Bekas Tunang Tidak Terkejut Adira Nikah Datuk Seri[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 4:30 PM
[size=0.75em]Shahrul Nasrun Kamarudin.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin tidak terkejut dengan berita perkahwinan bekas tunangnya penyanyi Adira yang heboh diperkatakan pada Isnin lalu. [size=0.98em]Shahrul, 29, berkata, Adira bukan lagi urusan peribadinya dan wanita berkenaan berhak mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri. [size=0.98em]"Saya tahu Adira berkahwin daripada seorang kawan tetapi saya tidak terkejut kerana kami tiada sebarang ikatan lagi. [size=0.98em]"Terpulang kepada dia kerana itu adalah kehidupannya dan sebagai rakan saya hanya boleh mendoakan kebahagiannya dan suami," katanya kepada mStar Online.
[size=0.98em]Shahrul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert 5 Divo di Bukit Damansara di sini, Selasa. [size=0.98em]Terdahulu, Adira mengakui sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Seri Adnan Abu selepas hanya tiga minggu berkenalan. [size=0.98em]Sebelum itu, gosip mengatakan Adira sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan tersebar luas sejak Khamis lalu. [size=0.98em]Gosip tersebut bertambah kuat apabila isteri pertama Adnan yang dikenali sebagai Datin Red mendedahkan di ruang komen menerusi gambar dimuat naiknya bahawa dia dan Adira kini berkongsi suami.
[size=0.75em]Adira dan suaminya.
[size=0.98em]Adira sebelum ini pernah bertunang dengan Shahrul Nasrun Kamarudin pada 22 Disember tahun lalu namun ikatan berkenaan putus pada pertengahan April lalu. [size=0.98em]Dalam pada itu, Shahrul berkata, dia berharap Adira bahagia dengan pilihannya dan menjaga rumah tangganya dengan baik. [size=0.98em]"Kehidupan berkahwin berbeza dan saya berharap dia menjaga rumah tangga dengan baik, bersikap lebih matang dalam setiap keputusannya," katanya. [size=0.98em]Shahrul turut meminta peminat tidak mengecam Adira yang tidak berpuas hati dengan keputusan penyanyi itu berkahwin secara tiba-tiba dan mendoakan kebahagian pasangan itu. [size=0.98em]Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, gosip mengatakan dia sudah bertunang dengan usahawan kosmetik iaitu Fatin Amira adalah tidak benar. [size=0.98em]Shahrul bagaimanapun mengakui sedang menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut dan merancang untuk bertunang pada tahun hadapan. [size=0.98em]"Benar saya berkawan dengan Fatin tetapi kami belum bertunang seperti dilaporkan. [size=0.98em]"Insya-Allah perancangan itu ada mungkin tahun hadapan," ujarnya.
|