Melaka: Bermula dengan siasatan kes curi kenderaan, polis membongkarkan rahsia sepasang kekasih yang dipercayai membunuh seorang kanak-kanak dengan penemuan rangka mangsa ditanam di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, Bukit Katil, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, rangka kanak-kanak lelaki itu ditemui berbalut dengan kain batik yang ditanam pada kedalaman 0.3 meter di belakang rumah teres dua tingkat yang disewa pasangan terbabit pada awal tahun ini.
Menurut sumber, rahsia pasangan itu terbongkar selepas mereka ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Muar, Johor jam 2 pagi, semalam.
“Siasatan lanjut mendapati suspek lelaki itu terbabit dengan satu laporan curi kereta dan pada mulanya siasatan tertumpu kepada kes itu dengan memanggil pemilik kenderaan iaitu bapa saudaranya. LOKASI rangka mangsa ditemui di belakang sebuah rumah dua tingkat di Taman Bayan, Bukit Katil.
“Ketika memberi keterangan, bapa saudara suspek yang berusia 50 tahun memaklumkan cucu saudaranya disyaki dibunuh,” katanya, di sini, semalam.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Abu Bakar berkata, suspek berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun itu dibawa ke lokasi untuk membantu siasatan.
Katanya, rangka mangsa ditemui di dalam sebuah lubang berhadapan pintu belakang rumah teres dua tingkat itu selepas digali sepasukan anggotanya.
Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html
Huzz: Bukan main asyik akak tudung labuh ni ambil gambor
Last edited by GhostWalking on 1-9-2014 03:21 AM
|