CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V144'

 Close [Copy link]
Post time 12-5-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ghalibboy replied at 12-5-2022 07:39 PM
Tajuk: Pagoh: Bumi Berdaulat Warisan Leluhur
Penulis: Azman Ab. Rahim@Ibrahim
Penerbit: Nazima Shima ...

Mukim Pagoh di Muar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar Masjid Jamek Muar pertama yang dirakam oleh G.R. Lambert & Co. pada sekitar 1890an.  Masjid ini adalah merupakan merupakan masjid yang tertua di daerah Muar dan siap dibina sekitar tahun 1887. Ianya kemudian dikenali sebagai Masjid Kubor oleh kerana banyak kubur dibina di sekelilingnya. Hikayat Johor Kedua oleh Mejar Dato Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman ada merujuk kepada masjid ini:-

"Ada pun bandar yang ternama dalam Muar dinamakan Bandar Maharani dibuka pada tahun 1884, tetapi pada tempoh baginda Almarhum Sultan Abu Bakar itu mangkat belumlah ada rumah sewa daripada batu melainkan rumah tiang kayu dua lapis beratap genting. Pejabat Kerajaan rumah atap di tanah berdinding papan dan masjid bertongkat batu beratap genting."

Struktur bangunan masjid lama ini telah dirobohkan bagi memberi laluan untuk pembinaan Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang siap dibina pada tahun 1927 dan dirasmikan pada tahun 1930.

Sumber: G.R. Lambert & Co., Leiden University Libraries, Amsterdam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
512 Tahun Dahulu.......

Lopez De Squeira pada 1509 mencatat ..
Di Melaka terdapat banyak kebun yg mewah dan air yg segar, barang-barang lain di import..

Ada sejenis buah luarannya mcm artikok dan isinya macam citron . Rasanya sangat sedap sehinggakan ramai pedagang-pedagang sanggup datang ke Melaka hanya kerananya.
Buah tersebut bernama DURIAN.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:40 PM | Show all posts
ghalibboy replied at 12-5-2022 02:40 PM
Masak lemak tempoyak daun2 ulam raja, pucuk ubi, daun kaduk, daun beruas, serai, daun kunyit ( semua ...

letak petai jugak.... pergh......
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:42 PM | Show all posts
mattzzx replied at 12-5-2022 02:57 PM
terima kasih carly

carly apa kabar?

Alhamdulillah... sihat dan bertambah2 sehat.... cemana la nk kurus ni... makanan lepas raya ni sangat2 menyelerakan... matt sihat ke... cemana raya? merasa x jems...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:44 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 12-5-2022 04:37 PM
selamat hari raya carly. maaf zahir dan batin.

aah sana sini org meriah beraya.

carly beraya kat kg suami... nk balik kg carly pun, x de sapa... jd beraya sana aje lah... adik beradik carly semua beraya rumah mertua... kaka beraya kt mana? seronok ke? hadap jems x...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
carly_lah replied at 12-5-2022 09:40 PM
letak petai jugak.... pergh......

Pernah buat tapi guna pucuk daun lain
Pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk, pucuk labu, daun keladi yg tak gatal, petai, serai, pucuk mangun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
carly_lah replied at 12-5-2022 09:44 PM
carly beraya kat kg suami... nk balik kg carly pun, x de sapa... jd beraya sana aje lah... adik be ...

Selagi ada ibu bapa, elok beraya di rumah ibu bapa.
Saya dah tak ada ibu bapa dan mertua. Raya rumah sendiri saja...kemudian beraya rumah saudara mara yg terdekat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
PEMERINTAHAN ISLAM DI MANILA : Raja Sulaiman @ Sulaeman @ Sulayman
.
1- Raja Sulaiman adalah seorang ulama Minangkabau yang terkenal kerana menyebarkan Islam ke Filipina dan mendirikan Kota Manila.
.
2- Kerajaan Manila (juga disebut Kota Seludong) adalah gabungan kerajaan-kerajaan Islam yang pernah memerintah kawasan Manila, Philipina.
.
3- Terdapat tiga raja yang memerintah kawasan ini. Mereka adalah Raja Sulaiman, Raja Matanda dan Raja Lakandula. Manila saat itu adalah negeri Islam paling utara di Nusantara dan menjalinkan hubungan dekat dengan Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu dan Kesultanan Ternate.
.
4- Raja Sulaiman merupakan pemerintah kepada kawasan Tondo dan Manila. Suku Tagalog pula banyak tertumpu dikawasan selatan sungai Pasig di Manila dan mendapat pelindungan dari Raja Lakandula dan Raja Matanda.
.
5- Islam datang di Manila pada tahun 1565 mengikuti pedagang-pedagang Melayu dari Indonesia.
.
Peperangan Bermula.
.
1- kedatangan orang Spanyol yang dikepalai Martín de Goiti dan Juan de Salcedo pada mulanya disambut baik oleh Raja Sulaiman.
.
2- Sebagai orang Islam yang budiman beliau menjalinkan persahabatan dengan mereka dan menawarkan rempah ratus dan dayang-dayang sebagai hadiah.
.
3- Tetapi setelah beberapa minggu berlalu, beliau mulai sedar bahawa Spanyol mula mengambil kesempatan dan mencuba untuk merebut Manila karena kekayaan hasil buminya.
.
4- Raja Sulaiman kemudiannya melancarkan serangan terhadap pendudukan Spanyol di Manila.
.
Kejatuhan Peradaban Islam Manila.
.
1- Pada 24 Mei 1570, Raja Sulaiman, Raja Lakandula dan Raja Matanda mengapalai sebuah serangan ke atas pasukan Spanyol di dalam Perang Bangkusay.
.
2- Karena keunggulan teknologi senjata Spanyol dan juga bantuan suku-suku Filipina yang telah dimurtadkan, menyebabkan ketiga raja ini kalah dalam peperangan dan ditangkap oleh tentara Spanyol. Tentera Spanyol kemudiannya membakar kota Manila.
.
3- Tentera Islam yang berhasil melarikan diri kemudian menyusun pasukan mereka dan melancarkan pemberontakkan ke penjajahan Spanyol. Pada 24 Jun 1561, seorang Jeneral Spanyol Miguel López de Legazpi, tiba dengan bantuan armada perang Spanyol menyebabkan pemberontak ini terpaksa menyerah kalah. Mereka kemudiannya dimurtadkan dan dijadikan regim boneka kerajaan Spanyol.
.
Maka berakhirlah apa yang dikatakan Tamadun Islam Alam Melayu di Daerah Nusantara paling utara. Semoga menjadi iktibar dan ingatlah Sejarah akan sentiasa berulang pada mereka yang lalai dan leka.
.
✍️☔
rujukan:
Agoncillo, Teodoro C (1990) [1960]. History of the Filipino People (edisi ke-8th edition). Quezon City: Garotech Publishing. hlm. p. 22. ISBN 971-8711-06-6.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
BENARKAH MAJAPAHIT BERKUASA DI TANAH MELAYU DAN SULAWESI SELATAN ?

oleh : La bougiez dan SBYB (penulis Kitab Sejarah Malaya)

Tanah Melayu (SBYB)

Selepas runtuhnya kerajaan Sriwijaya secara rasminya pada tahun 1183 menurut Prasasti Grahi. Kesemua negeri - negeri takluknya seolah - olah memerdekakan diri masing - masing.

Negeri - negeri ini termasuklah yang berada di Semenanjung Tanah Melayu.
Namun menurut catatan J.L Moens di dalam bukunya "Srivijaya, Java en Kataha" beliau mengatakan beberapa negeri tua di sini sudah ditakluk oleh Sriwijaya antaranya pada tarikh 1226.

Walau bagaimanapun pendapat ini ditolak oleh George Coedes dan O.W Walters kerana pada tarikh ini Sriwijaya sudah tidak wujud lagi kerana digantikan oleh Dharmasraya (abad ke-12 sampai ke-14) dan Singhasari (1222–1292).

Manakala di Thailand pula pada masa ini wujud 2 buah kerajaan iaitu :-
- Sukhothai (1238–1448)
- Ayutthaya (1351–1767)
Walaupun begitu kerajaan Sukothai hanya menguasai kawasan utara yang bersempadan dengan kerajaan Chiengmai manakala Ayutthaya menguasai kawasan tengah Thai.
Di selatan pula wujud kerajaan Ligor yang menguasai hampir keseluruhan Tanah Melayu.

Kerajaan Majapahit pula muncul di Jawa Timur, Indonesia sekitar tahun 1293 hingga 1500 M.
Menurut Negarakertagama yang ditulis pada 1365, Prapanca mendakwa bahawa Nusantara ini berada dibawah kekuasaan mereka. Sejauh mana kebenaran ini berlaku?

Sehingga kini belum ada lagi bukti yang menunjukkan jejak mereka di sini samada dalam bentuk artifak atau manuskrip silam.
Sumber hikayat paling dekat tentang dakwaan Majapahit setakat ini ialah Hikayat Pasai yang ditulis sekitar 1326 - 1345 iaitu 20 tahun sebelum Nagarakertagama ditulis.

Walaupun begitu dalam hikayat atau sastera berbentuk panji dipercayai mempunyai pengaruh Jawa yang datangnya daripada Majapahit.
Menurut Sejarah Melayu Parameswara telah menerima serangan Majapahit pada tahun 1337 di Temasik.

Didalam rekod-rekod China juga tidak pula menyebut tentang permohonan Melaka memohon perlindungan daripada Majapahit malah seolah-olah tidak wujud lansung nama Majapahit di Semenanjung Melayu.

Kemudiannya pada tahun 1445 Melaka telah menakluk Pahang daripada Siam dan sehingga saat itulah belum lagi ditemui nama Majapahit kecuali berlaku perkahwinan diraja antara Sultan Melaka dengan Raden Mas Ayu menurut teks Hikayat Hang Tuah.

Oleh itu, apakah tujuan Majapahit membuat klem ke atas negeri-negeri Melayu disini?

Paling pelik sampai sekarang perangai suka klem itu muncul.. apakah yang mereka takutkan sebenarnya? haha..

Cuma hairan juga kenapa belum ada kajian khusus dari Malaysia dan negara sekitar bagi menolak dakwaan ini.

Sulawesi Selatan (La Bougiez)

Cristian Pelras menjelaskan keadaan sebenar tentang isu klaim jajahan Majapahit di Sulawesi Selatan secara ringkas dalam penulisanya bertajuk:

MASALAH PENGARUH MAJAPAHIT DI SULAWESI SELATAN

Usaha kerajaan Jawa Majapahit menguasai perdagangan Luwu' boleh jadi berpengaruh terhadap kemunduran Luwu dan Cina (sebuah daerah di Wajo) di bidang ekonomi dan politik, menurut pendapat Bulbeck, tetapi saya tidak bersependapat dengan pandangan tersebut yang mengutarakan bahwa kerajaan Luwu pernah berada dibawah pengaruh Majapahit pada abad ke 14 didalam penulisanya (Bulbeck,Historical Archaeology,478).

Saya beralasan bahwa betapa sedikit dan tersangat baru kemunculan unsur-unsur kebudayaan Jawa dan pengaruhnya pada Luwu dan di tanah Bugis amnya.

Tanggapan bahwa pernah ada pengaruh Jawa di Sulawesi adalah sesuatu yang umum pada zaman Belanda sehingga beberapa pendapat mengatakan para to-manurung dan to-tompo pendiri dinasti Bugis dan Makassar adalah pendatang Jawa.
Ini disebabkan klaim yang di nyatakan pada bait-bait
Nagarakertagama terhadap daerah-daerah satelit Majapahit ;

"...the countries of
Bantayan(Bantaeng),the principal is Bantayan,on the second hand Luwuk, then Uda, Making a trio; these are the most important of those that are one island" (Pigeaud,Nagarakertagama (4):17)

Namun, kalau Majapahit betul-betul telah berkuasa di Luwu' atau di Tanah Bugis, tentu hal demikian meninggalkan tanda dan sisa peninggalan, yang ternyata sama sekali tidak ada.

Misalnya, unsur-unsur khas budaya Jawa seperti gamelan, wayang kulit,cerita Ramayana dan Mahabharata atau batik, seperti mana yang diterima pada sebahagian daerah Nusantara Barat yang pernah ditaklukan ataupun yang memiliki hubungan erat dengan Majapahit, misalnya Sumatera Selatan (Palembang atau Jambi),di Tanah Melayu termasuk Patani, di Kalimantan (Brunei,Banjarmasin dan Kutei) tetapi hal ini sama sekali tidak berlaku di Sulawesi Selatan.

Setahu saya,tidak ada juga keluarga Raja Bugis yang mengaku sebagai keturunan langsung dari nenek-moyang yang berasal dari sebuah dinasti Jawa pra-Islam malah dalam upacara perkahwinan bangsawan Bugis ada semacam penolakan terhadap unsur Jawa dimana mempelai lelaki harus menyatakan bahwa dia bukan keturunan "La Bulisa seorang pelayan Dewata dunia bawah yang telah mengahwini puteri raja Jawa".

Di Sulawesi gelaran bangsawan jawa seperti yang di guna pakai di Kutei antaranya Raden Mas, Raden Anom, dan sebagainya tidak ada sama sekali.

Dari segi organisasi kerajaan dan susunan masyarakat, baik dalam Sure' Galigo mahupun dalam bahagian-bahagian lain lontara yang mengambarkan sistem politik pra-Islam, tidak ditemukan konsep atau istilah nagara, mandala, watek, mancapat atau desa.
Tidak pula disebut adanya jabatan seperti bujangga, demang, empu,pamegat (samegat), rangga, rama dan lain-lain.

Hal ini membuktikan bahwa kalaupun Sulawesi Selatan pernah didatangi oleh pedagang atau pengunjung dari pulau Jawa, mereka tidak mencampuri bidang politik malah budaya mereka tidak dianggap oleh para penguasa setempat sebagai contoh yang patut diikuti.

Belum juga ditemukan prasasti yang ditulis, baik di batu mahupun di logam dalam bahasa apapun juga yang membuktikan pernah wujudnya hubungan politik antara Sulawesi Selatan dengan mana-mana kerajaan diluar kepulauan itu, khususnya Jawa.
Tidak pula ada puing-puing candi, termasuk candi kecil sekalipun. Berhala-berhala yang berkaitan dengan agama Hindu juga tidak ada, berhala-berhala yang ditemukan di daerah ini berkaitan dengan agama Buddha, yang berasal dari zaman sebelum agama Buddha berkembang di Jawa Tengah dan lebih membuktikan hubungan dengan Nusantara barat( Sumatera),Sri Langka dan India.

Memang dalam Sure Galigo terdapat tokoh dewata yang memakai gelaran nama atau penggalan nama yang berasal dari bahasa Sanskrit seperti La Patigana (Ganapati), Sangkuru (Sang Guru) Wira, Mutia Unru, Opu Samudda(Samudera), Opu Talaga, Dettia (Aditya) Unru, La Megga (Mega) Aji, atau La Toge Langi anak sulung Datu Patoto dan Dato Palinge yang diturunkan ke Bumi sebagai raja pertama di dunia tengah yang bergelar Batara Guru.

Namun baik dari sudut pandang teogoni( mitos asal usul para dewa) mahupun dari sudut pandang teologi, sistem kepercayaan Bugis pra-Islam sangat berbeda, tidak hanya dari agama Hindu India, tetapi juga dari agama Hindu yang telah bercampur dengan unsur-unsur kepercayaan asli Nusantara seperti yang dianuti oleh orang Jawa dahulu kala dan orang Bali sehingga kini.

Kongsep pokok agama Hindu seperti yang berkaitan dengan kategori
- konsep "suci" dan "kotor",
- konsep tentang perpindahan jiwa dan hukum karma,
- konsep tentang pembahagian masyarakat yakni brahmana, ksatrya, weisjya dan sudra, kalender pesta agama yang berdasarkan wuku dan tempat pemujaan yang berupa kuil atau pura serta sistem persembahan (sesajen, tolak bala,caru) dengan jenisnya masing-masing (dewayadnya, manusayadnya , butayadnya) agak berbeza dari apa yang digambarkan dalam Sure Galigo tentang kehidupan beragama serta upacara-upacara Bugis sebelum islam.

Namun, ada beberapa unsur seperti nama bissu yang mungkin berasal dari kata biksu "pendeta Buddha", pemakaian bunyi-bunyian seperti kancnci(kancing) atau gamaru, yang dipakai juga dalam upacara aliran Tantra, yang mampu memberikan sebuah hipotesis bahwa pada zaman lampau pernah ada pergaulan superfisial antara asal usul tradisi Bissu dengan kelompok penganut Buddha Tantra (mungkin komuniti pedagang dari Nusantara Barat atau India Selatan).

Jadi jikalaupun ditemukan sejumlah kata yang berasal dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Bugis tidak seharusnya dianggap sebagai tanda pengaruh dari bahasa Jawa.
Bahasa Melayu kuno pun banyak mengandungi kosa kata dari bahasa Sanskrit.

Berdasarkan semua ulasan diatas, kesimpulan dapat dibuat bahwa hubungan antara Jawa pada zaman Majapahit dengan negeri-negeri Bugis tidaklah begitu erat dan bahwa pengaruh budaya Jawa pada budaya Bugis tidak seberapa besar.

Sumber: MANUSIA BUGIS /MS 66

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
McDonald's PERTAMA DI MALAYSIA...

Cawangan Pertama Restoran Makanan Segera McDonald's Di Malaysia Dibuka Pada 29 Mei 1982 Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

McDonald's Juga Dieja Dan Disebut Sebagai Mekdi Dengan Bahasa Pasar. McDonald's Merupakan Rangkaian Restoran Makanan Segera Yang Terbesar Di Dunia Iaitu Memberi Layanan Kepada Hampir 47 Juta Orang Pelanggan Setiap Hari.

McDonald's Ditubuhkan : Mei 15, 1940 di San Bernardino, California.
McDonald's Corporation :1955 di Des Plaines, Illinois.
Pengasas McDonald's : Dick and Mac McDonald, McDonald's Restaurant Concept.
McDonald's Corporation : Ray Kroc, McDonald's Corporation Founder.
Ibu Pejabat : Oak Brook, Illinois, Amerika Syarikat
Bilangan Kawasan : 31,000+ Seluruh Dunia

✅ SEJARAH RINGKAS McDonald's...

Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald...

Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun 1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's.

✅ Fakta Menarik Tentang McDonal's...

1 : Yang paling besar: Orlando, Florida, Amerika Syarikat, berhampiran International Drive. Ia terdiri daripada dua tingkat dan mempunyai kawasan permainan dan arked yang amat besar, serta bahagian McGourmet yang menjual sandwic panino dan ais krim sundae.

2 : Yang paling tinggi dalam bangunan: Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

3 : Yang paling tinggi dari aras laut: La Paz, Bolivia, sebelum ditutup pada 2002. Tingginya 3,600 meter (11,800 kaki) dari aras laut.

4 :  Yang paling utara: Rovaniemi, Finland di Bulatan Artik.

5 : Yang paling selatan: Invercargill, New Zealand.

6 : Yang paling timur: Gisborne, New Zealand, disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan Garisan Tarikh Antarabangsa.

7 : Yang paling barat: Samoa Barat.

8 : Yang paling rendah dari aras laut: Perkampungan Ein Bokek, Israel, berhampiran Laut Mati. Rendahnya 396 meter (1,300 kaki) di bawah aras laut.

#ADMIN MKDD.
#MALAYSIAKuDuluDulu..
#MALAYSIAKitaDuluDulu...

#AdieyraAlmyErdieyanaEllyArdieyana.
#AnakJatiKampungPantaiBeserahKuantan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 12-5-2022 03:15 PM
@siputpepel  matt pun tak buat open house juga
tapi belum belum ada lagi jemputan open house dalam ...

Sabtu ni saya ada jemputan open house lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 12-5-2022 04:40 PM
aah. klu dpt lg laju lg bagus. jomlah pepel tolak byk2.

Kadang baru komen tak sampai puluh2 pun tgk2 tak boleh reply dah
Sebab page dah habis
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Buka puasa today
Beli je
Sebab teringin ada orang jual capati dan nasi rempah sedap
Makan dengan kuah dhal dia memang terangkat



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 01:28 AM | Show all posts
mattzzx replied at 12-5-2022 02:52 PM
tapi kan
bila kedit dah banyak2 tu nanti sayang pula nak tinggalkan....huhu

kena juga tinggalkan satu hari nanti. masa tu mgkn senyum sorang2lah mengenangkan diri penah merempit dlm porum.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 01:31 AM | Show all posts
ghalibboy replied at 12-5-2022 02:43 PM
Terbaca ini kat comment fb...tak pernah pula saya masak tempoyak guna daun ulam raja. Kat belakang ...

ghalib penah buat sambal daun kayu? sy pun tak pasti samada letak ulam raja ke tak. sedap menu ni.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 01:32 AM | Show all posts
mattzzx replied at 12-5-2022 02:54 PM
memang lah
kita cukup takut masa tu dengan covid dan polis juga
rasa betul2 terkurung

satu kenangan yg tak mudah dilupakan. kononnya thn 2020 serba moden
tp masa tu semua kena berkurung kt rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 01:34 AM | Show all posts
mattzzx replied at 12-5-2022 02:55 PM
yelah sebagai kawan
zura pun akan hepi bila kawan dapat medal kan
itu lah erti sahabat

sesapa yg naik level atau dpt medal zura tumpang happy. ye la kita semua sama2 moyan/merempit kt sini setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 01:35 AM | Show all posts

tp tetap kena bangun siapkan sahur utk derang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 01:36 AM | Show all posts
mattzzx replied at 12-5-2022 02:56 PM
konsisten pun makan masa lama juga tu...

skrg dah 272k+. ada lg 27k++ je matt nk capai.
klu matt rajin masuk mlm lg cepat kedit naik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.194849 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list