CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAMS

[Kemaskini] Tahniah, Lee Chong Wei Juara Terbuka Hong Kong!

[Copy link]
Post time 21-11-2015 08:17 PM | Show all posts
DLCW menang lagi..TAHNIAH.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2015 08:33 PM | Show all posts
ohnoLia replied at 21-11-2015 08:15 PM
Ayol pk.. klu set ke 3 ...confirm cw kalah. Tp boleh menang.

Dahsyat fitness cw ni. Cw ni versi ...

Kalau dulu rubberset mmg lcw kalah selalu..sbb tu chong wei kena mng straight set.. Tp nmpknya bila da xjd world no1 datuk lbh bsemangat kut... Ok da menang tgu sok final lak
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok fainel latok laean sape?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 10:09 PM | Show all posts
cool...well done  Lee Chong Wei...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 11:17 PM | Show all posts
Tahniah. Terus maju Chong Wei! Anda boleh lakukannya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 11:39 PM | Show all posts
ohnoLia replied at 21-11-2015 08:15 PM
Ayol pk.. klu set ke 3 ...confirm cw kalah. Tp boleh menang.

Dahsyat fitness cw ni. Cw ni versi ...

Latuk mmg hebat no doubt...tp nak dikata greatest of all time cam too much laaa......

selagi major tourney xder dlm simpanan Latuk dia xkan sebaris dgn TH, PGC, LD, or even CL...selain AE yg aku x rasa prestij mana shanya kejohanan tertua mana ada Latuk menang any major

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2015 12:03 AM | Show all posts
Edited by spiderman80 at 22-11-2015 12:08 AM
axl_bach replied at 21-11-2015 11:39 PM
Latuk mmg hebat no doubt...tp nak dikata greatest of all time cam too much laaa......

selagi ma ...

Kalau ikutkan Wikipedia, pemain badminton terhebat sepanjang zaman ialah Super Dan.
Bukan nak memihak kepada beliau, tapi memang ada beberapa sebab utama kenapa Spidey berfikir beliau jauh lebih hebat berbanding Datuk.

1) Super Dan merupakan satu-satunya pemain badminton pernah memenangi kesemua kejuaraan utama dunia.
2) Satu-satunya pemain yang memenangi pingat emas Olimpik dua kali.
3) Pernah memenangi Kejuaraan Dunia 5 kali.
4) Kalau ikutkan statistik head to head dengan Datuk, Super Dan menang 25-10


Namun, pujian harus juga diberikan kepada Datuk sebab beliau dilahirkan dalam skuad Malaysia, di mana tiada sparring partner untuk beliau manakala Super Dan ada ramai co-players yang berbakat seperti CL, BCL, CJ dll.

Kalau ikutkan perkembangan sekarang, nampaknya Datuk jauh lebih hebat berbanding Super Dan dan juga CL. Pemain-pemain lain langsung bukan lawan Datuk.
Namun, persoalannya ialah, adakah Datuk boleh mengekalkan corak permainannya pada Sukan Olimpik tahun depan? Adakah sumpahan beliau yang cuma boleh memenangi Super Series dan bukan kejohanan utama dunia akan berakhir?

Still very hard to tell...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2015 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 22-11-2015 12:03 AM
Kalau ikutkan Wikipedia, pemain badminton terhebat sepanjang zaman ialah Super Dan.
Bukan nak mem ...

Xper,  bagi masa utk Latuk buktikan yg dia adalah player terbaik.... kalo dia berjaya dpt gold OG baru sebaris dgn TH Yg menang di Athen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2015 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
And lcw menang lagi, final hk open.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2015 06:07 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 22-11-2015 06:06 PM
Hujung hujung Olimpik nnt pancit kalah first round...mcm team Hoki..last 2 minit semua hancosss

Pasal tu orang panggil Datuk sebagai juara Super Series jer.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2015 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Datok kayo,Datok kayo.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 08:18 AM | Show all posts
mungkin title datuk tu sebab lin dan chen long segan skit, lawan datuk mana bleh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 22-11-2015 06:07 PM
Pasal tu orang panggil Datuk sebagai juara Super Series jer.

Exactly... apapun tahiya latuk
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 09:13 AM | Show all posts
seblum kena gantung - no1 dunia


lps digantung - jatuh ranking puluh2 dunia


kalo 2016 dpt naik semula ke no1 dunia mmg LCW ni living lejen!!


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 23-11-2015 09:13 AM
seblum kena gantung - no1 dunia



Kalau tak silap Datuk pernah jatuh ke ranking ke 180 tiga empat bulan selepas kena gantung.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 09:26 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 23-11-2015 09:24 AM
Kalau tak silap Datuk pernah jatuh ke ranking ke 180 tiga empat bulan selepas kena gantung.

gile laaa...kalo dpt naik ke no1 balik mmg superb!...macam muhammad ali yg terlepas kejuaraan heavyweight dan kembali bangkit merampasnya tak lama lps tu



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 10:13 AM | Show all posts
Congrats DLCW!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 10:15 AM | Show all posts
dok rok dah DLCW. habis dia nnt, badminton Malaysia jadi mcm Indonesia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 10:25 AM | Show all posts
faisgershwin replied at 23-11-2015 10:15 AM
dok rok dah DLCW. habis dia nnt, badminton Malaysia jadi mcm Indonesia..

Betul, dulu Indonesia ada zaman kegemilangannya...memang legend habis sehingga menjadi pasukan paling digeruni semua negara tapi hari ini tiada orang takut team Indonesia lagi. So sad....

Sekarang pun nampak pasukan China semakin goyang sebab kategori perseorangan lelaki dan perseorangan wanita pun mudah ditundukkan oleh pasukan negara lain. Dulu mana ada pemain badminton wanita dari Sepanyol, India, Jepun dan Denmark yang boleh menggugat Tembok Besar China? Sekarang tak susah pun.
Apapun ia bagus untuk sukan badminton sebab tiada satu-satu negara yang mendominasi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 10:38 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 23-11-2015 10:25 AM
Betul, dulu Indonesia ada zaman kegemilangannya...memang legend habis sehingga menjadi pasukan pal ...

terkejut besar aku bila pemain single wanita no1 dunia skg dtg dari sepanyol bkn china/korea



in future tak mustahil malaysia plak

BINATANG muda negara, Goh Jin Wei mencatat sejarah menjadi pemain perseorangan wanita pertama Malaysia muncul juara di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Lima, Peru, awal pagi ini.

Jin Wei, 15, pemain ranking kelima remaja dunia itu menewaskan rakan senegara Lee Ying Ying yang tiga tahun lebih tua daripadanya, 21-15, 21-16 dalam masa 35 minit.

Kejayaan itu melengkapkan tahun cemerlang buat Jin Wei selepas menjadi pemain paling muda dalam skuad badminton negara di Sukan Sea Singapura, Jun lepas.

Di Singapura, Jin Wei yang berasal dari Pulau Pinang itu berjaya mara ke peringkat separuh akhir acara perseorangan, selain membantu skuad negara mara ke final acara berpasukan wanita.

Jin Wei, pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, di sini mula diserapkan dalam skuad pelapis kebangsaan pada akhir tahun lepas dan dilatih bekas pemain negara yang juga bekas jurulatih perseorangan wanita Indonesia, Wong Tat Meng serta Rony Agustinus.

Kali terakhir Malaysia muncul juara di Kejohanan Remaja Dunia adalah pada 2011 apabila Zulfadli Zulkiffli dan pasangan Nelson Heg Wei Keat/Teo Ee Yi, masing-masing merangkul gelaran perseorangan dan beregu lelaki.

Sementara itu, pemain Taiwan, Lu Chia Hung muncul juara perseorangan lelaki selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menang 17-21, 21-10, 21-7 ke atas Siril Verma dari India dalam masa 50 minit.  - Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.094221 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list