(Video) Penumpang Rayani Air 'Mengamuk' Di Langkawi Apabila 2 Penerbangan Batal Saat Akhir
LANGKAWI: Kira-kira 200 penumpang yang kebanyakkannya pelancong dalam negara terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) apabila syarikat penerbangan tambang murah Rayani Air dilaporkan telah membatalkan dua penerbangan Langkawi-Kuala Lumpur akibat masalah teknikal hari ini.
Memetik laporan Bernama Radio24,ketika ini tidak dapat dipastikan lagi kenapa syarikat penerbangan itu membatalkan dua penerbangan berkenaan.
Dari pemerhatian kami di laman twitter, ketika ini kebanyakkan penumpang kelihatan tidak berpuas hati walaupun ada mendakwa telah dipulangkan semula duit tiket kerana menurut mereka pembatalan saat akhir berkenaan menyebabkan mereka terpaksa membeli tiket syarikat penerbangan lain yang ternyata mahal berkali ganda jika dibeli sekarang.
Syarikat penerbangan patuh Syariah itu telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan melakukan penerbangan pertama dari klia2 ke Langkawi pada pertengahan Disember. -Siakapkeli.my
langkawi > kul rayani guna kapal yang macam mas bawak pegi london tu ke muat 500 orang?
kat situ dah tulis 200 0rang terkandas.. nak sumbat berapa banyak makhluk dalam satu masa dik
heshe rasanya baharu ada 2 pesawat jah tapi route dah pergi macam2 tempat sis....mahunya tak delay
konsep nya laluan yang heshe serve tak sepadan dengan jumlah pesawat yang heshe ada gitu.
kalau satu pesawat ada masalah teknikal ke apa... memang nak tak nak terpaksa cancel la konsep nya
bimbo nya sis..jadual penerbangan bukan bolh ubah sesuka hati dan ummah beli tiket way in advance,, yg emergency jah beli tiket on the spot..
so tiada konsep nak ukumpul oenumpang dgn delay ini..
delay ini terjadi normally bila route yg terdahulu dah delay, maka chain reaction jah la sampa akhirat kalau pesawat itu memang terbang ke hulu ke hilir seharian