CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: GhostWalking

[Tempatan] I Dah Tak Minat Nak Taja Kedah Hokey UPDATE #42

[Copy link]
Post time 9-2-2016 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts


Kedah bakal singkir Seung Hwan?
09 Februari 2016 12:00 AM
Kedudukan Bang Seung Hwn (kiri) dalam skuad Kedah kini menjadi
ALOR SETAR – Kedah bukan sahaja berdepan dengan masalah penajaan dalam musim pertamanya dalam Liga Super, tetapi turut diselubungi isu mengenai pemain pertahanan dari Korea Selatan, Bang Seung Hwan.

Segalanya bermula setelah kelibat bekas pemain pertahanan Daejeon Citizen musim lalu Alvaro Silva Linares dilihat berada di sebuah lobi hotel terkemuka di sini sejak beberapa hari lalu sehingga menimbulkan spekulasi pemain itu akan mengambil posisi Seung Hwan.

Menurut sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Alvaro sudah semakin pasti untuk menandatangani kontrak bersama Lang Merah apatah lagi dia sudah pun dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan di salah sebuah hospital swasta di sini semalam.

“Maka timbul persoalan, apa nasib Seung Hwan selepas ini sedangkan dia sudah pun menandatangani kontrak bersama Kedah Disember lalu. Kalau benar dia dibuang, berapa jumlah pampasan yang perlu dibayar kepadanya?

“Saya hairan mengapa perkara ini berlaku sedangkan Seung Hwan dilihat sebagai tonggak pasukan dan penyokong juga senang dengan aksinya. Lebih membimbangkan rekod Alvaro beberapa musim kebelakangan ini tampak kurang memberangsangkan termasuk beraksi tidak lebih tujuh kali pada musim lalu bersama Daejeon Citizen,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Walaupun dilahirkan di Sepanyol, Alvaro tidak berdepan masalah untuk menggantikan Seung Hwan bagi memenuhi kuota pemain Asia kerana dia mempunyai kerakyatan Filipina yang diperolehinya pada 2014 untuk membolehkannya beraksi bersama pasukan kebangsaan negara jiran itu.

Begitu pun melalui semakan di internet, pemain dengan ketinggian 1.87 meter dan berusia 32 tahun itu hanya beraksi sebanyak tiga kali bersama pasukan kebangsaan Filipina setakat ini.

Sumber itu menambah, kemampuan sebenar Alvaro juga tidak diketahui sepenuhnya apabila aksinya hanya diuji melalui perlawanan persahabatan sesama sendiri yang dijalankan pihak kejurulatihan Lang Merah pada Sabtu lalu.

“Selebihnya penilaian hanya dibuat menerusi perbincangan bersama salah seorang ejen bola sepak tempatan yang membawa masuk Alvaro ke sini.

“Di pihak Seung Hwan, dia sudah boleh mengagak dirinya akan digugurkan tetapi mereka yang berada dalam KFA sama ada di pihak pengurusan atau kejurulatihan masing-masing seolah mahu lepas tangan mengenai siapa yang sepatutnya akan memberitahu Seung Hwan mengenai perkara ini,” ujarnya.

Katanya lagi, nama Seung Hwan masih lagi diletakkan dalam senarai pemain yang akan beraksi dalam perlawanan pertama menentang Felda United di tempat lawan 13 Februari depan.

“Namun itu mungkin menjadi aksi terakhir Seung Hwan bersama Kedah kerana Alvaro dijangka menandatangani kontrak dalam masa terdekat,” ujarnya.

- See more at: http://m.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kedah-bakal-singkir-seung-hwan-1.188185#sthash.Y10KHI1M.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts


KFA Sedih Penaja Tarik Diri Taja Skuad Kedah

JITRA, 8 Feb (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merasa sedih apabila mendapat tahu beberapa pihak yang sebelum ini berminat untuk menaja skuad Helang Merah dikatakan tidak lagi berminat berbuat demikian.

Ia antara lain melibatkan penaja seperti syarikat produk kesihatan dan kecantikan D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata beliau merasa sedih apabila dimaklumkan tentang perkara tersebut ketika KFA memerlukan banyak tajaan bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini yang akan bermula empat hari lagi.

"Saya telah dimaklumkan tentang pembatalan tajaan daripada D'Herbs dan sehingga kini tiada kata putus berhubung penajaan ini. Sekiranya tajaan ditarik semula, saya merasa susah hati dengan kedudukan kewangan KFA.

"Kita masih memerlukan penajaan yang banyak, jadi saya masih mengharap tajaan akan diberikan kepada KFA bagi membolehkan pasukan Kedah menghadapi musim ini dengan baik," katanya kepada pemberita.

Penarikan tajaan dikaitkan dengan pertukaran menteri besar baru-baru ini.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 06:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Basah hilang keyakinan pada MM. Penaja bola lak hilang keyakinan pd basah. Ala basah takde problem nya. Kebijaksanaan selepas graduate dr uni umno boleh bantu dia carik penaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.258346 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list