CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: teddystar

CLUB: AKU PUN NAK PEKNAN Vol 1

  [Copy link]
Post time 13-12-2011 04:24 PM | Show all posts
Salam semua ttc-ian. Saya pun nak berkongsi cerita jugak. Berkahwin dah 3 tahun, belum ade apa apa tanda nak pregnant lagi. Baru jumpa dengan gynae, so far takde masalah pun. Baru buat laps, hsg dan lain lain test semuanye okay. Semoga allah makbulkan doa kami utk miliki zuriat mcm orang lain jugak. Kadang2 terasa sangat rendah diri bila orang bertanya pasal nih. Rasa malu, dan mcm mcm lagi. Nasib baik suami dan keluarga byk memberi sokongan. Kami merancang nak mencuba IUI tahun depan, insyaallah semoga ade rezeki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2011 09:52 AM | Show all posts
kalau bini u guna tepon android (ok tepon lain me tak tau
sbb me guna tepon ni)

sila donwload ''my day'' .....
faraway1 Post at 8-9-2011 09:44

- http://www.pregnology.com/ovulating.php - website paling komprehensif i penah jumpa setakat ni


freekey Post at 8-9-2011 15:46



And I found "Ovulation Days" for BB users.


Sangat membantu utk yg nak conceive and yg nak avoid pregnancy
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 11:51 AM | Show all posts
bila baca posting kat sini, aku dpt rasakan aku amat bertuah.. suatu ketika dahulu aku igt aku seorang yg amat malang.. my 1st marriage failed.. i was very down that time..

tp my family and friends were there to support me.. alhamdulillah aku kawin lain pastu.. dah ada sorg anak and another on the way.. aku pun dah tua.. almost 36 yrs..

for those yg lum dpt anak, aku hanya leh ckp berdoa la.. be positif.. even though i know berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 12:39 PM | Show all posts
lagi 2 bulan nak cecah ke 3 tahun...sedih sangat bila mengenangkan nasib...tahun depan genap la 30an...sempat ke tidak nak rase mengandung n bersalin..kenapa la aku di beri ujian macam ni...orang tengok aku happy, gila2 tap kat dalam ni rapuh sesangat..

bila berkumpul adek beradek ipar duai sibuk melayan keletah anak masing2 tp aku ya allah tuhan je yg taw..kalo boleh memang taknak campor ngan orang...rase nak menyorok jauh2  ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 03:45 PM | Show all posts
Reply 584# cemp


   cemp, same la kite, sya pun rase tak nak jumpe ng orang, especially kaum keluarga.. skarang husband sya nk balik mesia utk kawen abg dier, sya dh kate ari tu, taknak balik selagi tak dapat baby, sya malu, pastu dier kate, kenapa kite kene proove kan kat orang yg kite fertile baru nk balik jumpe family?? dier ape tau, yg kene tanggung sume soalan nnt sya, mcm mane sya nk jawab pun tak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 03:52 PM | Show all posts
usaha sya utk mem TTC masih lagi mencapai jalan buntu, nifas tak habis2 lagi.. tensyen giler skang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2011 10:20 PM | Show all posts
Cuba kwn2 try berubat kat klinik homopati Nik Omar..Homopati ni mmg khas utk kesuburan dan ramai berjaya..(blh search kt Google)..Dulu sy dh try mcm2 cara tp sumer xder hasil..Last2 sy search kat Google psl kesuburan(sbb sy laki bini ada mslh kesuburan)..Then jumpa psl klinik ni..Alhamdulillah lps 2 bln,sy mngandung slps ambil ubat kat klinik ni..Dr tu pn ada citer ubat kesuburan ni bleh merwat byk mslh yg berkaitan kesuburan laki dan wanita..salah seorg ex-patient (laki) ada masalah azoospermia(air mani xder sperma langsung)..slps berubat alhamdulillah dah dpt anak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 05:15 PM | Show all posts
tahniah stenomcm minat pulak nak tau pasal treatment lppkn tuh
bole citer in detail tak?
kene  ...
penmerah Post at 12-12-2011 23:44


lagi cpt lg bagus buat treatment.
seelok2nya call dulu lppkn. nnt dia bgtau bila bleh pegi sbb kalu pegi terus sia2 je balik.
call dan buat appointment, biasanya diorg suruh gi lps kita period.

bila lps period tu gi sana terus buat treatment, amik darah, cek itu ini... scan semua, xray.
tp xde la buat skali gus ada jadual dia laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 07:45 PM | Show all posts
Sya skrang amek vitamin b6 40 mg, sendiri prescribe, naseb aku doktor.. huhu..

ni nak share benefit nye yg sya jumpe kat tenet

Vitamin B6 has so many benefits. It helps to stave off depression that is a part of PMS. The main area that B6 helps with fertility is to treat a luteal phase defect.
The luteal phase (the time from ovulation to menstruation) ideally should be over 10 days long (11-16 days is the norm). If it’s shorter than 10 days it’s called a luteal phase defect. Normally a luteal phase shorter than 10 days cannot sustain a new pregnancy and can possibly end up in miscarriage. The good news is a luteal phase defect is one of the most easily treated and cured.

ni testimoni org yg pernah try

The months I was trying to conceive my third baby my luteal phase was 9 days. I thought I was taking enough vitamin B6 in the prenatal vitamins I had. I looked at the label and was shocked to see only 3 mg of vitamin B6 listed. Sad truth is most multi-vitamins do not contain an adequate amount of vitamin B6. The FDA requirements aren’t enough to help boost fertility. Check the labels and see for yourself.
I took 60 mg of vitamin B6 a day all cycle long and my luteal phase climbed from 9 to 12 days in 2 months. Now I take 50 mg of vitamin B6 a day every day.
Ideally, according to many herbalist and nutritionist the dosage should begin at 50 – 200 mg to see any results. 60 mg did the trick for me. I think it’s smart to start out with a lower dose and see if you get results and work up from there. Vitamin B6 and fertility should always be discussed in detail with your health care provider.

sape2 yg baru2 start TTC, buley la mencube ye..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 10:00 AM | Show all posts
my annivesary next week ..yang ke 3
rezeki anak belum ada lai..somi kata..xpe kita cuba..Allah kan ada
sabar..usaha..doa..
jgn putus asa dalam berdoa


sdgkan nabi zakaria berdoa sampai umurnya 80 tahun..doa x pernah putus mohon zuriat dr Allah..
inikan pulak kita manusia biasa..
sabar2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 09:15 AM | Show all posts
biras upload pic peknen....da beso perotnye...jauh di sudut hati jeles plak..setelah di nasihat oleh kawan2 cemp kena kuat..ni la mase nye nak berdua-duaan dengan suami..dr orang simpati ngan cemp lama2 jadi benci plak..

ni cemp amek dr blog sape tah...khas utk korang n cemp jugak

Kita selalu bertanya pelbagai hal tetapi ingatlah Al-Quran punya segala jawapannya untuk segala kehidupan dan kejadian di alam semesta ini.. Renungkanlah.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 05:10 PM | Show all posts
Reply 44# Fantaghiro

Miscarriage sampai 18 kali..... ini mesti ada kena mengena ngan makhluk halus@ jin.... speku jer...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 05:29 PM | Show all posts
Reply 563# puanlina


waaaaa...menyentuh hati, menitis air mata,...... saya pun ada endometriosis....doktor cakap saya maybe lambat dapat anak or maybe saya xkan bleh..Alhamdulillah saya tak diuji selama itu....
Tapi saya selalu berdoa dan berusaha... kuasa Allah maha besar, x sampai setahun saya dah mengandung dan


sekarang saya tgh mengandung anak ke-3... yang penting kita selalu meminta ngan Allah... berusaha dan tawakkal....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 11:31 AM | Show all posts
yang belum ade baby boleh cuba ambil anak angkat.besar pahala bela anak yatim ni. tq
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:14 PM | Show all posts
hahaha.. wifey pun pernah cakap mcmtu kt i...
freekey Post at 25-11-2011 11:58



freekey..ko nak tak ajak wife ko gi berurut dgn tukang urut aku kenal?
tukang urut tu aku ambik sbg confinement lady..mmg bagus. bagus sgt. tapi, upahnya mahal lah.

wife ko pergi berurut dgn dia. ckp nak urut ajek. Jangan ckp terangan2 nak urut bagi mengandung. nanti tukang urut aku tu tanak pulak. massage tu rm80 jek.
dia mmg gitu. tanak ngaku pandai.
masa berurut tu..borak2 lah sket.. pasal nak anak..takder anak lagi..bla..bla..bla..pastu suh dia tgk2 kan urat. urat ada masalah ke tak. kalau urat takder masalah, oklah tu..Jangan awal2 ckp,"saya nak urut bagi mengandung"..mmg sah dia tolak.
kalau ada masalah, nanti dia betulkan lah. nnt dia bagi advise lah.

kalau aku kategorikan, dia mcm ala ala bidan tradisional. cuma, dia tak sambut baby ajek.

Dia tahu nak jarakkan anak. (naik kan peranakan). tapi, dia tanak buat utk aku. dia cakap, nanti bahaya kalau apa2 terjadi kat dia, nanti aku tak leh pregnant langsung sampai bila bila.
orang yang naikkan peranakan kena orang yang sama betulkan peranakan - menurut dia lah.

dah dia hari2 dtg masa pantang aku.. aku pun pujuk2 sket.. borak2 sket.. last2 dia kuncikan melalui urat. tapi, tu bertahan 3 bulan ke 6 bulan (lupa), dia cakapla. pastu, dia suh aku makan jamu. (yang dia bagi la). TAPI, dia cakap lagi, jangan bergantung sgt..dia cuma salah satu usaha ajek..kena guna jugak cara moden.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 04:03 PM | Show all posts
freekey..ko nak tak ajak wife ko gi berurut dgn tukang urut aku kenal?
tukang urut tu aku am ...
Hana Post at 21-12-2011 14:14


hehe thanks hana..

ermm tp mcm pelik lak baca.. minta urut sebab nak kasi pregnant tp tak boleh nak terus-terang.. napa pulak gitu ya?

btw.. boleh ya urut utk kasi jarak anak? huhuh..

anyway sebenarnya aku pun curious.. org2 yg senang pregnant ni mmg diorg betul2 plan ke after dpt the 1st baby? ke mmg dah naturally automatic lepas selang 2 3 tahun baru dpt next baby? huhuh...

btw, abang ipar aku punya abang yg sama2 kahwin dulu dah 6 dah anak dia.. abang ipar aku baru 3.. pastu pulak abg dia tu takdalah berduit sgt pun.. wife dia pun dah berhenti keje klu tak silap.. klu kes mcmtu mcmana eh? mmg dia tak reti nak plan langsung, mmg rezeki Allah nak bagi ataupun sememangnya nafsu dia tak dpt dikawal??


   



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2011 11:54 PM | Show all posts
hehe thanks hana..   

ermm tp mcm pelik lak baca.. minta urut sebab n ...
freekey Post at 21-12-2011 16:03
kalau yg berselang seli tu sbb plan. Ialah zaman sekarang ekonomipun nak kena jaga. Anak ramai tp semua tak dapat belajar tinggi2 lagi naya kan...Dulu2 kerajaan kasi biasiawa semua, sekarang ni semuanya pinjaman. Zaman dulu mmg nampak org senang dapat anak berbanding zaman sekarang. Selain masalah pemakanan, diet ada juga kes di mana sesetengah pasangan plan tak nak anak diawal perkahwinan, bila masa mrk bersedia terus tak dapat...faktor suami tak suburpun banyak juga...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 10:16 AM | Show all posts
Reply 596# freekey

tak pandai merancang kot dia tu?

cam aku.. dpt anak 1st in feb 2010.. pastu pakai 'sarung' smpi la jun tahun ni.. pastu buang sarung.. alhamdulillah menjadik.. due june tahun depan.. so selang setahun la.. syukur pada Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 02:48 PM | Show all posts
laju nya thread neh..

check in lah!!

nak join gak!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 02:56 PM | Show all posts
Yang telah merusaha tu, teruskan berusaha dan berikhtiar disamping berdoa. Jangan putus asa, saudara saya setelah 17tahun kahwin baru dapat anak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.358097 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list