|
[Tempatan]
Haramkan Alcohol Dalam Pesawat MAS!
[Copy link]
|
|
ladydutch posted on 20-7-2014 12:10 AM
akui sahajalah yang mas itu rugi bukan nya sebab arak
tapi management dan masalah masalah tak r ...
Yup...
Dan sedih sekali bila berlaku tragedy maha dahsyat MH17 ni, ada orang ambil kesempatan nak correlate dengan MAS hidang arak!
what a sick mind.
|
|
|
|
|
|
|
|
okay tak boleh compare dengan singapore
compare lah pula dengan emirates, etihad, qatar semua |
|
|
|
|
|
|
|
pilot islam yg masuk tv pun nampak sume zuhud2 je.. kapt nuruddin dah mcm tabligh dah, nik huzlan pon kuat agama, wan amran mh17, cap zahari mh370 sume nampak islamic... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kita tanya keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dengan MH17 dan MH370 (esp keluarga MAS cabin crew yang beragama Islam), saya yakin mereka pun akan setuju dengan cadangan Dr Asri.
Sekurang-kurangnya langkah MAS stopkan penjualan ARAK boleh la kurangkan sikit beban rakan-rakan beragama Islam yang bertugas di sana, lebih-lebih lagi bila sesuatu tragedi berlaku. Kita takde dalam situasi diorang, nak cakap lelebih pun susah juga.
Sekadar pendapat yang tak seberapa, tak setuju tak mengapa. |
|
|
|
|
|
|
|
ladydutch posted on 20-7-2014 12:14 AM
arak ini untuk non muslim je
bukannya nak hidang muslim suruh minum
Itu saya sedia maklum.
Masalahnya, dalam Islam orang yang membawa, menghidang, menyimpan dan menjual dosanya sama dengan peminum.
Saya percaya ramai pramugari/a dan juruterbang yang beragama Islam terhimpit dalam dilemma ini dan terpaksa pejam sebelah mata demi tugas.
Mungkin dalam hati mereka, lepas pencen aku bertaubat. Persoalannya, yang mana datang dahulu, taubat atau mati ? |
|
|
|
|
|
|
|
pasemboq posted on 20-7-2014 12:25 AM
Itu saya sedia maklum.
Masalahnya, dalam Islam orang yang membawa, menghidang, menyimpan dan menj ...
kalau macam itu
tak payah lah kerja mas
pergi apply keja dekat airlines yang tak serve arak ..
saudi ka
|
|
|
|
|
|
|
|
pasemboq posted on 20-7-2014 12:25 AM
Itu saya sedia maklum.
Masalahnya, dalam Islam orang yang membawa, menghidang, menyimpan dan menj ...
Ada ayat Quran tak untuk menyokong: yg menghidang menjual menyimpan ni semua dapat dosa?
Setau saya Quran kata setiap manusia bertanggungjawab pada diri dia sendiri. Tiada sesiapa tanggung dosa orang lain.
Kalau ada ayat Quran, boleh tepek? (pertanyaan iklas).
|
|
|
|
|
|
|
|
ladydutch posted on 19-7-2014 11:51 PM
kena buat penerbangan 100% halal baru terjamin perjalanan
livery mas kena ada cop halal j ...
Naik plane dan ditayangkan cerita mengingatkan mati...
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 posted on 20-7-2014 12:29 AM
Naik plane dan ditayangkan cerita mengingatkan mati...
Barulah mati dalam iman
|
|
|
|
|
|
|
|
Segala malapetaka yg menimpa umat islam. Adelah kerana perempuan yg x menutup rambut dan arak...
Sedangkan umat lain aman aje...
Lemah sungguh la umat islam ni...
Jika telah menutup rambut dan tiada arak..tetapi masih malang..ianya ade lah salah Yahudi. ..
Jika masih juga ditimpa musibah. .ianya ade lah bala Dr Allah. ..
They always blame others.... Last edited by True-X on 20-7-2014 12:42 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
truly posted on 20-7-2014 12:28 AM
Ada ayat Quran tak untuk menyokong: yg menghidang menjual menyimpan ni semua dapat dosa?
Setau ...
sungai arak saja yg halal dlm isle sebenerrr, yg lain, yakni menghidang dan menjual adalah haram belaka..
wallahualam
|
|
|
|
|
|
|
|
abes tu yg jual kt 7e tu camne lak?
yang kilang buat tu pon camne?
kenapa bijak sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
ladydutch posted on 20-7-2014 12:27 AM
kalau macam itu
tak payah lah kerja mas
MAS adalah penerbangan rasmi Malaysia, sebuah negara yang mencanang-canang dirinya Negara Islam.
Kebanyakan majikan MAS adalah terdiri daripada Orang Islam.
Seharusnya mereka ini lebih peka kepada hak-hak pekerjanya yang beragama Islam dan bukannya bersifat lepas tangan atau biadap dengan sikap tak-suka-boleh-blah.
|
|
|
|
|
|
|
|
pasemboq posted on 20-7-2014 12:47 AM
MAS adalah penerbangan rasmi Malaysia, sebuah negara yang mencanang-canang dirinya Negara Islam.
...
sepatutnya orang tu sebelum nak apply keja mas
dah tahu dah tugas tugas dia
kalau dah tahu tugas tugas dia , dan dia still apply
massudnya dia terima lah ...
tak de siapa pun paksa kerja pun
|
|
|
|
|
|
|
|
truly posted on 20-7-2014 12:28 AM
Ada ayat Quran tak untuk menyokong: yg menghidang menjual menyimpan ni semua dapat dosa?
Setau ...
Nas yang mengharamkan arak ada disebutkan dalam ayat Al-Quran surah Al-Ma`idah ayat 5:90.
Dan Nabi Muhammad SAW juga bersabda bahawa :
"Allah melaknat arak: orang yang meminumnya, orang yang memberi minum kepada orang lain, orang yang menjualnya, orang yang membelinya, orang yang memerahnya, orang yang diperah untuknya, orang yang membawanya, orang yang dibawa kepadanya dan orang yang memakan harganya."
Hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, dan al-Hakim daripada Ibn Umar radhiallahu 'anhuma. Dan daripada Anas radhiallahu 'anhu, dia berkata "Nabi s.a.w. melaknat pada arak itu sepuluh perkara: orang yang memerahnya, orang yang diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang dibawa kepadanya, orang yang memberi minum kepada orang lain, orang yang menjualnya, orang yang makan harganya, orang yang membelinya dan orang yang dibeli untuknya." Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah.
|
|
|
|
|
|
|
|
iey_iyda posted on 20-7-2014 12:22 AM
Kalau kita tanya keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dengan MH17 dan MH370 (esp keluarga MAS cabin ...
MAS NAK puaskan hati pelanggan ataupun nak puaskan hati pekerja dan ahli keluarga yang beketja dengan MAS?
|
|
|
|
|
|
|
|
ladydutch posted on 20-7-2014 12:50 AM
sepatutnya orang tu sebelum nak apply keja mas
dah tahu dah tugas tugas dia
Tidak boleh letak 100% tanggungjawab kepada pekerja sahaja, disinilah peranan majikan Muslim untuk memperbetulkan keadaan.
Kalau AirAsia itu saya tiada bantahan kerana sememangnya syarikat itu milik kafir yang hanya mementingkan duniawi.
|
|
|
|
|
|
|
|
LUNCH posted on 20-7-2014 01:02 AM
MAS NAK puaskan hati pelanggan ataupun nak puaskan hati pekerja dan ahli keluarga yang beketja den ...
Takde Arak pun pelanggan masih boleh berpuas hati kan? Aku yakin mereka pasti faham.
|
|
|
|
|
|
|
|
True-X posted on 20-7-2014 12:36 AM
Segala malapetaka yg menimpa umat islam. Adelah kerana perempuan yg x menutup rambut dan arak...
...
Dan akan terus mencari jawapan yang sesuai untuk memuaskan hati mereka.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|