semakin hari semakin tua
rambut pun dah mula nampak uban
tapi dihitamkan balik dengan warna
berilah masa sehari dua
hasrat murni kan saya sampaikan
semoga diterima di pihak sana :l ...
orang tua dipanggil lama
duduk berehat janganlah kerja
sehari dua rasanya lama
kalau begitu lupakan saja.....
Originally posted by fatz at 14-4-2007 11:02 PM
mulut becok seperti bertih
bibir merah bertukar putih
kami tunggu nenek bertatih
berenti sekejap kalau dah letih....
Tidak bosan mendengar cerita
Dari cucuku yg kusangka muda
Tak payah cu tunggu kita
Otak dah ligat banyak idea
Originally posted by masarju at 14-4-2007 10:00 PM
api yg panas memang membara
kadang-kadang sampai naik terlupa
NBI86...apa khabar saudari/saudara
kita nie jarang bertegur sapa
dari perlis ke singapura
berhenti sekejap di simpang tiga
saya sentiasa sihat sejahtera
semoga mas pun begitu jua
Originally posted by NBI86 at 15-4-2007 12:45 AM
pantun dijual dan juga dibeli
memeriahkan suasana sejak pagi
rasa ngantuk dah kuasai diri
selamat malam dan jumpa lagi
benda senang dipanggil mudah
sengkuap masjid dipanggil kubah
selamat berehat mimpi yang indah
besok bangun idea bertambah.....