|
...nak lagi...boleh...
membaca macam style org dolu2...tapi saya suka... |
|
|
|
|
|
|
|
bisa diatur, but we stick to 2 stories per week, padat dgn isi.
kalau terlalu kerap takut nanti jadi sinetron (asyik scene zoom muka aje kaedahnya)
beli tiket harga special, beratur pun boleh potong queue, inilah style otai masih berbisa Last edited by saudagaralam on 13-6-2014 08:19 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
KINGKONG JADIAN
Suasana sore di Johor Bahru membahang persis waktu tengahari. Sakroni duduk mengelamun di beranda mengharap sangat hujan akan turun kerana rumput karpet di laman rumahnya kering kekuningan akibat kemarau. Telefon pintar miliknya tiba-tiba berdering.
"Assalamualaikum, kamu di mana?" suara Hj Maali di hujung talian.
"Waalaikumsalam di rumah saja ni, ada khabar apa pak haji?" Sakroni menyahut mesra.
"Ada satu keluarga ketakutan diganggu makhluk halus, rumahnya di Felda belah sana tu" tambah Hj Maali.
"Ceritanya begini, setelah 2 minggu ayahnya meninggal dunia, setiap petang ada jin datang menjelma. Angin kencang menderu-deru di sekeliling rumah. Kemudian kelihatan binatang berbulu hitam berkuku panjang bermata merah mengendap di celah kaca-kaca nako rumah. Ia meluru masuk ke dapur, geledah periuk lalu makan nasi dan lauk"
"Tak usaha halau ke?" sahut Sakroni.
"Orang lain dah dipanggil tapi kingkong tu masih mengacau, inilah dia mengadu dengan saya" jawab Hj Maali.
"Ini kes berat, kalau boleh nak minta tolong kamu bawa Salim sekali" ajak Hj Maali kerana sudah maklum akan kebolehan Salim.
"Baiklah pak haji, saya akan bincang dengan Salim" Sakroni setuju.
Awal keesokan paginya, Sakroni singgah di gerai untuk membeli alas perut kerana jarak perjalanan ke Felda Lintang agak jauh.
"Kak, goreng pisang tanduk Rm5, tauhu goreng Rm5 dan goreng ubi keledek Rm5" order Sakroni.
"Banyak sangat ni" sapa kakak penjual itu.
"Biasa lah kak, buat sarapan dengan orang tua saya" jawab Sakroni sambil tersengih.
Sakroni pergi menjemput Salim dan Hj Maali dengan memandu jip SUV kesayangannya. Mereka di sambut oleh Along, wakil keluarga tersebut di stesen minyak berhampiran pintu gerbang kampung berkenaan.
Setibanya di rumah berkenaan, kelihatan beberapa ahli keluarga yang terbaring, murung dan pucat seperti seperti sedang mengalami sakit yang teruk. Hj Maali minta izin untuk melaksanakan acara.
"Pak haji jaga dalam rumah, saya dengan Sakroni akan periksa setiap bilik kemudian kami pantau di luar" Salim mengatur urusan.
Setelah puas mencari di dalam, Salim diekori oleh Sakroni meronda pula di luar rumah.
"Hoi! di sana rupanya, KURANG AJAR ENGKAU, mari sini!" tiba-tiba Salim berteriak ke arah sesuatu di celah-celah kebun buah-buahan di belakang rumah.
"Kenapa ganggu rumah ini? Kau nak selamat atau nak masuk penjara!" gertak Salim.
"Tolonglah bang, saya hendak hidup lagi, tak mahu mati" jawab jin itu ketakutan.
"Kalau nak hidup apa janji kamu?" Salim gertak dengan lebih garang.
"Janji bang tak ganggu lagi, tak datang lagi, saya hendak pindah" jawab jin itu.
"Sekira langgar janji kamu mati, sekarang pindah!" Salim berkata sambil menunjuk ke arah mana jin itu harus pergi.
Sakroni ditugaskan menabur garam kasar di sekeling rumah dan juga bumbung. Hampir habis dua kilo garam digunakan untuk memagar. Mereka berdua masuk semula ke rumah terus menuju ke arah Hj Maali sambil mengangguk-anggukkan kepala, sebagai tanda kerja di luar sudah beres.
"Mohon pak haji tengok-tengokkan ahli keluarga saya yang demam terkejut kerana takutkan kingkong tu" kata Along.
Seorang demi seorang di kebah oleh Salim sambil diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain.
"Baru tiga pesakit dirawat saya dah berpeluh-peluh, kalau habis lima orang boleh lapar perut ni" gurau Salim untuk menceriakan pesakit.
"Nampaknya semua dah selesai, kita nak baliklah" kata Hj Maali.
"Semua jemput makan nasi dulu" pelawa Along.
"Eh jangan susah-susah, tapi kalau dah masak takpe lah kami tolong makan" gurau Salim disambut dengan gelak ketawa seisi keluarga berkenaan. Mereka berselera makan hidangan panas yang disediakan. Lebih-lebih lagi Salim apabila melihat lauk kegemarannya asam pedas ikan dan kangkung belacan.
Setelah semua yang sakit diubati, kesemua isi rumah berkenaan gembira semula. Hj Maali, Salim dan Sakroni minta izin untuk mengundur diri sambil Along dan ahli keluarganya tak henti-henti mengucapkan terima kasih.
Sehingga sekarang, keluarga Along tidak lagi diganggu oleh jin berkenaan. Syukur kepada Allah swt, ikhtiar mereka berjaya menghindar keluarga tersebut daripada terus dibelenggu ketakutan.
Bersambung... 58#
Last edited by saudagaralam on 19-6-2014 06:29 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 16-6-2014 12:40 AM
KINGKONG JADIAN
Suasana sore di Johor Bahru membahang persis waktu tengahari. Sakroni duduk menge ...
memang untuk memagar rumah, pakai garam kasar kan?..ada baca apa-apa tak? alfatihah ke, 3 qul ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada bacaannya tapi Hj Maali sahaja yang tahu, ngaji saya belum sampai level tu
Sakroni tukang tabur je tapi dia punya action mcm pawang besar |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh.. menarik la saudagaralam... mistik dan menarik.. melihat alam ini dari sisi lain yg sesungguhnya ada makhluk lain selain kita di dunia ini.. Rahsia Allah Taala, hanya orang tertentu sahaja yang terpilih untuk melaluinya.. moga insan terpilih ini dapat menggunakan peluang ini untuk berbakti kepada sesama manusia..
mohon @saudagaralam tag saya kalo ade cerita baru ye.. sgt seronok baca... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih, saya cuba coretkan sebaik yang mungkin. Maklumbalas pembaca budiman amatlah dihargai.
Setelah mengenal En. Salim dan Arif serta Hj Maali, baru lah saya rasa diri ini terlalu kerdil dalam alam yang luas ciptaan Allah swt.
|
|
|
|
|
|
|
|
TT
saya dah follow
nanti kalau ada update
sila broadcast ye
senang saya dpt notis....
btw....
pakcik saya nak beri kunyit hitam
ada google2...kata kunyit tu dijaga bunian
betul ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
leenaz posted on 16-6-2014 03:06 PM
TT
saya dah follow
nanti kalau ada update
benar, kunyit hitam adalah tumbuhan alam sana. tidak ditanam atas tanah (tergantung)
wajib ada 3 pucuk, tak lebih tak kurang (sentiasa berganti), kalau simpan dalam laci akarnya akan panjang menjalar sendiri (jangan terkejut)
apa lagi yg pakcik anda cerita?
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 16-6-2014 03:16 PM
benar, kunyit hitam adalah tumbuhan alam sana. tidak ditanam atas tanah (tergantung)
wajib ada ...
xde cerita apa
smlm dia dtg rumah
tgk ada pokok2 tanam dalam pasu
kendian dia nampak pasu kosong
tu yg dia kata nak tak kunyit hitam
|
|
|
|
|
|
|
|
biasanya org yg ada isi ni memang tak cakap banyak, kalau pakcik anda nak bagi tu ada la kebaikannya.
Nanti upload foto, sharing is caring. |
|
|
|
|
|
|
|
leenaz posted on 16-6-2014 03:23 PM
xde cerita apa
smlm dia dtg rumah
tgk ada pokok2 tanam dalam pasu
menarik ni leenaz..boleh upload foto?
|
|
|
|
|
|
|
|
Best baca cerita TT.
Tak sabar nak tunggu sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
En. Salim teruja dapat hiburkan pembaca sekalian sampai queue 5 cerita ni.
Gigih ni buat final edit kejar dateline. Kamus dewan pun dah lunyai asyik semak tatabahasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 17-6-2014 12:45 PM
menarik ni leenaz..boleh upload foto?
nanti dah dpt...saya upload
tgh menunggu lagi ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak mula baca... best sgt kisah ni.... teringat citer Laksamana Sunan.
Kalau dibukukan kisah saudara ni...mantop......bahasa pun teratur....sesuai dgn kisah dua alam ni...
P/S Terima kasih saudara, sudi jd member cari... |
|
|
|
|
|
|
|
TERSEDAR DARI LAMUNAN
Mila termenung jauh mengenangkan nasibnya. Ayah kesayangannya di kampung sudah lama meninggal dunia kerana sakit sewaktu adik -adiknya masih kecil.
Suami Mila yang berasal dari seberang sering menderanya, langsung tidak menghormati undang-undang syariah negara ini. Walaupun diperlakukan seperti hamba, Mila semacam dikawal kuasa luar biasa tidak mampu melawan perlakuan zalim suaminya.
Dalam pada itu, Mila masih bersyukur kerana keputusannya untuk berhijrah ke Tanjung Puteri membuahkan hasil. Mila kini mempunyai perniagaan sendiri. Mila tidak bergantung harap pada suaminya yang dayus kerana rezeki hasil titik peluhnya cukup untuk menyara keluarga serta ibu dan adik-adiknya di kampung.
Mila merasa dirinya semakin lemah akibat akibat terlalu kerap dimaki hamun, dipukul tendang sepak terajang, dipijak dan diludah suaminya. Sakroni yang simpati dengan penyakit anak saudaranya Mila, bertindak membawanya pergi berubat dengan Salim.
"Mila, awak ni dah termakan macam-macam benda kotor" Salim menyuarakan pengamatannya sambil memegang rokok.
"Sekarang awak pergi mandi, selepas mandi nanti bilas dengan air yang dalam botol ini. Jangan lap, biarkan ia kering sendiri" arah Salim dengan jelas.
Salim dan Sakroni menunggu di ruang tamu. Teh o panas yang dibawa balik Sakroni dari wilayah Xian tempoh hari dihirup perlahan-lahan. Salim terus merenung tajam ke depan rumah sambil menghembuskan asap rokoknya.
"Sudah ye? Pakaian yang basah tu nanti harus buang di air yang mengalir" Salim memberitahu Mila sambil menoleh ke arah Sakroni.
'Tugas aku pulak kena buang benda tu?" detik Sakroni dalam hati.
Setelah beberapa rawatan susulan oleh Salim, Mila mampu berfikir waras boleh menasihati dan menolak arahan suaminya yang tidak betul. Suaminya sudah tidak berani menyeksanya tetapi masih berperangai lama. Pernah satu ketika Mila menggeletar takut akan ugutan suaminya.
"Mila sekarang awak balik, mohon pada Allah agar tidak terjadi apa-apa, perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw. Saya doakan" nasihat Salim untuk menenangkan Mila.
Mila berasa bersyukur, kerana apa yang dikatakan Salim adalah tepat. Suaminya seperti tergamam tidak terkeluar sepatah kata pun dari mulutnya. Suaminya hanya tunduk lemah membisu dan tidak jadi untuk mencederakan Mila.
Salim memaklumkan hal ini pada Arif dan ingin mendengar pendapatnya. Setelah merenung jauh, Arif bertegas agar Mila membuat keputusan yang tepat dalam hidupnya. Melalui pengamatannya, suami Mila itu seorang yang tidak akan mendidik ke arah kebaikan, malah akan menghancurkan masa depannya.
Arif juga mengingatkan Salim supaya tidak campur tangan lagi dalam urusan keluarga Mila selagi dia masih belum sedar kenyataan ini. Tetapi Arif juga berjanji sanggup membantu habis-habisan sekiranya Mila membuat keputusan yang positif buat dirinya.
Mila tidak lagi hanyut dalam dilema kerana hatinya sudah berubah, tidak lagi seperti kerbau yang dicucuk hidung. Sakroni bersyukur ke hadrat Allah swt kerana anak saudaranya sudah mulai sembuh.
Bersambung... 75#
Last edited by saudagaralam on 23-6-2014 05:18 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 19-6-2014 06:27 AM
TERSEDAR DARI LAMUNAN
Mila termenung jauh mengenangkan nasibnya. Ayah kesayangannya di kampung su ...
aisehh
bersambung lagi la plak
|
|
|
|
|
|
|
|
saudagaralam posted on 19-6-2014 06:27 AM
TERSEDAR DARI LAMUNAN
Mila termenung jauh mengenangkan nasibnya. Ayah kesayangannya di kampung su ...
suami Mila tu bagi benda2 kotor apa ek?..
kalau tak keberatan bercerita di sini...
selalu yang saya dengar...benda kotor ni macam tulang manusia, tahi khinzir, air kencing..etc..
sambung lagi ya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|