|
Konsert SATU @ IB : [Kongsi Pengalaman,Review,Gambar & Komen]
[Copy link]
|
|
orang kalau boleh
dari masa ke semasa
mustilah nak buat yang terbaik
aku harap ct terima komen tu dgn perasaan positif |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mawar_pinky at 1-7-2009 14:54
Matlamat Siti tercapai
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA & SHAZRYN MOHD. FAIZAL
DR. MAHATHIR MOHAMAD (DUA DARI KIRI) DAN DR. SITI HASMAH MOHD. ALI (KANAN) MENERIMA POSTER KONSERT EKSKLUSIF SATU DARIPADA SITI NURHALIZA (DUA DARI KANAN) SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH DATUK SERI KHALID MOHAMMAD JIWA.
--------------------------------------------------------------------------------
TIADA apa yang menggembirakan Datuk Siti Nurhaliza melainkan melihat respons positif penonton sepanjang tiga malam beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) sempena Konsert Eksklusif Satu.
Beliau bersyukur kerana matlamatnya untuk berhibur sambil beramal serta mengutip dana untuk Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan bersama suaminya juga mendapat reaksi kejayaan.
"Alhamdulillah, apa yang dirancang semuanya berjalan dengan lancar dari segala aspek termasuk kesihatan saya.
"Saya gembira kerana semua yang hadir terhibur sepanjang tiga malam saya membuat persembahan dan memberikan sokongan untuk konsert ini.
"Apa yang turut menggembirakan ialah a dana yang dikumpulkan menerusi penjualan tiket serta sumbangan syarikat korporat dan orang perseorangan dapat diagihkan kepada empat badan kebajikan seperti matlamat kami sebelum ini," ujar Siti.
Empat badan kebajikan yang mendapat sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa adalah Rumah Orang-Orang Tua Charis, V Care For You Home, Persatuan Kebajikan Annai Illiam Selangor dan Kuala lumpur serta Rumah Bakawali, Yayasan Seni Prihatin Malaysia.
Seperti mana yang dikhabarkan Siti sebelum ini, pemilihan rumah-rumah kebajikan itu juga menepati konsep 1Malaysia di mana ia mewakili kaum Melayu, Cina dan India.
Siti juga menjelaskan, tanggungjawab diberikan kepada pelakon dan pengarah, Erma Fatima dalam pemilihan empat rumah kebajikan tersebut.
Sebelum itu, Maxis Communications Berhad selaku penaja utama konsert tersebut telah menyumbangkan sebanyak RM120,000 kepada Yayasan Nurjiwa dan sumbangan itu diserahkan kepada Siti selaku pengasas badan amal itu selepas malam gala pada 26 Jun lalu.
Dalam perbualan dengan wartawan, Siti turut ditanya rahsia staminanya bertahan selama dua jam tanpa semput sewaktu membuat persembahan.
Jelasnya, dia mengamalkan semula pantang larang yang dipegangnya sejak zaman anak dara iaitu tidak meminum minuman berais.
Maklumlah kata Siti, selepas berkahwin dan tidak banyak persembahan yang diterimanya dan dia telah melanggar pantang itu dengan menikmati air berais dan ais krim.
"Sebaik sahaja pengumuman konsert, saya terus berhenti minum minuman berais dan memperbanyakkan senaman di gimnasium serta berjoging bersama suami.
"Suami juga ada bertanya bagaimana saya mampu mengekalkan stamina itu dan saya menjawab, buka mulut, suara pun keluarlah," katanya dengan disambut hilai tawa pihak media.
Malah, kehebatan Siti di atas pentas turut menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah yang turut mengagumi kemampuannya untuk beraksi dua jam tanpa henti.
Kata Siti, segmen lagu-lagu tradisional merupakan pilihan kedua-dua tokoh negara yang disanjung tinggi oleh Siti itu.
Bukan itu sahaja, kehadiran Kris Dayanti dan Rossa juga membuat Siti terharu dan gembira kerana mereka sanggup datang menonton konsertnya walaupun sibuk dengan komitmen masing-masing.
Siti turut ditanya adakah dengan kejayaan Konsert Eksklusif Satu akan memungkinkan bahawa akan adanya konsert jelajah di beberapa buah negara Asean?
Tersenyum manis, Siti memberitahu, semuanya mampu dilakukan seandainya mendapat penajaan dan bajet yang mencukupi.
"Tetapi, kita kena tengok juga pentasnya kerana mungkin di sesetengah negara tidak mempunyai fasiliti seperti mana Istana Budaya. Insya-Allah, kalau dimurahkan rezeki dan ada yang sanggup menaja, bolehlah kita lakukan," ujarnya yang menggayakan persalinan rekaan Michael Ong, Amir Luqman dan Rizman Ruzaini sepanjang konsert tiga malam itu.
Sementara itu, Siti juga menjelaskan bahawa pihaknya masih lagi berbincang sebelum membuat keputusan untuk menerbitkan konsert tersebut dalam bentuk CD, VCD dan DVD.
buatlah siti..nak tgk gak..sian kami yg x dpt gi
bukan semua ada peluang dapat gi
lbh2 lagi anak dara yg dikawal selia dgn ketat di rumah
huhu |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu! |
|
|
|
|
|
|
|
orang kalau boleh
dari masa ke semasa
mustilah nak buat yang terbaik
aku harap ct terima komen tu dgn perasaan positif
Syd Post at 1-7-2009 14:52
aku yakin ct mmg boleh terima dgn positif..
takkan nak sume org citer positif jer kan.. takde thrilll |
|
|
|
|
|
|
|
hhee... siti mesti komen "siti dah buat yang terbaik, siti terima dengan iklas hati dan insya allah selagi hayat di kandung badan, kita buat konsert lagik.."
haha.. ye ye aja |
|
|
|
|
|
|
|
sayangggggggggggggggggggggggg ct |
|
|
|
|
|
|
|
Jelasnya, dia mengamalkan semula pantang larang yang dipegangnya sejak zaman anak dara iaitu tidak meminum minuman berais.
Maklumlah kata Siti, selepas berkahwin dan tidak banyak persembahanyang diterimanya dan dia telah melanggar pantang itu dengan menikmatiair berais dan ais krim.
ini petuanye ct dpt maintain suara yg sedap gitu |
|
|
|
|
|
|
|
lps2 ni sape nk jd penyanyi tu jgn berangan nk minum berais
klu tdk suara akn jd mcm taik |
|
|
|
|
|
|
|
590# badai
stuju..
wat cepat2 cket
sementara masih hot nih..
untung2 bleh jual beratus ribu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kite pun setuju dgn pandangan penulis nie...
sbb duduk dpn2 nampak penari2 tue x bape bagus tarian diorang..
choreography pun tak de yang gempak2...
rasenye diorang bleh buat lagi baik dari tu. ...
cinta_ungu Post at 1-7-2009 17:59
ada betulnye jugak kata cintaungu ni..
lagi pun kita mesti percaya..
tidak ada sesuatu yg boleh diistilahkan terbaik sampai tak perlu untuk dibaiki
pasti sentiasa ada room untuk improvement.. betul kan?
tapi for me.. konsert tu dah pun hebat.. nak kata cukup cukup cukup hebat..tak tau pulak macam nak ukur sesuatu kehebatan itu?
maybe penulis ni expect persembahan tarian koreografi yg grand semantap detinasi cinta sepanjang konsert..hmmm.. agak susahlah nak buat macam tu sepanjang konsert rasanya.. btw ct sendiri ada cakap yg kalau boleh dia pun nak persembahkan sesuatu yg lebih hebat seperti terbang tapi tak cukup bajet (ada aku baca kat mana ntah).. tapi pada aku konsert ni dah boleh dianggap sebagai hebat
dan diakui sebahagian besarnya disebabkan vokal CT yg mantop giler giler giler
justeru aku melihat penulis ni dan kita cuma ada perselisihan pada:
- definisi/ taraf suatu yg dikatakan `kehebatan'..
tapi mungkin penulis ni kurang mengadili pasal kos, bajet, kapasiti, fasaliti dan sebagainya..
just my pandangan |
|
|
|
|
|
|
|
sgt setuju.hari jumaat a bit bosan.aku x tahu sebab apa.mungkin gak sebab dari tempat keje terus ke IB.mmg pick up masa siti nyanyi bulan yg mesra.
hari sabtu walaupun material yg sama...tapi feel dia punyalah best.langsung xde yg bosan.mungkin sebab vibration.
dan pada hari jumaat tu jugaklah aku terdengar 2 pekerja IB cakap....asyik2 siti.aku assume dorang pekerja IB sebab pakai kot an ada walkie talkie.time aku naik tangga nak ke lobby grand circle sebab nak tengok siti kat press conf maxis....2 pekerja tu turun tangga...time ni aku terdengar....
berderau gak darah aku dgr....tapi pikir lama2...setiap org ada pendapat masing2.lantak dorang lah. |
|
|
|
|
|
|
|
yg paling ku terkilan mase konsert nie sbb x bwk kamera..
tok t selangkah je dpn mate ak...
nasib baik ade kamera enset, tp gmbo x cntik sgtla
ku tekad, kuar je jpa nanti, ku nak beli kamera baru..
canggih cket..
leh tgkap gmbo ct pasni..
insyallah, lagi setaun keje..
pas keje, akan ku pi setiap show ct.. |
|
|
|
|
|
|
|
TT lom sempat nk review g.. huhu
gpn mls nk menaip pnjg2.. well TT ase konsert ni mmg memenuhi misi asal sb ianya mmg merangkumi pelbagai aspek.. well, TT terkejot bila Aizat memulakan mjlis, da la byk lagu lak dy nyanyi.. cam konsert dy lak.. 2 yg suke sket bila dy nyanyi lagu EBP.. lain dr yg ct bawakan..
opening ct mmg best, kawalan suare pn ok.. tp TT xfaham pemilihan lagu selepas 2 iatu seindah biasa n sutramaya 2.. lau SB kn lgu tema peminat so TT keliru sket..
sume da kembali consistent lps tu.. ct mmg best.. biarpn dancers xkonsisten tp bg TT 2 konsert CT bkn dancer2 2.. so TT maafkan je la.. TT pling suke ct nyanyi lagu kurniaan dlm samaran.. well sape yg g mesti tau kan.. lg ct suke masa ct nyanyi lagu BLM, Biarlah rahsia, kumahu n lagu pada cintanya, bila harus memilih, pendirian ku n of coz destinasi cnta biarpun TT xleh trima baju yg dipakai 2..
kalo konsert ni di ukur dr aspek vocal, TT percaya ianya konsert yg terbaik dalam sejarah nyanyian ct selepas albert hall.. TT tetibe sntap ngn sorng wartawan yg sibuk tgk2 org.. bkn nk tgk CT perform.. ish2.. 2 leh plak bg coment kt paper.. ish2.. lawak tol r.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pergi konsert ni pasai bz sgt2 -
pastu mesti ingat ada dvd keluar tu lagi la
tak dpt nak fokus pergi wpun minat nak mati kat siti ni - --
teruja pasal komen positif utk vokal siti - -- mesti melayang2 dengar -
personally utk konsert live - vokal paling hebat pernah dengar sampai
skrg lagi tak jemu adalah mariah carey - konsert california -- perfect nak mati vokalnya |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nassy at 2-7-2009 02:44
Vokal Siti terhebat! - Konsert Eksklusif Satu di Istana Budaya
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
[email protected]
HUJUNG minggu lepas, penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza dengan penuh pesona muncul membuat persembahan di pentas Istana Budaya menerusi Konsert Eksklusif Satu.
Pada malam konsert Siti tersebut, menerusi pengamatan Kosmo! ramai selebriti seperti Ning Baizura, Ifa Raziah, Fazli Zainal, Rossa, kris Dayanti serta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad turut hadir menyaksikan konsert tersebut.
Keseluruhan artis yang datang kelihatan larut dalam pesona Siti di Istana Budaya dan tidak habis-habis memuji.
Ning Baizura yang turut ditemani suaminya, Omar Sharif Christopher pada malam terakhir konsert Siti merasakan konsert tersebut telah berjaya menampilkan keunggulan Siti sebagai seorang penyanyi profesional.
"Dari segi muzik dan persembahannya, kita boleh nampak yang dia keluarkan segala yang ada pada dirinya habis-habisan dan konsert itu begitu menyerlahkan keunggulan Siti.
"Bagi saya, dia adalah yang terbaik dalam arenanya. Sebab muzik dan irama insan yang bernama Siti Nurhaliza dapat penyatuan dalam satu malam.
"Apa yang saya lihat, tiada kecacatan yang dilakukannya. Pandangan saya sebagai seorang penghibur juga, boleh dikatakan kumpulan di sebalik tabir juga melakukan kerja yang keras dan pujian juga harus diberikan kepada mereka.
Namun, realistik dengan segala kelemahan yang tidak mampu lari daripada diri setiap yang bernama manusia, Ning turut mengakui konsert Siti tersebut tidak dapat lari dari aspek kekurangan.
"Memanglah, kalau nak dibandingkan dengan artis luar negara, memang ada beberapa kekurangan, tetapi semua itu bergantung kepada bajet. Saya rasa, dengan bajet yang ada untuk konsert ini, Siti telah melakukan yang terbaik," ujarnya.
Sementara itu, penyanyi seberang yang turun ke Malaysia untuk konsert mininya Sabtu lalu, Rossa juga tidak ketinggalan meluangkan masanya untuk menyaksikan konsert teman baiknya itu.
Menurut Rossa, konsert Siti pada kali ini tampil lebih unik dan santai. "Saya kagum dengan Siti. Bagi saya, susah untuk penyanyi lain bersaing dengannya. Jurang perbezaan Siti dan artis-artis lain sangat jauh. Bila melihat semangatnya pada konsert ini membuatkan saya juga bersemangat untuk mengadakan konsert di sini, di Istana Budaya ini," tuturnya.
Dalam pada ramai dari kalangan selebriti tersebut memuji persembahan konsert Siti itu, pandangan yang diberikan penyanyi, pelakon dan pengacara Ifa Raziah agak berlainan.
MEMUKAU. Disamping mutu persembahan vokal, Siti begitu mementingkan dari segi penampilannya ketika di pentas.
Menurut Ifa yang juga seorang penyanyi, konsert Siti kali ini dianggap sebagai biasa-biasa sahaja.:@Tidak menafikan kehebatan vokal penyanyi jelita itu, menurut Ifa, konsert tersebut seperti kurang menyengat.
"Bukan mahu mengkritik, tetapi sepanjang saya menyaksikan konsert-konsert lain, ada konsert yang lebih bagus daripada konsert (Siti) ini. Bagaimanapun, ia masih dalam kategori sebagai okey, tetapi bukan yang paling bagus.
"Saya pernah menonton konsert yang lebih hebat daripada Siti seperti Mariah Carey, Shah Rukh Khan, Celine Dion serta artis-artis Indonesia. Kalau dibandingkan dengan konsert tempatan pula, konsert Siti ini masih tidak boleh menandingi konsert Anita Sarawak dan Allahyarham Sudirman."
Namun, Ifa melihat Siti sebagai penyanyi nombor satu dari segi vokal. "Kalau dari segi kekuatan vokal, Siti adalah yang terhebat. Cuma Siti pada konsert tersebut kurang berkomunikasi dengan penonton dan penyusunan lagu juga kurang menarik, membuatkan klimaks pada konsertnya kurang.
"Selain itu, banyak lagu popular dinyanyi secara medley. Sepatutnya lagu-lagu yang kurang popular yang dimedleykan dan orang dapat menghayati lebih jika lagu popular dinyanyi secara penuh," ujarnya.
Tukar kostum pada saat akhir
Menonton Konsert Eksklusif Satu yang diadakan tiga hari berturut-turut tampak seperti mudah untuk dilaksanakan. Kosmo! berpeluang menikmati konsert tersebut pada malam kedua ia berlangsung.
Apalagi duduk di kerusi penonton, segalanya nampak teratur dan indah dengan pelbagai persalinan anggun yang tersarung ditubuh penyanyi jelita ini.
Namun, pasti ramai yang tidak tahu sebalik kejayaan konsert tersebut sebenarnya keadaan agak 'huru-hara' di sebalik tabirnya. Bagaimanapun segala hura-hara tersebut berjaya diatasi sehingga tiada cacat cela yang berlaku pada tiga malam konsert itu berlangsung.
Seperti umum mengetahui, persalinan mewah Siti yang digayakan pada malam itu direka khas oleh Rizman Ruzaini, Micheal Ong dan Amir Luqman.
INILAH busana Siti yang digunakan pada malam kedua konsert, yang disiapkan dalam tempoh tidak sampai sehari hasil kreativiti Rizman Ruzaini Creation.
Namun, pada konsert malam pertama, salah satu rekaan mereka terpaksa ditolak kerana tidak bersesuaian dengan konsep konsert penyanyi tersebut.
Label tempatan yang kian mendapat tempat dalam arena fesyen tempatan, Rizman Ruzaini Creation diberi tanggungjawab untuk menghasilkan sepasang lagi persalinan untuk konsert keduanya dan perlu disiapkan dalam masa sehari.
"ada hari pertama konsert, ada sepasang baju yang kurang sesuai dan Siti memberi kepercayaan kepada kami untuk menyiapkan persalinan baru dalam masa sehari untuk digunakan pada konsert malam kedua dan ketiga.
"Tapi kalau nak ikutkan, tak adalah sampai sehari, sebab selepas konsert itu, kami berbincang sehingga pukul 1 pagi. Memandangkan kedai kain sudahpun ditutup, kami membeli kain pada keesokan harinya pada pukul 10 pagi dan baju itu siap pada pukul 5 petang. Kami perlu menghantar baju itu sebelum pukul 7 petang.
"Memang kelam-kabut sikit dibuatnya. Jangan ingat Siti cerewet pula, sebab semua ini daripada arahan pengarah konsert itu sendiri untuk memastikan konsert berjalan dengan sempurna.
"Bagaimanapun, baju yang kami hasilkan terpaksa dibuat sekali lagi kerana pada malam kedua, warna baju itu (coklat) tidak sesuai dengan kulit Siti. Dan macam biasa, kami akan bekerja keras untuk menyiapkan sepasang lagi persalinan untuk konsert terakhir dengan menggunakan kain berwarna hitam pula, bagi digunakan untuk konsert malam ketiga," jelas salah seorang pereka Rizman Ruzaini Creation, Rizman Nordin.
Biarpun sedikit tertekan ketika menyiapkan persalinan penyanyi itu, namun pihak Rizman Ruzaini Creation begitu gembira kerana diberi kepercayaan oleh Siti serta krew produksi yang lain.
Stamina, kesungguhan Siti
Sementara bagi pengarah muzik konsert, Aubrey Suwito, dia agak hairan melihat stamina Siti yang agak energetik pada ketiga-tiga malam konsert berkenaan berbanding latihan sebelum ini.
Aubrey menganggap Siti begitu komited dengan kerjanya sehinggakan pada satu masa, Siti nampak keletihan dan staminanya menurun.
"ada awal latihan, stamina Siti tidak kuat kerana maklumlah, sekarang ini dia jarang menyanyi berbanding dulu. Tak sangka pula, staminanya begitu luar biasa pada ketiga-tiga malam konsert, lebih-lebih lagi pada hari yang terakhir.
"Apa yang saya lihat, Siti terlampau bekerja keras untuk menjayakan konsertnya. Sepanjang latihan, memang ada beberapa kekurangan memandangkan hampir kesemua lagu-lagunya disusun semula," kata Aubrey yang turut kagum dengan kreativiti Siti dalam mengarah muzik pada segmen lagu rancaknya.
Dalam pada itu, pengarah konsert, Pat Ibrahim turut memuji kesungguhan Siti sepanjang latihan konsertnya itu.
Bagi Pat, dengan dengan hasil konsert yang ditunjukkan, Siti layak diberi lima bintang kerana terlalu komited dengan kerjanya.
"Siti seorang yang sangat profesional dan langsung tidak menunjuk diri seorang yang berlagak 'diva'. Dia bergaul dengan semua krew produksi termasuklah penari-penarinya.
"Seperti semua orang tahu, dia bekerja keras untuk menjayakan konsert ini. Seminggu lagi nak dekat konsert, baru nampak latihan Siti yang lebih sempurna. Tapi risau juga, bila terlalu berkerja keras, ada satu masa Siti nampak lesu dan keletihan, sampaikan saya tanya dia nak rehat atau tidak. Tapi dia tetap mahu meneruskan latihan.
"Dia memang mempunyai magis yang tersendiri kerana saya yakin penonton dapat merasakan luahan perasaan melalui nyanyian yang dipersembahkan Siti," ujar Pat.
Beritahu Pat lagi, semua krew begitu menyayangi Siti yang begitu merendah diri. Ditambah pula Siti tidak lokek untuk membelanjakan wangnya membeli makanan kepada krew produksi hampir setiap hari.
Diserang ulser
Siapa yang menyangka, sejurus menjelangnya hari konsert, penyakit yang paling digeruni oleh setiap penyanyi iaitu penyakit ulser hadir tanpa diundang.
Siti tidak terkecuali apabila dia sendiri mengalaminya seminggu sebelum tarikh konsertnya itu. Kerisauan Siti bertambah bila penyakitnya itu masih lagi belum sembuh biarpun konsertnya tinggal tiga hari sahaja lagi.
"Sebulan sebelum konsert, saya memang dah tak minum ais dan banyakkan senaman di gim. Tapi tak sangka pula penyakit ulser pula datang.
"Cepat-cepat saya makan ubat dan jaga suara sebaik-baik yang mungkin supaya suara tak pecah. Alhamdullillah, walaupun ulser itu belum hilang sepenuhnya, saya masih lagi boleh menyanyi," ujar Siti.
PADA malam terakhir persembahan, Siti menggayakan busana hitam ini menggantikan busana coklat yang sudah digunakan pada malam kedua konsert. |
|
|
|
|
|
|
|
ifa raziah tu sape nk ckp konsert siti ni biasa2 jer:@:@
chanteq ker ko??feymes ker ko??sore sedap ker ko??layak ker ko??
men sedap mulot jer ckp mcm tu...
pastu nak banding2 plak konsert siti ni ngan artis2 antarabangsa yg wat konsert budget nilai berpuloh2 juta...kira okla konsert siti ni,budget tak seberapa tapi hasil dier mcm konsert artis2 antarabangsa...ko brani nak wat konsert???
nak publisiti murahan si ifa tu...nahh amek kooo....{:2_71:} |
|
|
|
|
|
|
|
eh ifa raziah ni kan! |
|
|
|
|
|
|
|
ifa raziah...{:2_65:} |
|
|
|
|
|
|
| |
|