CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juliez

[Jenayah] #KimJongNam - Kim Chol Sah Jong Nam #1290

[Copy link]
Post time 23-2-2017 06:42 AM | Show all posts
Pembunuhan terancang
Siti Aishah, Thi Huong jalani latihan di KLCC, Pavilion


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Menjalani beberapa siri latihan aksi pembunuhan Kim Jong-nam di kawasan tumpuan ramai di pusat beli-belah Pavilion dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Itu persiapan awal yang dibuat dua suspek wanita warganegara Indonesia, Siti Aishah, 25 dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam sebelum melakukan aksi sebenar pembunuhan abang pemimpin Korea Utara tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Februari lalu.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan pembunuhan yang dilakukan dua suspek wanita tersebut memang sudah dirancang terlebih dahulu dan bukannya ‘prank’ seperti yang didakwa.

“Berdasarkan soal siasat, kita dapati kedua-dua suspek telah melakukan latihan untuk melaksanakan tugas itu di Pavilion dan KLCC sebelum aksi sebenar terhadap mangsa di KLIA2.

“Kita percaya bahan cecair yang digunakan adalah cecair beracun dan sudah tentu mereka tahu bahan tersebut berbahaya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Khalid, ini berikutan tindakan kedua-dua suspek yang menjarakkan tangan mereka sejurus selepas serangan dibuat terhadap Jong-nam, dipercayai untuk mengelakkan mereka terdedah dengan cecair toksik beracun itu.

“Kamu sendiri lihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu bukan? Kamu dapat lihat kedua-dua suspek wanita itu menjarakkan tangan mereka dan terus beredar menuju ke tandas untuk mencuci tangan. Jadi mereka tahu cecair itu beracun dan berbahaya.

“Perkara itu telah dirancang terlebih dahulu dan mereka telah dilatih berbuat demikian. Tidak ada unsur kononnya kejadian itu hanya lakonan untuk rancangan ‘prank’... tidak mungkin,” ujarnya.

Ditanya mengenai pembabitan empat suspek lelaki Korea Utara yang dikatakan berada berdekatan lokasi kejadian untuk me-nyaksikan sendiri pembunuhan tersebut, Khalid berkata, mereka dipercayai menyemburkan cecair beracun ke tangan dua suspek wanita sebelum kejadian itu.

“Siti Aishah yang bertindak dahulu dengan menyapu muka mangsa dengan tangannya yang sudah disemburkan cecair beracun sebelum Thi Huong melakukan perkara sama,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Jong-nam dipercayai maut selepas disembur sejenis cecair yang dipercayai racun di balai berlepas KLIA2 sebelum sempat berlepas ke Macau.

Jong-nam yang kemudian me-nga-du sakit telah dirawat di klinik di lapangan terbang terbabit sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dalam pada itu, Khalid memberi jaminan akan memberi perlindungan kepada waris terdekat Jong-nam, sekiranya waris tersebut datang ke negara ini untuk proses pengecaman dan pemberian sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Buat masa ini, masih belum ada waris tampil untuk proses tersebut dan khabar angin bahawa anak mangsa, Kim Han-sol telah datang ke negara ini untuk melengkapkan proses tersebut adalah tidak benar,” jelasnya yang sekali gus menafikan laporan dua akhbar hari ini yang mendakwa Han-sol telah menyerahkan sampel DNA di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Khalid juga menjelaskan kehadiran Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) di HKL awal pagi semalam adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana terdapat laporan mengenai cubaan menceroboh kawasan tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 06:44 AM | Show all posts
wow...just like jason bourne...bourne identity - dia pi mortuary kan tengok post mortem ...ni pun tempat operasi post mortem / in quest depa  dah siap siaga dah

wow  PDRM - i tak sangka  ada  skuad ni ...cayalah

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 22-2-2017 03:27 PM

Menurut Khalid, ini berikutan tindakan kedua-dua suspek yang menjarakkan tangan mereka sejurus selepas serangan dibuat terhadap Jong-nam, dipercayai untuk mengelakkan mereka terdedah dengan cecair toksik beracun itu.

“Kamu sendiri lihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu bukan? Kamu dapat lihat kedua-dua suspek wanita itu menjarakkan tangan mereka dan terus beredar menuju ke tandas untuk mencuci tangan. Jadi mereka tahu cecair itu beracun dan berbahaya.

Seperti familiar those liquid chemical
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 07:18 AM | Show all posts
part yg org nak tengok tak jeles pula...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 07:30 AM | Show all posts
Dah mula keluar macam2 cerita...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 22-2-2017 10:09 PM
Warrior @juliez harap dapat segera tepek video cctv airport jakarta yg dh leaked dkt kbs tu.

Tak jumpa noks. Cctv siti aishah dkt batam ada la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2017 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Talak tiga la macam ni
Sampai pecah masuk?? brutal giler ummah NK. Negara orang buat mcm negara dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 07:43 AM | Show all posts
Changa replied at 23-2-2017 12:32 AM
celah mana cakap kena suntik??
ke sister sendiri buat cerita? then sendiri meroyan??

Ce scroll pagi yang aku qoute tu. Ke aku salah faham.



"Beliau berkata kedua-dua wanita itu, yang memegang pasport Vietnam dan Indonesia, juga sedar cecair yang digunakan untuk menyuntik Kim Jong-nam adalah bertoksik dan beracun."

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 23-2-2017 12:28 AM
Indon mmg hauk suke pendek2 kan perkataan. Warung kopi pun leh jadi warkop.

Gorpis( Myanmar )  

Sekadar senyum pagi  
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 07:59 AM | Show all posts
azwana_alia replied at 23-2-2017 01:41 AM
kalau panjang begitu pun sister malas membaca..susahlah sisterr..membaca amalan mulia

dah bace la..kat umah

smlm kat opis...mls nk bace..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 22-2-2017 08:42 PM
Mujur nuat dlm jel, kalau x kompem dia juga agen north korea selepas agen amareka dan agen yahudi. ...

Dasar bimbo macaidapigs peminum Samsu dan todi tegar
Benda tak besar di besarkan, sebijik keling
Tengok orang lain berforum ada macam lu ka
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Is the vietnamese and indonesian actually nk natives with foreign passports ??
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Perasan tak, vietnam and indonesia haven't made any noise yet ..... Minta release ke apa

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Remand for the three have been extended to seven more days. This indicates they have more to offer to PDRM. Furthermore, PDRM has confirmed one of DPRK diplomats is indeed involved in the killing.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:20 AM | Show all posts
breakfrequency replied at 22-2-2017 10:05 PM
Boleh share link tak? Lotih den cari eh tak jumpo

ini tgk kat news 9 kat kbsworld (live dari kbs SK nun)..so tak tahu la mana nak carik kat internet
i mmg tgk berita SK hari2 kat tv.dorang nya news lagik details..seblm cctv klia2 tuh leak..KBS dah buat simulation mcm mana
KJN nih kena kat kiosk tuh bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:23 AM | Show all posts
mel18 replied at 22-2-2017 10:13 PM
bg link sis..

leh kami tgk2 jugak

takde link...if nak tgk..mlm nih kul 8 pm...tgk la kat 391/392 astro. dkt setgh jam gak dorang cover story nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 08:30 AM | Show all posts
btw..siti aisyah tuh keje kat restoran NK kat indonesia nun...nama restoran tuh mcm koryo restaurant jek..sbb ada nmpak dancers mcm koryo resto kat kl nih. so mmg dah rekrut jadik spy pun. aku fhm sikit2 jek korean tp ada pic dia pkai hanbok sume kat resto tuh...either dancer or waitress le kot,
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Jelita replied at 23-2-2017 08:20 AM
ini tgk kat news 9 kat kbsworld (live dari kbs SK nun)..so tak tahu la mana nak carik kat internet ...

Ya.. wartawan korea ni main terjah je kat wisma apa ntah. Walau pun kurang faham.. nampak effort news kbs ni lagi meletop dari  yg dari malaysia ni..
Selalu tgk drama je kat kbs.. tetiba tgk tan sri khalid pulak ckp kat situ..
Dia org interview org awam jgk..  
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 22-2-2017 03:56 PM
Mesti lah utk menghalalkan pembunuhan jong nam

tak terkejut pun kalu rakyat NK sendiri pun tak   tau tentang kes  pembunuhan ni.tu sebab Korea Selatan siap pasang beratus pembesar suara kat border dorang utk beri tau rakyat NK dan sedara mare dorang tentang kes, biar semua tau. gigeh nya Korea Selatan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 08:40 AM | Show all posts
WAJAH TERAKHIR KIM JONG NAM DAN SUASANA BILIK MAYAT HKL


Media dari Korea jangan ceritalah...macam ada konsert K-Pop kat sana ok.......

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.102990 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list