AKADEMI Fantasia musim ini macam karipap sejuk dan kurang bermaya. SS harap pelajar AF8 yang masih ada dalam akademi segera bangun dan bekerja keras untuk membuktikan bakat dan kemampuan masing-masing kerana masa berlalu terlalu pantas. Jangan leka dan banyak main.
Tak kasihankah kepada tenaga pengajar yang bersungguh-sungguh mencurahkan ilmu? SS tengok, Que Haidar cukup tegas mengajar, begitu juga dengan cikgu yang lain. Jika semua pelajar tidak mahu berubah sikap, jangan haraplah keluar AF8 nanti dapat jadi superstar. Kadang-kadang menyampah SS tengok pelajar yang tergedik-gedik, berlari tak tentu pasal dalam akademi. Sebab itulah SS tak kuasa hendak tengok Diari AF8. Bagaimanapun dalam kelesuan perjalanan program realiti itu, rupanya dalam diam sudah ada cerita cinta. Apakah ia sekadar gimik atau sememangnya berlaku, belum dapat SS pastikan. Apapun dari sumber SS, kononnya Maulana semakin rapat dan intim dengan seorang lagi pelajar AF8 iaitu Ain. Memang tak pelik cinta berputik di akademi kerana setiap hari terkurung dan bertemu orang sama saja. Namun begitu, yang kurang sedapnya sebelum menyertai AF8, khabarnya Maulana sudah ada kekasih hati dan menurut orang yang menyampaikan cerita ini, kekasih Maulana sudah menghubungi Maulana di AF8 untuk merisik khabar, benarkah Maulana sudah berpaling kasih. Kalau SS jadi Maulana pun, takkan hendak mengaku. Hilang akal! Jadi, Maulana pun menafikan dengan sekeras-kerasnya.
Bagaimanapun kata Maulana, kepada kekasihnya itu, dia rapat dengan Ain kerana ciri-ciri yang ada pada pelajar itu sama seperti yang ada pada kekasihnya.
Jadi agaknya, bila dia rindukan kekasihnya itu maka Ainlah tempat dia mencurahkan rasa. Hai! bahaya juga ni. Mulanya mencurah rasa, kemudian berkongsi rasa pulak. SS difahamkan, kekasih Maulana tidak puas hati dengan penjelasan itu dan minta telefon itu diserahkan kepada Ain. Dan Ain turut menafikan dia ada perasaan pada Maulana. Begitulah kisahnya. Mungkin dengan adanya cerita cinta dalam AF8 dapat memberikan sedikit seri kepada program itu.
Namun, melihat kepada AF pada musim-musim sebelumnya, pelajar bercinta di akademi perkara biasa. Cuma ada yang kekal dan ada yang tidak. Setakat ini hanya percintaan Rosma dan Khai berakhir ke jenjang pelamin. Jika benar Maulana sudah ada buah hati, SS harap jangan berani bermain api. Baik tumpukan saja perhatian pada pembelajaran di akademi.
SS tengok yang boleh menyanyi di AF8 pun hanya Maulana, Iwan dan Adira. Yang lain kebanyakannya suara ke laut. Barangkali ramai yang sudah tahu Maulana adalah anak penyanyi era 60-an iaitu S Mariam. Maka sudah tentu bakat nyanyian Maulana diwarisi dari ibunya itu dan dia juga boleh bermain gitar. Bagaimanapun, ayah dan ibunya sudah lama berpisah. Dan menjadi hasrat Maulana untuk menyatukan semua dua orang tuanya itu. SS doakan semoga impian Maulana tercapai. Seperkara lagi, untuk memeriahkan konsert mingguan AF8 malam ini, dengarnya ada kejutan hebat untuk pelajar dan penonton. SS harap kejutan yang ini menjadilah supaya ia tidak menjadi seperti lawak bodoh.
Yes...MAULANA TIDAK MENGECEWAKAN. PERSEMBAHAN SANGAT BAIK. HE LOOK HENSEM TODAY...HAHAHA...KENYATAAN CIKGU ADNAN YANG PENTING AWK ENSEM ATAU TIDAK MALAM ESOK...TERNYATA MAULANA NAMPAK SEGAK MALAM NI. TERUS SOKONG MAULANA...HARAP DIA KEKAL HINGGA KE DI FINAL. INSYAALLAH.
mau2.bestnye..i am ur fan..dah undi afundi10..huhuh..ada ag bakat dari johor rupanya..huhuhuhu..suara die bisa buat org stim..lagu i'm, yours nih bile die nyanyi
WELL DONE MAUMAU..SKALI LAGI CEMERLANG..BOLE X IOLS CKP DYE NI BRILLIANT?..SO FAR DYE X PENAH MENGHAMPAKAN..SO PROUD TO BE HIS FAN..BAKAT DYE MMG X BOLE DINAFIKAN LAGI..I ADMIRE HIS DEDICATION N TALENT..DYE APPLY SUME YG CIKGU2 AJAR DAN GRAF PESEMBAHAN DYE SMAKIN BGUS EACH WEEK..I GUESS MSTI CIKGU CIKGI BANGGA NGAN DYE NI..KEEP ON THE GOOD MOMENTUM MAUMAU
IOLS ADA 1 JE NASIHAT UTK MAUMAU..JZ B MORE HUMBLE..INSYAALAH DYE BOLE JD JORE
WELL DONE MAUMAU..SKALI LAGI CEMERLANG..BOLE X IOLS CKP DYE NI BRILLIANT?..SO FAR DYE X PEN ...
mojakoMOJAMOJA Post at 18-4-2010 15:20
semestinya chegu chegi bangga n sronok dpt student cm maumau...
just tone down a little bit of ur ego...b humble...people will appreciate more of ur talent..