|
terasa seram pulak bila dok opis sorang2 sambil baca cite tt nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 03:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by MrsZaza at 3-1-2016 03:55 PM
Sebelum aku memulakan kisah aku dekat opis baru dan tempat kerja baru, aku nak selitkan cerita masa aku balik dari lepak. Masa tu aku naik skooter sorang2 dari Damansara Damai ke Setiawangsa.... Naik skooter ego je, tak adalah laju mana pun. Masa tu aku lalu dekat Kepong Metropolitan Park. Aku punyalah bersiul sebab tiba2 kepala membesar, bulu tengkuk aku meremang. Aku tengok jam kat tangan. Alahai nak pukul 1 pagi dah. Aku apa lagi, pusinglah throttle bagai nak rak. Yang aku peliknya meter tetap 50km/h je. Aku malas nak pandang belakang dan aku malas nak pandang cermin. Dalam hati aku, aku nak cepat sampai rumah. Esok aku nak kena bangun awal nak pergi Melaka. Aku punya merungut siap cakap, kalau tahu aku tak beli Ego. Baik aku beli EX5. Orang nk tuduh aku minah rempit ke, suka hati. Tapi dah terbeli Ego pun. Punyalah aku bebel sorang-sorang atas motor. Lalu je Batu Caves, motor jadi laju balik. Apa lagi, memang aku pulas semahunyalah. Sampai dekat simpang nak masuk DUKE menghala ke Setiawangsa, aku perasan ada pakcik tua jalan kaki. Aku pun berhenti lah. Aku pun tegurlah. "Assalamualaikum pak cik. Nak pergi mana ni?" Pak cik tak pandang pun aku, dia cuma jawab salam je. Yang bestnya, dia tanya, ada air tak. Dia dahaga. Aku pun turunlah dari motor, buka monorack. Bagilah air mineral yang ada monorack. Untuk pengetahuan semua, air tu air bacaan Yasin untuk aku minum. Aku terpaksa bagilah sebab dah kesian. Lepas tu aku pun katalah, "pak cik nak pergi mana. Biar saya tumpanhkan." Masa ni baru dia jawab, "Tak apalah nak, anak balik lah. Bahaya untuk gadis macam anak ni berada kat luar sorang2." Aku pun nak tak nak akurlah apa dia cakap. Setelah bagi salam, aku teruskan perjalanan balik ke S/Wangsa. Baru je beberapa saat gerak, aku pun terasa nak toleh, tengok ke mana orang tua tadi berjalan. Sekali2 tak ada orang pun kat situ. Masa tu aku punyalah marahkan diri sendiri sebab gatal sangat nak berhenti. Aku memang pull abis throttle. Sekali masa kat DUKE, aku lalu sebelah treler, whoaaa... Rasa nak melayang skooter. Aku terus perlahankan balik. Risau aku nanti accident. Aku pun bawaklah 60/70 je. Dari dalam cermin, aku nampak ada MPV polis. Sudah. Aku dah cuak, aku tak ada lesen woiiii. Matilah aku. Aku nampak polis tu dah nyalakan lampu siren. Dia suruh aku berhenti. Aku cuba buat muka relax and cool. "Ye tuan." kata aku. "Nak pergi mana ni? Awak buat apa berhenti kat sana tadi?" tanya salah seorang dari mereka. "Nak balik rumah tuan. Balik dari lepak." Polis tu tengok muka aku, aku kalau cuak, mesti nak smoking. Aku ambik rokok kat poket jeans, dan nyalakan rokok. "Tuan nak?" pelawa aku. Dia geleng kepala, "Rokok membahayakan kesihatan." jawapan yang buat aku tersedak asap rokok. Perit tekak aku. Aku pun buka monorack, ambil air dalam monorack tu dah teguk. Huh.. Lega.. " Dah pergi balik. Jangan bawak laju sangat. Ego ni ringan. Kang melayang tak tentu pasal. Assalamualaikum." Lepas mereka beredar je, aku terus lap peluh yang merecik kat dahi. Baru aku nak teguk air lagi, aku tiba-tiba teringat. Inikan air botol yang aku bagi dekat pak cik tua tadi. Aku terus letak balik air tu dalam monorack dan balik rumah tanpa toleh kiri dan kanan. Sampai dekat rumah, aku cuci kaki, masuk bilik dan dok depan laptop. Aku terus buka youtube dan pasang ayat Ruqyah. Aku nak call Rizal, setahu aku dia pergi Bangkok. Aku batalkan niat aku dan aku nangis sorang2. Masa aku nangis tu, telefon bunyi. Nama Rizal naik. Cepat2 aku jawab dan ceritakan dekat dia. Bukannya dia nak redakan aku. Kena bebel pulak adalah. "Siapa suruh kau lepak tak ingat dunia? Bersiul lah lagi. Perempuan tak boleh bersiul. Kau tu badan bukan bersih sangat pun. Lagi nak balik lewat-lewat. Esok confirm naik lebam badan tu. Padan muka. Pergi Melaka esok hati-hati, aku dapat tahu kau pergi club. Aku cekik2 kau!" Aku telan air liut je dengar ugutan Rizal. Mana dia tahu badan aku tak bersih? Dan mana dia tahu aku plan nak clubbing kat Melaka nanti? Aku tepuk dahi. Cuba ingat aku ada tersalah cakap ke? Huh.. Aku terus cakap ngantok, nak tidur. Aku bagi salam dan terus letak handphone. Oh, aku offkan handphone. Hahaha. Jahat tak aku? Untuk pengetahuan korang, Rizal dengan aku dah macam adik beradik. Aku rapat dengan sebab aku kenal bakal tunang dia. Aku ni orang tengah. Lagi-lagi kalau diaorang gaduh, aku lah jadi posmen diaorang. Bagi yang baru baca benang ni, aku nak ingatkan, ni kisah zaman liar aku. Dan aku yang sekarang dah tak sama macam dulu. Bak kata orang, dah insaf.
Agak2 korang siapa pakcik tua tu? Sebab aku kerap lalu kat situ, tak kira pagi buta, tengah malam, siang2. Dan itu kali pertama dan kali terakhir aku jumpa pakcik tua tu. Dan kenapa En. Polis tanya aku berhenti buat apa? Dia tak nampak ke aku dengan pakcik tua tu? Sampai aku taip ni, aku masih tertanya2 who is he? Lagi satu, kenapa motor aku tak laju2 masa aku lalu Kepong Metropolitan Park. Nak kata berat, tak jugak. Cuba meter tak naik dan motor tak laju. Mujurlah masa tu tak ada ayat, "marilah kita berhuhuhuhu..". Kalau tak berhuhuhulah aku sampai rumah.
Nanti aku cerita insiden masa berjalan kat melaka. Masa ni aku marah Rizal. Hurm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 03:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mrsav replied at 3-1-2016 03:25 PM
terasa seram pulak bila dok opis sorang2 sambil baca cite tt nie..
Haaa.. I kadang, bila kat opis. Confirm akan throwback gangguan2 dulu. Confirm bulu roma tegak. Bila I da takut sangat, I akan buka Asmaul Husna-Hijjaz dan nyanyi kuat-kuat. Barulah rasa lega. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 03:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ipo replied at 3-1-2016 10:58 AM
seram...part yng perempuan pakai baju merah tu...
tentu ada misteri di sebalik kemunculan perempuan ...
Hai Ipo, i ada baca story u gak. I like. Seram. Pasal baju merah tu actually ada 2/3 versi tak silap i. I akan cuba recall. Yang mana satu betul, i tak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
smbung laaagiii...addicted dah ni..hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 05:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
adeqbun replied at 3-1-2016 04:13 PM
smbung laaagiii...addicted dah ni..hahahaha
Insya Allah. Cuma kalau lambat tu, maaf ye. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 06:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kekkeladi replied at 3-1-2016 06:05 PM
Bestt.. caiyoookkkk dekk..
Thanks. Heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Cara tt bercerita mengingatkan aku kat cik-es.hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 09:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
noor2 replied at 3-1-2016 09:14 PM
Cara tt bercerita mengingatkan aku kat cik-es.hehe
Pernah baca gak cerita dia. Tp tak habis rasanya. Sama sangat ke? Huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
MrsZaza replied at 3-1-2016 09:18 PM
Pernah baca gak cerita dia. Tp tak habis rasanya. Sama sangat ke? Huhu
Dari segi kepandaian bercerita...boleh buat novel..pembaca macam.dapat menghayati dan terasa masuk dalam cerita...boleh rasa keseraman...ketakutan. .kepayahan...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Wuiii seram betul lagi part prempuan baju merah n pak cik tu...xnak bayangkan kalo jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
Aku da rajin ot kat ofis...risau gak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noor2 at 3-1-2016 09:33 PM
Satu lagi tt pandai masukkan elemen nak.menambahkan seram contoh boleh pulak.tengok movie sundelbolong?...bukan tu filem lama ke...dan muncul pulak watak lelaki berpakaian kuning....
Tapi terus kan la bercerita..saya baca |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 10:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sebelum ni aku ada kata ada insiden berlaku dekat Melaka. Aku sampai Melaka je, aku terus check in dekat Mahkota Hotel. Aku dah off handphone aku dah. Tapi aku on nombor yang satu lagi. Nombor tu dekat nokia daun. Hp legend tu. Aku off nombor yang satu tu,sebab tak nak Rizal dan kawan2 yang kat KL ganggu. Nombor yang tu nombor Maxis. Yang nombor spare tu nombor digi. So aku pun call lah nombor girl friend2 aku. Suruh diaorang datang hotel, bawak baju siap. Sementara nak tunggu pukul 10 malam tu, kitaorang pun plan nak lepak dalam bilik je. Tak ada tempat nak pergi. Punyalah kitaorang main macam2 kat bilik. Sampailah kitaorang main spirit of the coin (jangan tiru aksi ini di rumah. Syirik.). Sedar tak sedar, jam da pukul 7 lebih sebab ada sorang ni tunang dia call, suruh solat Maghrib. Aku suruh geng yang lain untuk bersiap mandi. Aku yang last bersiap. Sementara tunggu sorang2 bersiap, aku dok buang kertas yang kami lukis untuk main spirit tadi. Sedang aku tengok yang lain bersiap, telefon aku berbunyi. Aku tengok skrin, 'private number'. Aku pun jawab jelah. "Hello... Siapa tu?". Senyap. "Hello...". Masih lagi senyap. 5 kali gak lah aku doo hello hello. Sampailah rasa naik bengang. Aku apa lagi, teruslah cakap "Kalau dah pekak dengan bisu, jangan telefon orang!" ( jangan tiru ayat kurang ajar ni ye). Lepas tu tahu2 aku dengar suara orang mendengus. Macam marah sangat bunyi dengusan tu. Aku pun, matikan panggilan tu dan campak hp atas tilam. "Kau dah kenapa?" tanya salaj sorang kawan aku. Aku sengih je lah. Lepas semua orang siap. Aku pulak bersiap. Tengah aku mandi, member aku jeritlah. "Ada private number call ni. Nak jawab tak?". Aku suruh jawab jelah. Tak lama lepas tu, dia jerit lagi. "Woi, dia senyap je. Macam hawau.". Aku gelak jelah. Tengah aku make up, dia jerit lagi. "Weeeeeyyyyyyyyyy... Dia call lagi.. Aku loudspeaker boleh..". Aku pun keluar dari bilik air dengan kening tak siap lukis lagi. "Bak sini hp tu. Fedup pulak aku.". Aku pun jawab dengan perasan yang marah yang amat kali ni, "Kau apahal ha!! Kalau tak nak bercakap, jangan call. Buat down mood aku je!". Aku matikan terus handphone dan letak je dalan bilik air. Bila semua orang dah bersiap, aku terus keluar dari bilik. Dan aku cuma bawa handphone maxis aku. Sampai kat destinasi, kitaorang pun order air and enjoy our night. Dalam pukul 12, aku perasan ada seseorang memerhati aku. Aku tengok je muka orang tu. Dalam pada tu, aku makin dekan dengan dia. Sampai kat situ, orang tu tak ada. Aku pergilah kat kawan-kawan aku balik. Aku pun layan lagu, layan muzik dan menari. Tahu2 orang tu ada lagi dekat situ. Aku dah tak seronok dah bila orang perhati macam tu. Aku panggil pelayan, aku tunjuk kat dia orang tu. Dia boleh cakap kat aku, "Sis, itu tianglah." Masa tu aku gosoklah mata. Aku tengok air yang aku minum. Aku minum coke je. Takkan mabuk kot. Lepas tu, aku dah tak ada mood nak enjoy. Aku duduk jelah tengok kawan-kawan aku enjoy. Tengah aku dok nak panggil pelayan order air, aku nampak Rizal berdiri dekat tempat tadi. Aku dah cuak dah. Aku nampak muka Rizal marah sangat. Aku terus bisik dengan kawan-kawan aku. Kata aku tak ada mood. Kawan aku semua setuju. Jadi kitaorang blah. Tak pergi mana2 club, tapi lepak dekat Pantai Pengkalan Balak. Ambik angin malam. Mujurlah malam tu aku dengan dua orang lagi tak mabuk. Pergi lepak borak-borak sambil gelak. Tiba2 kawan aku yang tak mabuk ni bisik kat aku, "Aku nampak ada perempuan pakai baju putih kat hujung sana?". Aku pun toleh slow-slow. Tapi tak ada. Aku tak nampak apa2. "Mana ada apa2.". Member aku mati2 kata ada. Dalam 10 minit tu baru aku teringat cerita2 mistik Pengkalan Balak. Apa lagi. Aku terus ajak yang lain blah balik hotel je. Tapi kitaorang melencong ke tempat lain dulu. Pergi makan dekat Restoran Subaidah dekat MITC. Tengah sedap aku pekena roti canai banjir, tiba-tiba aku nampak lagi Rizal. Berdiri berpeluk tangan dengan muka bengang. Aku pulak jadi marah lah sebab aku ingat dia spy aku. Ikut aku. Tak ada privacy langsung. Aku makan laju2, aku pergi bayar dan ajak kawan-kawan aku blah. Sampai hotel, aku on balik nombor maxis dan terus dail nombor Rizal. Aku memang marah gile. Aku cakap tanpa bagi Rizal peluang nak bercakap. "Kau apahal haaa?? Kau spy aku sampai Melaka?? Yes. Aku memang aku pergi clubbing malam ni. Ada masalah ke? Kau ikut aku sejak bila ha? Mana kau tahu aku g club mana? Aku tak cakap apa2 pun ngan kau kan? Lepas tu aku kat mamak pun kau nak ikut? Apa masalah kau sebenarnya? Kau tahu aku fedup. Demmmmm!!" Aku terus letak telefon. Kawan2 semua tercengang. Diaorang tak berani nak tanya dah. Handphone aku berbunyi. Aku tahu, mesti Rizal. Aku buat dont know. Aku pergi kat balkoni, isap rokok. Rupanya kawan aku g jawab call tu. "Beb, Rizal tanya kau dah kenapa tiba2 marah kat dia? Dia kata, dia baru je sampai rumah. Dia kan baru balik dari Bangkok.". Masa tu aku terkejut. Aku baru teringat. Aku pun sms dia untuk call aku balik. Tak sampai 2 minit, Rizal call. Tergagap2 aku bercakap dengan dia. Aku pun cerita pasal apa yang aku nampak dan pasal panggilan telefon tu. Rizal terus cakap, "Aku nak kau balik naik bas pertama esok pagi.". Aku just cakap, okay. Kawan-kawan aku semua dah bersila atas katil, nak dengar apa yang berlaku. Aku malas nak cerita. Aku kata, esok pagi aku kena naik bas paling awal. Tolong sorang hantar aku pergi MC. Mungkin apa yang aku nampak tu sebab aku dah janji dengan Rizal tak pergi club masa dekat Melaka tu. Huhuhu. Aku anggap, benda tu pengajaran sebab mungkir janji. Hahahahaaaa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 10:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
safi_roses replied at 3-1-2016 09:30 PM
Aku da rajin ot kat ofis...risau gak
Samalah kita. Hahaha. Sampai sekarang kot, kadang tu pukul 7 lebih baru balik. Memang kadang teringat cerita kawan2 sepejabat, tapi malas nak layan perasaan tu saya akan cakap, "aku nak kerja, aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku.". |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 10:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
noor2 replied at 3-1-2016 09:32 PM
Satu lagi tt pandai masukkan elemen nak.menambahkan seram contoh boleh pulak.tengok movie sundelbolo ...
Yeah, filem lama dan filem kegemaran. Tengok banyak kali pun tak bosan. Hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa mistik pulak dengan Rizal ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|