|
"Lelaki Suka Perempuan Lembut, Bodoh-Bodoh Sikit,"-Prof Muhaya Dihenta
[Copy link]
|
|
"
“Kalau baca yang tersirat, Prof. Muhaya sebenarnya tekankan pasal perlunya bertolak ansur, toleransi dalam hubungan suami isteri,” kata seorang netizen Alexis King."
Muhaya ni bodoh ke tak boleh cakap begitu kalau itu yg dimaksudkan? Xyah nk konon explain because that clearly wasn't what she said. Being bodoh bodoh langsung xsama dengan being tolak ansur and toleransi. |
|
|
|
|
|
|
|
samalah. lepas dgr ceramah sheols yg kata membazir bila duit gaji buat beli tudung mahal-mahal. nanti org yg tak mampu beli kempunan. Tapi sheols bagi ceramah sambil pakai tudung ariani yg mahal gila tu.. choyyyyyyy
|
|
|
|
|
|
|
|
isseliparjepun replied at 10-6-2021 06:28 AM
Arwah Atuk I once said, jadilah orang perempuan yang berpendidikan, ada gaji, pegang duit sendiri, i ...
My moyang said the same to me and this when I was little sebab tu juga pesan dia to my mom. I am fiercely independent. |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 10-6-2021 06:51 AM
Silap laa Prof pilih perkataan "bodoh" tu .apa kata guna perkataan "manja2", ai rasa better..bt pera ...
Manja2 pun geli lah. Nak kena berlakon pulak. Eeewwww. Just be yourself is the best. Kalau manja pun sweet. Kalau dibuat2 manja geli. Not all men suka pompan acah control ayu and gedik manja. Ada yang rimas. |
|
|
|
|
|
|
|
True-X replied at 10-6-2021 10:21 AM
manja tuh manja laaa... ade pulak nak bekap kata muhaya maksudkan "bodoh2"tuh manja
ramai pulak ...
Hahahohohoo khenzs? |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 10-6-2021 11:07 AM
"
“Kalau baca yang tersirat, Prof. Muhaya sebenarnya tekankan pasal perlunya bertolak ansur, toler ...
Betul.. dah kenapa pulak org lain yang sibuk tolong justify.. dia sendiri boleh jawab.. and apologize kalau ayat dia buat org salah faham..ayat bodo2 dia tu implying that perempuan kena sentiasa letakkan diri bawah lelaki.. kan lebih manis kalau bergandingan bersama |
|
|
|
|
|
|
|
Gianna111 replied at 10-6-2021 09:59 AM
somehow she is the one who needs to seek treatment la...
I absolutely agree with you! |
|
|
|
|
|
|
|
sweetpea911 replied at 10-6-2021 11:17 AM
Betul.. dah kenapa pulak org lain yang sibuk tolong justify.. dia sendiri boleh jawab.. and apolog ...
Some meleis. Macamlah juga kalau terjemah ayat quran pun sibuk banyak nak letak tambahan dalam kurungan ikut interpretation sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Firis replied at 9-6-2021 11:09 PM
Kadang masalah kcik je pastu kita dh overcome pun problem tu ttap jgak dia akn tnya cmna kita bole ...
bos pompuan memang gitu uols..bukan setakat kedekut reward..puji2an pon kedekut.. apa dia ingat kalau dia puji staff, staff jadi malas ke |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x suka mata muhaya ni
X genuine |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kat andartu bila dr muhaya cakap mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian andartu dan ibu tunggal. Mulut longkang si Muhaya ni. Memang patut kena kecam seMalaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Prof vs Dr
Ramai pulak yg bandingkan aurat bla bla bla
Benciii |
|
|
|
|
|
|
|
Kata dr.harlina dah counter balik. Betolke. Sapa ada jumpa paste sini |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wanawina at 10-6-2021 12:36 PM
ni sis
BAB KEPIMPINAN LELAKI & URUSAN JODOH WANITA
Hari ini saya dihujani perkongsian beberapa rakan, mengenai kenyataan Bonda Prof Datuk Dr Muhaya dalam satu sedutan video berdurasi 56 saat yang menyentuh perihal kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita.
Dalam video pendek itu ( [color=var(--blue-link)]https://youtu.be/iCrwdr6pkII) , Prof Muhaya membangkitkan beberapa perkara :
1. Perlunya menghargai dan meraikan (celebrate) kepimpinan lelaki sebagai ketua, walau setinggi mana pun kedudukan dan berpangkat besarnya seorang wanita. Alasan yg diberikan : Lelaki tetap menjadi imam dalam solat berjamaah (walaupun pangkat rendah) dan semua Nabi2 juga adalah lelaki.
2. Larangan kepada wanita supaya jangan sibuk2 nak bebaskan diri (liberate) dan mahu demand kedudukan supaya sama dan setaraf dengan lelaki.
3. Pandangan mengenai naiknya tahap hormon testosteron bila wanita sibuk nak buat apa yg lelaki buat. Bila testosteron tinggi – wanita nak drive, nak achieve dan nak independent, akhirnya menyebabkan wanita itu lambat bertemu jodoh.
4. Lelaki suka wanita yg lembut2, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh2 sikit.
5. Siapa yang lambat jodoh tu, kena tengok karakter masing2.
_______________________________________________________________________
Reaksi spontan selepas selesai menonton video itu – Dr Har rasa kaget, terkejut besar dan kecewa bercampur-baur dengan apa yang dinyatakan. Dr Har memahami mengapa ramai warga netizen yg turut merasa terkilan.
Malahan pastinya ada yg tersinggung, terguris dan berkecil hati – khususnya bila aspek sensitif spt jodoh disentuh secara langsung, tanpa berlapik dan berselindung.
Terus Dr Har hubungi sendiri Prof Muhaya dan tim beliau untuk mendapatkan pengesahan sama ada video tersebut asli dan original. Tabayun atau clarification ini Dr Har anggap sangat penting sbgmn yg disarankan dalam Al Quran (Al Hujurat : ayat 6) untuk menyemak sumber berita, dan mengesahkannya sebelum membuat sebarang kesimpulan dan keputusan.
Dr Har difahamkan video itu merupakan sedutan dari sesi pengisian ilmu yang Prof Muhaya pernah sampaikan. Dr Har tiada maklumat mengenai tajuk besar sesi perkongsian ilmu tersebut, dan apa yg menjadi fokus perbincangan sebelum dan selepas segmen yg menyentuh bab kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita tersebut.
Dr Har memberitahu Prof Muhaya yang Dr Har akan memberikan respon kepada isu yg hangat diperkatakan. Beliau sedia maklum dan tidak menghalang Dr Har berbuat demikian. Dr Har hargai sifat keterbukaan Prof Muhaya dan yakin beliau sudi menerima maklum balas konstruktif Dr Har ini dengan lapang dada, inshaa Allah.
_______________________________________________________________________
Berikut adalah pendirian Dr Har berkaitan isu yang berbangkit :
1. Kepimpinan adalah amanah yg dipikul secara kolektif oleh semua lelaki & wanita. Rujukan hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Muslim : “Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Dlm beberapa urusan khusus yg telah digariskan di dalam AlQuran & Hadis - lelaki diberi tanggungjawab memimpin keluarga (qawama) - sbg suami dan bapa yang menjaga dan menyediakan keperluan ahli keluarganya, menjadi ketua pembangunan spiritual famili sebagi imam solat berjamaah ; kewajipan yg mesti dilaksana dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat. Qawama bukanlah keistimewaan & kelebihan utk disalah guna dan alasan untuk menindas atau menganiaya.
2. Selepas tgjwb kepimpinan dan setiap peranan dilaksanakan dengan sebaiknya, setiap lelaki dan wanita berhak mendapatkan pengiktirafan terhadap sumbangan masing2. Hak2 ini mesti dipenuhi dan dihormati pula oleh orang lain. Kesetaraan dan kesaksamaan ini yang amat perlu digapai dalam keluarga sehingga lahir hubungan harmoni yang berdasarkan rasa percaya-mempercayai dan saling hormat yang tinggi terhadap potensi dan kebolehan setiap seorang – baik lelaki mahupun wanita. Kesetaraan, kesaksamaan dan keadilan ini yang mesti diperjuangkan oleh setiap individu.
3. Bukannya secara bertanding dan bersaing dengan kaum yang berlainan jantina, yang dianggap jauh lebih baik, mulia dan hebat. Emansipasi, liberasi atau usaha pembebasan wanita seperti itu sudah lapuk ditelan zaman. Kaedah ini berasaskan tanggapan lelaki lebih baik dari wanita, sehingga formula utk wanita berjaya, mestilah bersifat dengan ciri-ciri kelelakian. Lelaki & wanita sepatutnya saling membantu, berkolaborasi dan memanfaatkan kekuatan masing2 utk kebajikan semua.
4. Pernyataan mengenai naiknya tahap hormon testosteron bila wanita sibuk nak buat apa yg lelaki buat – ini belum pernah Dr Har temui dalam pembacaan ilmu perubatan dan pengalaman klinikal Dr Har setakat ini.
5. Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Lambat & cepat jodoh seseorang itu juga dlm ketentuan-Nya. Faktor tarikan & penolakan jodoh juga sangat subjektif dan tidak konsisten.
Sememangnya masih ramai lelaki yg lebih suka kalau psgn isterinya mempunyai ciri2 yg lebih rendah & kurang dalam segala aspek berbanding dirinya. Kurang rasa tercabar dan dicabar. Lelaki begini mungkin lebih suka isteri yang kurang cerdik dan sentiasa bergantung dengannya.
Namun terdapat lelaki yg lebih suka wanita yg independent, tegas & cerdik. Tidak lembut2, tidak manja serta tidak lemah gemalai. Tidak bodoh -bodoh – biarpun sedikit, apatah lagi kalau jelas kebodohannya. Pernah terbaca : The most attractive part of a woman, is her intelligence & wisdom! ( Bahagian seorang wanita yang paling menarik adalah kepintaran dan kebijaksanaannya)
Begitu juga bila wanita memilih suami, masing2 punya cita rasa yg berbeza. Dan wanita tidak perlu menjadi orang lain dan menyekat potensi akal serta diri yang dianugerahkan Allah SWT semata-mata untuk mempercepatkan jodoh dan dikahwini oleh seorang lelaki.
Manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya.
Dr Har sangat berharap agar kita semua lebih berhati-hati apabila menyentuh aspek jodoh pertemuan dan tidak dengan mudah @ secara simplistik, menyalahkan faktor2 yang sangat variabel seperti karekter, personaliti dan jangkaan seseorang semata-mata.
Semoga Prof Muhaya dapat menerima maklum balas Dr Har ini dengan terbuka, sebagai tanda persahabatan yang selama ini terjalin.
Yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Sementara yg silap dan salah itu, adalah lambang kekurangan Dr Har sebagai makhluk biasa.
Wallahu a’lam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Jiddin at 10-6-2021 02:40 PM
tukul replied at 10-6-2021 07:22 AM
Dr har ada counter comment ke u...suka dr har ni...tegas dlm lembut
Ada. Sebelum buat komentari kat fb, DrHar siap call tanya prof dulu ttg video tu dan asked her permission to write a commentary. Prof izinkan baru Dr. Hat proceed.
Massive respect for Dr. Har |
|
|
|
|
|
|
|
momopoko replied at 9-6-2021 05:02 PM
nak OT sikit. ni I ambik secebis kriteria yang sorang laki tulis dalam portal cari jodoh ya. dah n ...
Mcm duda dekat opis aku..
Keje drebar.. sgt pemalas and also xberapa cerdik (asik tido time keje) and main hp.
Dia kata dia xnak kawan perempuan muda atau student nanti semua dia kena bayar..
Dia nak cari pwrempuan yg boleh tanggung dia.. sbb dia malas dah nak kerja.. ane he is 34. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah manusia macam ni patut dikasi aje
|
|
|
|
|
|
|
|
fuyupoktek replied at 9-6-2021 03:22 PM
Tp rsnya btol kot lelaki mmg suka pempuan yg nampak lebih lemah dr dia kot tu maksud nya?
I think the point is to be a woman that makes a man feel needed & included. My idea of an independent & strong but needy woman is kakaknya JahLop tu. Independent, strong, tapi masih playful dan very needy in relationship. JahLop tu yang contoh perempuan ego, acah2 independent, acah2 know-it-all and bossy.
If what I perceive her point to be right, then she made a mistake in constructing her sentence to say 'bodoh2' and link with desirability to the opposite sex in the same sentence. Ni lah susah jadi 'influencer' bab2 bagi motivasi, dia mula tak attentive pada crowd dan tak jaga presentablity. |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 9-6-2021 03:35 PM
Sbb tu org kata, yg menjatuhkn pompuan ni, pompuan jgk. Bergelar prof tp cara pemikiran shallow
nak jadi lebih superior berbanding pompuan lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|