Saya seorang penjinak jin. Daripada pengalaman kerja saya selama lebih 15 tahun, didapati usia jin berbeza-beza (kerana mereka juga beranak-pinak seperti kita dan ada yang berumur sangat lanjut) dan usia ini pula akan menentukan tahap keganasan, kegarangan, kematangan, kebijaksanaan dan kekuatan jin itu sewaktu berdepan dan berdiskusi dengan seorang penjinak jin seperti saya.
Di sini, saya dengan rendah hati dan rendah diri membuka thread baru ini untuk mengumpulkan maklumat seterusnya berkongsi pengetahuan dan mungkin kepakaran untuk membantu sesama manusia atau jin sendiri yang mengalami masalah dalam kehidupan alam yang perlu dikongsi ini. Saya akan maklumkan tarikh, masa dan tempatnya apabila berdiri secara rasmi sebuah pusat penjinakan jin. Apabila jin-jin itu sudah jinak dan sebahagian besarnya berjaya diIslamkan, nyata dan benarlah manusia itu sebaik-baik kejadian dan Khalifah Allah di muka bumi-Nya ini.
Baik, saya mulakan dahulu. Tuan-tuan yang ada ilmu dan pengalaman boleh bantu tambahpanjangkan perkongsian ilmu ini. Kepada para pemerhati, silakan bertanya dengan cara sopan dan bertatasusila;
1. Jin wanita dari utara India, 650,000 tahun, ditemui pada 21/06/2014.
2. Jin wanita dari Taman Negara Pahang, 500,000 tahun, ditemui pada 2009.
3. Jin lelaki dari Segitiga Bermuda, 450,000 tahun, ditemui pada 2007.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan sokongan anda kepada thread ini. Saya izinkan ia dishare di semua laman-laman sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsApp dan blog masing-masing dengan niat untuk mengangkat tahap keilmuan manusia setingkat lebih tinggi daripada yang sedia ada hari ini. Wallahu'alam!