|
FILEM GENG : PENGEMBARAAN BERMULA - UPIN IPIN
[Copy link]
|
|
TOP 10 MOVIES @ GSC
12 February - 15 February 2009
1 Geng: Pengembaraan Bermula (M)
2 Ong Bak 2 (TH)
3 Valkyrie
4 The Pink Panther 2
5 The Curious Case of Benjamin Button
6 Look For A Star (C)
7 Eden Lake
8 All's Well Ends Well 2009 (C)
9 House
10 Slumdog Millionaire (Hin/Eng)
bangganyer...GENG no 1 |
|
|
|
|
|
|
|
katanyaaa mlm ni kasting geng akan berceting kat @15.. 8-10 mlm
kompem tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Sambutan Geng luar biasa
Permulaan menggalakkan apabila catat kutipan kasar RM1.75 juta dalam empat hari
BARANGKALI sasaran mengumpul kutipan RM5 juta dalam tempoh dua minggu bakal menjadi kenyataan apabila filem Geng: Pengembaraan Bermula meraih RM1.75 juta selepas empat hari ditayangkan bermula 12 Februari lalu.
Sambutan membanggakan pada minggu pertama tayangan itu memutik keyakinan kepada penerbitnya, Les’ Copaque Production Sdn Bhd filem animasi 3D pertama tempatan itu mampu mencatat kutipan lebih tinggi lagi, mungkin RM10 juta.
Pengarahnya, Mohd Nizam Abdul Razak ketika ditanya mengenai sambutan hangat penonton terutama apabila filem itu mencatat kutipan tertinggi RM650,000, sehingga Sabtu lalu berharap, penerimaan penonton terhadap Geng: Pengembaraan Bermula berlanjutan sehingga musim cuti sekolah, Mac depan.
Pencapaian itu, katanya, adalah di luar jangkaan meskipun mereka yakin ia mampu mencatat jumlah memberangsangkan selepas pengkritik memuji filem yang dihasilkan pada bajet berpatutan.
“Dibandingkan filem animasi Barat yang menelan belanja antara RM15 juta sehingga RM40 juta, filem Geng dihasilkan dengan jumlah kecil iaitu RM4 juta. Namun, itu bukan halangan kami untuk menghasilkan filem yang berkualiti serta diterima umum.
“Mungkin ada beranggapan mustahil untuk, tetapi jika Transformers mampu mengumpul lebih RM18 juta di negara ini, tidak mustahil Geng: Pengembaraan Bermula juga mampu mencapai sasaran yang kita diimpikan,” katanya.
Mohd Nizam, 25, berkata kekuatan filem yang menampilkan watak utama seperti Badrol, Lim, Rajoo, Ros serta Upin dan Ipin bergantung kepada jalan ceritanya yang menarik perhatian pelbagai kelompok penonton.
Mensasarkan Geng: Pengembaraan Bermula kepada khalayak merangkumi profesional hingga kanak-kanak berbilang bangsa, Nizam yakin filem itu mencapai standard filem yang berjiwa Malaysia.
“Ketika promosi di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, kami mendapat tahu permintaan penonton cukup memberangsangkan.
“Ramai penonton kecewa apabila gagal mendapatkan tiket untuk menontonnya. Kami turut dimaklumkan filem Geng pantas mendaki tangga pertama carta pecah panggung di situ dan pencapaian ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan,” katanya.
Dengan sambutan hebat itu, Nizam berharap pawagam akan memberi laluan kepada Geng: Pengembaraan Bermula untuk bertahan lebih lama dan ditonton lebih ramai pencinta filem animasi yang berjiwa Malaysia.
Katanya, pada permulaan mereka mensasarkan filem ini ditayangkan pada musim cuti persekolahan Disember lalu, malangnya hasrat itu tidak menjadi kenyataan atas beberapa sebab.
“Bagaimanapun, selepas menimbang pelbagai faktor kami memberanikan diri untuk menayangkannya bulan ini. Jika kami menangguhkan tayangan, filem ini hanya akan menemui penonton sekitar Mei.
“Justeru, untuk mengelak ia tertangguh lebih lama, kami memberanikan diri untuk merebut peluang yang ada. Alhamdulillah, percaturan kami tidak salah dan berharap kejayaan awal ini akan mengekori kegemilangan yang dicipta filem seperti Transformers yang ditayangkan lebih dua bulan,” katanya.
Segala kerja keras mereka selama hampir tiga tahun untuk menyempurnakan Geng: Pengembaraan Bermula terbayar dengan sambutan hangat diberikan penonton.
“Ketika memulakan projek ini ramai meragui kemampuan kami, malah ada yang kurang mempercayai kerana pada masa itu saya baru berusia 23 tahun. Saya tidak ambil hati dengan pandangan skeptikal itu kerana apa yang diusahakan ini sesuatu yang baru di negara kita.
“Tetapi kini usaha keras itu menjadi satu jenama yang cukup besar di negara ini dan penerimaan khalayak membuatkan kami yakin untuk memulakan projek baru, Jun ini,” katanya berterima kasih kepada penerbit Burhanuddin Md Radzi yang mempercayai kemampuan mereka.
Bakal mengembara ke negara luar
TIDAK sekadar menjadi sebutan di negara sendiri, Geng: Pengembaraan Bermula bakal memulakan kembaranya di bumi asing apabila menerima pertanyaan daripada pelbagai pihak.
Andai segalanya berjalan lancar, filem ini akan memulakan tayangannya di Argentina tidak lama lagi disusuli 50 pawagam di seluruh Indonesia pada musim Aidilfitri nanti. Kata sepakat hampir tercapai dan Nizam percaya, filem itu akan merantau lebih jauh andai diberi sokongan kuat.
“Antara negara yang menyatakan minat untuk menayangkan filem ini termasuk Korea, India dan Amerika Syarikat. Kami juga cuba membawa Geng Pengembaraan Bermula menyertai Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy, Jun ini di Annecy, Perancis.
“Syarat penyertaan yang melarang filem dipertandingkan ditayangkan di negara luar sebelum pertandingan berlangsung membuatkan kami menangguhkan dulu tayangan di Singapura dan Brunei meskipun mempunyai permintaan besar.
“Berdasarkan maklum balas ketika petikan filem ini dibawa ke Amerika Syarikat, November lalu kami yakin ia diterima kerana mereka tertarik dengan keunikan budaya yang dipakejkan menjadi mesej global,” katanya.
INFO: Karektor Utama
Badrol - BERSAHAJA dan gemar bersenang-senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani. Sewaktu kecil dia menetap dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah bersamanya ke bandaraya. Lama menetap di kota, dia semakin lupa suasana hidup di kampung. Gara-gara satu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui ketika kecil, Badrol merahsiakan rasa takutnya terhadap katak dan kodok.
Lim - BUDAK paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan dan perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti. Disebabkan sifat paranoidnya, dia kerap membawa alatan yang tidak perlu. Ia menjadikan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.
Rajoo - BUDAK kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya, Sapy selain gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun diragui oleh temannya yang lain.
Ros - Gadis paling jelita di kampung tetapi dia tidak selurus yang disangka. Dia perlu membantu neneknya menjual makanan ringan sambil mengawasi adik-adiknya yang sering membabitkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering membuatnya marah. Dia gemar menonton drama Melayu lama serta melakonkan semula watak yang ditonton.
Upin dan Ipin - ADIK beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan kaki ayam sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana saja mereka ada. Mereka sering dimarahi kakak mereka, Ros kerana nakal dan degil. Gemar menonton filem aksi dan ke mana pergi tidak lupa membawa pistol mainan. Upin yang lebih tua mempunyai sehelai rambut di kepalanya membuatkan dia begitu berbangga. Upin pula agak pelat menyebut perkataan yang mempunyai abjad S. |
|
|
|
|
|
|
|
sabtu bru dpt tgok..tak sabonyerrrrrrrrrr.........yeahhhaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #607 msafwan\ catat
yezza! kasting geng tgh berceting kat @15.. sekarang! |
|
|
|
|
|
|
|
casting? teah ada x? sian gua xde astro aku ada soalan ni: selain upin dan ipin, teah nak lakon watak apa? kartun asing cam yg dari jepun ke? ataupun...live action? |
|
|
|
|
|
|
|
komen aku utk movie geng..
1. nape upin n ipin x jd watak utama? kenapa rajoo yg mcm pelakon utama?
nampak sgt masa dgn oopet tu..rajoo yg jumpa dulu
padahal sume org dtg nak tgk upin n ipin..masa dlm panggung...bila watak upin n ipin kuar sume org bersorak...
2. dlm byk2...plg x real adalah lembu rajooo...sapi tu..kekurangan bulu..hehehe
lupa nak touch up kot
3. yg monster tu agak ganaz tok bebudk kecik sb ramai yg takut masa aku tgk ari tu
4. badrul xtau umah tok dia...pelik tol..jalan pun xtahu...
apapun..enjoy tgk cite ni..kalu 5 btg...aku bg 4 stgh |
|
|
|
|
|
|
|
citenya best gila... hari pertama tanyang ku daj tgk kat Queensbay...
xsgka leh syok layan cite tu...
alahai byk plak yg diorg nak komen... tinggi upin ipin la
xckp bulu la itu la ini laa
hmmm dah namanya kartun xpayah nak soaln logik xlogik
lg satu klu nak buat bulu kat lembu tu kasi la duit kat LCP sampai RM40 juta
ingat senag ke nak war bulu2 tu...
lagi satu setahu aku cite nie dah wat dulu sblm upin ipin jadi popular
tu pun nasib baik la diorg tambah bykkan lg watak upin n ipin
huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
esok lepas test petang aku dan kekawan nak release tension tengok muvi nih.. wah.. semiggu aku menahan nak tengok filem nih!! wehoo!! |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kepada semua yg dah tonton filem ini kat panggung tidak kira samada sekali, 2 kali atau pun 10 kali macam kami
Suka saya mengingatkan disini siapa yg nak pergi tengok weekend ni..kalau terlambat booking sila pergi ke destinasi berikut yg mungkin ade harapan skit lah nak dapatkan tiket.. (tu pun mungkin kena gerak pagi kot?)
NORTH
MEGA PAVILION Perangin Mall
GSC Gurney Plaza
TGV Bandar Perda
GSC Central Square
MEGA CINEPLEX Megamall Prai
STAR SCREEN Bukit Jambul
STAR SCREEN Alor Star (Big Cinemas)
CENTRE
TGV Cheras Selatan
GSC Shaw Klang
GSC Leisure Mall Cheras
METROWEALTH Kj Cineplex Plaza Metro
GSC Terminal 1 Seremban
MBO Terminal 2 Seremban
SOUTH
GSC Summit Parade Batu Pahat Johor
GSC Mahkota Parade Melaka
MBO Batu Pahat
http://www.gsc.com.my/ (pilih E-payment ticketing utk book dan bole pilih seat)
http://www.tgv.com.my (E-ticketing) |
|
|
|
|
|
|
|
napa ramai kata scene badrul lupa jalan ke kampung x logik?logik apa
kalau last balik ms kecik,dah besar manalah ingat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #615 mawar_pinky's post
aku dah terangkan dah ke'logik'an itu..
sbb aku pun kekadang luper jalan nak gi umah sedara aku even dah byk kali bpk aku bawak..
so, bg aku mmg logik ar kalo x ingat jalan nak balik kampung.. huhu! |
|
|
|
|
|
|
|
ingat dedulu bila aku 1st time balik kg belah arwah ayah aku...
blurr gilos nak nak masuk simpang mana...
almaklum ler masa bebudak aje balik tu pon ikut orang bukan balik sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah..kalo jrg2 balik kg..mesti ada lupa jln nak ke kg.....lainler hari2 balik kg...tp tak tak ingat...wa rasa cam ada masalah ingatan orang tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Badrul lupa jalan? Lojik la dia dah lama tak balik, Itupun Badrul balik masa dia kecik-kecik...Korang tak perati ke...atuk Badrul sendiri tak kenal Badrul sampai si Lim yang dia peluk...Aku rasa pihak Les Kopak ada membuat penjelasan dalam satu thread soal jawab filem Geng.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah booked tiket tuk tygn kt bukit tinggi hari ahad..xsbr lakss nk tgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hyun at 19-2-2009 09:20 PM
citenya best gila... hari pertama tanyang ku daj tgk kat Queensbay...
xsgka leh syok layan cite tu...
alahai byk plak yg diorg nak komen... tinggi upin ipin la
xckp bulu la itu la ini laa
h ...
mmm...memg la cite kartun
tp sbg penonton perlu komen utk kebaikan
utk jdkan pengajaran dan perubaha
so, kot2 ada pasni sekuel geng pasni..bolela ubah mana yg x ok
ingat..komen membina ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #621 kuntakpindek\ catat
kannn... kalau dah ada lebih dr sorang yg komplen (ni baru dlm porem jer) mungkin ada baiknya diambil perhatian! muahhh!
*komen membina & berbaek sangka |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hyun at 19-2-2009 09:20 PM
citenya best gila... hari pertama tanyang ku daj tgk kat Queensbay...
xsgka leh syok layan cite tu...
alahai byk plak yg diorg nak komen... tinggi upin ipin la
xckp bulu la itu la ini laa
h ...
ade tgk making filem incredible dulu2.... part2 bulu2... rambut.... baju yg leh gerak ikut pergerakan part paling susah skali.... berjanggut la team les kopak nak buat seme tuh....
tunggu la next movie... time tu diorang dah explore ckp2.... filem monster house... rambut kaku gak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|