|
[Tempatan]
LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)
[Copy link]
|
|
12.30pm: Shafee mengemukakan hujah bahawa sampel daripada dubur akan tahan lebih lama daripada kawasan peri-anal.
Katanya, ada rekod menunjukkan sampel boleh tahan sehingga 65 di kawasan dubur.
“Dalam kes Anwar, sampel berkenaan diambil selepas 56 jam,” katanya.
Shafee seterusnya mengemukakan satu tulisan dalam bahasan Thai, dengan rumusan dalam bahasa Inggeris, yang dibantah oleh Ram Karpal.
"Artikel ini sudahpun diteliti oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kita tidak boleh membenarkan satu tulisan dalam bahasa Thai di mahkamah.
"Jika tidak, kita boleh sahaja mengambil satu tulisan dalam bahasa Sepanyol,” kata peguam itu.
Hakim Arifin merekodkan bantahan berkenaan.
Shafee seterusnya mengemukakan hujah berdasarkan atikel Thai itu namun disekat oleh Hakim Suriyadi kerana beliau tidak dapat menafsir kandungan artikel berkenaan, walau ia berkaitan dengan kesalahan seksual.
"Kita tidak tahu sekiranya ia dilakukan ke atas seekor ayam,” kata hakim tersebut.
Shafee bagaimanapun menegaskan bahawa ia bukan ke atas seekor ayam.
Hakim Suriyadi seterusnya berkata: “Kita tidak tahu sekiranya ia mengenai KFC,” yang menyebabkan galeri mahkamah gamat seketika dengan gelak ketawa.
* Pendakwa kena gelak |
|
|
|
|
|
|
|
ladyxez posted on 4-11-2014 01:13 PM
Apa keputusan agaknya ye
TIDAK BERSALAH |
|
|
|
|
|
|
|
1.09pm: Hakim Ariffin mengumumkan mahkamah berhenti rehat dan persidangan akan diteruskan semula pada jam 2.20pm. |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya hakim sudah mula menolah hujah hujah pendakwaraya
satu peluang cerah untuk anwar
|
|
|
|
|
|
|
|
Hakim bagi hints tu nk break for lunch makan kfc.. |
|
|
|
|
|
|
|
xy_daen posted on 4-11-2014 01:44 PM
Hakim bagi hints tu nk break for lunch makan kfc..
hakim pun sudah muak dengan hujah pendakwaraya
bawa artikel dari siam
buat apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
bluemenx posted on 4-11-2014 02:10 PM
pusing pusing pusing punya hujah naik pening rakyat
betahun-tahun cite jubor
tak leh l ...
gelak gelak jugak
kalo dah meliwat tetap meliwat jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo x bersalah...ketum dan macai dah plan langkah putrajaya setelah berjaya dgn kajang dgn cara keji....walaupun...katanya... |
|
|
|
|
|
|
|
bluemenx posted on 4-11-2014 02:10 PM
pusing pusing pusing punya hujah naik pening rakyat
betahun-tahun cite jubor
tak leh l ...
Anwar jugak yang buat ianya bertahun-tahun cite jubor....
Kalau nak cepat abis, jangan banyak2 mintak tangguh... |
|
|
|
|
|
|
|
Shafee seterusnya mengemukakan hujah berdasarkan atikel Thai itu namun disekat oleh Hakim Suriyadi kerana beliau tidak dapat menafsir kandungan artikel berkenaan, walau ia berkaitan dengan kesalahan seksual.
"Kita tidak tahu sekiranya ia dilakukan ke atas seekor ayam,” kata hakim tersebut.
Shafee bagaimanapun menegaskan bahawa ia bukan ke atas seekor ayam.
Hakim Suriyadi seterusnya berkata: “Kita tidak tahu sekiranya ia mengenai KFC,” yang menyebabkan galeri mahkamah gamat seketika dengan gelak ketawa. hakim pun pandai menghanjeng
|
|
|
|
|
|
|
|
ladydutch posted on 4-11-2014 01:56 PM
hakim pun sudah muak dengan hujah pendakwaraya
bawa artikel dari siam
Normal je tuh pihak dalam prosiding bawa apa2 yang berkaitan untuk menguatkan hujah, terpulang pada hakin nak terima atau tidak tertakluk pada undang2 yang ada.
Tidaklah dengan penolakan artikel itu Nuart terbukti tidak bersalah...lol |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman posted on 4-11-2014 02:22 PM
Anwar jugak yang buat ianya bertahun-tahun cite jubor....
Kalau nak cepat abis, jangan banyak2 mi ...
nak stop cerita juboq ni senang je....JANGAN MENJUBOQ...LOL |
|
|
|
|
|
|
|
jalan terakhir...jika masih lagi ada pertikaian...
panggil kedua-duanya sekali....suruh buat sumpah laknat....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes Liwat II: Anwar Boleh Buat Ujian DNA Sendiri - Shafee
Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014
12:11 PM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya melakukan ujian DNA beliau sendiri bagi menolak penemuan pihak pendakwaan, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Selasa.
Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, langkah itu boleh dilakukan jika ketua pembangkang itu berhasrat membuktikan penemuan DNA 'Lelaki Y' itu bukan miliknya.
"Dia boleh ke Australia atau Eropah secara senyap untuk menjalankan ujian DNA dan mengemukakan profil DNA 'Lelaki Y'. Saya pasti mahkamah ini akan benarkan sebagai bukti tambahan," katanya.
Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mendengar hujah yang dikemukakan Muhammad Shafee yang bersambung Selasa.
Barisan hakim sama mendengar rayuan terakhir kes liwat Anwar sejak Selasa minggu lalu di mana pihak pembelaan diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Anwar mengemukakan rayuan untuk menolak hukuman lima tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. |
|
|
|
|
|
|
|
PUTRAJAYA, 4 NOV: Bukti DNA yang dihujahkan dalam Mahkamah Persekutuan bagi kes Fitnah II adalah dalam kategori sains dan tidak boleh dipolitikkan oleh sebarang pihak, tegas Ketua Umum Parti Keadilan rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar membidas ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mempolitikkan fakta berkenaan keputusan DNA pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam perbicaraan kes berkenaan.
Anwar berkata, DNA itu yang menentukan kesahihan fakta dalam kes berkenaan dan bukannya boleh dibuat perkara mainan oleh Shafee.
“DNA itu sains bukannya politik, jadi ada fakta, boleh jadi ada yang sahih dan ada yang tidak. Politik itu tidak akan membantu melainkan pihak hakim tertinggi terkeliru,” katanya yang dipetik dari Keadilan Daily.
Ditanya pandangan beliau berkenaan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendengar perbicaraan kes itu dalam masa singkat sedangkan Mahkamah Persekutuan mengambil masa yang panjang untuk mendengar hujah dari peguam dan pendakwa raya, Anwar berkata,
“Hakim Mahkamah Persekutuan memberikan perhatian teliti terhadap hujah yang dikemukakan, berbeza dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini,” katanya selepas selesai perbicaraan yang ditangguhkan semalam.
Perbicaraan rayuan kes Fitnah II yang memasuki hari ke-6 bersambung hari ini selepas bermula pada 28 Oktober lalu dan Shafee akan meneruskan hujah pada pagi ini yang dijangka tamat pada jam 11 pagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes Liwat II: Keputusan Rayuan Bukan Pada Selasa
Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 12:17 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
[email protected]
PUTRAJAYA: Keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak akan diketahui pada Selasa.
Wakil peguam pasukan pembelaan, Ramkarpal Singh berkata, pihaknya yakin panel lima hakim Mahkamah Persekutuaan memerlukan masa yang lebih untuk menilai hujahan kedua-dua pihak.
Malah katanya, pasukan pembelaan juga hanya akan menggulung hujahan mereka bermula pagi Rabu.
"Saya sangsi keputusan akan dibuat esok. Mungkin hari lain," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan ketika prosiding berhenti rehat pada pagi Selasa.
Prosiding pada Selasa yang masuk hari keenam menyaksikan pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyambung semula hujahnya.
Muhammad Shafee dijangka membuat penggulungan hujahannya sebelum mahkamah berhenti rehat pada tengah hari Selasa.
"Lepas itu (prosiding sesi petang Selasa) kami ada empat peguam yang akan memberi hujahan balas.
"Kami akan bermula petang ini didahului dengan Sangeet Kaur Deo, Gobind Singh Deo dan kemudian sama ada saya atau Datuk Seri Gopal Sri Ram. Tapi itu terpulang kepada masa. Berapa lama masa yang dibenarkan. Jadi besar kemungkinan ia akan bersambung esok," kata Ramkarpal. |
|
|
|
|
|
|
|
Rayuan liwat: Pendakwa raya persoal notis alibi Anwar
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditemani isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir pada hari keenam rayuan kes liwatnya di Istana Kehakiman, Putrajaya. - Foto Ghazali Kori
PUTRAJAYA: Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam hujahnya di Mahkamah Persekutuan hari ini membangkitkan mengenai notis alibi yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammad Shafee berkata, adalah menjadi tanggungjawab Anwar untuk mengemukakan keterangan bagi menyangkal keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau berada di lokasi kejadian seperti dalam pertuduhan.
Beliau berkata, jika Anwar gagal membuktikan keterangan itu dengan memanggil saksi bagi mengesahkan pembelaan alibi itu, mahkamah boleh membuat inferen sebaliknya.
Muhammad Shafee juga membangkitkan mengenai isu DNA dalam hujahnya hari ini berhubung dakwaan Anwar bahawa terdapat pencemaran dan gangguan kepada sampel DNA.
Beliau mempersoalkan mengapa Anwar tidak melakukan sendiri ujian DNA di luar negeri dan mengemukakan ujian itu di mahkamah bagi membuktikan dakwaan beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
bluemenx posted on 4-11-2014 02:29 PM
PUTRAJAYA, 4 NOV: Bukti DNA yang dihujahkan dalam Mahkamah Persekutuan bagi kes Fitnah II adalah dal ...
apa yang dipolitikkan...
Bukti DNA memang dari maklumat pakar2 sains. |
|
|
|
|
|
|
| |
|