CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'

[Copy link]
Post time 8-1-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 03:27 PM
mungkin ada kesilapan teknikal semasa barang keluar masuk kot

Manager lama syak brg tu mmg dah silap sejak anta kuar lg.

Tp boss br srh warehouse byr ganti rugi nilai brg tu. Yg hlg 335kg x USD19
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 03:37 PM
rasanya dah lama matt tak pergi Png
tapi masa matt pergi dulu, hari minggu pun tetap ramai saje ...

Png area pulau tmpt pelancongan. X pelik klu org selalu ramai
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nsb nov ddk area sebrg
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 03:39 PM
yelah nak baik pun makan masa juga
kena banyak minum air
nov rehat kat umah masa tu kan

Ms jd tu dkt rmh mak sedara. Weekend tido situ.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 03:41 PM
bagus lah kalau nov tido awal tu
letih buat keje2 rumah kan?

Ikut body clock kot. Skrg dah biasa tido 10++
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 03:42 PM
ok faham faham
bagus lah prinsip nov tu
semoga tak ada insan yg terasa

Terasa x de mslh. Kn confront dgn nov klu berani
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 03:43 PM
ok
kalau dah 600k matt akan tag Nov kat DW

X lama dah tu nk dpt medal. Bln ni gak
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 03:43 PM
kalau nov dah tahu mahal kedai tu
nov jangan lah lagi pergi makan kat situ

Hr tu team mbr stock count yg suggest. Nov ok je sbb bole claim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2023 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 03:45 PM
ooo resto hameediyah yg terkenal tu kee?
yang permaisuri agung suka makan kat situ
ari tu pun matt ...

Hameediyah terkenal eh. Sejujurnya byk lg ns kandar yg sedap dr hameediyah tu.

Bkn psl mahal tp rs biasa2 lbh krg rs pelita gak
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 04:36 PM
kalau punch kat cashier tu memang harga dah fixed
memang mahal lah resto tu

Air epal pun smpi rm6 segelas.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 04:37 PM
boleh lah nov berehat  kat rumah sambil2 buat keje rumah juga

Weekend x byk sgt kj nov buat. Settle hal sek anak3 je
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 04:38 PM
alaaaa matt pun ingat skit2 saje
cuma sekarang ni nov masih lagi memakai celak mata


Still sbb dah jd kebiasaan.

Mn adaa? Mcm yakin je matt
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 04:40 PM
ooo nay yg jenis tersipu sipu malu ?
nak tapi malu ya


Selg nov tau ape nov buat, nov x peduli sgt ckp2 org ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 8-1-2023 04:42 PM
memang nov tak mentioned rege
tapi matt dah tahu, matt ada baca yg tng ada keluarkan kad itu
mem ...

Sbnrnya nov terbeli kad tu. Nov mmg dah lm nk beli NFC kad tu. Tp asyik sold out. Pastu hr tu sj msk lazada trs nmpk kad tu pre order 14hr. Apa lg trs nov beli.

Nov ingat kad yg rm10 dah sold out. Rupanya ade lg. Tp dah byr tgg je la.

X guna lg sbb kad lm msh ade baki blk dr SA hr tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 07:21 PM | Show all posts
Amaran ribut petir, hujan lebat di hampir semua negeri

oleh   NURUL HUDA HUSAIN   08 Januari 2023    05:36pm






MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir semua negeri sehingga jam 8 malam pada Ahad. - Gambar hiasan




SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir semua negeri sehingga jam 8 malam pada Ahad.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk itu membabitkan seluruh negeri Perlis dan di Kedah pula membabitkan kawasan Kubang Pasu; Pokok Sena; Padang Terap: Pendang; Kuala Muda; Sik dan Baling.

Di Perak membabitkan Hulu Perak; Kuala Kangsar; Kinta; Perak Tengah; Kampar; Hilir Perak; Batang Padang dan Mualim, manakala di Kelantan pula membabitkan Tumpat; Pasir Mas; Kota Bharu; Tanah Merah; Bachok; Machang; Pasir Puteh dan Gua Musang.

"Di Terengganu amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan Besut dan Kemaman, di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron; Lipis; Raub; Jerantut; Bentong; Maran; Kuantan; Pekan dan Rompin.

"Sementara itu di Selangor melibatkan Sabak Bernam; Kuala Selangor; Hulu Selangor; Gombak dan Hulu Langat, turut terlibat dalam amaran itu juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,"katanya.

Di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu; Seremban; Kuala Pilah dan Jempol, di Johor hanya membabitkan satu kawasan iaitu Mersing.

Dalam pada itu, di Sarawak membabitkan Kuching; Serian; Samarahan; Sri Aman (Lubok Antu); Mukah (Mukah); Kapit (Song dan Kapit); Bintulu; Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah melibatkan Sipitang; Nabawan; Tambunan; Tuaran; Ranau; Kota Belud; Tawau Kunak; Lahad Datu; Sandakan; Telupid; Beluran dan Kudat.


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 07:22 PM | Show all posts
dah azan maghrib kt sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2023 07:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 08:03 PM | Show all posts
Insiden 'panahan' laser warnai Bukit Jalil

Oleh WARTAWAN SUKAN SINAR08 Januari 2023 03:47pm






Muka Pansa 'ditembak' laser hijau ketika aksi separuh akhir pertama Piala AFF yang menemukan Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. Foto Agensi.




IBARAT nila setitik, rosak susu sebelanga. Pepatah sesuai menggambarkan insiden panahan pancaran laser ke muka pemain Thailand dalam saingan separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu.

Tembakan laser hijau itu merancakkan perdebatan di media sosial melibatkan peminat bola sepak serantau termasuk negara jiran, Indonesia.

Ini kerana Indonesia pernah mengalami insiden sama di stadium keramat Harimau Malaya itu pada final Piala AFF 2010.

Insiden itu mengundang bantahan penyokong Indonesia yang menuding jari menyalahkan pancaran laser itu sebagai punca kekalahan skuad Garuda kepada Malaysia.

Setelah 12 tahun berlalu ia kembali hangat apabila segelintir penyokong Harimau Malaya 'memanah' pemain Thailand pada separuh kedua perlawanan.

Kilauan laser itu dilihat tepat ke muka pertahanan tengah Thailand, Pansa Hemviboon.

Dia sebelum itu terlibat perlanggaran dengan penjaga golnya sendiri dalam usaha mengeluarkan bola dari kawasan penalti.

Turut berada dalam kotak penalti ketika itu, Darrek Lok dan Dominic Tan yang sempat menanduk bola sebelum menerjah gawang lawan, namun gol tersebut tidak disahkan oleh pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae Young.




Keputusan itu menimbulkan amarah penyokong Harimau Malaya yang mencecah 63,000 orang.

Malah ada segelintir penyokong yang turut membaling botol ke penjuru padang berdekatan kawasan gol skuad Gajah Perang.

Mungkin tindakan Pansa yang dilihat seperti berlakon mengalami kecederaan mengundang rasa tidak puas hati penyokong, namun tayangan video menunjukkan dua pemain negara tidak menyentuh pemain lawan ketika berebutan bola di udara itu.

Pun begitu, 'tembakan' laser tersebut tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh mengundang padah kepada pasukan tuan rumah yang kemungkinan berdepan denda.

Ia juga mengundang imej tidak baik kepada reputasi 'ekor' Harimau Malaya yang terkenal dengan tingkah laku beradab.

Apa pun diharapkan ia tidak berulang atas semangat kesukanan yang melangkau sempadan bangsa, negara, agama, budaya dan warna kulit.

Ia ibarat ini rumah kita dan ini bola sepak kita, hormat tetamu budaya kita.


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 08:08 PM | Show all posts
Harga pakej umrah dijangka naik

oleh   MUKHRIZ MAT HUSIN  08 Januari 2023    03:33pm






Kenaikan harga itu berpunca daripada kenaikan mendadak kadar harga hotel di Kota Makkah dan Madinah pada masa ini. Foto hiasan.




SHAH ALAM - Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) memaklumkan agensi-agensi pelancongan dijangka menaikkan harga pakej umrah pada saat akhir sebelum bakal jemaah umrah berlepas ke tanah suci.

Naib Presiden Haji dan Umrah MATTA, Mohd Azri Abd Razak berkata, kenaikan itu berpunca daripada kenaikan mendadak kadar harga hotel di Kota Makkah dan Madinah pada masa ini.

Ujar beliau, susulan itu, harga pakej umrah yang sudah ditetapkan oleh segelintir agensi pelancongan terpaksa dinaikkan bagi menampung peningkatan harga hotel berkenaan.

“Kenaikan harga ini dipercayai berpunca daripada permintaan yang tinggi di hotel terutamanya di Kota Madinah.

"Ia berikutan peningkatan jumlah jemaah umrah di seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas situasi pandemik Covid-19 beransur pulih.

"Bukan harga hotel sahaja yang meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, ulas Mohd Azri, hal berkenaan dikhuatiri menimbulkan kemarahan jemaah umrah yang mendesak untuk menurunkan kadar pakej umrah bagi mengekalkan harga yang ditawarkan oleh agensi pelancongan masing-masing.

Menurutnya, ia menyebabkan pihak agensi pelancongan juga menghadapi kesukaran mendapatkan pengesahan tempahan walaupun sudah menjelaskan bayaran penuh kepada pihak hotel.




"Kenaikan harga mendadak oleh pihak hotel juga membuatkan agensi pelancongan tersepit dan tiada pilihan selain menaikkan harga pakej terhadap jemaah umrah.

"Dengan keadaan dan kecelaruan yang berlaku sekarang, pihak MATTA meminta agar semua jemaah umrah untuk bersabar dan memahami situasi ketidaktentuan yang berlaku di Madinah dan Makkah," katanya.

Sementara itu, Mohd Azri berkata, MATTA juga mendapat aduan mengenai kesulitan membawa pulang air zam zam oleh jemaah umrah, terutamanya di lapangan terbang Jeddah.

Jelasnya, MATTA sudah mengutarakan isu itu kepada Saudi Tourism Authority (STA) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kebenaran membawa pulang air zam zam menggunakan visa pelancong.

"MATTA juga berharap dapat mengadakan pertemuan bersama pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk berbincang dan menangani isu yang serius ini.

"Kita tidak mahu jemaah menyalahkan agensi pelancongan sepenuhnya terhadap keadaan yang berlaku di Madinah dan Makkah dari sudut aspek kenaikan harga hotel, pengangkutan dan tiket penerbangan," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 08:09 PM | Show all posts
rasa mcm baru je naik rege
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.116926 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list