sebenarnya...kita kene pegang betul2 pada Hadis Rasulullah SAW...kadang2 kite lupe kan....ni untuk ingatan kita bersama ye..."9/10 rezeki adalah datangnya dari perniagaan" ( petikan )...InsyAllah, kalau kita nekad...memang menjadi, pernah dak korang rase camni...hari ni RM10 rase beso, mingu dpn RM 10 dh rasa kecik...bulan berikutnya RM100 dah rse kecik....3 bulan lg...RM 500 dh rase kecik...sebab...dah meningkat maju le tu......setiap yang kita buat mesti ada halangannya...tu ujian...takpe...setiap kesusahan akan diikuti dengan kejayaan...percayalah...saya dah lalui...
Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian
Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku
Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka
Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...
"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"
Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka
Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...
"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"
rasa nak mengalir air mata bila dengar dan hayati lirik lagu ni sambil renung nasib bangsa...
yang masih tidur lena dan perasan menjadi Tuan...
[ Last edited by faridali at 29-11-2008 02:54 AM ]
memang camtu le...kita kene hayati dan realisasikan ape yangkite dengar tu...mesti buat perancangan dulu...baru berenti niaga...kalau dak..tu yang tumpor ( kata org perak le )...hihihi
hari ni nak gi bagi semangat kat sorang kawan...yang baru saje brenti keje...utk fokus pd bisnes...
pas berenti keje..then fokus 100% pd bisnes...bisnes dia jatuh sket..atas sbb2 tertentu...maybe ujian n dugaan pertama buat dia pas brenti keje...harap dia ada kekuatan...utk teruskan perjuangan....
Originally posted by sinar_inspirasi at 30-11-2008 04:11 PM
bakat adalah salah satu.... latihan pun salah satu....
yg penting betul2 nak...
ada orng cakap.. dlm ramai2 peniaga atau usahawan.. berapa ramai yg berjaya.... dan berapa ramai yg bankrap?...
utk maklumat... sebab apa depa tak naik2 sebab depa putus asa ditengah jalan... jatuh dlm bisnes biasa je... kebanyakkan yg telah berjaya pernah merasai kejatuhan... tp depa tk penah putus asa...depa daki sedaya upaya... nescaya akan berjaya sesiapa yg berusaha dengan jalan yg betul...
dan ramai yg tak berjaya dan cari jalan lain sebabnya putus asa.. tak larat nak daki ... takut lebih teruk berlaku.. dan usaha pun terbantut....
bukan salah suasana atau persekitaran.. salah kita jugak...
bakat tu adalah bonus......tp kemahuan & usaha kena seiring..
yg pasti......satu perubahan ketara dlm hidup bila aku dah berhenti kerja utk tumpukan 100% pada bisnes. Alhamdulillah
Satu peringatan abang nak beri....tidak timbul soal modal, bakat dan sebagainya untuk berjaya. Rasulullah bersabda bahawasanya 9/10 pintu rezeki tu datang dari perniagaan. Oleh yang demikian setiap orang Islam "WAJIB' menjalankan perniagaan. Tak kisahlah apa jua perniagaan pun asalkan HALAL. Buatlah setakat yang mampu dulu... modal kecik buat cara kecik...sikit2 lama2 jadi bukit...InsyaAllah kalau kita sentiasa BERSYUKUR.. Allah akan menggandakan rezeki kita itu...PERCAYALAH!!
Originally posted by ann_9027 at 2-12-2008 09:25 PM
bakat tu adalah bonus......tp kemahuan & usaha kena seiring..
yg pasti......satu perubahan ketara dlm hidup bila aku dah berhenti kerja utk tumpukan 100% pada bisnes. Alhamdulillah
kemahuan dan usaha...yes 2 key paling penting...
dan hanya masa yang akan menentukan bila usahawan itu akan berjaya