|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'
[Copy link]
|
|
betul tu zura
tapi sekurang kurangnya zura masih lagi dapat pantau dia, pasal dia masih ditinggal sekali
kalau bila dia tinggal tempat lain, susah juga zura nak memantaunya
cuma zura berdoa semoga yang terbaik untuk anak2
|
|
|
|
|
|
|
|
betul sangat tu zura
tapi matt tak pernah merempit pun
hehee
|
|
|
|
|
|
|
|
itu lah
biar dia tahu susahnya nak menjaga dan mengajar binatang dari menjaga kanak2
|
|
|
|
|
|
|
|
Ringgit diunjur RM4.20 sedolar AS akhir 2023
Asas ringgit masih kukuh berdasarkan pemulihan dalam sektor pelancongan - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Ambank Research menjangka ringgit akan mengakhiri tahun 2023 dalam julat RM4.20 hingga RM4.30 berdasarkan pandangan bahawa dolar Amerika Syarikat (AS) sudah mencapai paras tertingginya.
Dalam laporan Prospek Ekonomi 2023, firma penyelidikan itu berkata asas ringgit masih kukuh berdasarkan pemulihan dalam sektor pelancongan, yang menyokong kekuatannya.
Memandangkan sektor pelancongan mencatatkan peningkatan, Malaysia dijangka menyaksikan defisit yang lebih kecil dalam akaun perkhidmatan, yang boleh memberi prospek yang baik kepada ringgit.
"Terdapat lebih banyak ruang peningkatan berikutan jumlah pelancong yang tiba di Malaysia sebanyak 1.24 juta pada September 2022, manakala purata jumlah pelancong dalam tempoh 10 tahun lalu ke Malaysia seramai 2.15 juta orang," menurut Ambank Research.
Katanya, aspek asas ringgit turut disokong oleh pertumbuhan ekonomi negara, dengan pertumbuhan ekonomi domestik pada 2023 dijangka pada sekitar 4.5 peratus, bermakna firma tidak melihat kemelesetan di Malaysia berbanding kemelesetan yang dijangka di negara-negara utama lain.
Selain itu, inflasi di negara ini berada pada tahap terurus berbanding negara-negara utama manakala langkah awal yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memastikan inflasi dikawal dengan baik tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
"Jangkaan kenaikan kadar 25 mata asas yang terakhir dijangka tidak menjadi halangan yang nyata untuk pasaran buruh terus bertambah baik seperti normalisasi dasar berbanding mengukuhkan dasar di Malaysia," katanya.
Kesimpulannya, walaupun dolar AS lemah kekal sebagai pandangan garis dasar, firma penyelidikan itu tidak berpendapat dolar AS perlu diniagakan pada sekitar atau di bawah paras 4.00 berikutan itu menunjukkan penilaian berlebihan ringgit.
Mengenai Ringgit Sovereign Bond Issuance, firma itu berkata berdasarkan defisit fiskal RM99.1 bilion yang dijangka pada 2023 dan tempoh matang sebanyak RM80.9 bilion, ia menyaksikan terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) sebanyak RM175 bilion hingga RM185 bilion pada 2023.
Dari segi permintaan, dana institusi tempatan yang terdiri daripada pencen, insurans dan institusi lain mempunyai kapasiti untuk menyerap berdasarkan gabungan saiz dana melebihi RM1.5 trilion mengikut anggaran.
"Sokongan daripada pelabur domestik adalah mencukupi pada pandangan kami, jika faedah daripada dana asing kekal rendah.
"Bagaimanapun, kami menjangka faedah daripada dana asing akan pulih berdasarkan pandangan kami bahawa dolar AS sudah mencapai paras tertinggi dan Rizab Persekutuan (Fed) berada pada akhir kitaran kenaikan kadarnya," katanya.
Selain itu, ia tidak menjangka sebarang keputusan yang tidak menggalakkan membabitkan penilaian kredit negara Malaysia.
"Kami turut mendapati bahawa dari perspektif pelabur asing, tiada kebimbangan mengenai kualiti kredit negara Malaysia seperti yang dapat dilihat daripada tebaran CDS USD lima tahun yang berada di bawah purata jangka panjangnya," katanya.
Bagi Terbitan Bon Korporat Ringgit, ia dijangka pada sekitar RM100 juta hingga RM110 bilion, di bawah purata lima tahun RM114 bilion.
Jangkaan ini didorong oleh momentum ekonomi yang lembap dijangka pada 2023 tetapi pada masa yang sama, pembiayaan dalam kalangan korporat dalam pasaran modal hutang akan berterusan.
"Pembiayaan infrastruktur dan pembiayaan berkaitan kawal selia akan terus menyokong pasaran bon utama," katanya.
https://www.bharian.com.my/bisne ... -sedolar-akhir-2023 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga ringgit terus mengukuh berbanding dolar |
|
|
|
|
|
|
|
Arab Saudi kurangkan kos insurans umrah bagi warga asing
Januari 17, 2023 @ 12:36pm
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kos insurans komprehensif untuk menunaikan umrah bagi warga asing dikurangkan daripada SR235 (RM270.72) kepada SR87 (RM100.22) iaitu sebanyak 63 peratus, bermula Selasa lalu. - Foto AGENSI
RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan kos insurans komprehensif untuk menunaikan umrah bagi warga asing dikurangkan daripada SR235 (RM270.72) kepada SR87 (RM100.22) iaitu sebanyak 63 peratus, bermula Selasa lalu.
Polisi insurans untuk umrah adalah polisi bersatu yang dilindungi oleh mereka yang datang untuk menunaikan ibadah umrah dari luar Arab Saudi.
Ia termasuk dalam prosedur visa sebelum tiba meliputi kes kecemasan seperti rawatan, kemasukan ke hospital, kehamilan, kelahiran kecemasan, kes pergigian kecemasan, cedera kemalangan jalan raya, kes dialisis serta pemindahan perubatan dalaman dan luaran.
Polisi itu turut meliputi kes-kes umum seperti hilang upaya kekal secara tidak sengaja, kes kematian dan kematian akibat bencana alam, memulangkan mayat si mati ke negaranya serta pampasan akibat pembunuhan yang dikeluarkan oleh keputusan mahkamah.
Selain itu, perlindungan untuk pampasan kelewatan dan pembatalan penerbangan.
Kementerian berkata, tempoh perlindungan insurans adalah 90 hari, bermula dari hari memasuki dan skop perlindungannya hanya di dalam Arab Saudi.
Jemaah umrah boleh melayari laman web 'Comprehensive Insurance Program for the Guests of Rahman' untuk melihat polisi insurans umrah, mengesahkan kesahihannya dan mengetahui penyedia perkhidmatan berkenaan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/dunia ... ah-bagi-warga-asing |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dapat lah mengurangkan skit bebanan bakal umrah |
|
|
|
|
|
|
|
5 jenis makanan perlu dielak masak guna penggoreng udara
Januari 17, 2023 @ 9:24am
Penggoreng udara memudahkan tugasan memasak, namun perlu ambil kira beberapa perkara untuk masakan lebih sempurna. - Foto/Ihsan Lenakorzh
Penggoreng udara (air fryer) memang perkakasan mudah untuk menyediakan makanan, selain ia lebih sihat kerana tidak memerlukan penggunaan minyak.
Lantas kaedahnya lebih sihat daripada menggoreng dengan minyak. Menerusi teknologi ini, pengguna boleh memasak makanan dengan lebih cepat, menjimatkan masa dan tenaga.
Namun, sehebat mana pun teknologi sudah pasti mempunyai kelemahannya tersendiri dan beberapa perkara tidak boleh dilakukan. Ada beberapa perkara yang pengguna tidak sepatutnya memasak menggunakan penggoreng udara.
Berikut adalah lima jenis makanan yang tidak boleh anda masak dalam penggoreng udara, supaya tiada risiko menjadi 'kucar-kacir' atau lebih teruk ketika di dapur
1. Bahan adunan, perasa kering
Adunan basah seperti adunan tempura lazimnya memerlukan minyak panas untuk mendapatkan keranggupan dengan cepat.
Memandangkan penggoreng udara berfungsi mengedarkan udara panas, ia tidak mempunyai keupayaan untuk memasak makanan rangup seperti yang sepatutnya dimasak menggunakan kaedah tradisional.
Sebaliknya, pengguna akan menghadapi masalah sebahagian daripada adunan itu akan menitis semasa proses memasak.
Jadi, pengguna diingatkan agar tidak menggoreng makanan itu tanpa dicampur sedikit dengan bahan lain seperti minyak dan perasa agar rasa makanan sempurna dan perisanya 'lari' daripada kelazatannya.
Malah, minyak ini diperlukan untuk supaya ia dapat menyerap dan melekatkan perasa makanan.
2. Masak nasi
Sama seperti adunan basah, ia memerlukan minyak yang banyak untuk masak dengan sempurna. Begitu juga beras mentah, ia pula memerlukan air untuk memasak dan penggoreng udara tidak direka untuk jenis masakan ini.
Penggoreng udara tidak direka untuk memasak nasi kerana memerlukan air. - Foto/Ihsan Lenakorzh
Satu resipi yang pengguna boleh lakukan dengan mencari bekas sesuai seperti kuali kek. Perlu air mendidih dahulu kemudian masukkan beras. Ketika air mendidih ke dalam tutup kuali dengan aluminium, kemudian tetapkan pemasa selama 30 minit.
Sejujurnya, lebih baik anda memasak nasi dengan cara biasa (menggunakan periuk nasi dan air). Masak sehingga mendidih, kacau, kecilkan api, dan reneh selama 15 minit sehingga semua air itu diserap. Ia sangat mudah dan tidak menyusahkan.
3. Ayam panggang untuk masakan sempurna
Sekali lagi, penggoreng udara menggunakan udara panas untuk memasak dan meletakkan seluruh ayam untuk dipanggang di dalamnya bermakna terdapat ruang yang agak kurang untuk udara itu beredar dengan betul, dan memasak sesuatu secara sekata.
Lebih-lebih lagi, bahagian ayam yang paling hampir dengan sumber haba juga mungkin akan masak lebih cepat daripada bahagian bawah.
Ini bermaksud bahagian litu ebih garing dan masih memerlukan sedikit masa untuk ia memasak secara keseluruhan.
Lebih teruk, jika ayam yang lebih basah memerlukan anda lebih masa dan lama supaya ayam panggang masak, jika menggunakan penggoreng udara
4. Burger
Jika anda mahukan burger sederhana dimasak dengan sempurna, iaitu daging burger dimasak dan dimakan dengan perisa yang lazat dan bentuknya cantik, anda mungkin perlu mengelak daripada memasak roti burger dalam penggoreng udara.
Menggunakan penggoreng udara, jika memasaknya dalam masa yang singkat, ia mungkin tidak cukup masa untuk bahagian luar menjadi perang dan dimasak sempurna. Jika terlebih lama ia pula akan hangus.
Berbanding cara biasa, burger di bahagian luar menjadi perang, bahagian dalamnya akan sempurna dan kering.
5. Bertih jagung
Jagung memerlukan kepanasan antara 400 dan 460 darjah Celsius untuk mengembang. Kebanyakan penggoreng udara tidak mampu mencapai suhu setinggi itu.
Tetapi, jika anda mempunyai penggoreng udara yang boleh mencapai 400 darjah Celsius, namun mungkin berisiko cepat hangus.
Bertih jagung akan mengembang dan isinya akan meletup ketika panas. Malah, ada sesetengah daripada bertih jagung secara akan terlekat atau tersangkut pada elemen pemanas di bahagian atas, malah ia mungkin juga apabila mengembang dan tidak dapat menampung di dalamnya.
Ia juga potensi berlaku makanan hangus dan hangit, terutamanya jika bertih jagung itu masih tersimpan atau terlekat di situ semasa anda memasak hidangan lain.- AGENSI
https://www.bharian.com.my/hujun ... na-penggoreng-udara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siti Bainun menangis, semua peguam tarik diri
oleh NOOR AZLIDA ALIMIN17 Januari 2023 02:04pm
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama.
KUALA LUMPUR - Tindakan dua peguam menarik diri di saat akhir semasa prosiding bela diri kes mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan dikenali Bella, menyebabkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, menangis di kandang saksi, di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Siti Bainun, 31, dilihat mengesat air mata ketika Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan, mahkamah telah menerima notis penarikan diri daripada peguam, Asiah Jalil dan Nurul Nurul Hafidzah Hassan pada jam 9 malam, Isnin.
Dengan penarikan dua peguam itu, ini menjadikan kesemua peguam dari lima firma, tidak lagi mewakili wanita itu dalam prosiding bela dirinya.
Izralizam: Kamu tahu tak, mereka mahu tarik diri?
Siti Bainun: Puan Asiah ada beritahu Sabtu lalu, boleh nak tarik diri sebab ada pertindihan jadual, tapi beliau tak ada cakap, betul-betul nak tarik diri, tak apalah Yang Arif, saya akan cuba bincang semula.
Izralizam: Saya juga ada terima notis penarikan diri peguam, difailkan jam 9 malam tadi, sekiranya ada pertindihan tarikh, peguam perlu buat permohonan berserta alasan, untuk saya pertimbangkan.
Hakim ini turut menasihati tertuduh supaya membuat aduan kepada Majlis Peguam, sekiranya rasa teraniaya dengan tindakan peguam-peguamnya.
“Mahkamah tak salahkan atau marahkan kamu, tetapi kalau kamu sendiri tidak beri arahan, macam mana mereka nak bersedia?,” kata hakim itu.
Siti Bainun: Saya tak tahu susunan jadual itu macam mana?
Izralizam: Kamu bagi tak mereka tarik diri?
Siti Bainun: Mestilah tidak.
Izralizam kemudiannya menasihati Siti Bainun supaya melantik peguam yang lebih bertanggungjawab untuk mengendalikan kesnya.
“Seorang sahaja sudah memadai untuk mengendalikan kes, kalau banyak firma tapi berlaku macam ini, ia tidak memberi manfaat kepada kamu juga,” katanya.
Susulan itu, mahkamah kemudian menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan.
Tertuduh juga dikehendaki untuk memaklumkan mengenai status lantikan peguam baharu pada tarikh berkenaan.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan tiga peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri iaitu Mohammad Farhan Maaruf, Nur Ellena Mohamed Razif dan Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.
Mohammad Farhan dan Nur Ellena memfailkan permohonan itu secara bertulis pada Jumaat lalu manakala Nur A’minahtul membuat permohonan menarik diri secara terbuka.
Pada 24 November tahun lalu, Siti Bainun diperintah untuk membela diri atas dua pertuduhan tersebut.
Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
@novelloverzz klu dah masuk fasa bela diri maknanya mmg dah terbukti salah. |
|
|
|
|
|
|
|
ala tak biru pulak tag nov |
|
|
|
|
|
|
|
lg2 semua peguam tarik diri serentak |
|
|
|
|
|
|
|
mesti semua lawyer nk cabut dulu sebelum kes kalah |
|
|
|
|
|
|
|
masa awal2 amik kes banun ni dulu ke main menari2 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|