CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 21-3-2011 08:42 PM | Show all posts
Wardah masuk ke bilik pejabat Arif. Sebuah fail diserahkan kepada Arif.

“Encik Arif lunch kat mana hari ni?” soal Wardah sambil tersenyum. Arif mendongak memandang Wardah. Kenapa tiba2 tanya aku nak lunch kat mana ? Dia nak ikutkah?

“Err..depends on Datuk,” balas Arif. Tanda tanya dihatinya belum terungkai. Wardah mengeluarkan satu bekas dari belakangnya.

“Ini, my mother mintak saya bagi pada Encik Arif. Sebagai tanda terima kasih sebab jaga saya di Sabah dulu. ..” kata Wardah sambil tersenyum simpul. Arif melihat bekas makanan berwarna putih didepannya.

“Apa ni?” soal Arif sambil membelek bekas makanan tersebut. Dia tidak berniat untuk membuka bekas makanan itu sekarang.

“Puding roti,” balas Wardah pendek. Terangkat kening Arif mendengar.

“Ohh..okay. Thanks so much. Send my regard to your mother,” balas Arif. Kiranya, Wardah akan meninggalkan biliknya selepas itu, namun Wardah masih tegak berdiri didepannya. Arif memandang Wardah hairan.

“ Mak saya jemput Encik Arif sekeluarga for dinner tonight. Can I get the confirmation before 4pm this evening?” soal Wardah. Arif terkesima. Dia menggaru lehernya yang tiba2 gatal. Patutlah dari tadi Wardah asyik tersipu2 didepannya. Itu berita yang ingin disampaikan rupanya.

“Okay. I’ll come to you shortly,” Arif angguk saja. Wardah senyum lalu keluar dari biliknya. Arif melongo.  Cepat2 didail nombor sambungan papanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2011 08:45 PM | Show all posts
Pulang dari kelas memandu petang itu, kereta tidak menghala jalan pulang ke rumah. Jasmin mengerutkan dahinya sambil melontar pandang ke jalan luar menerusi tingkap kereta. Kereta yang dipandu Pak Kadir kini sudahpun berhenti dihadapan sebuah kedai.

“Kita nak kemana mama?” soal Jasmin. Datin Zaharah yang sarat dengan gelang berlian dan permata zamrud dilengan membetulkan selendangnya.

“Kita pergi salun kawan mama sekejap,” kata Datin Zaharah. Pintu dibuka dari luar oleh Pak Kadir. Jasmin terus sahaja menolak pintunya sendiri lalu keluar. Pintu kereta ditutup dan Jasmin memandang sekeliling kawasan pusat perniagaan itu.

“Nak buat rambut ke? Jas tengok rambut mama dah cantik,” kata Jasmin lalu mengekori belakang Datin Zaharah yang berlenggang masuk ke dalam sebuah salon dengan beg Prada hitamnya.

Sebaik masuk ke pusat kecantikan tersebut, suhu penghawa dingin menerjah tulang kering. Sejuknya begitu terasa.

“Hai…Welcome..” seorang perempuan cantik dalam lingkungan 40-an menyambut mereka dengan senyuman. Salam bertukar2 tangan.

“Ini ke anak angkat Datin yang Datin cakap hari tu?” soal wanita tadi. Jasmin di sebelah Datin Zaharah dipandang dari hujung rambut ke hujung kaki.

“ Ha’ah. Jasmin namanya. Min, ini kawan mama, Auntie Rosie,” kata Datin Zaharah. Jasmin segera mencium tangan Auntie Rosie.

“Cantiknya Datin…Pan Asian look…ala2 Spanish look gitu. Berapa umur Jasmin ni?” teruja sungguh wanita bernama Rosie itu menyoal. Datin Zaharah pula tersenyum lebar.

“Err..21,” teragak2 Jasmin menjawab. Wajah Datin Zaharah dikerling. Gementar bila dirinya diperhatikan sebegitu rupa.

“Soo young! By the way, apa nak buat ni?” soal Auntie Rosie seraya menepuk bahu Jasmin.

“I nak mintak tolong you grooming dia sikit. We got invitation for a dinner tonight. Just blow her hair coz I think, her hair is just nice. Don’t change the hair color coz I like to see the natural brown black color of her hair. Just make a little bit beralun kat hujung. Then, you do a little bit facial, light make up for dinner and dress her up dengan dress yang I hantar tadi tu,” terang Datin Zaharah panjang lebar.

Jasmin hanya memandang penuh tanda tanya kedua wanita didepannya. Tangan Datin Zaharah  kelam kabut menunjuk ke atas ke bawah. Auntie Rosie pula hanya mengangguk.

“Don’t worry Datin! Okay, come baby!” Auntie Rosie sudahpun memegang bahu Jasmin.  Jasmin melopong. Datin Zaharah dan Auntie Rosie dipandang silih berganti.

“Tapi ma..” belum sempat dia  meminta penjelasan Datin Zaharah,  Auntie Rosie sudah menarik lengannya ke sebuah bilik. Jasmin terasa seluruh tubuhnya seperti kekejangan saat itu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 08:57 PM | Show all posts
wardah ni semacam jek sikap dia...
mesti ada udang disebalik batu ni....
kesian kt jas..rasa sunyi kan...dia rasa ariff makin jauh dr dia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:16 PM | Show all posts
next...sambung lg yer..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:29 PM | Show all posts
nak lagii~
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:31 PM | Show all posts
nak lagii..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2011 11:28 PM | Show all posts
nak lagi n3....sikit sgt tak puas baca...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 11:58 PM | Show all posts
mesti Arif lg tertarik lepas tgk Jas make over nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 12:05 AM | Show all posts
wow.. thanks fizi.... tp hunnie nak lagi...

pastinya abg baik hati tu mmg ada hati ngan Min... wardah tu kacau jer lah... min pasti rendah diri dgn title siapa diri dia.. cian Min...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 07:37 AM | Show all posts
kita tunggu jelah apa agenda si wardah nie...
kalau si wardah kacau daun, kita
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 07:55 AM | Show all posts
Arif x la nampak nak kat Wardah tu... tkt wardah main kotor aje...beri makanan tu.........
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 08:30 AM | Show all posts
nak ARIF ngan WARDAH lah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 08:42 AM | Show all posts
nak lagi...
mesti ariff terpaku tgk jas mlm nanti masa dinner...
Wardah mesti jeles....
minta2 ariff pun ade perasaan yg sama ngn jasmin...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 09:50 AM | Show all posts
eeeee..tak suka wardah..tak suka!..tak suka!..tak suka!...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 09:59 AM | Show all posts
hmm datin dah minat dgn wardah nmpaknye
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 10:26 AM | Show all posts
xsuka wardah..
nak ariff jatuh cinta kat jas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 11:17 AM | Show all posts
wahh... mesti cantik si Jas gie dinner... mahu terbeliak biji mata si Wardah.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 11:31 AM | Show all posts
jasmin dah cantik makin cantik bila
make over nnti.
ariff yg dah tertawan makin tertawan
masa ngan Jasmin tumpang Ali naik motor hari tu pun
dah jeles ni kan
plak dia dah semakin cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 12:37 PM | Show all posts
msti arif terkejut tgok jasmin solek nt..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 12:42 PM | Show all posts
tak mungkin datin tu nak amik jas sbg menantu kan.....
kenapa la di kenen2 lagi si wardah tu...ishhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 1.788012 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list