|
hehe..you've got my approval.
sila mengarang sampai habis tau. Jangan jadi macam sesetengah orang karang citer tapi tak hapdet2 bertahun-tahun...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-2-2016 07:09 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
kambeng_masam replied at 4-2-2016 06:17 AM
hehe..you've got my approval.
sila mengarang sampai habis tau. Jangan jadi macam seseteng ...
Eh2... itu mcm mengata diri sendiri jer. Iol akan cuba siapkan cerita nih. |
|
|
|
|
|
|
|
xyah tolak kredit, soh die delete jek posting tu dr sini.. mengelirukan..
kalo nak suka2 tambah tokok make it obvious la yg ianya tambah tokok suka2 je..
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan abg beng pun salah sorg dr mereka yg x hupdate benang sendiri ke
|
|
|
|
|
|
|
|
walau cerita ini tersgt biasa dan selalu sgt dimana2 namun masih nk taw gak apa kesudahan cerita ini
moga ada sambungan lg yea |
|
|
|
|
|
|
|
sorry uol lame x update. lepas cuti raya cina ni kemalasan melanda tahap tidak dapat disembuhkan lagi. tapi apa2 pon iol akan tetap akan menyambung kisah ini. |
|
|
|
|
|
|
|
iol akan sambung kejap lagi... neway tq k.ana sebab sudi menyinggah dan membaca cerita klise ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by misssakura at 16-2-2016 07:24 PM
Ainna terlentang diatas toto yang dihampar dihadapan televisyen. Rumah sewa kecilnya ini tidak punya perabot, belum cukup kewangan untuk membelinya. Satu persatu siaran tv ditonton, mencari cerita yang paling menarik perhatiannya. Beginilah dia dimalam minggu. Tiada aktiviti yang lebih berfaedah ingin dilakukan. Bosan dengan cerita yang terpamer dikaca tv, Ainna kini beralih ke telefon tangannya yang terletak disebelah. Diambil dan diperhatikan satu persatu mesej whatsapps yang belum dibaca. Matanya terlihat nama Izzat. Sudah lama jejaka itu tidak menghubunginya. Hampir sebulan! Ada juga dia bertanya khabar, namun mesejnya itu hanya dipandang sepi oleh Izzat. Namun Ainna tidak ambil peduli, Izzat hanyalah kawan baginya dan itu perkara normal dalam persahabatan lagi-lagi Izzat bukanlah kategori kawan karibnya. Tv yang sedang bersiaran tiba-tiba sahaja bertukar warna biru. Ainna terkejut, terus badannya yang sedang enak berbaring terbangun. Dipandang tingkap yang paling hampir dengan ruang tamu.
“patutlah astro tak ada siaran. Hujan rupanya dekat luar.” Bisik hatinya sendiri. Ainna mengeluh kecil, makin bosan dibuatnya apabila siaran tv itu terpadam. Melihat jam sudah menginjak ke 10 malam, Ainna akhirnya berkeputusan untuk menyambung rehat didalam bilik. Mahu bersiap untuk beradu. Baru sahaja beberapa langkah kaki dibuka, kedengaran bunyi pintu rumahnya diketuk dengan kuat dan kasar. Ainna sekali lagi terkejut, kali ini semua bulu dibadannya tegak berdiri. Rasa takut mula mencengkam perasaan. Tidak pernah-pernah rumahnya diketuk orang pada waktu sebegini. Soalnya, benarkah orang? Ainna seram sendiri. Tanpa melayan ketukan misteri, Ainna terus meluru ke bilik. Anggap sahajalah dia tersalah dengar. Mungkin ketukan itu untuk jiran sebelah. Bukan rumahnya. Baru satu langkah dibuka, ketukan itu menggila lagi. Ainna dapat melihat pintu rumahnya seakan bergegar menahan ketukan. Ainna tarik nafas dalam-dalam. Cuba mengawal rasa takut dan bersikap rasional. Mungkin jirannya yang datang. pujuk hatinya sendiri. Namun begitu, Ainna sempat ke dapur dan mendapatkan sebatang penyapu sebagai alat untuk menyelamatkan diri. Dihampiri pintu depan, dengan bacaan ayat kursi dan bismilah pintu itu dikuak perlahan. Disebalik pagar rumahnya berdiri satu lembaga hitam legam yang sedang kebasahan. Ainna telan liur, wajahnya yang berdarah bertukar pucat lesi. Terasa oksigen mula berkurang diotak. Namun demikian, dia cuba memberanikan diri menatap lembaga misteri tersebut.
“Assalamualaikum.” Satu suara yang tidak asing pada pendengarannya berkumandang. Perasaan Ainna yang awalnya ketakutan kini bertukar jadi aneh.
“Izzat?” teka Ainna dalam gelap malam itu.
“ ye aku lah ni.” Balas jejaka itu pantas. Ainna mengeluh lega. Izzat rupanya lembaga misteri itu. Tanpa membuang masa, pintu pagar itu dibuka dan dia memberi laluan kepada Izzat untuk meloloskan diri ke dalam rumahnya. Izzat mara keruang tamu, dia duduk ditepi toto agar kebasahannya tidak mengenai toto yang dihampar Ainna. Ainna cepat-cepat ke biliknya. Dia dapatkan tuala kering untuk diserahkan kepada Izzat yang kebasahan.
“ nah. Lap badan kau tu. Tak pon kau pergi mandi siap-siap la. Karang demam pulak.” Arah Ainna. Izzat hanya mengikut. Tuala yang diberikan oleh Ainna dicapai dan dia segera ke bilik air. Dia sudah masak dengan keadaan rumah sewa wanita itu kerana ini kali kedua dia berada disini. Apabila Izzat sudah hilang didalam bilik air, Ainna segera mendapatkan mop lantai untuk mengelap titisan air yang mula membasahi lantai rumahnya. Sedang mengemop lantai, tiba-tiba timbul rasa aneh didalam hatinya.
“dah kenapa pulak mamat ni bawak banyak sangat beg ni? Nak pindah sini ke apa?” gerutu Ainna kepelikkan. Namun dia menggelengkan kepala kemudiannya, tak logic telahannya itu. Mungkin, Izzat mahu ke rumah emaknya di Kuala Pilah dan dia singgah dahulu dirumahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by misssakura at 16-2-2016 07:34 PM
Usai mandi dan solat isyak, Izzat bersila dihadapan televisyen. Meja jepun yang diletak didepan televisyen itu kini dihidang teh panas dan roti coklat yang dibeli petang tadi oleh Ainna. Kini mereka duduk setentang untuk membincangkan kehadirah Izzat yang tiba-tiba.
“ kenapa kau tiba-tiba je datang sini? Biasanya kau beritahu aku sepatah dua kata untuk datang ke mari.” Soal Ainna setelah masing-masing sudah bertenang ditempat duduk sendiri. Izzat menarik nafas dalam. Kini, hanya Ainna sahaja yang dapat membantunya.
“sebenarnya aku kena pecat!”
“ eh betul ke? Kenapa?” belum habis lagi bait bicara Izzat, Ainna terus melulu dengan persoalan. Siapa tidak terkejut dengan berita yang tiba-tiba ini.
“ relax la. Aku baru nak mula bercerita.” Pujuk Izzat lembut. Ainna tersipu-sipu malu. Marah dengan kegopohan sendiri.
“syarikat tempat aku bekerja tu sebenarnya mengalami masalah kewangan. So, dia mula buang pekerja-pekerja secara berperingkat-peringkat. Antara yang jadi mangsa adalah aku. Jadi, sekarang aku tak bekerja dan tak ada tempat tinggal.” Jelas Izzat satu persatu. Ainna menganga luas, simpati dengan nasib suaminya.
“ bila kau kena pecat? Semalam?” soal Ainna perlahan. Matanya melihat Izzat menggeleng-gelengkan kepala. Semacam menolak tekaannya.
“ habis tu bila? Minggu lepas?” duga Ainna lagi.
“ bukan… 6 bulan yang lalu.”
“ apa? 6 bulan yang lalu? Dah kenapa baru sekarang kau beritahu aku?” Ainna kurang senang dengan sikap Izzat yang tidak sudi berkongsi masalah dengannya. Memang Izzat tidak menganggap sebagai isteri, namun bukankah dia kawan suaminya itu.
“ kau orang kedua yang tahu rahsia aku ni.” Pendek sahaja jawapan Izzat namun cukup buat Ainna tersentak. Orang kedua? Wau, tinggi jugak pangkat dia didalam hati Izzat kalau dia menjadi insan kedua mengetahui rahsia besar jejaka ini.
“ habis tu mak dengan abah kata apa bila tahu kau kena pecat?” Ainna mengandaikan ibubapa mertuanya orang yang pertama mengetahui musibah yang menimpa sang suami. Izzat senyum nipis. Matanya merenung wajah Ainna yang kelihatan bersimpati keatas nasibnya. Namun bukan itu yang diingini. Apa yang dia inginkan dari Ainna bukanlah simpati.
“mak dengan abah tak tahu lagi… aku tak sanggup nak beritahu diorang. Mesti diorang kecewa kalau tahu aku kena buang kerja. Kau tahu je la, kerjaya ni diaorang yang pilih untuk aku. Bukan pilihan aku sendiri.”
“ jadi, siapa orang pertama yang kau beritahu? Idham ke?” tembak Ainna. Idham adalah adik iparnya yang berusia 22 tahun. Namun pada amatannya, Idham dan Izzat bukanlah rapat mana. Idham lebih rapat dengan sahabat-sahabatnya berbanding keluarga manakala Izzat pula lebih rapat dengan kedua ibubapanya.
“ bukan… Nana.” Mendengar jawapan Izzat buat Ainna senyum nipis. Entah kenapa ada terpalit rasa kecewa dihati tatkala mendengar jawapan Izzat. Namun dia tidak merasa pelik dengan jawapan lelaki itu memandangkan Nana adalah kekasih tercinta Izzat. Pasti wanita itulah orang yang pertama mengetahui segala isi hati suaminya.
“ Jadi apa yang kau nak buat sekarang? Kau nak cari kerja dekat sini ke?” Ainna kembali ke topik asal.
“ inilah yang aku nak buat sekarang.” Balas Izzat ringkas. Ainna kerut dahi. Tak faham langsung jawapan Izzat yang terlalu mudah. Kalau jawab periksa macam ni, selayaknya kosong sahaja markah lelaki ini.
“apa yang kau buat sekarang?” soal Ainna dengan mimik wajah yang aneh. Dilihat Izzat dari atas sampai ke bawah. Mencari-cari jawapan pada tubuh lelaki itu. Izzat ketawa kecil, lucu melihat reaksi Ainna yang tertanya-tanya dengan responnya.
“ aku nak menumpang kasih dekat sini… boleh?” tutur Izzat lambat-lambat. Sebenarnya, dia sudah membuang semua ego yang ada untuk datang meraih simpati Ainna disini. Dia berharap sangat Ainna tidak menghampakannya. Ainna yang mendengar permintaan Izzat tersentak. Dia seakan tidak percaya dengan keinginan suaminya saat ini.
“aku tak faham? Menumpang kasih? Peribahasa apa yang kau guna ni?” bertubi-tubi Ainna melontarkan soalan. Namun, dalam dadanya kini sudah mula melagukan rentak debar yang tidak pasti datang dari mana. Izzat garu kepala, makin sukar untuk dia bercakap benar namun mahu atau tidak dia perlu berterus terang tentang hal sebenar kepada Ainna kerana hanya Ainna sahaja yang dia ada waktu ini.
“ aku nak tinggal disini dengan kau… boleh?” teragak-agak Izzat bersuara. Ainna terpana. Cukup tidak sangka kata-kata itu muncul dari mulut suaminya.
“tapi kenapa? Mana rumah kau sebelum ni?”
“er kan aku dah kena pecat so aku dah tak ada incomelah sekarang ni. Jadi, aku tak mampu nak tanggung rumah sewa yang aku duduk sebelum ni.” Jujur Izzat membalas agar Ainna tahu situasinya saat ini. Ainna berfikir sejenak. Namun otaknya terasa beku. Kurang berfungsi ditengah malam begini.
“kenapa tak balik rumah mak je?” Ainna akhirnya bersuara setelah diam sekejap. Namun dia sendiri mendapat jawapannya setelah melontarkan soalan tersebut.
“ mak aku tak tahu situasi aku sekarang macam mana.kau jangan risau Ainna, aku tak akan duduk percuma dekat sini. Aku akan bayar sewa, bil air, bil elektrik, internet semua tu. Apa yang aku nak sekarang ni tempat berteduh je.” Minta Izzat sungguh-sungguh. Kalau Ainna suruh dia melutut pun dia akan ikut arahan wanita itu. Ainna garu kepala yang tidak gatal. Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan saat ini.
“ bukan duit masalahnya sekarang ni Izzat… masalah sekarang ni aku tak selesa kau tinggal dengan aku. Kau lelaki, aku perempuan. Tak manis kalau kita tinggal berdua.”
“apa yang tak manisnya, kitakan dah kahwin. Kalau ada orang datang menyerbu tunjuk jelah surat nikah. Apa susah.” Bidas Izzat selamba. Ainna mati akal. Dia bukan tak nak membantu Izzat tetapi untuk berkongsi rumah sewa dengan seorang lelaki adalah satu perkara yang tidak pernah dilakukan selama ini. Ia cukup pelik untuk dilakukan.
“ cakap senanglah. Tapi aku tak selesa. Kau tahu je la kan…"
“ aku tak tahu Ainna apa yang kau tak selesa? Kau buat je la hal kau, aku buat hal aku. We just a housemate. Not more than that. Aku janji tak akan buat apa-apa terhadap kau. Janganlah risau. Aku akan jaga batas aku sebagai seorang lelaki terhadap perempuan walaupun kau halal untuk aku untuk buat apa-apa. Aku janji perkara tu.” Pujuk Izzat seolah-olah mengerti apa yang menjadi kegusaran terhadap Ainna. Ainna diam membisu. Masih memikir permintaan Izzat yang datang tidak terduga.
“ please Ainna. Aku kalau mampu, dah cari tempat sewa yang lain tapi sebab tak mampu tu la aku cari kau. Kau jangan risau, bila aku dah dapat kerja, aku dah stabil semula, aku akan pindah keluar dari sini.” Janji Izzat demi mengukuhkan lagi kepercayaan Ainna padanya. Ainna mengeluh kecil. Dia simpati namun dia juga mahu mementingkan diri sendiri. Alih-alih dia tidak tahu keputusan yang pasti yang patut diambil bagi menangani situasi ini.
“ kalau kau tinggal sini aku dah tak boleh la nak buat macam rumah sendiri. Dah tak boleh nak seksi-seksi dalam rumah sendiri. Leceh la.” Akhirnya Ainna bersuara. Nadanya masih lagi resah untuk menerima permintaan Izzat.
“ la kenapa pulak tak boleh nak berseksi-seksi dalam rumah sendiri. Pakai je la. Aku ni bukan orang lain pon, suami kau jugak. Pakai seksi-seksi boleh jugak dapat pahala.” Giat Izzat selamba. Wajah Ainna sudah bertukar merah padam, malu dengan ungkapan tidak bertapis dari Izzat.
“ish tak nak la kalau macam tu.” Tegas Ainna. Naik takut dia memikirkan kata-kata Izzat sebentar tadi. Izzat kembali gelabah. Menyesal mengusik Ainna tidak kena masa.
“eh, eh… tak, tak ,tak… aku gurau je. Please Ainna. Siapa lagi nak tolong aku kalau bukan kau.”
“ Nana?” duga Ainna selamba.
“ kau gila. Dah tak sabar sangat ke kau nak dapat madu?” tinggi suara Izzat. Ainna tergelak sendiri. Bodoh juga cadangannya.
“ dah tu takkan kau tak ada kawan langsung nak mintak tolong?”
“ kawan tu ada tapi tak sesuai. Yang baik semua dah kawin, yang tak berapa nak ngam tu malaslah pulak. Lagi pun aku ni bukan jenis berkawan sangat. Lebih kepada lone ranger.” Terang Izzat. Berharap kali ini Ainna makan pujukannnya. Ainna menghembus nafas malas. Mahu atau tidak terpaksalah dia menolong sang suami.
“ hm ye la-ye la. Tapi ada syarat!” setuju Ainna akhirnya. Izzat membesarkan bukaan matanya. Terasa hidupnya kembali bercahaya dengan persetujuan si isteri. Dia lekas-lekas angguk kepala meskipun belum lagi mendengar syarat yang diutarakan. Ah, meredah lautan api pun dia sanggup kalau itulah syaratnya.
“ apa syarat dia?” soal Izzat laju. Sudah tidak sabar untuk menjadi teman rumah Ainna.
“ syarat dia senang je. Pertama, kau tak boleh sentuh aku, menggatal, atau mencuba apa-apa yang tidak patut.” Izzat angguk kepala. Terima sahaja syarat yang dirasakan munasabah pada telinganya.
“ kedua, macam kau kata tadi semua bil dalam rumah ni kita bayar separuh sorang.” Sekali lagi Izzat mengangguk bersetuju. Memang dia sudah bersedia untuk itu.
“ dan yang terakhir…” oh sikit je syaratnya. Bisik Izzat didalam hati. Tidak sabar mahu mendengar syarat terakhir dari mulut Ainna.
“aku nak tanggungjawab dalam rumah seperti masak, kemas dapur, kemas rumah dan semua tu dibuat sama-sama. Contoh, kalau aku masak, kau yang kemas dapur atau kau masak, aku yang kemas dapur. Setuju?” Izzat kelu sekejap. Memikirkan syarat Ainna yang terakhir. Boleh tahan mencabar.
“ tapi aku tak pandai masak dan mengemas.”
“ kalau macam tu kau cari rumah sewa lain atau tidur je bawah jambatan.” Laser Ainna tanpa rasa bersalah. Izzat ketawa kecil. Lucu dengan bidasan Ainna padanya.
“okey-okey aku setuju. Masak dan mengemas tu boleh belajar. Malas atau rajin sahaja kuncinya. Tak gitu housemate?” Ainna senyum nipis, terhibur juga melayan suaminya ini.
“so sekarang kau guna bilik sebelah bilik aku tu. Bilik air kau guna yang selalu kau guna tu la. No entry ye ke dalam bilik aku.” Sambung Ainna. Rasanya tidak perlu ditunjuk yang mana bilik-bilik yang dimaksudkan kerana Izzat sudah cukup arif dengan keadaan rumahnya. Tanpa buang masa Izzat bingkas bangun dan mengangkat segala barangannya lalu dibawa masuk kedalam bilik yang dimaksudkan Ainna.
|
|
|
|
|
|
|
|
err..bukan tak hapdet....tapi Keep In View dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
hamboiii KIV gitu si zulaikha ek
|
|
|
|
|
|
|
|
amboi beria kesiankan si azri tu yer... nasib badanlah kak... pondan ni mana ada orang nak pandang. tp dont worry iol akan beri azri pasangan sehidup sematinya. sambungan next time yer...
|
|
|
|
|
|
|
|
la..... mananya??? |
|
|
|
|
|
|
|
ntahnya..next time tu bilanya?
mggu depan / bulan depan/taun depan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Best lah citer ni. Sambung tau tt. |
|
|
|
|
|
|
|
iol x tahu bila nak sambung sebab tu tulis next time.... mood nak type tu x sampai2 |
|
|
|
|
|
|
|
tq missfadh sudi baca... iol akan sambung bila dah ada mood nanti yer.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|