CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YoonArang

[SBS] Alice in Cheongdam-dong/Cheongdam-dong Alice

[Copy link]
Post time 15-5-2013 01:15 AM | Show all posts
akhirnya dh hbs cerita ni kat one hd mlm td. iols rasa xbest ending dia. mcm xlengkap je. huhu. wpun happy ending, tp iols mengharapkan lebih..tp kalau boleh tak nak cerita ni habis. hehehe. sbb tiap2 mlm mmg iols akan tertunggu2 dan excited nk tgk cerita ni..hehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2013 10:15 PM | Show all posts
la..dh habis. i tgk skip2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 09:56 AM | Show all posts
sukenyee cite ni..tp cam cpt sgt je abes..x puas rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 01:26 PM | Show all posts
aku suka lagu2 dari citer ni..
sume best...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 10:18 AM | Show all posts
atiqah_bea posted on 5-5-2013 02:14 PM
ooohhh..heroin cerita ni pelakon autumn in my heart masa kecik eh? yg jadi watak baik tu kan? hero ...

dlm drama ni mmg heroin sgt sembap mcm br bersalin
walhal dalam drama len ok jek nampak cute
maybe mekap tak kena kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2013 12:31 PM | Show all posts
mushroomsup posted on 3-7-2013 10:18 AM
dlm drama ni mmg heroin sgt sembap mcm br bersalin
walhal dalam drama len ok jek nampak cute
may ...

haipp.. jgn cakap cmtu kt MGW... kekeekeke..
dalam cite ni die nampk berisi sket.. mybe sbb tu kot..
xpun sbb nk menunjukkan yg die org susah so xleh cun sgt... hehehe..




jom tgk mgy kt cite goddess of fire lak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2013 12:38 PM | Show all posts
YoonArang posted on 3-7-2013 12:31 PM
haipp.. jgn cakap cmtu kt MGW... kekeekeke..
dalam cite ni die nampk berisi sket.. myb ...

haahhaha tulah nampak berisi sgt
tgh tunggu goddess of fire gak nih..
dalam tu nampak comei gak
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 12:40 PM | Show all posts
mushroomsup posted on 3-7-2013 12:38 PM
haahhaha tulah nampak berisi sgt
tgh tunggu goddess of fire gak nih..
dalam tu nampak comei gak
...

1st ep goddess of fire dh ada sub yer..
sila masuk umah sebelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 08:33 AM | Show all posts
Terpaksa gigih banyak nak tulis review sebab lama sangat dah aku tengok drama ni. Tambahan pulak cite ni tak la terlalu best untuk kekal segar dalam memori jangka panjang aku. Walaubagaimanapun aku dah try recall sebaikyg boleh.. so ini ulasan aku.
cc: @dauswq

Rating Keseluruhan Drama = 6 + 8 + 6 + 4 + 3 = 6.75                     

1. Cerita  (6/10)

- Han Se Kyung ialah seorang gadis biasa yg kurang berkemampuan tapi sangat jujur,tabah, gigih & sentiasa berpegang pada prinsip ‘The effort is my strength’. Lama-kelamaan, dia akhirnya letih hidup dlm keadaan tersebut lalu bertindak mengambil jalan mudah bagi mengubah nasibnya – iaitu dgn cara mencari lelaki kaya untuk dijadikan suami. Bermulalah kehidupannya sebagai “Alice” yang masuk ke dalam dunia asing penuh keajaiban (wonderland) dan dunia tersebut adalah Cheongdamdong - sebuah kawasan kediaman orang kaya yg juga pusat perniagaan serta fesyen di Seoul. Di dalam dunia Cheongdamdong, “Alice” mengalami konflik diri dan dihantui perasaan bersalah apabila dia benar2 jatuh cinta dengan seorang lelaki kaya bernama Cha Seung Jo atau nama glemernya Jean Thierry Cha.
- Cha Seung Jo ialah anak seorang kaya yg berseteru dgn bapaknya. Dia memulaukan diri dari keluarga, pergi ke luar negara dan bermula dari nothing, dia berjaya menjadi presiden Artemis, sebuah sykt fesyen ygmengeluarkan jenama mewah yg popular. Seung Jo pernah dikecewakan oleh seorang perempuan materialistik bernama Yoon Joo dan sejak itu dia hilang kepercayaan pada wanita. Akhirnya dia jatuh cinta pada Se Kyung yg dianggapnya gadis Candy yg jujur, tanpa mengetahui dia sebenarnya telah terpedaya untuk kali kedua.
- Bagi aku penggunaan kisah dongeng Alice in Wonderland untuk diaplikasikandgn jalan cerita tak memberi banyak impak sebaliknya agak mengelirukan. Aku tak berapa boleh connect watak Alice, White Rabbit dan Candy dgn dunia fesyen yg menjadi latarbelakang cerita.
- Permulaan cerita best, tapi pertengahan agak bosan bila SeKyung asyik emo, rasa bersalah, pastu ulang alik jumpa Tommy Hong (White Rabbit) dan bla bla bla.. Plot cerita mcm berkisar kat situ je.. and not much tension, sebab isu yg diutarakan tak cukup problematic untuk mengujakan jalan cerita.
- Ending cerita memuaskan dimana setiap watak developed dgn baik. Se Kyung kembali menjadi dirinya yg asal, berusaha dan berdikari rather than mengharap prince charming utk mengubah nasibnya. Seung Jo, walaupun kecewa bila mengetahui Se Kyung sama seperti wanita2 materialistik yg lain, akhirnya dipenghujung cerita dia dapat menerima Se Kyung seadanya. Seung Jo juga tidak lagi bermusuh dgn bapanya bila dia sedar bapanya sebenarnya sayangkannya.
- Agak susah nak memahami mesej yg cuba disampaikan dlm cerita ni. Walaupun tak paham 100%, tapi aku rasa yg nak cuba disampaikan ialah: Dizaman serba moden ini, kita tidak mampu menidakkan kepentingan material. Cinta dan kepentingan material berjalan seiring, tapi yg lebih penting ialah cubauntuk hidup sebaik mungkin, sejujur mungkin, berdikari seboleh yg mungkin dan try adapt dgn keadaan semasa untuk continue living.  Tah la..sebenarnya aku pun tak berapa paham citer ni..paham part Shi Hoo tergeleng2 je..

2. Keberkesanan Lakonan (8/10)

Moon Geun Young (Han Se Kyung)
- Pada pendapat aku, lakonan MGY dlm cerita ni adalah yg paling kurang meninggalkan kesan kalau dibandingkan dgn lakonan2nya sebelum ni yg memang ternyata outstanding.
- Aku rasa dalam drama ni dia tak berapa berjaya menzahirkan“jiwa kacau” tu supaya nampak cool, sebaliknya end up menjadi watak yg gloomy yg annoying.
- Walaubagaimanapun, lakonan tetap bagus, especially bila scene sedih, memang turut sama2 sedih tengok ekspresi mukanya


Park Si Hoo (Cha Seung Jo/Jean Thierry Cha)
- Antara watak paling memorable bagi aku dalam Kdramaland . Sampai bila2 takkan boleh lupa Jean Thierry Cha yg sengal dan psiko tapi comel sesangat tu.. Memang trademark sangat kepala tergeleng2 dan tarian ala Barbara Streisand tu untuk watak Jean Thierry Cha dan aku tak boleh bayangkan orang lain buat aksi ni dgn perfect selain PSH.
- Lakonan sangat jjang, sentiasa jjang.. sayang sangat kenapala oppa aku ni buat skandal pulak…haizz..
- Antara kecomelan Jean Thierry Cha pada mata aku;












- Pencalonan untuk Best Actor category.
- Bila google gambar2 ni rindu lak tengok PSH berlakon, nasib baik sekarang ada cite Princess Man kat tv, so boleh la layan..

Seo Yi Hyun (Seo Yoon Joo)
- Watak sebagai ex-classmate yg juga rival Se Kyung, notdoing well in school tapi akhirnya hidup mewah setelah berkahwin dgn lelakikaya Cheongdamdong. Juga merupakan trigger factor yg menyebabkan Se Kyung mengubah prinsip hidup daripada jujur menjadi hipokrit & materialistik.
-  Walaupun dia niwatak antagonis, tapi aku rasa watak ni cool! Time jahat walaupun menjengkelkan, tapi tetap maintain comel dan boleh senyum dgn manis sekali.
- Boleh menyampaikan emosi dgn baik dalam setiap scenes – jealous, berlagak, takut, nervous etc.
- Pencalonan untuk Best Supporting Actress.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi)   (6/10)
- Lakon layar, teknik pengarahan dan sinematografi semua aku kategorikan sebagai sederhana.

4. Skor muzik (4/5)
- Agak menarik. OST pun best. Antara feveret aku ialah Daddy Long Legs(BaekAh Yeon) dan Every Single Day (Rain Shower)

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
- Boleh ditonton semula dgn syarat kena skip2 part bosan.


Last edited by manganini on 6-12-2013 08:42 AM

Comments

TOTAL 6+8+6+4+3 = 27/40 *10 =6.75 Terima Kasih atas review Nomination: Park Shi Hoo & Song Yi Hyun   Post time 8-12-2013 12:01 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:11 AM | Show all posts
manganini posted on 6-12-2013 08:33 AM
Terpaksa gigih banyak nak tulis review sebab lama sangat dah aku tengok drama ni. Tambahan pulak cit ...

wow nice..
ade gak drama lama yg bertanding taun ni

thx for the review..
mlm nnt aku bg kredit




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2013 11:14 AM | Show all posts
manganini posted on 6-12-2013 08:33 AM
Terpaksa gigih banyak nak tulis review sebab lama sangat dah aku tengok drama ni. Tambahan pulak cit ...

wee weee.. aku pon da ingt2 lupe cite ni.. ingt part si teleng2 je
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:31 PM | Show all posts
dauswq posted on 6-12-2013 11:11 AM
wow nice..
ade gak drama lama yg bertanding taun ni

memang dah lama sangat cite ni, aku pun lupa2 ingat mcm mana jalan citer dia.. tp semata2 nak nominate Park shi hoo aku terpaksa baca balik recaps tau, untuk refresh memory..  memang gigih sangat..



Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:33 PM | Show all posts
YoonArang posted on 6-12-2013 11:14 AM
wee weee.. aku pon da ingt2 lupe cite ni.. ingt part si teleng2 je

haha kann.. jalan cerita dia mcm dah nak hampir hilang dari memory dah.. tapi part PSH terteleng2 tu memang takleh lupa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 08:34 PM | Show all posts
@dauswq  mana tacang aku.. jangan lupa lak..

apa ni butang panggilan tak berfungsi.. try lagi sekali caling2 @dauswq Last edited by manganini on 7-12-2013 08:36 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 10:18 AM | Show all posts
aku pun nk review drama ni sebab park shi hoo aku rasa dia sangat menonjol dalam drama ini.

1. Cerita  (7/10)

Typical korean drama. Walau macam mana diorang pusing pun still kembali kepada basic asal drama korea. Ordinary girl yang berusaha untuk berjaya menjadi fashion designer dan cuba untuk memulakan karier di kawasan fashion yang terkenal di seoul iaitu cheondamdong. Pelbagai halangan terpaksa ditempuhi untuk mencapai cita - cita dia sehinggakan dia terpaksa meninggalkan prinsip dan falsafah hidup dia semata - mata untuk mencapai cita - cita dia. Se kyung gadis yang berdikari dan berbakat tetapi bakatnya dipandang sinis oleh fashion industry semata - mata kerana dia tidak mempunyai lulusan daripada universiti luar negara yang menyebabkan dia terpaksa mulakan semuanya dari bawah. Apabila keadaan menjadi lebih mencabar untuk diri dia, dia membuat keputusan untuk mengikut nasihat kawan sekolah dia yg berjaya menjadi madam di kawasan gangnam kerana berkahwin dengan lelaki kaya. Lupakan innocent live dia dan berusaha mencari lelaki kaya sebagai batu loncatan kepada dia untuk mencapai apa yg dia kehendaki.

Kehadiran seung joo dalam hidup se kyung tanpa se kyung sedari yg seung joo adalah lelaki yang dia nantikan selama ni kerana seung joo menyamar menjadi setiausaha biasa yang hidup makan gaji bukan lelaki yang di cari - cari se kyung. Tetapi kerana ke prihatinan seung joo membuatkan se kyung serba salah dan konflik dgn matlamat yang ingin dia capai selama ni.

Kekuatan cerita ni memang terletak pada kekuatan pelakonnya. Aku rasa watak se kyung agak lemah di pertengahan cerita dan seung joo agak konsisten hingga ke akhir cerita.

Apa yang cuba disampaikan oleh drama ni mmg dapat dilihat di akhir cerita tetapi di pertengahan cerita jalan cerita agak longgar dan menyebabkan kita merasa bosan untuk tonton sehingga akhir.

opening dan Ending di buat dengan kemas tetapi dari segi konsistensi jalan cerita dari awal hingga akhir mmg agak mengecewakan.

2. Keberkesanan Lakonan (7/10)

Moon Geun Young as Han Se Kyung
Watak Geun Young yang sangat tipikal. Dia dah biasa bawa watak macam ni jadinya tiada apa yg baru untuk watak ni. Tak mencabar.

Park Shi Hoo as Cha Seung Jo/ Jean Thierry Cha

Disebabkan aku tengor drama ni dulu baru princess man aku boleh katakan dia bawa watak ini dengan bagus.Kegilaan jean thiery hny park shi hoo je yang bole buat.

So Yi Hyun as Seo Yoon Joo
watak ni mmg paling sesuai dgn yi hyun. wanita yg mempunyai masa silam dan kekurangan kasih sayang cuba mencari apa yang dia nak dalam hidup ni. Konflik dia adalah yang paling bagus di buat oleh scriptwriter dan dipotray dgn baik oleh yi hyun.

Kim Ji Suk as Tommy Hong (35)
watak ni terlalu biasa dan tak ada impact. kalau dia lebih keras dan kejam mgkn watak ni memorable. masalah watak ni tak konsisten dan ji suk punya lakonan tak menyakinkan.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (7/10)

Teknik pengarahan dia biasa sb ada part yg aku rs bosan dan slow. tapi ada juga part yg best jdnya aku tak pasti kesalahan inconsistent disebabkan penuli skrip atau pengarahan itu sendiri.


4. Skor muzik (3/5)

Lagu yg paling aku suka memang lagu Kwill - love like this. Sesuai sgt utk se kyung dgn seung joo.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)
Aku suka part jean thierry jd gila itu je.

@dauswq aku vote park shi hoo dgn song yi hyun performance diorg kat sini bagus.

Comments

TOTAL 7+7+7+3+2 = 26/40 *10 =6.5 Terima Kasih atas review Nomination: Park Shi Hoo & Song Yi Hyun   Post time 8-12-2013 11:39 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 12:00 PM | Show all posts
manganini posted on 7-12-2013 08:34 PM
@dauswq  mana tacang aku.. jangan lupa lak..

apa ni butang panggilan tak berfungsi.. try l ...

dh bagi...sori lmbt sket
klu aku terlupa, kau just pm jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq posted on 8-12-2013 12:00 PM
dh bagi...sori lmbt sket
klu aku terlupa, kau just pm jek

Hehe ok.. Tima kaseh
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 04:43 PM | Show all posts
aishh... citer 2012 rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057857 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list