|
Tun det sendiri kata, dia bagi peluang pada bijan untuk dapat pangkat itu ini dalam kerajaan kerana rasa terhutang budinya pada tun razak punya pasai...... itu memperlihatkan polisi tun det " ada cable kuat boleh dapat " .... tengok apa jadi sekarang hasil dari polisi haprak ittew. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua kali lima....5x2....![](static/image/smiley/default/icon_rolleyes.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 3-9-2015 08:07 AM
Tak perlu songlap macam yg bijan buat tu untuk jadi korup haih.
Apabila kerajaan berbisnes ...
Aku pun nak tahu juge salah ke tidok |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 3-9-2015 11:48 AM
Kalau asyik2 family dan kroni aje yg kampoi busines kerajaan yg besar2 , itu kita namakan sebagai monopoli. Yang berpunca dari perangai tamak haloba dan berat sebelah. Dia kira nak bagi belah dia aje memanjang, gitu la contohnya.![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Kerajaan yg di kuasai oleh orang2 yg tamak dan berat sebelah pasti takkan menjadi kerajaan yg baik la haih, period.
Apa tujuan Azmin nak mengkorporatkan investment kerajaan ? Meh aku nak bongkarnya melalui kata2 depa sendiri . ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Rafizi dah kata nak cari kekayaan kena melalui dunia korporat yg di asingkan dari politik, so kesimpulan yg dapat kita ambil dari kata2 rafizi ini adalah apabila investment kerajaan di korporatkan maka bolehlah kroni dan family cari kekayaan melaluinya. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
You see, yg masuk politik adalah azmin dan rafizi , tapi kaum keluarga dan kroni kedua depa ni tak perlu masuk politik la untuk cari kekayaan, masuk dunia korporat je la, dek kerana investment kerajaan di asingkan dari dunia politik , maka selamat lah depa dari di capkan sebagai korup walau kroni dan family nak monopoli sebanyak mana pun investment kerajaan ittew. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Janji dalam akaun peribadi azmin dan rafizi tarak duit derma, akaun peribadi adik beradik dan kroni walau ada macam2 jenih duit pun bukannya sapa boleh detect kan kan kan , tak gitu ? ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Itu la taktik yg di guna tun det, yg dulunya PR kutuk kaw kaw, tapi nampaknya lani PR sedang mengorak langkah melakukan perkara yg sama macam yg depa kutuk dulu tu, ludah depa kat tun det dulu tu depa dalam proses dok jilat balik slurp slurp. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
-------------------------------------------
Monopoli kroni punca kenaikan harga, kata Rafizi The Malaysian Insider – Thu, Jan 9, 2014
View PhotoMonopoli kroni punca kenaikan harga, kata Rafizi
Perjanjian konsesi lama yang berat sebelah serta kuasa monopoli dalam bidang tertentu telah menyebabkan berlakunya peningkatan harga barang seperti kenaikan tarif elektrik dan bahan bakar yang diumumkan kerajaan, kata Rafizi Ramli. Pengarah Strategi PKR itu berkata, kerajaan mempunyai konglomerat tertentu yang boleh mempengaruhi harga bagi memperoleh keuntungan berganda.
"Harga naik mendadak kerana struktur ekonomi utama seperti elektrik, petrol, gula dan beras dikawal kerajaan. Setiap barang yang dikawal kerajaan dikawal pula konglomerat atau kroni memonopoli perjanjian yang cukup lama dan berat sebelah.
"Oleh kerana harga barang asas dikawal kerajaan dan monopoli, sudah tentu harga lain juga akan mempengaruhi. Apabila kerajaan membenarkan konsesi yang rata-ratanya sudah kaya-raya menaikkan harga, sudah tentu ia memberi rantaian berganda kepada harga lain," katanya dalam forum anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.
Rafizi berkata akibat kenaikan harga barang, rakyat meletakkan kesalahan kepada Barisan Nasional (BN) kerana telah menandatangani perjanjian kepada konsesi berkenaan.
Katanya, rakyat mempersoalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pertumbuhan ekonomi 4-5% setiap tahun tetapi kesannya tidak diterima rakyat.
“Jika Malaysia betul-betul kaya seperti yang dikatakan, mengapa perlu berkira subsidi gula 20 sen kepada rakyat. Dengan pendapatan yang kerajaan ada, mengapa mereka tidak mampu pastikan harga ini boleh turun kerana ia tertakluk kepada kerajaan.
“Saya sebutkan berkali-kali yang tidak terkawal adalah perbelanjaan BN bukannya perbelanjaan rakyat. Jika perbelanjaan negara dikawal dan tidak berboros, ia boleh digunakan bagi memastikan harga barang tidak naik namun sebaliknya yang dibuat BN.
Ahli Parlimen Pandan itu turut menegaskan bahawa dasar kerajaan yang lemah juga menyebabkan kenaikan harga barang seperti kelebihan yang diperoleh oleh penjana bebas dalam perjanjian konsesi elektrik.
Katanya, jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, mereka akan mengkaji semula perjanjian yang telah dibuat BN agar dapat memberi keuntungan kepada rakyat.
“Di Malaysia, keadaan ekonomi banyak dipengaruhi dasar kerajaan maka urusan kerajaan dalam perniagaan banyak mempengaruhi harga. Masalah dialami Petronas apabila kerajaan menandatangani perjanjian elektrik di antara penjana bebas dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Perjanjian itu menyatakan bahawa penjana bebas tidak perlu menanggung kos bahan api.
“Perjanjian itu turut menetapkan bayaran yang wajib dibayar oleh TNB bagi pihak rakyat kepada penjana bebas termasuk operasi penjanaan atau pun tidak,” katanya yang melihat satu jaminan cukup tinggi membolehkan penjana mendapat keuntungan berbilion ringgit melalui perjanjian itu.
Beliau berkata Malaysia ketinggalan jauh ke belakang berbanding negara serantau dalam soal kenaikan gaji ditinggalkan Indonesia dan Thailand yang melihatkan dasar atau pengurusan ekonomi kerajaan mampu melonjakkan gaji pekerja.
Katanya, gaji minimum bagi syarikat milik kerajaan negeri Selangor dinaikkan kepada RM1,500 selain menyatakan bonusnya lebih tinggi berbanding apa yang diberikan kerajaan pusat.
“Jika amanah yang diberi dilaksanakan dengan baik, kita boleh naikkan gaji, memberikan imbuhan dan kekalkan apa yang ada dalam kawalan kita. Kalau kami boleh buat di Selangor dan Pulau Pinang, Insya'Allah kami juga boleh buat di Putrajaya,” katanya.
Dalam majlis itu juga, Rafizi menggesa ahli politik agar tidak mencari kemewahan melalui pentas politik dan lebih memfokuskan kepada kebajikan rakyat.
Katanya, mana-mana ahli politik yang berhasrat mengumpul kekayaan sewajarnya menceburi dunia korporat yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda.
“Saya tidak bersetuju dengan pandangan terhadap pihak yang mendakwa tanggungjawab menjaga organisasi besar dan mengurus ekonomi berbilion ringgit maka gajinya patut berada pada jumlah tertentu.
“Kalau nak buat duit, gaji berpuluh ribu,saya nasihatkan jangan masuk politik, duduk dalam korporat. Sebagai ahli politik kena pastikan hidup kita tidak banyak beza dengan rakyat. Jika terlalu terpisah dengan rakyat, sebab itu ada menteri yang menyarankan cari jalan yang tidak bertol,” katanya.
Rafizi berkata Malaysia masih tidak mampu menghentikan penggantungan kepada pekerja asing setelah berpuluh tahun merngharapkan mereka dari sektor perladangan, pembinaan dan seterusnya bidang perkhidmatan.
Katanya, dengan penggantungan negara terhadap pekerja asing, ia tidak menutup peluang anak muda mendapat pekerjaan.
“Kita mesti hentikan membuat barangan kos rendah seperti negara China yang menggunakan pendekatan meningkatkan keuntungan, memberi gaji rendah, mengekalkan kos dan menggunakan buruh asing.
“Jika Malaysia mahu menghasilkan produk yang baik, ia perlu bersaing dengan negara yang menghasilkan produk yang baik,” katanya yang turut menyebut rakyat agresif mengemukakan tuntutan kerajaan kerana negara kkini berada pada tahap kritikal. – 9 Januari, 2014.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/monopoli-kroni-punca-kenaikan-harga-kata-rafizi
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku boleh terima jika sesaorang berkata " takkan kerana ada keluarga jadi menteri, saya tak boleh berniaga dengan kerajaan"
yang penting adalah menjaga sesuatu kontrak diperolehi secara merit - bukan kerana pengaruh atau kebocoran maklumat.
Tidak menjadi masalah 'siapa' yang menjalankan sesuatu projek, apa yg kita mahu adalah hasilnya bertepatan disegi kuantiti dan kualiti dengan kos yang dibayar oleh kerajaan. Jika membina lebuhraya, kita tidak mahu lorong yang dibayar dengan kos Highway.
amat perlu badan2 penguatkuasa dan perundangan bebas sepenuhnya dalam menjalankan tugas mereka tanpa ancaman yang boleh menjejaskan mata pencarian mereka.
Badan2 ini perlu dibebaskan dari cengkaman politik!
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah.. jika tidak taklah dinamakan "macai" ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Pada saya secara peribadi.. Polis, SPRM, audit dll yg berkaitan mempunyai kepakaran dalam bidang tugas mereka.
persoalannya; adakah mereka nak melaksanakan tugas mereka secara amanah atau memilih bulu kerana keterikatan mereka dengan menteri/parti yang berkuasa keatas kerjaya mereka.
Kerana itu saya tak berapa bimbang dengan DEIG .. Badan2 penguatkuasa itu bukan dibawah kuasa MB Selangor. mereka tak perlu segansilu dalam melaksanakan tugas dan kepakaran mereka.
Saya melihat ia sesuatu yang sihat bila ada pengasingan kuasa. ![](static/image/smiley/default/party0048.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 3-9-2015 07:44 PM
Nazrulism replied at 3-9-2015 02:41 PM
yang penting adalah menjaga sesuatu kontrak diperolehi secara merit - bukan kerana pengaruh atau kebocoran maklumat.
Tidak menjadi masalah 'siapa' yang menjalankan sesuatu projek, apa yg kita mahu adalah hasilnya bertepatan disegi kuantiti dan kualiti dengan kos yang dibayar oleh kerajaan. Jika membina lebuhraya, kita tidak mahu lorong yang dibayar dengan kos Highway.
yg based on merit tu apabila involve pemberian tender oleh kerajaan kepada syarikat2. Lain tu, lainnn. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Bab bisnes yg di buat syarikat plak yg pastinya based on profit, lagi banyak profit lagi akan di utamakan gitteww. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Company apabila berbisnes pasti akan involve modal, jual dan beli. Tak perlu beri tender sebaliknya kalau boleh nak dapatkan tender.
Makna kata apabila kerajaan asyik dok bagi tender kat company kerajaan memanjang , pusing2 dapat kat orang kerajaan sundrik la kok mana pun.... kroni moni lah tu ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Company yg bermodalkan harta kerajaan, akan fikir mana lebih untung , nak develop atau nak jual. Kalau dijual boleh lebih untung manyak ya amat , maka akan di jual nya la harta kerajaan tu, lagu tu kot selama ni manyak terjual tanah rezab melayu. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Sapa yg sanggup beli paling tinggi harga, kalau rakyat asing mampu maka akan di jualnya pada rakyat asing laa, akhirnya membawa kepada jatuh kat rakyat asing la harta kerajaan ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Profit yg penting hokayy errr hak rakyat tak penting dalam dunia bisnes korporat or keparat , kalau tidak buat pe bukak company in the first place kannn. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 3-9-2015 07:59 PM
1) Kerajaan fokus pada bab memberi khidmat pada rakyat, bab bisnes biar rakyat yg mainkan peranan. Kerajaan ada harta maka sistem tender based on merit di guna untuk develop harta itu bagi kepentingan rakyat.
2) Kerajaan fokus pada bab berbisnes, rakyat dilihat sebagai pelanggan. Harta kerajaan jadi modal untuk di guna buat kaut untung berlipat ganda, yg difikirkan kerajaan adalah profit, rakyat dapat kemodenan tapi at a very high price.
Kerajaan style lagu mana yg korang idamkan, 1 ke 2 ? ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 3-9-2015 08:47 PM
Kenapa azmin diam bab zakat nih ? Kalau telus pasai pa tak buat kenyataan media truss bila timbul isu zakat ni biar semua rakyat tahu dari mulut dia sendiri apa sebenarnya yg berlaku ? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
DEIG untuk buat busines property rupanya , kuang3, buat affordable homes untuk lower income group menjadi alasan azmin untuk bukak company nih , alasannya laaa kan , hmm macam bijan ye suka involve dengan busines berkaitan property untuk cari untung.
----------------------------
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/09/03/MACC-investigating-DEIG-New-Sgor-investment-group-being-probed-over-zakat-payment/
Nation
Published: Thursday September 3, 2015 MYT 12:00:00 AM
Updated: Thursday September 3, 2015 MYT 7:15:14 AM MACC investigating DEIG over zakat payment KLANG: The Darul Ehsan Investment Group (DEIG) is being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for allegedly paying RM5mil in zakat when the conglomerate has yet to start operations.
Selangor MACC director Datuk Simi Abdul Ghani said investigations were ongoing and the case had been handed over to its headquarters in Putrajaya.
“Sometimes there are cases which we transfer to the headquarters for investigations.
“The MACC deputy chief commissioner (MACC deputy chief commissioner Operations Datuk Seri Mohd Shukri Abdull) has commented on the progress,” said Simi. Mohd Shukri had told a Malay vernacular daily last week that the MACC would find out more about DEIG and the nature of its business before deciding on what to do next.
An MACC source, meanwhile, revealed that the graft-busting agency is looking into the alleged zakat (tithe) payment made by DEIG prior to the Hari Raya celebrations recently.
“We are not investigating any individuals employed by or linked to DEIG but just focusing on the alleged zakat payment,” said the source.
An NGO, Angkatan Rakyat Sedar (ARAS), had lodged a police report that DEIG had paid zakat which was then channelled to PKR divisions in several other states.
“We are finding out if it is true the zakat money was used for political purposes as alleged and not channelled to the needy as it rightfully should be,” said the MACC source.
Selangor Barisan Nasional Sungai Besar assemblyman Budiman Zohdi said it was very confusing why DEIG had paid zakat when Mentri Besar Azmin Ali claimed the company had not yet started operations.
Zakat payments are made based on a percentage of income earned by companies and individuals
Budiman said the onus was on the Selangor Zakat Board to issue a statement whether or not the allegation of the tithe payment was true or otherwise.
The formation of DEIG, which comes under state investment entity Mentri Besar Incorporated (MBI), had come under fire from many quarters, including Pakatan Rakyat assemblymen.
They had queried Azmin in the recent state assembly sitting on why DEIG was needed when there was already MBI to look into the state’s investment-related matters.
Azmin had given a lengthy explanation on the formation of DEIG and said its purpose was to engage in some joint venture business projects such as property development.
He had added that this was necessary in the best interest of the people because there were instances when private companies which were developing state land did not build any affordable homes for the lower income group.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 3-9-2015 09:06 PM
Aku syorkan azmin ketika explain dengan detail kat rakyat isu zakat ni kang kannn , sebut sekali kata nak saman yg memandai tabur fitnah mengenai pemberian zakat tu hokayy .... kalau ia fitnah la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tender/ sebutharga adalah mekanisma bagi mengawal kos - kontrak terus kepada anak syarikat perlu melalui rundingan harga dan tentunya ada firma perunding untuk mengawal kos terlibat.
Syarikat kerajaan mestilah berbeza dari syarikat korperat yang fokus utamanya adalah keuntungan.
Bisnes syarikat kerajaan mesti bertumpukan kepada keperluan rakyat dan rakyat mendapat nilai setimpal dengan harga yang dibayar.
Secara tidak langsung ia berfungsi sebagai pengimbang harga pasaran.
Sebagai contoh: Bekalan air bersih.
Dulu dulu ia diurus oleh kerajaan - perkhidmatan yg bukan berteraskan keuntungan (harga bekalan air murah) tapi ada masalah ketidakcekapan perkhidmatan, lalu diserahkan kepada pihak swasta dan pengguna (rakyat) kena membayar dengan harga yang lebih tinggi kerana swasta memfokuskan keuntungan.
maka syarikat kerajaan perlu berfungsi diantara peranan kerajaan dan fokus keuntungan pihak swasta.
Secara mudahnya, jika rakyat mendapati perkhidmatan syarikat kerajaan lebih mahal bermakna kerajaan itu dah tak lama! ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Published: Thursday September 3, 2015 MYT 12:00:00 AM
Updated: Thursday September 3, 2015 MYT 7:15:14 AM
MACC investigating DEIG over zakat payment Kan dah cakap ... mereka memang pakar dan cekap bila tak terikat dengan kuasa yang boleh mengancam periuk nasi mereka ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 4-9-2015 03:06 PM
Pemimpin memegang jawatan depa sebagai amanah dari rakyat , dan yg kita sebut sebagai harta dan aset kerajaan sebanyak 6.3 billion yg nak di jadikan modal DEIG tu bukannya aset milik peribadi azmin atau kerajaan hokkay, tapi ia adalah amanah rakyat .![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Mana Islam membenarkan berjual beli apa saja yg menjadi amanah rakyat , nak berjual beli kena harta tu milik peribadi sendiri terlebih dulu baru sah jual beli ittew.
So kerajaan bukak company untuk berjual beli guna aset yg di amanahkan memang out of the question la, tarak boleh laa menurut Islam.
Nak ambik risiko untung rugi dalam investment kena guna harta sendiri la, ni nak berexperiment dengan harta kerajaan yg menjadi amanah rakyat pehal, saja cari dosa je la depa tu .
Kalau semua pemimpin yg sah sah tarak pengalaman berniaga tu semua asyik dok berjual beli errr berexperiment dengan harta yg di amanahkan tu , mai pemimpin nu rugi berkandaq , mai pemimpin ni rugi berkandaq , last last habuk je la yg tinggai dari harta tu semua.
Pemimpin hanya di benarkan untuk memakmurkan apa yg menjadi amanah dari rakyat tu, dengan cara develop untuk kepentingan rakyat, lepas tu sewakan la untuk kutip duit semula bagi menampung kos yg dah di keluarkan .
|
|
|
|
|
|
|
|
Pkr ni sibuk pulak dgn Deig nye,tunggula yg 1mdb selesai dulu pon, dah hilang momentum pulak nak tgk kes 1mdb.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 4-9-2015 03:02 PM
depa cepat bertindak ke atas kes yg membabitkan puak pembangkang mungkin jugak di sebabkan depa menerima arahan orang politik kerajaan, so puppet pun mungkin jugak lah kan depa yg tarak kena mengena dengan pakar dan cekap pun. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|