|
ANEKA KEK HALAL DI KAFE
Oleh
Alijah Batcha
MENDAPATKAN makanan antarabangsa yang halal di Singapura bukan lagi masalah.
Sebut saja jenis makanan apa yang anda inginkan - Cina, Thai, Barat, India, Arab dan Italy - kesemuanya boleh didapati dengan mudah.
Baru-baru ini sebuah lagi kafe, Secret Recipe, mendapat sijil halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Apabila ditanya mengapa sekian lama kafe itu dibuka, yang pertama dalam 1999, baru kini ia memohon sijil halal daripada Muis, Cik Ivy Tan, salah seorang pemilik kafe tersebut, menjawab:
'Sejak kami membuka kafe, yang pertama di Holland Grove Road, bahan-bahan yang kami gunakan, pada pendapat kami, boleh dimakan orang Islam.
'Tetapi kami mendapati masyarakat Melayu/Islam di sini masih ragu-ragu. Jadi untuk melenyapkan rasa waswas, kami memohon sijil halal daripada Muis.'
Kafe dengan 10 cawangan itu memang terkenal dengan pilihan kek yang kesemuanya sekitar 50 jenis.
Namun bukan semua jenis boleh anda dapati daripada setiap cawangan.
Seminggu sekali, beberapa jenis kek akan digantikan agar pelanggan mendapat pilihan baru.
Antara kek keju popular ialah Kek Keju Marble dan Kek Keju Oreo.
Kek jenis lain yang boleh anda dapati daripada Secret Recipe termasuklah Tiramisu, Kek Span Buah Mangga, Kek Keladi, Kek Lobak dan Kek Pisang Bercoklat.
Kek Pisang Bercoklat merupakan sejenis kek span tiga lapis yang menggunakan pisang Delmonte dan krim segar.
Oleh kerana kek daripada kafe ini menggunakan krim segar (fresh cream), ia boleh bertahan lebih kurang tiga hari jika disimpan di dalam peti ais, manakala kek keju boleh bertahan lebih lama - antara empat dengan lima hari.
Sekeping kek, tidak kira jenisnya, berharga $5 dan sebiji kek yang beratnya 1 hingga 1.5 kilogram berharga $55.
Selain kek, kafe itu juga menyediakan hidangan Barat, Italy dan fusion.
Antara yang saya rasa enak ialah Noodle In Tom Yam Kung. Rasa kuah tomyamnya serasa, cukup dengan rempah ratus dan bau-bauan seperti serai, daun limau dan daun ketumbar.
Semangkuk Tom Yam Kung yang berharga $11 mengandungi makanan laut, cendawan, sayur-sayuran dan mi seakan kuetiau tetapi lebih halus.
Hidangan lain yang popular di kalangan pelanggan Secret Recipe ialah Lamb Stew ($14.80) yang menerima anugerah Lamb Stew terbaik di Malaysia.
Hidangan ini mengandungi seketul daging bahagian tulang dipanggil lamb shank yang dimasak lama dengan api yang perlahan untuk mendapatkan daging yang lembut dan kuah yang pekat. Ia boleh dimakan dengan nasi atau roti. Rasanya boleh tahan walaupun saya rasa rempahnya kurang.
Bagi anda yang gemar memakan laksa, kafe ini menyediakan Gourmet Laksa ($11). Satu keistimewaan hidangan ini ialah ia tidak menggunakan santan seperti lazimnya, sebaliknya digantikan dengan susu cair agar kuahnya boleh bertahan lama dan lebih baik untuk kesihatan.
Apabila ditanya mengapa harga makanan daripada kafe itu agak tinggi, Cik Tan menjawab:
'Memang harga makanan daripada kafe ini bukanlah yang terendah, tetapi kami menggunakan bahan-bahan berkualiti seperti coklat Belgium untuk semua jenis kek yang menggunakan coklat.'
Jenis-jenis minuman yang boleh anda dapati daripada kafe ini ialah Gourmet Coffee yang mempunyai pilihan luas seperti Italian Expresso ($3.30) dan Iced Blended Cappucino ($5).
Terdapat minuman eksotik seperti Green Apple Kasturi ($3) iaitu campuran jus epal, limau nipis dan dimasukkan sebiji buah asam. Rasanya masam-masam manis dan sungguh menyegarkan.
Jika anda berbelanja sebanyak $200 dalam masa dua bulan, anda akan diberi kad VIP yang membolehkan anda mendapat potongan 10 peratus daripada harga makanan setiap kali anda menjamu selera di kafe ini.
Semua cawangan Secret Recipe dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 11 malam.
siapa pernah try.. harap komen sikit |
|
|
|
|
|
|
|
'She was my able helper'
Another weekend teen drowning: Widowed dad speaks of pain at the loss of his selfless daughter
ANOTHER parent is grieving after the loss of a child in a drowning tragedy over the weekend.
Chua Siew Ling, 12, was the perfect daughter to Mr Chua Tiam Chai.
She drowned in a condo pool during an outing to celebrate Father's Day.
Yesterday, The New Paper reported on the agony of Ang Zi Jian's mother.
Zi Jian, 16, drowned at Seletar Reservoir over the weekend.
When Siew Ling's mother died of cancer recently, she put aside her sorrow and grief and became the able helper that her father could depend on.
Though young, the eldest child picked up the responsibilities of caring for the family and her two younger siblings - a brother, 11, and a sister, 9.
Siew Ling would help with household chores such as washing the clothes, mopping the floor and shopping for groceries.
Mr Chua, 48, said her actions helped lighten his burden and allowed him to go to work.
Siew Ling drowned while swimming at the pool in Hillington Green Condo at Hill View on Sunday afternoon.
She had gone to the condominium - where her aunt's mother-in-law lives - for a Father's Day celebration.
Mr Chua, a driver, said Siew Ling had phoned him on Sunday morning to ask for permission to go to the party.
He said: 'The last time she called me was at about 10am. She said she wanted to celebrate Father's Day, so I agreed.'
Her aunt took Siew Ling and her younger sister Siew Ying, to the condo. Their brother, Wei Long, was having tuition at that time.
Mr Chua said Siew Ling, who couldn't swim, had probably ventured to the pool because she felt safe with her male cousins around.
He said: 'It was the last day of the holidays and she probably wanted to enjoy herself at the pool before the new school term began.'
Siew Ling was a Primary Six student at South View Primary School. Her family lives at Choa Chu Kang Central.
Her cousins realised something was amiss when she failed to surface after jumping into the pool.
By the time workers at the condo, which does not employ lifeguards, pulled her from the water and tried to resuscitate her, it was too late.
Mr Chua said he found out there had been a mishap when relatives phoned him at around 2pm. As he was rushing down to the condo, he received another call informing him that Siew Ling had died.
The police have classified the case as unnatural death.
For Mr Chua, his daughter's death was yet another cruel blow.
He said he was only beginning to come to terms with his wife's death. She had died of cancer more than a year ago. Mr Chua said: 'After my wife died, Siew Ling became my able helper. She was really a sensible and obedient child.
'She helped me wash clothes and took care of everything so that it would lighten my burden and I could go to work at ease.
'First it was my wife, now it's my daughter. I don't know how I'm going to handle these two blows.'
Siew Ling's school principal said she was a cheerful, pretty and adorable girl who was always polite to the teachers and her schoolmates and sang in the school choir.
The school announced the sad news to the students yesterday morning.
Neighbours also bemoaned the loss of a young life.
Said Mr Liew Fong Chan, 42, who lives in the same HDB block as the Chua family: 'I often see her out buying food for her siblings. She was also a polite girl who would always greet me and ask 'Uncle, have you had your dinner?' whenever she saw me.'
Neighbour Joyce Piong, 30, said: 'Siew Ling would often accompany her two younger siblings to the playground but she would not join in the fun.
'She would sit there quietly and watch out for her brother and sister in case they injured themselves.
'You could tell that she was really a good sister to them. I feel so sad that such a good girl had to die so young.'
aku rasa minggu ni, minggu aku cengeng..:cry::cry: |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
$2.78 million toto jackpot won by single ticket... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku heran sey dia tak sebut Spore ngan wak kang.
Malaysia dia sebut lak...
Papua New Guinea at Risk for AIDS Epidemic By MARGIE MASON, AP Medical Writer
Sun Jul 3, 6:58 AM ET
KOBE, Japan - Papua New Guinea is at risk of an African level HIV/ AIDS epidemic, while other Asia-Pacific nations like Malaysia, Vietnam and Myanmar are also worrisome as their infection numbers continue to rise, the head of the U.N. AIDS agency said Sunday. The epidemic is as vast and diverse as the region itself, with sex and injected drugs its main engines.
But there's simply not enough data to create a clear picture of the infection in many areas where other factors |
|
|
|
|
|
|
|
PELAJAR ITE DOVER MAUT DALAM NAHAS MOTOSIKAL
Oleh
Khalid Khamis
SEORANG pelajar yang baru sebulan lalu mendapat lesen menunggang dan membeli motosikal maut dalam satu nahas jalan raya malam kelmarin.
Muhammad Sufian Kamaluddin, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Dover berusia 18 tahun, meninggal dunia kurang satu kilometer dari flatnya ketika dalam perjalanan bertemu rakan-rakan.
Mereka merancang hendak ke Bukit Batok sebelum menuju ke Johor Bahru.
Menurut polis, Allahyarham Muhammad Sufian, gagal mengawal motosikalnya ketika bergerak dari Yishun Avenue 6 menuju ke Yishun Avenue 9 lalu merempuh pembahagi jalan, sekitar 9.10 malam.
Anak kedua daripada tiga adik-beradik itu tercampak ke jalan raya bertentangan lalu disambar sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 30-an tahun.
Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian ekoran cedera parah di kepala.
Ketika Berita Harian mengunjungi rumahnya di Blok 427, Yishun Avenue 11, keluarga Allahyarham terlalu sedih untuk diinterviu.
Namun, ketika dihubungi, ayahnya, Encik Kamaluddin Mohamed Haniffa, 49 tahun, seorang pemandu teksi, berkata: 'Kali terakhir saya jumpa Allahyarham pada malam kejadian sebelum saya keluar bekerja.
'Tapi sekitar 9 malam saya rasa tak sedap dan pulang. Bila hendak sembayang, polis datang mengetuk pintu untuk memberitahu tentang kemalangan itu,' katanya.
Allahyarham membeli motosikal jenis Yamaha RXZ 135 dua minggu lalu pada harga $2,900.
Beliau membayar wang pendahuluan $500 menggunakanya wang simpanannya sendiri yang didapatkan dengan bekerja sambilan di kedai 24 jam Cheers.
Allahyarham juga dikatakan merancang untuk bekerja sambilan sebagai penunggang pengiriman dengan restoran McDonald's.
Beberapa rakannya yang bekerja di McDonald's Northpoint berkata Allahyarham pernah mengajak mereka bersiar-siar sekeliling Singapura dengan menaiki motosikal, termasuk mengunjungi beberapa tanah perkuburan.
Allahyarham disifatkan sebagai periang dan seorang aktivis belia Masjid Darul Makmur. |
|
|
|
|
|
|
|
AMAH DITUDUH BUNUH MAJIKAN
SEORANG pembantu rumah Indonesia semalam dituduh membunuh majikannya di sebuah flat di Wellington Circle, Sembawang, kelmarin.
Rohana, 20 tahun, berdiri tenang ketika tuduhan dibacakan kepadanya.
Majikannya, Cik Tan Chiang Eng, 39 tahun, ditemui berlumuran darah dalam keadaan meniarap di bilik setor flatnya.
Beberapa jiran Cik Tan mendakwa mendengar bunyi pergaduhan di flat tingkat 11 itu pada 7.30 pagi dan sekitar 10 pagi. Mereka kemudian menghubungi polis.
Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura mengesahkan Cik Tan, ibu dua anak, meninggal dunia pada 10.15 pagi.
Keluarga tersebut baru berpindah ke flat itu sekitar dua minggu lalu.
Rohana bekerja dengan keluarga itu sejak November lalu.
Di mahkamah semalam, Rohana tidak dibenarkan membuat sebarang pengakuan.
Dia ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah (CID) untuk siasatan lanjut.
Kesnya akan didengar lagi Isnin depan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mati.
Ia merupakan kes bunuh majikan melibatkan amah Indonesia yang kedua berlaku di sini.
Pada Mac tahun lalu, dua pembantu rumah Indonesia dituduh membunuh majikan mereka di sebuah unit kondominium di Carissa Park di Loyang. |
|
|
|
|
|
|
|
korang da tukar belum?.....
RAMAI BELUM TUKAR RIVET TINGKAP
Oleh
Nadzri Eunos
LEBIH 100,000 pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan rumah privet masih belum menukar rivet-rivet aluminium tingkap berengsel masing-masing.
Mereka hanya mempunyai masa sekitar dua bulan atau sehingga 30 September ini untuk menukarnya kepada rivet keluli tahan karat.
Demikian dinyatakan seorang jurucakap HDB sebagai menjawab pertanyaan Berita Harian baru-baru ini.
Di bawah undang-undang, mereka yang gagal berbuat demikian selepas tempoh itu berakhir boleh didenda sehingga $5,000 atau dipenjara enam bulan.
Seorang pemilik juga boleh didenda $500 sehari jika tidak menukar rivet tingkapnya selepas didakwa.
Keperluan menukar rivet itu terkandung dalam Rang Kawalan Bangunan (Dipinda) yang telah diluluskan Parlimen September lalu dan akan berkuat kuasa mulai 1 Oktober ini.
Hanya tingkap-tingkap berengsel yang menggunakan rivet aluminium dan berusia lebih lima tahun tertakluk di bawah peraturan itu.
Rang tersebut diperkenalkan menyusuli kerap berlakunya insiden daun tingkap terjatuh.
Sejak 2000, lebih 200 kejadian tingkap jatuh dilaporkan berlaku di sini.
Jurucakap HDB berkata hanya sekitar 53 peratus atau 53,000 daripada sekitar 100,000 flat telah pun menukar rivet tingkap masing-masing.
Bagaimanapun, beliau berkata jumlah itu tidak termasuk sekitar 43,000 flat yang mempunyai tingkap berengsel yang telah digantikan oleh HDB.
'Sejauh ini, sekitar 38,000 daripada 43,000 flat telah dipasang semula (dengan rivet keluli tahan karat).
'HDB akan membayar separuh daripada kos menukar rivet dan pemilik flat akan menanggung yang separuh lagi,' jelas jurucakap HDB.
Namun, perangkaan HDB menunjukkan para pemilik rumah privet mengambil sikap sambil lewa terhadap peraturan baru itu.
Ini kerana hanya sekitar 4,700 atau kurang 10 peratus daripada 60,000 rumah telah menukar rivet tingkap berengsel mereka.
Bagi memudahkan para pemilik flat, HDB telah memperkenalkan satu sistem pada 20 Mei lalu bagi membolehkan pemilik menghantar butiran pemasangan semula tingkap mereka menerusi lelaman HDB, www.hdb.gov.sg, tanpa perlu menghantar laporan pemasangan semula kepada HDB. |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
big boss 2nd chance is so loaded.
investment dia $15 million dapat dividen $500k each year.
i read his profile in berita minggu.
dia beli kereta jaguar bayar cash for his wife.... |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
Originally posted by dilah21 at 5-7-2005 08:27 AM:
ya .. read dat too ~
anak dia kawin kat fullerton hotel spend $100k ....
mak ooiiiiiiiiiii...terperanjat gua.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 5-7-2005 08:07 AM:
big boss 2nd chance is so loaded.
investment dia $15 million dapat dividen $500k each year.
i read his profile in berita minggu.
dia beli kereta jaguar bayar cash for his wife....
incentives utk anak2 dia kalau dorang lanjut pelajaran at higher level....each get 1.2million.......:gila: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 5-7-2005 08:30 AM:
anak dia kawin kat fullerton hotel spend $100k ....
mak ooiiiiiiiiiii...terperanjat gua....
tulah....he spent $100K utk anak dia nye wedding + honeymoon...pastu dia kata apa2 hadiah n sumbangan org kasi...semua masuk poket anak dia...the father takmo amik langsung....best eh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 5-7-2005 08:07 AM:
big boss 2nd chance is so loaded.
investment dia $15 million dapat dividen $500k each year.
i read his profile in berita minggu.
dia beli kereta jaguar bayar cash for his wife....
Dia ni yg mana satu eh? Chic confuse ah yg mana owner dia....yg selalu pat SPS tarik kupon Golden Chance tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by myra81 at 5-7-2005 07:59 AM:
PELAJAR ITE DOVER MAUT DALAM NAHAS MOTOSIKAL
Oleh
Khalid Khamis
SEORANG pelajar yang baru sebulan lalu mendapat lesen menunggang dan membeli motosikal maut dalam satu nahas jalan raya malam ...
kesian eh.... dah sampai ajal... belum masuk NS masih skolah
Hari ni sokkabar melayu , family dia tampal obituary gitu...
then selalu taruk kat dari mak bapak, adik beradik, with the names semua kan..
ni taruk keluarga je..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by myra81 at 5-7-2005 08:03 AM:
RAMAI BELUM TUKAR RIVET TINGKAP
Oleh
Nadzri Eunos
LEBIH 100,000 pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan rumah privet masih belum menukar rivet-rivet aluminium tingkap bereng ...
really nonsense la benda ni.....:ketuk:
not a single of the 100,000 owners tu ada buat silap apa2....
ni HDB design maknanya dah di approve oleh orang yang bijak pandai and paid lots of money to give approval, then few years later cakap kena tukar and 100,000 tu hold responsibilty to make their own changes.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 5-7-2005 11:55 AM:
yang tarik kupon, i think is the manager
Adik beradik dia jugak kan? Dia ni tinggal near my in laws punya place....sombong ah...lalu depan rumah suami isteri tak pernah nak senyum... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by myra81 at 5-7-2005 11:46 AM:
i think so....tak salah he's in his teens....Salleh marican slalu bwk anak lelaki dia ni masa rancangan TAA every yr.....dari budak tu kecik smpkan da besar ni..
Oooohh....dia ni eh...dulu Jai matair dengan anak dia yg no. 2...tak silap nama dia Radiah....anak dia yg first pulak, Nadia dulu matair ngan pemain bola Fahmi Abdullah... |
|
|
|
|
|
|
|
very kecoh today pasal london~ |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
Originally posted by dilah21 at 8-7-2005 08:26 AM:
very kecoh today pasal london~
semalam on cable news...about 30 plus yang korban... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|