CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

   Close [Copy link]
Post time 16-5-2016 05:58 PM | Show all posts
dammerung replied at 16-5-2016 04:27 PM
nampak lah. Dia siap offer kat aku nak tengok lagi. Dia cakap gambar 'pengantin pompuan' tu senyum ...

hati kering sungguh si JK tu siap ambek gamba, cuci and nengok gamba 'pengantin pompuan' tu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 03:35 AM | Show all posts
Memang terbaik la thread ni..thanks tuan tanah sudi kongsi cerita
Oh ya pasal kes politician tu kan, aku rasa haji tu mesti pernah mimpi @ direct kena kacau kaw2 ngan pompuan baju hijau tu..so bila beliau tgok dalam gambar, itulah pompuan yg sama menghantui beliau so apalagi seram seriau la..hehe just my 2 cent
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
cerita tt mmg best, tapi satu je lah. Rojak sangat buat iols pening kepala baca. sekerat english sekerat melayu jadi tak sedap nak membaca. pendapat iols la.

either write a full sentence in english, or in bm. Changing from one to another halfway in every half other sentences, to me, is quite an annoyance.

Technical issue sahaja lah tapi, tidak mengurangkan kualiti cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dam, update laju laju boleyyyy???
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 12:09 PM | Show all posts
TQ TT.
satu lg yg wajib follow
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
lagi..lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2016 02:24 PM | Show all posts
Bro...

Seperti biasa, cerita yg menarik dan penulisan yg baik.

Tentang kisah Ardiena tu, JK ada ambik photo patung2 dan dalam bilik tu? kalau ada, boleh kongsikan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 02:25 PM | Show all posts
planetplutop replied at 17-5-2016 03:36 AM
cerita tt mmg best, tapi satu je lah. Rojak sangat buat iols pening kepala baca. sekerat english sek ...

matter of preference je nih, macam aku ok je dam tulis camnih sbb aku pon style yang sama. kalau nih cara yg dia comfortable, biar lah. takleh nak please everyone kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 02:55 PM | Show all posts
n_smile29 replied at 17-5-2016 03:35 AM
Memang terbaik la thread ni..thanks tuan tanah sudi kongsi cerita
Oh ya pasal kes polit ...

Aku pun rasa benda yang sama...
Sebab tu Tuan Haji tu tarik diri kan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 06:25 PM | Show all posts
keep waiting for new story from TT...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 08:47 AM | Show all posts
Me nak lagi!! we want more plzzzz...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 12:42 PM | Show all posts
Nak lagi plzzzz huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 02:43 PM | Show all posts

Okok. Nak story lagi pls
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 04:11 PM | Show all posts
dammerung replied at 13-5-2016 06:34 PM
Kisah 19: Cerita Bersiri - Pengalaman Seorang Penyiasat Persendirian (Bahagian I)

Aku mengenali  ...

Hebat ilmu org tu..

Masih boleh bahagikan masa antara alam manusia dgn alam jin.

Jarang org mcm ni terlibat dgn politik dan org awam. Selalunya jenis suka bersendirian dan tidak layan dunia.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2016 05:34 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 21-5-2016 01:09 AM

Bahagian III - Akhir
Pengalaman 4 : Kejadian di Lebuhraya PLUS Selatan (2004)

Sebenarnya aku bercadang nak buat entry ni sebagai stand-alone sebab bukan pengalaman JK tapi kisah disampaikan ke dia oleh teman tentang kejadian di alami oleh adik temannya ini. Oleh kerana ianya sebahagian dari recording JK, so aku bundle sekali aja lah kisah ini sebahagian dari entry Kisah 19.

Kisah ini disampaikan oleh kawan Cina JK. Adik kawannya ini, aku namakan Elaine, menetap dan bekerja di Singapura. Kejadian terjadi pada tahun 2004 dimana ketika itu Elaine memandu pulang seorang diri ke kampung halaman di Penang.

Disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, Elaine cuma dapat balik Penang sehari sebelum CNY dan bergegas pulang malam itu juga. Dia meninggalkan Singapura sekitar pukul 10 malam.

Setelah dua jam memandu, hujan turun dengan lebat. Hujan itu punya lebat sampai tak nampak jalan raya tapi Elaine gagahkan juga memandu Honda Jazz nya gara-gara nak sampai rumah parent seawal yang boleh.

Kalau sesiapa familiar dengan PLUS Selatan mesti tahu area angin lintang highway Ayer Keroh - Seremban. Masa melewati area tersebut, Honda Jazz dipandu Elaine terhoyong-hayang dihempas ribut. Sampai stereng rasa berat dan terasa keretanya skidding ke kiri, barulah Elaine surrender. Hazard light dinyalakan dan perlahan-lahan dia mengemudi kereta ke lane kecemasan.

Elaine mematikan enjin kereta sambil membiarkan lampu dan hazard light menyala. Kedinginan cuaca di luar, di tambah ribut yang semakin menjadi-jadi membuatkan semua tingkap dan windshield diliputi kabus tebal.

Cuaca dingin membuatkan Elaine rasa nak kencing. Mula-mula boleh tahan lagi tapi sampai satu tahap kena buang juga, so bila dah tak tahan sangat, Elaine took up the measure to do whatever it takes. Nasib baik dia ada beli sedikit bekalan, menggunakan botol air mineral, Elaine beralih ke seat belakang dan do her business.

Masa kat seat belakang, Elaine nampak lintasan cahaya dari tingkap berkabus. Dari cahaya merah yang kini di depan keretanya, dia tahu itu ialah tail lights kenderaan.

Ada mixed feeling, dia rasa lega dan juga risau. Lega kerana dia tak keseorangan di situ dan risau tentang stranger dihadapannya. Sepanjang-panjang highway tu, kat depan dia juga orang tu nak berhenti, so mestilah ada sesuatu kan? Cepat-cepat Elaine pastikan pintu kereta semua berkunci.

Segera dia menyambar handphone NOKIA dan mendail abangnya (kawan si JK). Elaine memberitahu status perjalanan dan juga perasaan tak sedap hati tentang kenderaan di depan. Apa yang membuatkan Elaine tak sedap hati ialah kenderaan tersebut tidak menyalakan hazard light.

Dia kembali ke seat depan dan menghidupkan enjin kereta. Baru nak masuk gear D, Elaine dikejutkan oleh ketukan di tingkap sampai mati enjin kereta dek terputar kunci. Cermin tingkap yang berkabus di gosok kecil untuk pandangan lebih jelas. Kelihatan seorang lelaki berdiri di luar dan tak sempat nak cam muka, dah kabus balik cermin tingkap.

Tingkap diketuk bertalu-talu dan Elaine membuka sedikit cermin tingkap;

"Jumper! jumper!" Jerit lelaki itu dalam hingar-bingar ribut petir sambil buat isyarat agaknya nak pinjam jumper.

"No jumper, no" Balas Elaine.

"Jumper! jumper!" Jerit lelaki itu semula.

"No, no, I don't have jumper, Takde jumper! takde jumper!" Kata Elaine sambil buat isyarat dengan tangannya.

Elaine menutup cermin tingkap kerana bajunya basah ditimpa air hujan yang masuk. Punyalah gila ribut petir di luar sampai buka sikit tingkap pun dah basah macam tu. Di kala Elaine merungut soal baju basahnya, dia perasan stranger itu masih berdiri di luar. Meremang bulu tengkuk Elaine apabila dengar sayup-sayup mamat tu macam berceloteh sendirian betul-betul sebelahnya. Gila creepy mamat ni!

Dia hanya mendiamkan diri dan berharap supaya segeralah mamat tu beredar dari situ. Elaine segera menelefon abangnya dan memberitahu dengan suara terketar-ketar tentang lelaki creepy di luar. Kawan JK suruh adiknya beredar dari situ secepat yang mungkin.

Sebaik sahaja enjin dihidupkan, lelaki tersebut cuba membuka pintunya berkali-kali sambil menepuk-nepuk cermin tingkap. Elaine dah terjerit-jerit menangis ketakutan. Panik sangat agaknya, nak masuk gear D automatik pun terkial-kial macam gear manual. Time tu Elaine dah tak peduli, dia masuk gear R dan pijak pedal.

Meluru Honda Jazz nya ke belakang lebih kurang dalam 300 meter sebelum masuk gear D. Bunyi hon lori yang bingit menandakan betapa hampirnya Elaine dirempuh oleh lori kontena ketika cuba masuk semula ke lebuhraya. Close call dengan lori menyebabkan lelaki tersebut sempat catch up dan menghentak-hentak hud Honda Jazz Elaine.

Air mata dah mencurah-curah macam air paip. Handphone pula dah tak tau tercampak kat mana, cuma dengar bunyi deringan je. Elaine tercari-cari handphone yang kedengaran dari area tempat kaki penumpang.

Persetankan handphone! Elaine nekad mahu langgar lelaki gila tersebut. Dengan kereta menggelongsor kerana masih dalam keadaan D idle, di pijak gas sekuat-kuatnya. Impak dari kelajuan serta-merta menyebabkan Elaine hilang kawalan atas jalan licin dan menyeret keretanya sepanjang railing besi di tepi highway.

Belum sempat dia nak adjust balik, cermin tingkap sebelahnya di pecahkan dan Elaine di cengkam kemudian diseret keluar dari tempat duduk pemandu. Time tu Elaine dah meraung sehabis mungkin sambil meronta-ronta supaya dilepaskan.

Tapi kudratnya tak kuat nak melawan lelaki tegap yang sedang mengheret Elaine ke arah keretanya. Dalam kelam-kabut Elaine gigit lengan lelaki creepy sekuat hati sehingga menjerit lelaki itu.

Tak sempat nak lari, dia rasa tubuhnya di terkam.

"CALM DOWN!" Jerit lelaki tersebut.

Mana mungkin Elaine nak calm down. Dengan sedikit tenaga yang tinggal, dia cuba lagi meloloskan dirinya dari cengkaman kemas lelaki itu.

"I WILL LET YOU GO IF YOU CALM DOWN!"

Terpinga-pinga pula Elaine dengar mamat creepy ni speaking. Bertahun di UK ketika zaman belajarnya, Elaine kenal sangat dengan English accent. Memang creepy tak mengira darjat atau pelajaran tapi kemungkinan dia nak di kidnap oleh penculik yang mampu bertutur Bahasa Inggeris dengan posh nya, dekat Malaysia pula tu...

Elaine tak lagi meronta dan lelaki tersebut membantu Elaine bangun. Lelaki itu kemudiannya mendekati telinga Elaine;

"I am not trying to hurt you, it just that there is something on top of your car! I saw something jumped on your car while behind you, I saw a jumper"

"What?" Tanya Elaine yang masih tak faham maksud kata-kata lelaki yang kini jelas dilihatnya. Dari raut wajah, lelaki tersebut berketurunan India.

"LOOK!" Kata lelaki India itu sambil menunjuk ke arah kereta Elaine.

Walaupun ribut petir masih menggila, Elaine melihat jelas sillhoute makhluk dalam kedudukan merangkak di atas bumbung. Kepalanya botak dan apa yang jelas nampak dalam kegelapan malam ialah sepasang mata merah menyala melihat tepat kepada mereka.

Tembakan kilat dari langit menerangi highway buat beberapa saat. Dalam beberapa saat itulah Elaine nampak clear makhluk berbentuk macam gorilla tapi takde bulu dan dua taring besar terkeluar hingga ke bawah dagu.

Sebaik je nampak bentuk makhluk aneh tersebut, Elaine serta-merta bangun dan berlari ke arah kereta mamat India dan meninggalkan area highway itu. Mereka kemudiannya buat laporan polis di Seremban.

Beberapa jam kemudian Elaine, lelaki India dan beberapa pegawai polis kembali ke tempat kejadian dan mendapati Honda Jazz Elaine diterbalikkan. Tiada tanda-tanda di langgar atau kecurian.

Elaine mencari NOKIA nya dan mendapati berpuluh-puluh misscall dari keluarga. Di telefon keluarga beritahu bahawa dia tak sempat nak ber yee sang pagi ni sebab accident.

Dan yes, get ready bila dia sampai kampong sebab ada cerita menarik Elaine nak beritahu keluarga...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 05:50 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 18-5-2016 04:51 PM

Macam citer karak pulak tpi seriously scary
Pernah alami situasi hujan lebat dn kabus kt tempat angin lintang tu...jam 11 ml
Nasib baik tk.jumpa makhluk mcm tu
Dah la sebelum tu kena dgn cik pon kt pedas linggi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2016 07:09 PM | Show all posts
feuersturm replied at 17-5-2016 02:25 PM
matter of preference je nih, macam aku ok je dam tulis camnih sbb aku pon style yang sama. kalau n ...

true. aku pun dalam normal communication mcm dammerung gak. mixed English dgn Malay.

aku selesa dgn cara menulis dia. Rasa style yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 08:54 AM | Show all posts
damn. gila scary. ..........
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 10:23 AM | Show all posts
Nasib baik la ada mamat India tu tolong dia
Scary!!!

Kat Plus tu pun kawan aku penah ada pengalaman
1st tumpangkan 'akak dengan anak' dari Pagoh sampai Senawang
2nd nampak 'akak baju merah' kat rnr Kg Bemban yang mana lepas tu kain putih ikut kawan aku sampai exit Tangkak
Port2 scary kot situ
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 10:25 AM | Show all posts
Mekasih Dam

Nak mintak permission boleh?
Nak copy suma citer ko dlm nie, then aku nak simpan untuk bacaan sendiri
Boleh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.118665 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list