30-Aug-2009 | Oleh: Thani Hasbullah
Semangat Merdeka Program Yok Sahur 2!
Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yuno
KUALA LUMPUR, 30 OGOS 2009: Dengan semangat Merdeka, jelajah pertama program Yok Sahur bagi musim kedua anjuran portal murai.com.my berjaya dianjurkan di Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang, Selangor, pada awal pagi semalam.
Sambil mengibarkan Jalur Gemilang, sekumpulan anak-anak yatim itu menyanyikan lagu Tanggal 31 yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad bersama artis seperti Alyah, Chaq Mentor serta Bintang Akademi Fantasia (AF) iaitu Adila,Riz, Obri , Qhaud AF7 dan Adi Fashla.
Yok Sahur 2 adalah program amal bersahur di rumah kebajikan sekitar Lembah Klang yang membabitkan ahli komuniti portal ini, GengMurai dan artis terkenal.
Membuka tirai tahun ini, Rumah Kebajikan Nur Hikmah telah dipilih. Ia mempunyai 50 anak-anak yatim berusia antara 2 hingga 17 tahun dan diuruskan oleh Pengetuanya, Tuan Haji Othman Ahmad.
Berucap melancarkan program itu, Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil, berkata Yok Sahur mula dicetuskan tahun lalu dan pernah singgah di Rumah Nur Salam, Chow Kit.
"Selepas kejayaan majlis di Rumah Nur Salam, kita merasakan perlunya menyambung Yok Sahur di rumah kebajikan lain pula pada tahun ini. Alhamdulillah, dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuk penganjur, tahun ini Yok Sahur 2 kembali lagi.
"Selalunya kita lebih banyak menganjurkan majlis berbuka puasa tetapi murai.com.my mencari kelainan dengan memilih waktu bersahur. Kalau di kampung-kampung dulu, waktu sahur sangat meriah. Kita mahu berharap acara begini dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara artis, anak-anak yatim, kakitangan Astro dan juga GengMurai.
"Dalam merealisasikan Yok Sahur 2, kami terharu kerana mendapat kerjasama daripada Gala TV Astro Awani yang sudi menjadi penyiar rasmi dan BHR Bina Resources sebagai penaja katering. Begitu juga dengan sokongan Astro Ceria dan syarikat rakaman tempatan seperti Sony Music dan SRC," kata Roslen.
Sementara itu, Pengetua Rumah Nur Hikmah, Tuan Haji Othman, pula berkata, pihaknya sangat berbesar hati kerana murai.com.my sudi memilih rumah kebajikan itu bagi musim kali ini.
"Kami sangat berbesar hati dengan kunjungan ini. Sebelum ini, belum ada mana-mana pihak yang hadir dan mengadakan majlis bersahur dengan anak-anak yatim di sini. Kalau ada pun hanyalah jemputan ke majlis berbuka puasa.
"Untuk pengetahuan, setiap bulan Rumah Nur Hikmah memerlukan bantuan kewangan sehingga RM30,000 untuk menampung kos kesemua 50 anak-anak di sini dari segi persekolahan, makan minum dan perubatan serta perbelanjaan lain.
"Jumlah itu selalunya tidak mencukupi dan kami terus mengharapkan bantuan masyarakat selain melalui penjualan tudung di depan rumah kebajikan ini. Katanya, selain anak-anak yatim, Rumah Nur Hikmah, juga menempatkan beberapa ibu tunggal yang tumpang berteduh," katanya.
Yok Sahur 2 juga disertai pemenang peraduan Yok Sahur 2 daripada saluran @15 serta murai.com.my sendiri.
Acara dimulai dengan sesi bangunkan adik-adik itu dari tidur. Selepas semua bangun dan berkumpul di bawah khemah, barulah Qhaud membacakan doa selamat diikuti acara bersahur. Majlis santai itu diteruskan dengan acara permainan yang dikendalikan hos Ajieb. Seterusnya, adik-adik berkenaan menyanyikan sebuah lagu nasyid disusuli dengan lagu Tanggal 31.
Turut hadir, Timbalan Presiden Hiburan dan Gaya Hidup Digital Five Sdn Bhd, Kavitha Doraimanickam serta Pengurus Besar BHR Bina Resources. En Badrul Hisham Abd Rahim. Pada penghujung majlis En Badrul Hisham juga menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim itu. Tidak ketinggalan menyerah duit raya adalah seorang GengMurai yang pemurah, Alia yang datang bersama ayah dan ibunya.
Bagi anda yang ingin menyaksikan rakaman Yok Sahur 2 di Rumah Nur Hikmah itu, jangan lupa ikutinya di Astro Awani (Gala TV) jam 10.30 malam esok (31 Ogos 2009). Slot itu akan terus ke udara selama 3 minggu berturut-turut pada hari dan waktu yang sama untuk siri jelajah Yok Sahur 2 seterusnya.
Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan sebarang bantuan kepada Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra Kajang, sila hubungi talian 03-8739 6994 pada bila-bila masa. Sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan.
morning uolss..........
jengok sat kat umah yeop, dh dkt nk raya nih...
ok jgklah, xler brabuk sgt....
lagu bermula semula ni okey jgk lah, xmendayu sgt...
eh, per jd lgu hape ke nama, yg dlu yeop pernah nyi kat Selayang mall...
lgu tu ai suker, catchy ckit.......
morning uolss..........
jengok sat kat umah yeop, dh dkt nk raya nih...
ok jgklah, xler brabuk sgt....
lagu bermula semula ni okey jgk lah, xmendayu sgt...
eh, per jd lgu hape ke nama, yg dlu ...
miss_manja Post at 11-9-2009 11:21
anjeeeeee
tak pe anje.... aku tukang jengok rumah nie kejap2 coz la nie aku tgh meroyan tgk citer Nur Kasih kat cari info pasal citer tu advance sikit...huhuhu
haah.... lagu bermula semula nie best.... yg hari tu cinta ini pun best
insyaAllah lepas raya boleh beli album Riz kot
gugurl,
ai pun tgk nur kasih....
memula xtgk pun, tp sbb member dok pomot ai pun tgk lah ...
mmg best pun....
kat benang maner ade diskus psl tuh, ko bg link,pls...
ai smenjak dua menjak ni mls nk jelajah cari....
agak2 bila nk habis cite nih...??? klu time raya , aduiii sakit lah,xsmpt nk tgk tv kaedahnyer... tetamu dtg xde timing, ikot redah jer..... huhuhuhu
gugurl,
ai pun tgk nur kasih....
memula xtgk pun, tp sbb member dok pomot ai pun tgk lah ...
mmg best pun....
kat benang maner ade diskus psl tuh, ko bg link,pls...
ai smenjak dua menjak ni mls n ...
merpati01 Post at 11-9-2009 14:35
merpati01
hehehe.....mmg best citer tu
nie link die.... dah 2 rumah kami meroyan kat situ. Rasanyer november kot baru habis