|
THREAD MERGED: KENANGAN DI US/Memohon VISA ke US
[Copy link]
|
|
USA - COAST TO COAST - sambungan dari # 431
Destinasi kami seterusnya ialah Denver,Colorado dikenali juga sebagai "Mile High City". Disni kami telah berpeluang pergi ke Denver Mountain Parks terletak dikawasan banjaran Rocky.
Selepas 2 hari berada di Denver kami meneruskan perjalanan lagi dgn menaikki bas menuju ke Salt Lake City pula. Tidak jauh dari bandar ini terdapat sebuah tasik air masin dan bandar ini diberi nama sempena nama tasik tersebut. Tasik ini juga dikenali sebagai "America's Dead Sea"dimana tidak ada sebarang hidupan air yg ada didalamnya. Kandungan garamnya sangat tinggi, lebih tinggi dari air laut dan kita dgn mudah boleh terapung jika terjun kedalamnya walau pun kita tak pandai berenang.
Tasik ini sangat luas, terdapat diantara 8 hingga 11 buah pulau disitu. Bilangan pulau itu tidak tetap jumlahnya kerana waktu air naik terdapat 2 atau 3 buah pulau yg akan tenggelam dan bila airnya surut pulau-pulau tersebut akan muncul kembali.
Di Salt Lake City ini aku lihat penduduknya sangat berbeza dari penduduk dibandar-bandar lain di Amerika. Maksud aku, penduduk disini kelihatannya sangat peramah dan mesra dianra satu sama lain. Mereka juga suka mempunyai keluarga atau anak yg ramai, mungkin ini ada kaitannya dgn ugama yg mereka anuti iaitu ugama Kristian Mormon dimana penganutnya dibolehkan berpoligami, tidak seperti Katolik atau Protestan...
- bersambung |
|
|
|
|
|
|
|
myzano..takde fotofoto kee?huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hetrek at 14-4-2009 22:10
myzano..takde fotofoto kee?huhu
Maaf hetrek, sebenarnya saya ada banyak foto-foto tapi kebanyakannya sudah pudar warnanya maklumlah gambar lama sejak 1980an. Saya sedang mencari-cari filemnya ( negatif ) untuk di scan dan di upload ke ruangan forum ini utk tatapan member semua. Pada zaman dulu tak canggih macam zaman sekarang...kamera digital pun tak ujud lagi pada waktu itu...! |
|
|
|
|
|
|
|
USA - COAST TO COAST - sambungan dari # 432
Destinasi kami berikutnya Las Vegas, Nevada. Kami tiba di Las Vegas pada jam 3.00 pagi, suasana cukup sibuk dan sungguh meriah sekali seolah-olah waktu pada masa itu baru jam 8.00 malam. Semua bangunan dihiasi dgn lampu-lampu neon bekerlipan. Melihatkan kemeriahan bandar ini diawal pagi begini, kami tidak rasa mengantuk dan terus bersiar-siar sehingga hari siang.
Las Vegas ini sebagaimana yg semua orang ketahui ia adalah merupakan sebuah bandar perjudian maka banyak kasino terdapat disini baik yg besar mahu pun yg kecil.
Dari Las Vegas kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke Grand Canyon, Arizona. Perjalanan menaikki bas mengambil masa lebih kurang 8 jam.
- bersambung |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by myzano at 17-4-2009 20:32
Maaf hetrek, sebenarnya saya ada banyak foto-foto tapi kebanyakannya sudah pudar warnanya maklumlah gambar lama sejak 1980an. Saya sedang mencari-cari filemnya ( negatif ) untuk di scan dan di ...
sayangnya sbb sekarang me tengah scan gambar mentua me , gambar gambar dr tahun 50 an..
cantik cantik lagi walau banyak masa tersimpan dlm album aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
18 may nih nak gi NY...first time nih...risau gak..ada tips yang berguna??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #438 harunakill's post
tips dari ku... jgn naik yellow cab, hehehe
beli pas metro, depends berapa lama kau nak gi. subway dia mmg efficient sgt aaa, bukan cam putra lrt
takyah risau aaa, kau mmg akan blend in pasal NY penuh ngan memacam org, lelagi kat area times square. kau gi manhattan ke mana ni?
pastu kalau ada budget lebih, aku sarankan gi tgk teater lion king. meremang bulu roma gua cakap lu. datin tiara tgk leh nangis |
|
|
|
|
|
|
|
USA - COAST TO COAST - sambungan dari # 436
Apabila tiba di Grand Canyon kami terus menuruni kebahagian bawah lurah tersebut dengan berjalanan kaki saja, ada juga pelancung-pelancung yg menunggang mule ( haiwan kacukan kuda dan kaldai). Laluan dicerun lurah tersebut agak sempit juga dan apabila kita berselisih dgn penunggang-penunggang mules tersebut kita terpaksalah memberi laluan kepada mereka...
Di bahagian bawah lurah tersebut terdapat sebatang sungai yaitu sungai Colorado dan kelihatan ramai juga orang yg berkhemah disepanjang sungai tersebut.
Pada mulanya kami tidak bercadang utk turun kebahagian bawah lurah ini tapi oleh kerana kami sangat teruja melihatkan pemandangannya yg indah sekali maka kami berubah fikiran. Sebenarnya kpd sesiapa yg ingin turun kebahagian bawah Grand Canyon ini haruslah membawa bekalan makanan dan minuman secukupnya...tapi kami berdua tidak ada membuat persediaan tersebut, akibatnya apabila kami tiba dibahagian bawah lurah tersebut, kami berdua kehausan dan kelaparan yg teramat sangat. Cuaca sangat panas terik dan kering, utk berjalan pulang mendaki semula keatas tersangat lah menyeksakan sehinggakan kami berdua mengalami kekejangan otot kaki, timbul perasaan menyesal pula dihati kami kerana tidak membuat persediaan yg sepatutnya terlebih dahulu.
Dibahagian tebing cerun ini ada terdapat cengkerang siput, mungkinkah tempat ini dulu adalah merupakan sebuah tasik yg telah kering airnya..!
Pada petang itu kami meninggalkan Grand Canyon menuju ke bandar Flagstaf dan menginap disebuah motel yg terdapat disitu. Pada keesokan paginya kami menaikki bas lagi, kali ini kami meneruskan perjalanan menuju ke Los Angeles, California pula, aku terasa sangat tidak sabar lagi utk tiba di Los Angeles ini...
- bersambung |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by narif at 19-4-2009 01:58
tips dari ku... jgn naik yellow cab, hehehe
beli pas metro, depends berapa lama kau nak gi. subway dia mmg efficient sgt aaa, bukan cam putra lrt
takyah risau aaa, kau mmg akan blend in ...
Sewaktu aku mula-mula tiba di JFK New York dulu ( tahun 1984 ) aku pernah tanya kpd pemandu teksi berapa harga tambang teksi ke pusat bandar New York...US$100.00 katanya, aku takjadi naik teksi tersebut tapi pemandu teksi itu mula marah-marah dan menakut-nakutkan kami berdua. Waktu pada masa itu sudah jam 1.00 pagi...perkhidmatan bas sudah tamat, jam 6.00 pagi baru beroperasi semula...maka kami tak ada pilihan lalu kami tidur di dalam balai ketibaan, itu pun dgn bantuan seorang pegawai keselamatan airport, kami berdua ditempatkan didalam sebuah bilik yg terdapat disitu dan ianya dikunci dari luar oleh pegawai keselamatan tersebut. Sebenarnya tidak ada sesiapa pun yg dibenarkan berada di dalam kawasan balai ketibaan tersebut. Pada jam 7.00 pagi pintu bilik itu telah dibuka oleh pegawai keselamatan itu dan kami telah mengucapkan terima kasih kpdnya kerana telah membenarkan kami berdua tidur disitu.
Dari JFK airport kami menaikki bas menuju ke Kew Garden dan dari sana kami menaikki subway train menuju ke Time Square, New York City. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm.. miss USA.
Pernah belajar dekat sana 1996-98. Since back for good tahun 98 tak pernah jejak US dah.. and InsyaALLAH this coming June will be going there for 11 days.. Kena attend conference.. Tapi boss kasi can 4 hari lepak kat LA jalan2.. so plan nak ke DisneyLand, Universal Studios and Sea World.. Masa study dulu pernah le jejak kaki ke Disneyworld kat Florida..
Hmm.. nak tanya, masa nak masuk LA nanti, strict tak imigresen dia..? Mcm2 citer dengar.. takut gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #441 myzano's post
waaa... mahal nye.... narif gi sep 2007, naik yellow cab dari la guardia lagik, baru dalam USD50 gitu (tapi mahal la kan bagi kita). sampai ke 35th ave/8th st. pas tu baru perasan ada yang van ke airport tu kan, dalam belas2 dollar pergi newark (time balik) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #442 MinahKarat's post
LAX tak strict lah, sama ngan chicago gak, tak strict. so far narif masuk minneapolis je byk songeh |
|
|
|
|
|
|
|
x sabo nak tunggu anak study kat US nih sbb dia ada US passport tp lambat lagik daaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
<a href="http://www.flickr.com/photos/rab68000/3450603174/" title="Harley Davidson Cafe, Las Vegas by RAB68000, on Flickr"><img src="http://farm4.static.flickr.com/3600/3450603174_0b59a7cd74_b.jpg" width="806" height="1024" alt="Harley Davidson Cafe, Las Vegas" /></a> |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #439 narif's post
saya pergi new jersey dulu ada hal kat sana...pastu baru nk merayau...saya tidur dkt ngan broadway...duduk 2 minggu |
|
|
|
|
|
|
|
USA - COAST TO COAST - sambungan dari # 440
Di Los Angeles kami telah pun berpeluang pergi melawat ke Universal Studio Hollywood dan juga Disneyland. Kami berada di Los Angeles selama 3 hari 2 malam. Kemudian kami teruskan perjalanan lagi menuju ke San Francisco pula.
Di San Francisco kami telah melawat beberapa tempat yg menarik disana diantaranya Goden Gate Bridge ( menyeberangi jambatan tersebut dengan berjalan kaki pergi dan balik ), Fisherman Wharf - disana kami terkejut melihat ketam yg sangat besar, saiz badannya saja lebih 1 meter tidak termasuk kaki dan penyepitnya...! Perghhhh...kalaulah ia masih hidup boleh putus pinggang kena sepitnya...
Dari San Francisco kami menaikki bas lagi, kali ini perjalanan mengambil masa yg sangat lama yaitu lebih kurang 26 jam...Destinasi kami yg berikutnya ialah Vancouver, British Columbia Canada. Dari Vancouver kami berpatah balik keselatan menuju ke Seattle, Washington.
Di Seattle kami telah berpeluang naik keatas menara " Space Needle Tower ". Kami berada selama 2 hari 1 malam dibandar ini.
Dari Seattle kami menaikki pesawat Scandinavian Airline terbang melalui ruang udara kutub utara menuju ke Oslo, Norway untuk meneruskan perjalanan jelajah Scandinavia dan Eropah pula...
Begitulah kisah perjalanan aku bersama seorang teman merentasi benua Amerika dari pantai timur ke pantai barat lebih 6500 kilometer perjalanan dalam masa 30 hari. Kalau diikutkan 30 hari tidak mencukupi untuk menjelajah keseluruh benua Amerika yg sangat besar itu.
Kalau ada peluang utk pergi lagi pun mungkin aku tak mampu berbuat seumpama itu kerana faktor usia yg tak mengizinkan ( penat gila wooo...! ) KENANGAN YANG TIDAK DAPAT DI LUPAKAN. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #448 myzano's post
Bro... Aku ada kat DC masa tu. Aku kat sana dari 83 - 87. Aku selalu lepak2 kt the mall (lincon mememorial and the reflecting pool) main bola ngan budak2 chicano. Selalu gak terserempak dgn "belacan" dari malaysia. (selalunya kalau jumpa muka macam melayu kami panggil belacan. Kalau dia toleh maknanya melayu la tu.. kalau tak maknanya chicano. Muka melayu dgn chicano ni lebih kurang sama je.). Selalunya kami bawak dtg rumah pekena nasi... Kami tau dia orang selalunya dah beberapa hari tak jumpa nasi....Kalau aku jumpa kau masa tu, pasti aku bawak ke rumah..
Masih tak lupa pengalaman disana.
[ Last edited by irbudan at 18-5-2009 23:07 ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku pi US ..to be specific DC masa thn 2007....kenangan dok 7 hari masih segar dlm ingatan ku.
aku suka dgn ketenangan kawasan aku dok tu (Virginia).
sempat pi poto mac mills iaitu syurga FO. Mau naik giler aku bershopping tapi still tak puas jugak sebab masa yg dipertuntukkan terlalu pendek...
i wish i could go there once again or perhaps dapat offer keje kat sana...ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #449 irbudan\ catat
Ehhh...yer..ker, patutlah sewaktu aku ronda2 kat Potomac Park tu,aku terdengar macam ada orang jerit belacan! belacan! rupa2nya ko yang panggil aku...! Aku pun buat tak tau aje sebab tak mau mengaku aku ni belacan...he..he..he..! Lagi pun partner aku yang sorang lagi tu pun bukan belacan, tapi tosei + char koey teow...jadi kalu belacan yang lain tengok aku pun dia tak boleh nak teka aku ni orang mana...Tapi sebenarnya ramai juga orang Mesia yang aku jumpa kerana mereka nampak ada bendera Mesia kat backpack aku malah orang dari Singapore pun ada yang tegur aku. Orang Amerika pun ada yang tegur aku nak tau bendera apa yang ditempek kat backpack aku tu...Bila aku kata Mesia dorang tak tau tapi bila aku kata Mesia dekat dengan Vietnam dorang baru tau..
Semasa aku di US, hari2 aku makan nasi dengan kari ayam, kambing dan lembu
( kari Yeo's la tu...! ) Nasinya pulak aku beli beras California yg banyak dijual d supermarket... |
|
|
|
|
|
|
| |
|