CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: dani-rox

Kisah Wanita Yang Dikurung 25 Tahun Kerana Cinta (Gambar *reupload)

[Copy link]
Post time 28-2-2015 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknye boipren dia xselamatkn dia sbb fmly pmpn ni bgth dia berhijrah ke mn2 kot..dl2 bknnye senang nk berhubung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 02:24 PM | Show all posts
kesiannya kena dikurung.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 04:51 PM | Show all posts
yg kisah kena kurung pastu bapak die rogol sampai beranak 7 plak tu....tu lagi tertekan aku bace!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:05 PM | Show all posts
ape. 15 bulan je. aku rase mmg nk sorok status gila die tu je. takan la mak die cakap kesiannya blanche sblm mati kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:20 PM | Show all posts
kes gini banyak berlaku kat Europe ke Amerika sana sbb masyarakat sana jenis kurang jaga tepi kain org. Tak bersapa hang aku...kira bagus jugalah masyarakat kita yg selalu org sebut makcik-mkci kepoh ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
siape_aku replied at 2-3-2015 04:51 PM
yg kisah kena kurung pastu bapak die rogol sampai beranak 7 plak tu....tu lagi tertekan aku bace!!!

Ape ???.
Aku yg xbace lagi ni
Setakat bace yang ko tulis
Gini je pon aku dh tertekan...

Ape Kemalangan ??!!!.
Bapak Jinn Azazil Setan Puaka
Jerangkung Tengkorak Hidop Btol !!!!

Pffffftttttt.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2015 08:53 PM | Show all posts
cmf_blingblings replied at 2-3-2015 05:20 PM
kes gini banyak berlaku kat Europe ke Amerika sana sbb masyarakat sana jenis kurang jaga tepi kain o ...

Lagi satu design rumah diorang yang selalunya ada stor bawah tanah atau basement. Rumah kat msia takde design macam tuh jadi susah sikit nak kurung2 orang selama berpuluh tahun. Kalau kurung kat bilik nanti bila jerit jiran boleh dengar....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:04 PM | Show all posts
kesian betul..sanggup la mak bapak dia buat cmtu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 10:10 AM | Show all posts
Felycya replied at 2-3-2015 08:53 PM
Ape ???.
Aku yg xbace lagi ni
Setakat bace yang ko tulis

ade thread tu kat porum ni...elizabeth ape ntah name pompuan tu.....mule2 aku tgk kat tv....kisah wanita2 malang la kan,,,yg kena rape,bunuh,kena seksa...kes si elizabeth tu no 1 n paling sadis!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 12:37 PM | Show all posts
kesian..kalau dikurung bertahun2 mcm nie, baik je la dibunuh..
mujur dikantoikan..kalau tak, sampai mati kena kurung..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
siape_aku replied at 3-3-2015 10:10 AM
ade thread tu kat porum ni...elizabeth ape ntah name pompuan tu.....mule2 aku tgk kat tv....kisah  ...

Alamak,
Cemane aku nk gugel ni ?,
Aku nk tau gak,

Klu elizabeth tan knock knock
tu aku tau laa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 02:01 PM | Show all posts
Felycya replied at 3-3-2015 01:37 PM
Alamak,
Cemane aku nk gugel ni ?,
Aku nk tau gak,

bukan elizabeth tan...itu buat pe....
jap aku carikkan link...rase kat peristiwa dunia ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 02:14 PM | Show all posts
Felycya replied at 3-3-2015 01:37 PM
Alamak,
Cemane aku nk gugel ni ?,
Aku nk tau gak,

ko gugel la Elizabeth Fritzl....and ready utk naik darah ke tahap maksimum!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 02:16 PM | Show all posts
Apakah sebenarnya terjadi terhadap Elisabeth? Mengikut fakta kes, Elisabeth dirogol bapanya selepas diberikan dadah ketika berumur 11 tahun. Perkara itu berlanjutan sehingga umurnya 18 tahun dan apabila beliau mengandung bapanya mula mengurung dan menjadikannya hamba seks di bilik bawah tanah .

Apa yang menjadi tanda tanya, bagaimana perbuatan Josef tidak diketahui ahli keluarganya termasuk isterinya, Rosemarie, 64 dan pihak berkuasa. Turut dipertikaikan kehilangan Elisabeth tidak diendahkan pihak berkuasa.

Akhbar tabloid Kronen-Zeitung melaporkan, bagi mengaburi orang ramai, termasuk isterinya, Josef mendakwa anaknya itu keluar rumah untuk menyertai satu kumpulan ajaran sesat dan memaksa Elisabeth menulis surat kononnya melarang sesiapa mencarinya lagi.

Bilik rahsia tempat kurungan Elisabeth didakwa sebagai tempat pertukangannya. Josef menghabiskan masa hampir setiap malam di situ dengan membawa bersama makanan dan pakaian untuk `tahanannya'

Josef, bekas juru elektrik menjadikan tiga daripada anaknya yang dilahirkan Elisabeth sebagai anak angkat dengan mereka cerita kononnya bayi itu ditinggalkan seseorang tidak dikenali di depan pintu rumahnya dan meminta mereka menjaga bayi itu seperti anak sendiri.

Jiran Josef menganggapnya seorang yang mesra dan suka membantu rakan serta dilihat sebagai datuk penyayang kepada tiga cucu yang sebenarnya adalah anaknya sendiri.

Sementara itu, akhbar Mirror London, Elisabeth bersama tiga anaknya sudah pun dipertemukan dengan ibunya, Rosemarie. Pertemuan penuh dramatik itu turut menyaksikan ketiga-tiga anak Elisabeth bersemuka buat pertama kali dengan tiga saudara mereka. Malah, pada pertemuan itu, mereka meraikan hari jadi anak lelaki Elisabeth, Alexander, 10.

“Mereka berdua (Elisabeth dan Rosemarie) berpelukan dan seakan tidak mahu melepaskan antara satu sama lain manakala anak-anak berbual sesama sendiri seakan sudah lama tidak berjumpa,” kata Ketua Klinik, Berthold Kepplinger.

Doktor itu turut meminta media memberi ruang kepada keluarga berkenaan bagi membolehkan mereka menjalani hidup normal seperti orang lain kerana Elisabeth dan tiga anaknya dalam proses membiasakan diri dengan ruang luas serta cahaya siang hari selepas hidup lama dalam ruang sempit dan suram di bawah tanah.

Apa pun perasaan kita yang membaca kisah sedih dan menggemparkan ini, yang pasti Elisabeth dan anaknya ‘hilang jauh’ dari dunia sebenar, sangat terseksa kerana perbuatan kejam bapanya.

Josef memang layak mendapat gelaran jembalang dan hukuman setimpal patut dikenakan terhadapnya kerana sudah meragut ‘kebebasan’ 24 tahun anaknya sendiri.

INFO: Kronologi

* Ogos 1984 - Elisabeth Fritzl dikurung di bilik bawah rumah selepas didapati mengandung.

* 1988 - Elisabeth melahirkan anak sulungnya Kerstin.

* 1989 - Elisabeth melahirkan anak keduanya Stefan.

* 1994 - Elisabeth melahirkan Monika.

* 1996 - Elisabeth melahirkan kembar.

* 1997 - Alexander, anak kembar Elisabeth yang hidup ditemui di depan pintu rumah Josef bersama nota.

* 2002 - Elisabeth melahirkan Felix.

* 19 April 2008 - Kerstin dimasukkan ke hospital.

* 26 April 2008 - Polis menahan Josef dan Elisabeth berdekatan hospital tempat Kerstin dirawat. Josef kemudian mengakui melakukan sumbang mahram.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056915 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list