CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Tempatan] Apa lagi Wak Yiddin mahu??

[Copy link]
Post time 27-7-2015 09:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 09:17 AM | Show all posts
rosmahisham replied at 27-7-2015 09:10 AM
I sokong wak.yidin..dna indon pon indon lah..ha ha

indon boleh klaim Malaysia.....



Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2015 09:25 AM | Show all posts
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan supaya laporan awal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijadikan dokumen awam. Menurut beliau, langkah itu perlu agar masyarakat mengetahui dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam kes tersebut. Beliau berucap ketika ucapan penggulungan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad


Baca juga di TMI.

                                             *********************************



Wooooh, selepas gempak dengan aksi video di Janda Baik dua bulan lalu, tetiba Muhyiddin buat comeback !  Menarik beb ...... Boleh bikin team Najib tarik brek ni haha ....

Terbaru TMI ada laporan yang dipecahkan kepada beberapa artikel mengikut topik berlainan -



"Dalam suasana negara yang dihadapi kini saya rasa agak tergamam apa yang patut saya cakapkan, tapi saya nak ingatkan apa yang diungkapkan dalam perhimpunan agung tahunan lalu mengulas megenai dakwaan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu mereka menang undi popular.


"Dan walaupun kita menang namun pada waktu itu jika undi popular berterusan turun sebanyak 2 % maka ia akan menyaksikan BN kalah dalam PRU akan datang.


"Juga saya ada bertanyakan dalam pertemuan retreat dengan pimpinan Wanita Umno di Putrajaya. Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakah kita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untuk menang," katanya semasa ucapan penutup mesyuarat Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini. - TMI.


Dari segi asasnya, kenyataan di atas lebihkurang sama dengan artikel saya sebelum ini ( KLiK ), baca juga luahan para pengomen mengenai Najib, Umno dan PRU14.

Pendek kata, baguslah kalau Muhyiddin sedar akan sentimen yang tidak memihak kepada Umno dikalangan rakyat ketika ini, Dan ianya berkait rapat dengan Najib Rosmah.



"Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri ada banyak idea.


"Saya tidak pernah ada masalah dengan beliau (Dr Mahathir), tidak sulit untuk saya komunikasi dengan beliau dalam beberapa pertemuan .


"Jadi berhentilah hentam Dr Mahathir, beliau adalah bekas perdana menteri, lagi anda hentam, lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh," - TMI.
.

Nasihat yang bernas buat Najib dan askar2nya ......  

Makin diungkit isu2 basi zaman Tun Mahathir jadi PM dulu, makin kuat orang buat perbandingan dengan Najib. Semakin jelas pandangan rakyat yang melihat sekeliling mereka ....... semuanya datang hasil zaman Tun Mahathir.

Zaman Najib ? Gempak jer lebih, slogan tak putus2 ..... hasil yilek. 1MDB dengan RM42 billion adalah contoh terbaik. Apa hasilnya ? LELONG harta negara nak bayar hutang. Ambil hutang untuk beli aset yang kemudiannya dilelong untuk bayar hutang itu balik ...... HEBAT !



"Saya sendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari The Edge


"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul," - TMI.

.
Yang ini paling menarik ! Termasuk yang di bawah ini juga. Amat sesuai untuk kita buat sedikit analisa. Sila baca dua tiga kali untuk selami apa yang boleh kita terjemahkan disebalik kenyataan ini.


"Saya beritahu beliau untuk lepaskan jawatanya dalam 1MDB tapi beliau tidak mahu dengar.

"Saya tidak punyai niat jahat, niat saya baik untuk tolong beliau," - TMI.




OK, Kenapa Muhyiddin minta Najib lepaskan jawatan dalam 1MDB kalau 1MDB tidak ada masalah ? Kenapa minta Najib cuci tangan ?


Kenapa Muhyiddin baca The Edge semata2 untuk mendapatkan maklumat tentang 1MDB ?Apakah Muhyiddin juga tidak baca dan tidak faham buku penerangan mengenai 1MDB yang diedarkan kepada kabinet ?

Apakah orang nombor 2 dalam kerajaan juga tidak ada akses kepada 1MDB ? Apakah yang Muhyiddin tahu mengenai 1MDB SEBELUM isunya menjadi panas ?

Jadi benarlah 1MDB ini bergerak secara senyap2 tanpa pengetahuan kabinet ! Kenapa ?  Nak sorok apa ?

RM42 billion duit rakyat diperjudikan tanpa pengetahuan kabinet ???  


Ketika ini ramai yang duk bising dengan isu ubahsuai maklumat siap ngan pak Menteri juga sebut tentang tindakan2 tegas terhadap mereka yang disyaki terbabit. Gantung permit dan sekat portal kerana di SYAKI ubahsuai maklumat.

Nah sekarang Muhyiddin juga bertanya  - Orang cakap laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul !


Lawak lah tengok wakil2 kerajaan kita tiap2 hari duk melalak pasal isu ubahsuai maklumat. Tunjukkanlah mana satu maklumat yang sudah diubahsuai itu dan tunjukkan yang betulnya macamana !

Takkan itu pun nak tubuh jawatankuasa untuk siasat ? ?

Serius beb ..... The Edge dah lapor mengenai isu 1MDB ini hampir 2 tahun, dan selama ini kita duk pung pang pung pang berbalas hujah dengan 1MDB dan wakil kerajaan termasuk Najib, TIDAK SEKALI PUN mereka sebut tentang salah maklumat.

Alih2 si Justo sebut tentang KEMUNGKINAN maklumat yang dijualnya diubahsuai, baru pro Najib pun ikut sama melalak isu ubahsuai maklumat !! Pelik ......

Selama ini 1MDB dan kerajaan TAK TAHU ke apa yang disiarkan oleh TheEdge dan SR itu salah ?

Ni apa punya syarikat billion2 ni ?

Sekarang bukan saja 1MDB dan Najib yang kena perjelaskan persoalan2 mengenai urusniaga 1MDB, tapi kerajaan juga telah diheret sama dalam isu kredibiliti !


Bagi ramai rakyat yang mengikuti isu ini, kita tak kisah kalau The Edge dan SR didapati bersalah, maka hukumlah mereka. No hal. Tapi kita nak tahu mengenai 1MDB dan akaun Najib.


Oya, selepas beberapa minggu berlalu sejak pendedahan WSJ mengenai deposit RM2.7 billion ke dalam akaun peribadi Najib, saya rasa pihak Task Force kena jawab apakah benar dakwaan itu.

Task Force ni sebenarnya SIASAT APA ? kalau tidak ada kes, kenapa berminggu2 duk siasat, duk tahan suspek bagai ...... apa kes ?

                                                ********************************

Saya cek maksud MONEY LAUNDERING, iaitu salah satu tuduhan yangdi mainkan oleh beberapa pihak sejak akhir2 ini -  

Money laundering is the process of making illegally-gained proceeds (i.e. "dirty money") appear legal (i.e. "clean"). Typically, it involves three steps: placement, layering and integration. First, the illegitimate funds are furtively introduced into the legitimate financial system. Then, the money is moved around to create confusion, sometimes by wiring or transferring through numerous accounts. Finally, it is integrated into the financial system through additional transactions until the "dirty money" appears "clean."[3]

hmmmm ..... yang lebih sesuai dengan maksud Money Laundering adalah dakwaan terhadap 1MDB dimana wang dipindah2kan ke beberapa akaun, ditukar2 bentuk bagi tujuan mengelirukan. Begitu juga dengan dakwaan billion2 deposit ke dalam akaun peribadi Najib.

Setakat jual beli info ...... errr.... itu cuma satu urusniaga direct.  Info curi itu kesalahan lain, bukannya money laundering.

Jadi terimakasih kepada mereka yang memperkenalkan terma Money Laundering itu !

PS - Kalau kita mengambilkira lawak Tunai-Aset-Just Unit, mungkin boleh diterima jugalah kalau 1MDB dan kerajaan terpaksa menunggu dakwaan Justo mengenai isu ubahsuai maklumat terlebih dahulu sebelum melalak sama ...... agaknya sebelum Justo bersuara, mereka pun tak terfikir kemungkinan maklumat yang disiarkan TheEdge dan SR telah diubahsuai..... cuba klik balik artikel2 lama mengenai isu 1MDB, ada sesiapa pernah sebut tentang ubahsuai tak sebelum ini ?

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:25 AM | Show all posts

no spiking johor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 09:29 AM | Show all posts
mana macai2 bijan??

pliss komen pasal yidin.
u sokong ke tidak??
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:32 AM | Show all posts
ni antara yg patut kena turun pangkat kalau najib survive,


Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:32 AM | Show all posts

dijek masih fobia ditahan reman menjelang syawal...sampai nak buat MN pun tak daya
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:32 AM | Show all posts
idadzira replied at 27-7-2015 09:09 AM
apa lagi wak gi la mengadap DYMM, buat undi x percaya ke apa2 je tindakan yang boleh menjatuhkan jib ...

susah...hadi pil kuda dan geng2 dia sekarang ni dah jadi penyokong bijan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Yidin nak menjatuhkan kerajaan....sekat passpot die pegi luar negara
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:35 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 27-7-2015 09:32 AM
ni antara yg patut kena turun pangkat kalau najib survive,

shafie afdal, muhyiddin n kj,
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:37 AM | Show all posts
bengap wak yidin nih...sampai kena baca the edge utk pahamkan isu 1mdb
macai hanya baca utuseks dgn tercongok dpn tibitigasuka jah tiap malam jam 8...segenap inci 1mdb tu depa dah paham
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:39 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 27-7-2015 09:07 AM
Pi masuk blog dinturtle... masuk outsyedthe box lagi pedas

dah ada satu blog yang counter Tun M and the gang...kalau ko tak bersifat bias...ko try baca ni bro.....aku neutral dalam hal 1MDB ni dari dulu...

http://limsiansee.blogspot.com/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 09:40 AM | Show all posts
“I even had to ask the economist and businessmen to understand. I read The Edge as well to understand the issue.
“I was rebuked in the cabinet: ‘Oh that (information) came from The Edge. It is not true.’ But I was never told what is the truth,


bang dijek duk dlm kabinet dapo najib?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:43 AM | Show all posts
Akhirnya kita tau jugak sapa yang bertanggungjawab dlm kemelut 1MDB ni... plot yg memang telenovela venezuela, filipino, indon ataupun cerekerama pun tak boleh mengatasinya... jeng 3x... semuanya angkara Mat Despatch 1MDB...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:43 AM | Show all posts
wak yidin dah habih raya
terus keluar meriam buluh kebabooommm

najib pun cam sunyi sepi
coti2 obersi dgn penguin kah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:45 AM | Show all posts
PM perlu jawab tuduhan duit masuk akaun peribadinya, kata Muhyiddin
OLEH DIYANA IBRAHIM

Published: 27 July 2015 12:22 AM


Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang disalurkan ke dalam akuan peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah satu perkara serius yang perlu dijelaskan.

Timbalan perdana menteri yang pertama kali mengulas isu tersebut mengakui begitu banyak persoalan mengenai dakwaan media antarabangsa yang masih tidak jelas dan ini menimbulkan kebimbangan kerana ianya bukan melibatkan jumlah kecil tapi  hingga beratus juta dolar.

"ada awal berita itu, saya teks beliau, saya panggi 'sir' (panggilan hormat) saya kata pada dia ini merupakan tuduhan serius anda kena nafi, kemudian beliau jawab terima kasih dan kata sudah nafi.

"Namun walau sudah nafi yang buat itu adalah daripada Jabatan Perdana Menteri, saya kata balik beliau yang kena nafikan sendiri sebab tuduhan itu merujuk kepadanya, dan lepas itu baru ada penafian," katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga mendedahkan membangkitkan perkara tersebut berapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet kerana merasakan tanggungjawabnya sebagai timbalan perdana menteri menyuarakan hal berkenaan.

"Saya ada tanggungjawab sebagai timbalan perdana menteri saya beri pandangan dalam MT sekali sekala, dalam jemaah menteri tiap-tiap minggu saya kata mesti kena ada jalan penyelesaian. Ianya perlu dimuktamadkan.

"Kalau tidak selesai maka ia akan jadi beban, kalau seringgit dua tidak apa, tapi sepatutnya kalau tidak ada 1MDB tidak akan ada masalah," katanya.

Pada masa sama beliau mengakui kerap kali dikecam rakyat kerana dilihat terlalu mendiamkan diri dalam isu tersebut.

Beliau berkata, amat bersetuju sekiranya pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang itu menjalankan tugas mereka tanpa diganggu mana-mana pihak lain.

Katanya tidak mempunyai halangan sekiranya laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1MDB didedahkan kepada umum agar ianya dapat menjawab segala persoalan mengenai skandal tersebut.

"Saya ikhlas nyatakan perkara ini kerana ramai ahli parti kata TPM ini terlalu senyap, kadang geram juga namun isu ini bukan mudah saya kata tidak mahu terlebih batas.

"Saya setuju pasukan khas melaksanakan tanggungjawab tanpa diganggu mana-mana pihak, lagi cepat lagi baik, kalau siasat tahan bersalah dan mesti ada yang salah, lagi cepat lagi baik untuk parti.

"Saya juga tidak ada halangan kalau laporan interim didedahkan umum supaya orang tidak akan tertanya-tanya atau diputar belitkan media antarabangsa," katanya. – 26 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.7ZuDQqxk.dpuf


bila bijan nak jawab ni????
nak saman pun tak berani...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.086781 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list