singing competition????not just a singing competition dumbass.ambik kira persembahan jugak.owh ok singing competition allowing peserta warga emas mcm nenek liza tgk prompter sampai sudah ye. even tok naz sebagai juri minggu lps kat sapatah.. zehra ke,sheila ke error here n there is ok.ko sapa???
ko punya argue... hence the judges is there.so which one your argument..really? juara2 yg kalahkan liza boring hanim ko mmg atas penilaian markah judges ke or ko punya palatao kata juara tu mainan astrok dah pre-set.ko pun tak tentu hala. gi matey laa phuii
khensssss arwah sarah, ummah sedehhh sebab she meninggal time covid, meninggal selepas bersalin...anak bongsu she tak kenal pun mak kandungnyaaa
but then, before that, she dikecammmmm gara2 shemakeennnnnnnnnnnn masa AJL n kisah soeb verangannnn n scam org sana sini...kena panggil sprm bagai....and kena kecam lagi bile gatal batang nak kawin lagi sementelah arwah baru tak sampai 2 tahun meninggal....
Post time 6-2-2025 09:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by scrocth at 6-2-2025 09:35 PM
Dunia penyiaran juga ada sisi 'zalimnya'
Oleh -SITI ATHIRAH DZULKIFLY 6 Februari 2025,
Siapa sangka, sembilan tahun mengabdikan diri dalam dunia penyiaran, bekas pembaca berita dan penyanyi, Zehra Zambri, menyimpan beragam rasa yang akhirnya menjadi sebua pengalaman peribadi 'mahal' untuk dikenang.
Berawal manis, Zehra mengakui, ada hakikat yang harus ditelan kerana dunia penyiaran, meskipun merupakan satu cabang kerjaya yang diminati namun menjadi
orang yang digemari sentiasa adalah amat mustahil.
Zehra mengakui, betapa kecewanya hati apabila kerjaya yang disukai kemudiannya bertukar menjadi satu mimpi ngeri apabila dirinya diketepi oleh orang sekeliling sekelip
mata setelah dia memberikan yang terbaik dalam hasil kerjanya.
"Boleh dikatakan, dunia penyiaran ini ada sisi zalimnya juga, di mana-man tempat pun.
Bakat baharu datang bersilih ganti, rupa paras itu jadi ukuran jugalah. Apabila kita ini dilihat tidak lagi boleh jadi penarik, maka bersedialah untuk ditendang ke tepi.
"Saya tak nafikan, bidang ini ada politiknya. Kalau kurang contact, atau tak pandai bodek, tak cukup 'kabel', orang tak pandang. Memang tak boleh bergantung semata
pada bakat sebab dunia penyiaran ini satu persaingan.
"Semua orang nak berada di depan kamera. Semua orang nak menyerlah, saya pula tak pandai membodek dan hanya berharap pada bakat lalu mengharapkan orang
nilai dari situ, ternyata saya salah,"katanya.
"Kawan-kawan pun hilang sebab saya bukan lagi pembaca berita, saya pergi kerja pun dalam keadaan tertekan. Saya tahu tak boleh bersedih sebab niat bekerja nak cari rezeki untuk anak. Tetapi sampai satu tahap, saya memang diri disisihkan," katanya.
Kongsi Zehra lagi, keadaan sekeliling pada waktu itu menjadi sangat negatif sekali gus memberi impak yang sangat besar buat dirinya.
"Saya juga tiba-tiba ditukarkan ke unit yang tidak lagi menonjolkan diri sebab sudah biasa di bekerja di depan kamera sebelum itu.
"Hidup saya pergi kerja, saya masak sendiri dan bawa bekal, makan seorang. Datang kerja pun sanggup naik lif barang kerana saya dah tahap tak boleh nak hadap manusia sebab rasa diri seakan dihina. Maklumlah bukan lagi pembaca berita, jadi tak ada siapa hendak berkawan.
"Pergi kerja pun saya akan nangis dahulu, semua itu satu pengalaman yang pahit untuk ditelan,"katanya.
Sinar baharu
Bagaimanapun, menurut Zehra, dia meletakkan noktah untuk menamatkan kerjaya dalam dunia penyiaran setelah berjuta kali memikirkannya secara masak-masak. Jauh di sudut hati, Zehra tahu, hanya dirinya yang perlu keluar dari ruang 'kesakitan' demi kesejahteraan diri.
Pada masa yang sama, tawaran untuk bertanding di pentas Gegar Vaganza (GV) muncul dan Zehra akui, rugi jika peluang tidak diambil.
"Allah balikkan saya semula kepada roda pertama di mana saya bergelar seorang penyanyi. Mula-mula, ibu ayah tak izinkan sebab mereka lihat saya sudah bekerja dan makan gaji bulanan, maklumlah dunia seni pula tiada jaminan seperti itu.
"Tetapi saya buat solat istikarah dan katakan pada mereka yang diri tidak gembira dan sudah raih pengalaman sebagai pembaca berita. Saya nak menyanyi semula.
"Mereka tak yakin juga pada awalnya sebab saya sudah tidak jaga rupa dan ada anak kecil, tetapi saya tetap dengan pendirian,"katanya.
Pada masa yang sama, penyanyi berusia 38 tahun ini mengakui telah banyak menyusahkan ibu ayahnya sejak dari kecil hinggalah dirinya sudah berkahwin dan punyai anak.
Tiada niat sebegitu, Zehra bagaimanapun bersyukur dan terhutang budi dengan kebaikan orang tuanya yang sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukannya.
"Saya akui dalam empat beradik, sebagai anak perempuan tunggal, diri paling dimanjakan. Masa nak jadi penyanyi dulu, ayah saya habiskan hampir RM100,000 untuk keluarkan album saya tanda memberi sokongan.
"Mak ayah memang banyak berhabis wang ringgit dan tenaga sebab mereka faham kehendak dan minat anaknya. Dari kecil mereka sudah bersusah payah untuk saya dan siapa sangka, sudah dewasa begini pun mereka masih bersusah hati untuk saya.
"Ada masalah, saya cuba sembunyikan demi tak mahu menyusahkan mereka. Tetapi, mereka tetap akan tahu sebab naluri yang kuat. Saya terhutang budi dengan ibu ayah sampai bila-bila, jasa baik yang tidak mampu terbalas," katanya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 6-2-2025 11:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
duri_durians replied at 6-2-2025 06:51 PM
Rank final yg aku nak:
1. Liza
2. Dyrga
Tadi iols saje search kat TT dyrga dadali.
Tak sangka dia tengah live.
Dia nyanyi lagu kenangan terindah tu low note dia best betul chuols..note tinggi perlu diperkemaskan lagi. Dia ada nyanyi sikit lagu battle not bad jugak..
Bila iols search balik TT dia rupanya sebelum ni dia pernah live juga praktis lagu Samsons tu. Tapi masa first practice tu dia belum boleh hadam sepenuhnya lagi lagu tu..video ni masa first practice dia..
Kalau dia betul perform masa final nanti tak mustahil dia bakalan juara..
Post time 7-2-2025 07:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
moonela replied at 6-2-2025 11:17 PM
Tadi iols saje search kat TT dyrga dadali.
Tak sangka dia tengah live.
Dia nyanyi lagu kenangan te ...
so betul la kata bunda dia ni asik live je hahaha
dyrga low note ok, bab tinggi tu kadang agak goyah contoh masa nyanyi apokalips.
tapi lagu kenangan terindah aku bleh bayang dah sedap dia nyanyi. lagu tu mmg kena dgn suara dia.