan pula sekiranya perkara tersebut melalaikan orang lain dari mengingati Allah SWT.
Adalah berdosa seorang perempuan menjadi penyanyi kerana apabila perempuan menyanyi dia akan membawa kepada berbagai fitnah. Suara perempuan sememangnya merdu dan boleh menggoda sesiapa yang mendengarnya.
Baik lelaki atau perempuan, mereka menyanyi tentu mempunyai niat untuk menarik perhatian selain daripada hiburan. Dari sini tercetuslah maksiat. Justeru Islam menghukumkan suara perempuan adalah aurat dan haram diperdengarkan kepada lelaki secara bebas.
Hiburan dibenarkan dalam Islam tetapi dalam bentuknya yang tersendiri iaitu tidak bercanggah dengan syariat. Contohnya nyanyian untuk pergi ke medan perang sebagai perangsang ke arah semangat berjihad.
Hiburan dalam Islam bertujuan,
1. Mendidik jiwa.
2. Menguatkan iman.
3. Menyuburkan jiwa pejuang kebenaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak silap saya musik yg dihalalkan adalah musik yg diketuk, pukul macam gendang, kompang... dan musik yg dikategorikan sbg haram adalah musik yg dipetik (macam gitar) dan di tiup (macam seruling)..... kalau saya salah tolong betulkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah sahih menyanyi tu haram, Adekah mereka yg makan hasil duit menyanyi ni
Kalau seorang penyanyi tu menyanyi sudah dikira haram, maka hasil duit menyanyi ni juga dikira haram la kan.... Tak boleh digunakan cam duit tikam, judi dan loteri....
Betul ke??????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku menyanyi tak semestinya haram... cara menyanyi dan apa yang dinyayikan itu yg buat dia haram... |
|
|
|
|
|
|
|
setuju 99.9 %:bg:
Originally posted by kyas at 9-2-2004 02:04 PM:
bagi aku menyanyi tak semestinya haram... cara menyanyi dan apa yang dinyayikan itu yg buat dia haram... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by True-X at 8-2-2004 01:14 AM:
hipokrit namanyer kl tengok gak..kalau dah kata haram janganlah tengok.. nie tak,.. tengok sampai puas.. pastu nak komen harammmmmmm:stp::stp::stp:
..IMO... life must ...
la...takkan tengok pon jatuh haram......tengok betul ye kot.....kalau aurat la...kalo tv haram gak ekk????
macam makan babi haram....tengok babi pon haram ke?????? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 2004-2-9 02:04 PM:
bagi aku menyanyi tak semestinya haram... cara menyanyi dan apa yang dinyayikan itu yg buat dia haram...
aku pun setuju ngan kau.. |
|
|
|
|
|
|
|
SETUJUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by paler kembang at 16-12-2003 00:31:
bagi aku tidak haram... nyanyi dengan bacaan berlagu sama saja....
cuma yang menetukan haram atau tidak, ialah cara nyanyi... dan apa yg dinyanyikan
macam 'makan' tidak haram.. tapi cara makan d ...
Nyanyi tak haram kalau tak melalaikan terutam bagi perempuan...sedangkan pompuan kalau baca Quran jika merdu dan malalaikan pun jatuh hukum haram.
Dlm mazhab syafie ..alat muzik yg dibenarkan hanyalah gendang satu muka...kalau nasyid dah pakai gitar karan, siap ada goreng lagi...tu bukan nasyid dah..
Yg ada ok sikit Raihan aje ..tapi itupun dah hampir nak merapu..siap masuk anugerah AIM lagi..
Pikirla...
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan cam Raihan... depa nyanyi nasyid kontemparari.... lagu yg membawa nasihat dan ingatan kpd Allah...
Kalau cam CT Nurhaliza tu sbg contoh... nyanyian die dah menjadi haram bukan sebab suara pompuan aurat ...so, duit hasil nyanyiannye tu jugak haram ke????? |
|
|
|
|
|
|
|
dah buat keje haram hasilnya pon haram aaa... ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kelakarnya soalan. Soalan nie pun nak buat poll
Seolah olah tanya....
mencuri tue berdosa atau tak?
kambing tue busuk atau wangi? |
|
|
|
|
|
|
|
(BERITA HARIAN)
Agama-
Salihah: Aliyah contoh penyanyi berakhlak mulia
ALIYAH Al-Mahdi adalah penyanyi dan penggubah lagu yang sukar ditandingi pada zamannya. Dia juga antara wanita berketurunan mulia yang berbakat besar dalam bidang itu. Wanita jelita ini turut memiliki akhlak mulia.
Abangnya, Harun Ar-Rasyid, khalifah Abbasiyah terkemuka, sangat sayang dan menghormatinya. Pada waktu belayar, Khalifah Harun sering mengajak Aliyah mengikutinya.
Aliyah tahu membahagikan waktu untuk agama dan dunia serta memberikan setiap satu itu haknya. Dia tidak bernyanyi atau minum perahan buah-buahan pada waktu sembahyang. Apabila berwuduk, dia akan menumpukan segenap jiwa kepada sembahyang, begitu juga membaca al-Quran. Dia tidak mencampurkannya dengan perkara lain.
Sebenarnya, kepesatan perkembangan seni nyanyi dan gubahan syair bermula sejak zaman pemerintahan Bani Umaiyah lagi. Ketika itu, ramai jariah membanjiri istana khalifah, hakim, menteri, pedagang, orang kaya dan berpangkat.
Keadaan itu mencapai kemuncaknya pada zaman Abbasiyah. Ia juga adalah kemuncak pusingan daripada percampuran kaum Parsi dengan Arab serta penyebatian orang Arab dalam keluarga kaum Parsi.
Dengan sebab itu juga, ramai jariah mendapat penghormatan menjadi ibu kepada keluarga keturunan Arab. Contoh besar yang boleh diketengahkan daripada kedudukan yang dicapai jariah pada zaman Abbasiyah itu ialah 33 daripada 36 khalifah Abbasiyah dilahirkan jariah.
Penyebaran jariah dalam masyarakat Arab ini menyebabkan tersebarnya seni nyanyi dan minat orang kepadanya. Kehadiran seorang profesional dalam bidang itu, Ibrahim Al-Maushili yang sering memilih jariah jelita untuk diajarkan seni nyanyian dan cara petikan gambus, menyebabkan bidang itu berkembang pesat.
Pedagang jariah biasanya memilih wanita menarik, kemudian bakat mereka dicubakan dalam bidang seni suara. Jika jariah itu didapati berbakat, dia akan diserahkan kepada guru untuk diajar menyanyi dan menghafal lirik lagu yang sesuai.
Selepas tamat pelajaran, jariah berkenaan dibawa ke istana khalifah, wazirnya atau orang kaya, untuk dijual dengan harga tinggi.
Pada waktu itu jugalah muncul Aliyah binti Al-Mahdi yang menarik perhatian ramai. Dia bergandingan dengan saudaranya. Dikatakan belum pernah ada pasangan duet adik beradik pada zaman jahiliah hingga ke zaman Islam seperti Ibrahim bin Al-Mahdi dan Aliyah Al-Mahdi.
Lebih menghairankan, Aliyah bukan daripada golongan jariah yang dijual dalam pasar hamba. Bahkan dia adalah seorang puteri khalifah Abbasiyah, iaitu puteri Al-Mahdi.
Dia juga adik kepada Al-Abbasah Al-Mahdi dan adik seorang lagi khalifah Abbasiyah terkenal, Harun Ar-Rasyid. Meskipun kedudukannya tinggi dan mulia, dia sangat meminati bidang nyanyian.
Aliyah pernah berkata: "Allah tidak mengharamkan sesuatu melainkan dihalalkan di tempat itu gantinya. Maka tiada jalan bagi si penderhaka dan orang yang melanggar pengharaman Tuhan untuk berhujah atas perkara itu."
Harun Ar-Rasyid sangat gemar mendengar nyanyian Aliyah. Suatu hari, Harun Ar-Rasyid datang kepada Aliyah sambil berkata kepadanya: "Billah,hai adikku! Dengarkanlah aku nyanyianmu!"
Aliyah menjawab: "Demi hayatmu, aku akan gubahkan untukmu satu syair dengan lagunya sekali. Dengarlah!" Dia pun menyanyi, yang berbunyi:
"Adikmu selalu akan membelamu hingga kau mencapai kemesraan yang tak ada persamaannya dalam mana-mana masa sekalipun, melainkan dia berkekalan terus dan dia itu dekat denganmu, tuanku, dia moga-moga dekat denganmu dan usiamu moga-moga berpanjangan."
Aliyah terus bernyanyi bersama saudaranya, Ibraim Al-Mahdi dan nama mereka terus disanjungi orang. Uraib, seorang biduanita terkenal pernah menyatakan: "Sebaik-baik hari yang melaluiku di dunia, iaitu hari di mana aku bertemu dengan Ibrahim Al-Mahdi dan saudaranya Aliyah."
Aliyah banyak menggubah syair kasih sayang. Pernah suatu masa dia mengatakan begini: "Cinta suci ini sentiasa dicabar oleh ciri penganiayaan, andai orang yang dicintai insaf dalam cintanya nescaya dia bertimbang rasa, seorang pencinta tidak akan dapat menginsafi cintanya, selama lisannya pandai membuat dalih dan helah, sedikit cinta yang bersih suci untukmu, adalah lebih baik daripada cinta yang banyak, tetapi bercampur aduk."
Apabila abangnya Harun Ar-Rasyid meninggal dunia, Aliyah amat sedih sekali. Dia terus mengambil keputusan berhenti daripada meminum perahan nabiz dan tidak menyanyi bagi tempoh yang lama.
Kalau tidak kerana saudaranya, Khalifah Al-Amin datang dan memujuknya supaya kembali kepada seni yang sangat digemarinya, Aliyah mungkin meninggalkan kerjaya itu selama-lamanya.
Bagaimanapun, lama sekali dia memikirkan persoalan itu hingga akhirnya dia bersetuju untuk kembali ke dunia seni. Maka mulalah dia menggubah syair baru dan mendendangkannya.
Aliyah Al-Mahdi hidup hingga usia 50 tahun dan meninggal dunia pada tahun 210 Hijrah. Dia meninggalkan sebuah buku syair Diwan yang terkenal di kalangan sasterawan pada masa itu. |
|
|
|
|
|
|
cekpoin This user has been deleted
|
boleh ke bayar zakat ngan duit tu.....kalau tak salah aku 2-3 tahun sebelum ni ada sorang ....yusof haslam kot...... bayar zakat perniagaan....boleh ke???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|