|
Post Last Edit by srisaujana at 12-9-2009 15:13
Yok sahur 2 murai sesi ke-3 @ Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah..
Credit 2 fb Kt Cats

 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 15-10-2009 09:52
Kecoh artis "serbu" Masjid India
utusan online 13 September 2009

BERKIRA-KIRA hari untuk menyambut Syawal, Pancaindera membawa artis-artis remaja popular ke Jalan Masjid India, Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada mereka meninjau keperluan akhir sebelum tibanya hari yang menggembirakan itu.
Wah... bukan main seronok apabila Fizo Omar, Riz (AF6), Alyah, Shila dan Diddy Hirdy berpeluang untuk sama-sama membuat "rombongan cik kiah" bagi membeli barang-barang keperluan untuk menyambut lebaran.
Menariknya Alyah dan Shila sempat juga membeli tudung dengan harga diskaun. Fizo, Riz dan Diddy pula tak habis-habis membelek baju Melayu kerana tertarik dengan pelbagai corak yang dijual di kawasan bazar tersebut.
Siapa kata artis kita tak pakai pakaian yang dijual di bazar? Kata mereka, di bazar atau di pusat membeli belah, semuanya sama saja. Cuma harga di bazar lebih murah dan ada kalanya lebih menarik jika pandai buat pilihan.
Kunjungan mereka ke Jalan Masjid India itu bertambah kecoh apabila peniaga turut berebut untuk mengambil gambar. Tidak kurang juga orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu.
*Riz sediakan RM1,000
SERONOKNYA Riz kerana menerima lima pasang baju Melayu daripda peminat yang bermurah hati memberikan cenderamata kepadanya.
"Walaupun sudah ada lima pasang, saya tetap membeli sehelai untuk diri saya. Bukannya apa, kalau tak rasa macam tak raya pula. Selalunya memang Jalan Masjid India menjadi tumpuan saya.
"Bersama enam tujuh orang kawan, kami memilih datang ke sini pada tengah malam. Selalunya dekat-dekat raya baru kami 'serbu'. Di sini senang. Semuanya ada.
"Baju Melayu dan songkok memang saya beli di sini. Ramai juga artis yang saya jumpa membeli belah di sini," kata Riz yang pulang ke kampungnya di Grik, Perak untuk menyambut Syawal.
Menurut penyanyi yang semakin popular dengan lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang turut menampilkan Alyah sebagai rakan duet, dia juga suka membeli biskut raya di kedai kek makciknya di Kajang.
Menyambut Lebaran secara sederhana, Riz juga memberitahu tidak mengadakan rumah terbuka pada tahun ini.
"Tapi semua orang dialu-alukan untuk datang ke rumah saya," katanya yang suka bermotorsikal bersama teman-teman menziarah kawan sekampung.
Riz juga memberitahu menyediakan bajet untuk perbelanjaan keluarganya termasuk duit raya untuk anak saudara dan tetamu yang datang.
"Saya sediakan bajet RM1,000 untuk duit raya," tambahnya.
Bercuti raya selama seminggu, katanya, jadual seninya penuh selepas Lebaran. Ini termasuklah melancarkan albumnya pada 13 Oktober depan di Hard Rock Cafe. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
waahhh...lama gyler den xjenguk sini....huhuhuhuu...masih aktif lagik korang yek...syabas2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 15-10-2009 09:53
15-Sep-2009
Jelajah Yok Sahur 2 Semakin Meriah!
.jpg)
Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunos
KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER 2009: Makin lama makin seronok! Itulah penangan program Yok Sahur 2 anjuran portal hiburan murai.com.my bagi minggu ke-3 yang telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah di Kg. Baru Sri Puchong, dari lewat tengah Jumaat hingga awal lagi Sabtu lepas.
Walaupun ada tetamu yang awalnya tersesat mencari rumah kebajikan itu, kunjungan masing-masing ke situ telah berakhir dengan sebuah acara yang meriah.
Apa yang menarik, hampir 20 artis solo dan berkumpulan telah meluangkan masa untuk mendekati lebih 20 kanak-kanak di rumah anak yatim itu. Mereka adalah Faizal Tahir, Dr Fazley, Isma AF7, Zul 2 By 2, In Heart, Rini, Qhaud, Aishah AF7, Riz, Chaq Mentor, Khairul Mentor, Naizle, Saida, Ahli Fiqir, Adila AF7, Dafi, Boy, Syazliana dan Nubhan dan produser Raja Azmi Raja Sulaiman.
Seperti 2 rumah kebajikan sebelumnya, semua artis yang sampai telah mengejutkan adik-adik dari tidur agar bangun bersahur. Selepas semua berkumpul, barulah bacaan doa disampaikan oleh Qhaud diikuti ucapan ringkas dari Ketua Editor murai.com.my dan Pengetua Rumah Baitul Hidayah sendiri, Puan Raba'ah.
Selepas menikmati juadah enak yang disediakan oleh Ooh Cha Thai Restaurant tajaan BHR Bina Resources, barulah hos program itu, Ajieb, menjalankan aktiviti permainan bersama kanak-kanak dan artis terbabit. Kemudian, Kumpulan Generasi Harapan dari rumah berkenaan tampil mempersembahkan lagu-lagu nasyid manakala Isma dan Saida berduet dalam sebuah lagu raya.
Sebelum majlis itu selesai kira-kira jam 3 pagi, acara paling-paling ditunggu iaitu penyerahan duit raya dan hadiah telah diadakan. Ia sumbangan Raja Azmi, Dato' Siti Nurhaliza (SNP), Naizle serta pelbagai pihak.
Sementara itu, Roslen ketika berucap berkata, tujuan Yok Sahur 2 adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat, artis, GengMurai serta kakitangan murai.com.my sendiri.
"Saya amat terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua artis dan pihak penaja bagi melaksanakan niat kita untuk membantu penghuni di rumah kebajikan musim ini. Saya juga berterima kasih kepada Gala TV- Astro Awani (Saluran 501) yang sudi menyediakan segmen khas untuk menyiarkan rakaman Yok Sahur 2 pada setiap Isnin, jam 10.30 malam," kata Roslen.
Turut hadir, Ketua Bahagian Produk, Kandungan Hiburan & Gaya Hidup Digital Five Sdn Bhd, Puan D. Kavitha serta Pengurus Besar BHR Bina Resources, En. Badrul Hisham Abd Rahim.
Pada minggu pertama lalu, Yok Sahur 2 telah berkujung ke Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang dan seterusnya Rumah Rahoma Darul Fakir, Taman Melati, Kuala Lumpur, minggu lepas. Yok Sahur 2 adalah satu program yang diterbitkan dalam ruangan khas Ramadan & Raya (R&R) di murai.com.my.
Idea asal untuk melahirkan acara ini berputik daripada program Yok Sahur tahun lalu selepas petugas murai.com.my singgah di Rumah Nur Salam, Chow Kit. Rumah kebajikan terakhir lain akan singgah pada minggu ini adalah Rumah Amal Cahaya, Tunku Ampuan Rahimah, Subang, Selangor dengan tema hari raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 15-10-2009 09:54
Semarak sahur anak yatim
Oleh Rozdan Mazalan Khamis, 17 September 2009
[email protected]

ANTARA artis dan kru murai.com.my yang terbabit dalam rancangan Yok Sahur.
Portal hiburan murai.com.my anjur program Yok Sahur, dapat sokongan padu artis popular
SERING kali anak-anak yatim dirai meriah dengan pelbagai undangan majlis berbuka puasa pada bulan yang mulia ini. Banyak syarikat korporat bersedia menaja majlis yang diadakan di hotel besar. Namun sebaik pulang ke rumah perlindungan masing-masing, keadaannya kembali sunyi sebelum menunggu waktu bersahur.
Mengembalikan semula suasana meriah seperti mana suasana di kampung, anak yatim kini bertuah apabila laman portal hiburan popular, murai.com.my berjaya mengubah senario tahun ini.
Program Yok Sahur yang mula diperkenalkan tahun lalu, kini dikembangkan untuk musim kedua. Sebanyak empat lokasi rumah perlindungan anak yatim dipilih untuk dikunjungi bersama barisan artis popular tanah air.
Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil berkata, setiap tahun pembaharuan harus dilakukan bagi mencari kelainan program yang baru memasuki musim kedua tahun ini.
“Yok Sahur mula diperkenalkan tahun lalu sebagai program percubaan. Jika tahun lalu kita hanya membabitkan GengMurai dan artis sebagai orang yang akan dikunjungi, namun tahun ini kita memilih anak yatim sebagai tetamu kita
“Kejayaan ini dilihat atas komitmen artis yang sudi meluangkan masa mengikuti dari awal program sahur ini. Sehingga Yok Sahur musim kedua yang baru habis Selasa lepas juga mendapat reaksi baik daripada artis yang hadir,” katanya yang dihubungi baru-baru ini.
Program Yok Sahur musim kedua yang diadakan setia Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini bermula 28 Ogos dan berakhir 15 September lalu merancang untuk mengembangkan program ini bagi musim seterusnya.
“Kejayaan penganjuran ini adalah landasan terbaik untuk menunjukkan kepada penaja bahawa program ini mendapat sambutan yang sangat baik buat semua pihak.
“Kita merancang untuk memperluaskan program ini keluar daripada Kuala Lumpur dan mengunjungi rumah perlindungan yang kurang diberi perhatian oleh pihak tertentu. Seperti biasa kita akan membawa ramai artis popular bersama kita untuk memeriahkan anak yatim ini pada majlis bersahur,” katanya.
Bermula 28 Ogos lalu, kunjungan Yok Sahur mula mengunjungi Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang, Selangor bersama barisan artis seperti Alyah, Obri, Qhaud, Adila, Riz, Chaq dan Adi Fashla.
Minggu seterusnya mereka mengunjungi Rumah Rahoma Darul Fakir, Taman Melati bersama artis seperti Aliff Satar, Yazid, Alyah, Zizi, Qhaud, Shila OIAM, Fizo Omar, Aliff Aziz dan Hairi (Anak Wayang).
Diteruskan kunjungan ke Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah, Puchong dengan barisan artis paling ramai mencapai hampir 20 artis seperti Isma, Faizal Tahir, Aishah, Rini, Ahli Fikir, Nubhan, Adila, Dr Fazley dan Qhaud.
Selain Riz, Chaq (Mentor), Saida, Khairul (Mentor), Syazliana, In Heart, Dafi, Naizle, Boy, dan Zul (2BY2).
Program Yok Sahur yang berkolaborasi bersama Gala TV/Astro Awani yang menjadi penyiar rasmi dan BHR Bina Resources sebagai penaja katering ini akan disiarkan setiap Isnin 10.30 malam menerusi Era TV.
Sementara Yok Sahur yang diadakan pada minggu terakhir sebelum menjelang Syawal diubah sebagai Yok Beraya yang akan disiarkan pada 21 September depan yang juga hari raya kedua. |
|
|
|
|
|
|
|
morning.......  |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 15-10-2009 09:51
Selasa September 29, 2009
‘Homestyle’ Iftar bersama Riz, Angels dan keluarga

Riz ceria ketika majlis berbuka puasa pertengahan Ramadan lalu. -foto Riz Angles.
BERTEMPAT di sebuah banglo Villa Ukhuwah, Persiaran Titiwangsa, penyanyi Riz AF6, peminat yang dinamakan Angels serta keluarga menganjurkan majlis berbuka puasa istimewa pada 6 September lalu.
Majlis bermula dengan jam 5.30 petang untuk pendaftaran para tetamu. Lebih kurang 50 orang peminat yang sudi hadir untuk menyerikan majlis.

Riz sempat bersolat jemaah Maghrib dan Isyak dengan peminat dan keluarganya.
Agenda, selain dari berbuka puasa, beramah mesra dengan lebih akrab lagi dengan peminat, Riz mengambil peluang yang ada untuk diadakan solat Jemaah Maghrib, Isyak justeru sembahyang Terawih bersama-sama peminatnya yang di ketuai oleh imam, Ustaz Muaz. Bagaikan sebuah keluarga yang besar , bertemu bagaikan majlis “Reunion” antara keluarga sudah tentu menjadi lebih kecoh dan ceria pada petang itu.

Sesiapa sahaja boleh mendekati Riz, berbual mesra bagaikan silaturahim yang jitu mengukuhkan lagi tali persaudaraan di bulan Ramadhan. Tepat jam 7.20 petang dengan laungan azan, Riz dan peminat-peminatnya berbuka puasa dengan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t yang memberi kemudahan dan rezeki pada itu.
Kuih-muih dan juga makanan pencuci mulut di bawa oleh para peminat sebab Riz ingin merasa masakan dari peminatnya.

Termasuk makanan menjamu selera berbuka puasa seperti nasi tomato, nasi putih, dalca, ayam masak merah, acar, sambal udang, dan laksa. Setelah selesai menjamah makanan, masing-masing mengambil tempat untuk sembahyang berjemaah Maghrib.

Setelah selesai sembahyang Maghrib, sesi beramah mesra dan sesi mengambil gambar antara peminat-peminat dengan Riz.
Ada juga yang mengambil kesempatan bergambar di sekitar banglo Villa Ukhuwah. Tidak lama kemudian, sembahyang jemaah Isyak dan diikuti dengan sembahyang terawih.

Untuk pertama kalinya, Rizfc mengadakan majlis sebegini dan ramai peminat yang terharu begitu juga dengan Riz akan silaturahim yang terjalin lebih dari setahun.

Lebih-lebih lagi kedua-dua orang tua Riz yang mesra disapa uncle Zaizi dan mak Som serta kakaknya Emma dan tunangnya serta rakan-rakannya sudi meluangkan masa bersama-sama peminatnya yang setia. Riz dengan angelnya, berkumpul membuat satu bulatan dan masing-masing berbual sambil meluahkan rasa hati antara peminat terhadap Riz.
Riz berulang kali mengucap terima kasih dan rasa penghargaannya terhadap peminat yang masih berdiri teguh menyokong akan perjalanan kariernya.

Riz mengambil kesempatan dengan menyanyikan single lagu kedua ‘Bermula Semula’ secara acapella untuk peminatnya.
Walaupun, hanya korus tetapi ianya memadai untuk menjadi santapan halwa telinga pendengar peminat-peminatnya. Majlis berlangsung hingga jam 11.30 malam dan yang paling menyeronokkan acara bergotong-royong untuk mengemas dan mencuci pinggan mangkuk ala-ala rewang lagi dan Riz turut membantu dan itu membuat peminat merasa lebih terharu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 15-10-2009 00:53
Wartawan senior tulis lirik album Riz
mangga Online Rabu, 14 Oktober 2009

Secara kebetulan album sulung Riz berjudul Bermula Semula menampilkan empat wartawan yang boleh dikira senior sebagai penulis lirik. Adakah ia sebagai strategi untuk mendapatkan publisiti lebih meluas?
Sebenarnya ia secara kebetulan kerana komposer Ajai yang menerbitkan albumnya telah biasa bekerjasama dengan Slen (Roslen Fadzil dari murai.com.my) dan Abie (Harian Metro) dalam projek album artis lain sebelum ini. Untuk album Riz khidmat mereka juga digunakan.
Abie menulis lirik lagu Bermula Semula yang dijadikan single pertama album tersebut manakala Slen menulis lirik untuk lagu Khilaf dan lagu Kupinjam Satu Bintang. Kesemuanya ciptaan Ajai. Dean (Saharuddin Musthafa dari Utusan Malaysia) pula menyumbangkan lagu Hanya Sandiwara yang dinyanyikan oleh Riz dalam konsert akhir Akademi Fantasia 6 tahun lalu. Turut menulis lirik, Rosli Manah dari manggaonline.com.my) menerusi lagu ciptaan Ajai, Cinta Ini.
Album yang tersebut diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, Riz Entertainment dengan kerjasama Wake The Baby Records milik Ajai. Warner Music pula menjadi pengedarnya.
Sokongan VIP
Dalam majlis pelancaran album itu di Kuala Lumpur baru-baru ini kelihatan kelibat beberapa orang ternama termasuk puteri Sultan hadir memberi senyokong kepada Riz. Ada yang tanya adalah mereka terlibat secara tidak langsung membiayai pembikinan album Riz?
"Kalau ada pihak yang membiayai album ini, sudah lama album saya dipasarkan. Saya gunakan wang sendiri yang saya kumpul selama ini, sebab itu album saya lambat sikit disiapkan.
"Saya puas sangat sebab akhirnya album saya disiapkan dan berada di pasaran," kata Riz. |
|
|
|
|
|
|
|
Rakaman MM & Makan-makan waktu malam
Credit 2 fb Angah

 |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats Riz.... Semuga album Riz dpt sambutan despite pasaran album yg lembab skarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelancaran Album Riz
Credit 2 Eleza

 |
|
|
|
|
|
|
| |
|