CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deaf4ever

Berita Hari Ini - 2005

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-6-2005 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 21-6-2005 10:44 AM:
yang aku ingat mak dia cakap dia berkenan kat ex gf fandi.. minah eurasian.. minah ni memang jambu tapi sayang dia tak nak tukar agama sebab tu putus.. mak dia puji melambung minah ni.. baik budi.. ...




susah sey, nak cakap nanti kena batang hidung sendiri...

tapi maybe kena suruh Wendy pakai jangan bukak2 sangat la... Kalo private affair ke, family affair ke lantak la nak pakai apa pun...
Tapi untuk tontonan mass media, masuk tv, masuk paper, then pakai2 gitu, tak best la...

Dorang dulu semua orang kampung pe... bukan duk London.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2005 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by dilah21 at 21-6-2005 08:47 AM:


oic.. thanks kak b .. hmm irfan is the first kid kan.. dulu baru2 macam kecoh gitu first born, da later2 anak2 dia da takder story sangat~



Dulu Fandi glamer lagi....

Masa dia kawin aku rasa wedding paling gemilang la...
Then masa dia nye pes son.. Fandi masih glamour

Dia ada business kereta terpakai, dia ada share kedai kopi,
Wendy ada boutique
Fandi lagi nak bukak South African restaurant kat Boat Quay
Ni kalo total semua dah ratus2 ribu or maybe million nye projeks...

Tapi last2...... takde news , semua tenggelam , then I think Fandi lost a fortune jugak la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2005 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 21-6-2005 02:31 PM:

Tapi last2...... takde news , semua tenggelam , then I think Fandi lost a fortune jugak la..



Dia banyak kena tipu ah....kan pernah si Wendy cakap pasal financial status diorang pat dalam magazine ke paper mana entah...dia kata kalau si Fandi tu memang milionaire, dia tak yah nak keje, tapi dia kena keje to help pay the bills and all....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2005 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 21-6-2005 03:11 PM:


Dia banyak kena tipu ah....kan pernah si Wendy cakap pasal financial status diorang pat dalam magazine ke paper mana entah...dia kata kalau si Fandi tu memang milionaire, dia tak yah nak keje,  ...



Dulu sokkabar Today pernah interview Fandi pasal what happen..
Then Fandi cakap dia dulu percayakan orang, dengar cakap orang...
Kalo dia tahu, semua duit dia, dia simpan buat belanja sekolah anak2 dia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2005 03:28 PM | Show all posts
Hari ni Tuesday, so sokkabar omputeh dapat attachment pasal DIGITAL LIFE.

So ada artikel pasal bola nye kapten, Aide Iskandar...

So Aide ceta pasal dia punye gadgets la...  Henpon dia, Digital Camera dia, Ipod dia...
dan... dalam kereta dia ada Television wei :cak:
Then dia pun ceta dia baru beli home theater and Plasma TV..


Bagus jugak ah baca2 gini kepo2 :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2005 03:31 PM | Show all posts
sedih sey ni.... lagi bila part pembantu rumah budak2 ni cam realise something is wrong then terus mengaji satu malam, then ada anjing2 menyalak...

Edisi Tengah: Abang bagai kena histeria
Oleh Masni Ros Pakir Mohamad
[email protected]

MELAKA: 揝aya tidak percaya apabila abang beritahu ibu dan ayah sudah meninggal dunia. Abang macam kena histeria pada waktu itu. Bila abang mula menangis, kami adik-beradik baru percaya apa yang diberitahunya,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2005 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 21-6-2005 15:11:
Dia banyak kena tipu ah....


Ah ah.... one thing abt him, dia macam nice guy... abih percaya salah orang, etc etc. Tu pasal ah bisnes dia tak pick up. Hopefully... bisnes je yang dia kena tipu.... bukan personal life....

kan pernah si Wendy cakap pasal financial status diorang pat dalam magazine ke paper mana entah...dia kata kalau si Fandi tu memang milionaire, dia tak yah nak keje,  ...


Hmmm.... part tu.... aku tak percaya sangat lah. Kalau dia millionaire pun, wife dia mesti tetap keje. Sebab keje dia bukan keje buruh kasar macam orang2 tua kita, etc... macam cuci pinggan mangkuk, sapu sampah, pat McDonalds, etc. Keje dia glamor.... kalau tunjukkan muka (dgn pakai baju lawa) untuk braper minit pastu dapat 3-4 angka punyer $$$, takkan taknak keje....

Lagi pun kan pernah si Sarah.... oops... Wendy... pernah cakap yang dia takmu depend on hubby dia byk sangat, tu pasal dia cari rezeki sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2005 09:51 PM | Show all posts
weii Kengkawan nengok ni..... dua letters keluar kat sokkabar...
thanks kat kawan korang tolong scan kan...:tq::tq:


Yang 2nd one.... Matz....ni kedai yang ko feberet tu kan???

Yang first one.... Seriously this stupid idiot is trying to be funny or he is a bloody fool tolol and tongong :ketuk::ketuk::ketuk::ketuk::ketuk:  Tak cukup ke buat rezebes, nak rezebes ke hapa lagi?? Gile nye orang nf:
Aku rasa penulis surat ni hari ni kena kutuk ngan ratus ribu orang ah :love:



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2005 07:58 AM | Show all posts
GELEMBUNG DALAM SELUAR DEDAH HELAH

HELAH menyeludup masuk 10 bungkusan pil Erimin 5 terbongkar gara-gara gelembung aneh di depan seluarnya.

Rupanya lelaki warga Singapura berusia 28 tahun itu cuba meletakkan bungkusan berbalut plastik berisi dadah tersebut dalam seluarnya agar tidak dapat dikesan.

Tetapi taktiknya tidak terlepas daripada pengawasan para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Woodlands awal pagi semalam.

Lelaki yang menaiki sebuah teksi itu mulanya berat hati untuk keluar, tetapi menyedari dia tidak dapat mengelak, lalu mengeluarkan bungkusan itu dari seluarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 09:14 AM | Show all posts
Edisi KL: Helah Pak Arab

Oleh Mohamad Hussin
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seorang pelancong Arab bertindak licik memperdayakan sekurang-kurangnya dua pemandu teksi di sini, semalam, dengan meminjam wang kononnya untuk membeli makanan selepas mendakwa tidak sempat menukar mata wang asing dibawanya sebelum menghilangkan diri.

Untuk meyakinkan mangsanya, lelaki yang mendakwa dari Kuwait itu terlebih dulu singgah membeli kasut dan kemudian meninggalkannya dalam teksi sebagai jaminan dia tidak akan melarikan diri selepas meminjam wang berkenaan.

Bagaimanapun, Pak Arab terbabit ternyata licik apabila kotak yang ditinggalkan dalam teksi itu sebenarnya mengandungi kasut buruk dan ia hanya disedari pemandu teksi apabila memeriksanya selepas pelancong terbabit tidak muncul kembali beberapa jam kemudian.

Berdasarkan kelicikannya itu, pelancong Arab terbabit yang memperkenalkan diri sebagai Mohammad dan baru dua hari tiba di negara ini untuk melancong bersama isteri, dipercayai sudah menipu lebih daripada dua pemandu teksi.

Seorang pemandu teksi, Kamarudin Md Aris, 52, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari selepas lelaki terbabit tiba-tiba menaiki kenderaannya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.

揕elaki itu minta saya menghantarnya ke pusat beli-belah untuk membeli kasut dan saya terus membawanya ke Maju Junction, bagaimanapun dia mengarahkan supaya ke Kompleks Pertama, tidak jauh dari situ.

揂pabila sampai di pusat beli-belah itu, dia menyuruh saya menunggu kerana ingin membeli kasut dan tidak sampai 15 minit dia muncul dengan membawa dua kotak dipercayai mengandungi kasut baru.

揕elaki terbabit turut memberi alasan hendak membeli makanan segera yang dipesan isterinya yang kononnya menunggu di hotel dan sedang bersiap untuk ke Thailand pada petang ini (semalam),
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 22-6-2005 09:04 PM | Show all posts
KES PELAJAR HILANG DI BANGALORE

MAHU DUDUK SEMULA DI S'PURA
Oleh
Suryani Omar

PENGALAMAN pahit dibawa lari semasa tinggal di Bangalore, India, menyebabkan Mohamed Zakaria Mohamed Ilyas berasa takut untuk pulang ke bandar tersebut.

Malah, pelajar berusia 15 tahun itu kini tidak sabar untuk tinggal di Singapura secara tetap selepas hilang selama hampir sebulan.

Zakaria hilang pada 8 Mei lalu selepas keluar rumah untuk ke Masjid Talha bagi solat subuh.

Dia hanya ditemui semula pada 2 Jun lalu di Masjid Marqus di New Delhi.

Anak sulung lima beradik itu kini berada di Singapura untuk lawatan 10 hari.

Ketika ditemui di Kim Seng Plaza semalam, Za karia mendedahkan rancangannya untuk tinggal di Singapura semula selepas tamat peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' Mei tahun depan.

'Inilah tanah air saya,' katanya sambil tersenyum walaupun akur agak sedih terpaksa meninggalkan ibu, Cik Syeda Banu, dan bapanya, Encik Mohamed Ilyas, seorang pemaju di Bangalore.

Zakaria pernah tinggal di sini sejak berusia peringkat prasekolah, tetapi dia melanjutkan pelajarannya di Bangalore April tahun lalu.

Ditanya tentang Bangalore, Zakaria yang bakal menduduki lima kertas peperiksaan November ini dan empat lagi Mei depan berkata:

'Pada mulanya saya selesa tinggal di Bangalore, tetapi selepas kejadian ini saya agak takut (tinggal di Bangalore). Saya lebih selesa di Singapura yang lebih selamat.'

Zakaria tiba di Singapura Ahad lalu bersama datuknya, Encik Mohd Ali Marican, 62 tahun, dan nenek, Cik Razia Begum, 58 tahun, yang tinggal di Tampines.

Bagaimanapun, dia akan kembali ke Bangalore sendiri pada 2 Julai nanti untuk meneruskan pengajiannya di sana.

Semasa ditemui di pejabat Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (Persatuan MKAC) itu, Zakaria, pelajar gred 10 Sekolah Antarabangsa Mallaya Adithi, kelihatan masih kurus dan cengkung, walaupun sudah tiga minggu kembali ke pangkuan keluarga.

Berkemeja warna kuning kemerah-merahan lengan pendek dan seluar hitam serta kasut kulit coklat, bekas pelajar Sekolah Menengah Coral yang tinggi lampai itu juga masih batuk dan demam selesema.

Namun, kakinya yang melecet sudah pun sembuh.

Ditanya tentang kejadian yang menimpanya itu, Zakaria kurang pasti tempoh dia berada di Goa, Mumbai dan New Delhi dan tidak ingat tentang rentetan peristiwa tersebut.

Datuknya juga enggan cucunya ditanya tentang kejadian itu kerana khuatir Zakaria akan melalui keadaan trauma.

'Saya mahu dia melupakan kisah itu. Kami bawa dia ke sini untuk berehat dan bertukar peman dangan,' katanya.

Presiden Persatuan MKAC, Encik Ameerali Abdeali, yang juga rakan Encik Mohd Ali, pula berkata Zakaria perlu memberanikan diri untuk meneruskan pelajarannya di Bangalore.

Selama di sini, Zakaria bercadang untuk bertemu dengan rakan-rakannya di Singapura, terutama sekali Muhammad Nadzir Mohammad Zin, yang berhubungan dengannya melalui sembang siber sewaktu tempoh kehilangan tersebut.

Keluarganya juga akan mengadakan majlis kenduri doa selamat Khamis depan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2005 07:48 AM | Show all posts
PEKEDAI DIPENGGAL DEPAN PELANGGAN
Selatan Thai terus rawan

BANGKOK - Seorang lelaki dipenggal kepalanya di depan para pelanggan di sebuah kedai teh di daerah Cho-Ai-Rong di wilayah Narathiwat semalam.

Mangsa, Encik Lek Pongpa, 34 tahun, seorang penjual pakaian, ditembak di kepala sebanyak dua kali sebelum kepalanya dipenggal di depan tiga pelanggan di situ, kata Leftenan Polis Wattana Ketamphai.

'Kami telah menjumpai kepalanya di dalam karung baja sekitar dua kilometer dari tubuhnya,' kata Leftenan Wattana.

Encik Lek merupakan mangsa penggal kepala kelapan sejak keganasan meletus di selatan Thailand pada awal tahun lalu.

Sementara itu, anggota kumpulan pemisah menembak mati dua lelaki dan meletupkan bom yang disasarkan ke atas sami Buddha di wilayah selatan Thailand, kata polis dan pegawai tentera semalam.

Menurut seorang pegawai tentera, tiga lelaki bersenjata menyerbu rumah timbalan ketua kampung di wilayah Yala, Encik Asan Kaji, 52 tahun, dan menembaknya lewat kelmarin.

Di wilayah Pattani pula, empat anggota kumpulan pemisah, dengan salah seorang daripada mereka menyamar sebagai wanita berpakaian purdah, menembak mati seorang sukarelawan keselamatan, Encik Chamnarn Thepsuwan, 48 tahun.

Sementara itu, satu bom kecil diletupkan semalam di wilayah Narathiwat sedang pasukan keselamatan mengiringi para sami Buddha yang mengumpul derma.

Menurut para pegawai tentera, tiada siapa yang cedera dalam letupan bom itu.

Mengulas tentang pembunuhan tiga lelaki Islam yang sedang solat di Pattani Isnin lalu, gabenor wilayah itu, Encik Cherdphan Na Songkhla, berkata mereka dibunuh agar tidak dapat memberi bukti kepada pihak berkuasa.

'Kami belum mendapat bukti jelas siapa penyerang mereka tetapi siasatan awal menunjukkan mereka mungkin anggota kumpulan pemisah yang ingin rakan mereka mati agar tidak dapat memberi bukti yang menunjukkan anggota kumpulan pemisah lain bersalah,' katanya yang ditukil oleh akhbar Nation semalam.

Sejak beberapa bulan lalu, anggota kumpulan pemisah mula melancarkan serangan rambang ke atas para penduduk kampung beragama Islam dan Buddha. - Agensi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2005 07:49 AM | Show all posts
WANITA KELAR LEHER DICAPRIO DENGAN KACA

LOS ANGELES - Pelakon filem Titanic, Leonardo DiCaprio, terpaksa mengalami beberapa jahitan selepas lehernya dikelar seorang wanita dengan kaca di satu pesta di Hollywood, Jumaat lalu.

Polis sedang menyiasat serangan yang dikatakan berlaku selepas wanita itu memarahi pelakon itu apabila dia dilarang memasuki pesta berkenaan.

DiCaprio telah dikejarkan ke hospital dengan lukanya memerlukan 12 jahitan.

'Kejadian itu berlaku pada awal pagi 17 Jun apabila DiCaprio hadiri satu pesta di rumah rakannya di Hollywood Hills,' kata kenyataan Jabatan Polis Los Angeles kelmarin. 'Ekoran serangan itu, beliau mengalami luka pada sebelah kiri lehernya,' kata kenyataan itu.

Siaran berita CBS2 melaporkan wanita itu mengelar DiCaprio dengan botol bir.

Pelakon berusia 30 tahun itu telah menghubungi detektif Hollywood lewat Isnin lalu melaporkan serangan itu.

Seorang pegawai perhubungan pelakon itu berkata wanita berkenaan sedang mencari bekas teman lelakinya di pesta itu.

'Leo diserang oleh seorang wanita yang menceroboh masuk dan telah berkali-kali disuruh meninggalkan tempat itu,' kata jurucakap DiCaprio, Encik Ken Sunshine.

Sumber yang dekat dengan DiCaprio berkata pelakon itu telah kembali bekerja meneruskan penggambaran filem terbarunya, The Departed, di Boston Isnin lalu. - AFP.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2005 07:55 AM | Show all posts
AZIZ JAAFAR MENINGGAL

SENIMAN Aziz Jaafar, 69 tahun, pelakon terkenal seangkatan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya, pagi semalam.

Suami Allahyarhamha Normadiah itu menghembuskan nafas terakhir di sisi empat anaknya - Syarifah Hasnor, Syed Ekhzan, Liza dan Azlina.

Menurut anaknya, penyanyi Azlina, beliau menemui bapanya pengsan di bilik tidurnya.

'Kami telefon doktor untuk memeriksa keadaannya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 11 pagi,' kata Azlina.

Kematian Allahyarham dianggap begitu mengejutkan kerana beliau baru menjayakan konsert di Brunei dan Kucing dari 15 hingga 20 Jun lalu.

Rakan seperjuangannya, seniman S. Shamsudin yang bergegas ke Kuala Lumpur sebaik saja menerima khabar sedih itu, ketika dihubungi berada di tanah perkuburan untuk urusan jenazah.

'Tak dapat nak kata macam mana terkejut dan sedihnya saya sebab kami baru sama-sama buat pertunjukan di Brunei dan Kuching. Allahyarham kelihatan sihat dan ceria seperti biasa. Tak sangka Aziz pergi tiba-tiba,' kata Pak Sudin.

Kerana sebak, beliau menghulurkan telefon kepada pelakon Aziz Sattar. Tetapi Aziz Sattar juga tidak mampu bercakap. Hanya suara tangisannya saja yang kedengaran menerusi telefon.

Allahyarham Aziz Jaafar, yang sering membawa watak hero atau peranan baik-baik seperti dalam filem Sayang Si Buta, Lela Manja dan Neraca, juga merupakan seorang penyanyi yang merdu suaranya.

Beliau adalah salah seorang anggota kumpulan Panca Sitara, yang popular dengan imej kaca mata hitam. Kumpulan diketuai seniman agung Tan Sri P. Ramlee itu turut dianggotai isterinya, Allahyarhamha Normadiah.

Menurut seniman Mustapha Maarof, yang mengetuai rombongan ke Kuching itu, persembahan terakhir Aziz bersama rakan-rakan seperjuangan dari Studio Jalan Ampas telah disaksikan kira-kira 10,000 penonton di Stadium Tertutup Sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2005 07:57 AM | Show all posts
MAHU MAKAN BURGER IKAN PAUS?

TOKYO - Sebuah rangkaian restoran makanan segera di Jepun semalam berkata ia akan menjual 200 burger ikan paus setiap hari bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan.

Restoran Lucky Pierrot, yang mempunyai 10 cawangan di pulau Hokkaido, berkata burger itu dimasak menggunakan daging ikan paus jenis minke.

'Kami menggoreng daging ikan paus minke dan burger ini rasanya seperti daging lembu. Kami telah mengambil keputusan untuk menyertakan burger ikan paus dalam menu kami ekoran permintaan memberangsangkan daripada pelanggan dan kami sangat berterima kasih kepada ikan-ikan paus yang membolehkan kami membuat burger ini,' kata pengurus rangkaian itu, Cik Miku Oh.

Semalam, setiap daripada 10 cawangan restoran itu mula menjual 20 burger ikan paus dengan harga 380 yen ($5.80) setiap satu.

Penjualan burger ikan paus itu diumumkan sedang Suruhanjaya Ikan Paus Antarabangsa semalam menolak permintaan Jepun agar dibenarkan menyambung penangkapan ikan paus jenis minke untuk tujuan komersial di Lautan Pasifik. - AFP.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2005 07:59 AM | Show all posts
WANITA BANTU SUAMI ROGOL AMAH

PULAU PINANG - Seorang penjual ayam dipenjara 36 tahun dan dikenakan sembilan sebatan oleh sebuah mahka mah di sini semalam atas kesalahan merogol pembantu rumahnya.

Isterinya, seorang suri rumah, yang membantu nya berbuat demikian dengan memegang tangan gadis berusia 19 tahun itu, pula dihukum penjara enam tahun.

Tan Seok Hoon, 37 tahun, didapati bersalah bersubahat dengan suaminya, Seow Eng Aik, juga 37 tahun, merogol warga Indonesia itu pada 11 pagi pada Julai 2004 di rumah mereka di Tingkat Paya Terubong 3, Paya Terubong di sini.

Seow juga didapati bersalah terhadap dua lagi tuduhan merogol pembantu rumahnya itu pada 2 pagi pada Februari 2004 dan pada Ogos 2004, kedua-duanya juga di rumahnya.

Seow dan Tan dihadapkan ke mahkamah pada 22 Oktober lalu dan dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM15,000 ($6,591) dan RM8,000 seorang.

Semasa perbicaraan, pembantu rumah itu memberitahu mahkamah bahawa selain tangannya dipegang oleh Tan semasa Seow merogolnya, Tan juga memasukkan cili dan lobak ke dalam kemaluannya.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Razak Musa memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal kerana pasangan suami isteri itu melakukan perbuatan yang jijik, menindas serta mengambil kesempatan terhadap pembantu rumah yang tidak berdaya melawan. - Bernama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2005 10:46 AM | Show all posts


15 tahun derita

Oleh FUAD HADINATA YAACOB

ALOR GAJAH: 揇i mana wang bantuan kami?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2005 10:55 PM | Show all posts
tadi berita pasal mayat budak cina yg mati lemas dah jumpa.. aku cukup sedih sampai aku menangis.. sedihnya masa mayat dia diusung, mak dia tak henti henti panggil nama dia.. terus airmata aku tak boleh stop..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2005 07:47 AM | Show all posts
MAYAT BUDAK YANG HILANG DI LAUT DITEMUI

BUDAK lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang kelmarin di laut berhampiran empangan Kolam Ayer Lower Seletar, dekat Yishun Avenue 1, telah ditemui pagi semalam.

Ang Zi Jian, 15 tahun, pelajar menengah empat Sekolah Menengah Orchid Park, ditemui polis dan anggota unit penyelam angkatan laut di pantai di kawasan yang sama.

Dia dijumpai sejam selepas usaha-usaha mencari itu disambung semula pagi semalam.

Menurut polis, Zi Jian yang menetap di Yishun pergi memancing di situ sejak Jumaat malam bersama sekumpulan temannya - lima lelaki dan seorang pe rempuan.

Mereka kemudian bermandi-manda sekitar 7.30 pagi sejurus sebelum Zi Jian tiba-tiba hilang daripada pandangan.

Dia dipercayai lemas.

Para penduduk menyatakan perairan tersebut memang bahaya kerana arusnya deras.

Menurut polis, pihaknya tidak menemui sebarang kecederaan pada tubuh Zi Jian.

Polis menyifatkan kes tersebut sebagai satu kematian luar biasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2005 08:33 PM | Show all posts
kat negeri Amerika , ada beruang grizzly bear bunuh sepasang suami isteri...
bear ni semua kuat eh...


Grizzly kills couple in Alaska
Monday, June 27, 2005 Posted: 0702 GMT (1502 HKT)

YOUR E-MAIL ALERTS

Alaska
or Create Your Own
Manage Alerts | What Is This? ANCHORAGE, Alaska (AP) -- Two people camping along the Hulahula River in the Arctic National Wildlife Refuge were killed by a grizzly bear, officials said.

Officials discovered the bodies and an unused firearm in a tent Saturday at a campsite near the river. They also shot and killed the animal.

The couple, whose names were not released, was believed to be in their late 50s or early 60s, North Slope Borough police said on Sunday. They were from Anchorage and had been on a recreational rafting trip down the river, Alaska State Troopers said.

The victims were in their tent when the attack occurred, according to Tim DeSpain, spokesman for Alaska State Troopers.

The campsite was clean, with food stored in bear-proof containers.

"The initial scene indicates that it was a predatory act by the bear," DeSpain said.

A rafter had seen the animal at the site and notified authorities.

The couple's injuries were consistent with a bear attack and there were no signs of foul play, said Kelly Alzaharna, a lieutenant with the North Slope Borough Police Department.

There were no other people at the campsite, which was about 12 miles up river from Kaktovik, a community of about 300 on Barter Island and the only village in the refuge.

Officials are not sure when the couple was killed.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.089374 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list