|
ALL ABOUT EBI KORNELIS - Dulu & Kini : Volume 4
[Copy link]
|
|
Idam Kancil, Dapat Vios
POSE istimewa Ebi buat tatapan peminatnya
DUA tahun lalu, pemilik nama Ebi Kornelis @ Firdaus Yaimal atau lebih mesra disapa Ebi hanyalah jejaka kampung tipikal yang tidak dikenali dan bekerja sebagai seorang kerani bagi menampung hidup.
Kehidupan Ebi awalnya bukanlah terlalu mewah. Bak kata orang, cukup sekadar ada sumber pendapatan untuk meneruskan hari-hari mendatang tanpa perlu meminta-minta bantuan orang lain.
Cuma ada satu pengalaman pahit. Jejaka berusia 23 tahun ini pernah melewati saat sedih apabila impian untuk punya kenderaan sendiri semasa bekerja sebagai budak pejabat ditolak mentah-mentah.
"Saya pernah ada keinginan nak beli kereta Perodua Kancil sebelum ini masa kerja sebagai kerani. Kalau ikut slip gaji memang tak cukup untuk buat pinjaman.
"Ada waktunya saya sampai nak pinjam slip gaji orang lain semata-mata nak penuhi cita-cita itu, tapi tak dapat juga.
"Lepas itu ada teman sarankan agar sambung bayar kepada pemilik yang nak jual kereta mereka, namun saya tak berani," akui Ebi mengimbas period sukar yang pernah dilalui semasa berada di Sabah.
Kini, semuanya berubah dalam sekelip mata. Ebi yang aktif bersukan sehinggakan pernah menjadi atlet olahraga peringkat kebangsaan ternyata melangkau satu transisi nyata, malah bukan lagi sekadar angan-angan Mat Jenin.
Peluang menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia 5 (AF5) pada tahun 2007 benar-benar merobah nasib anak kelahiran Kota Kinabalu ini.
Tidak hanya menjadi antara sebilangan individu yang berjaya meloloskan diri ke tembok kukuh AF5, sebaliknya Ebi pantas berlari memburu peluang yang tersedia luas di jalan depannya dengan merangkul takhta Naib Juara AF5.
Kejayaan Ebi yang dilahirkan pada 14 November 1983 membolehkan tuan punya badan meraih kereta Toyota Vios 1.5E beserta hadiah sampingan lain.
"Kali pertama dapat tengok dengan mata sendiri Toyota Vios itu pada 18 Oktober 2007 di Pulau Pinang.
"Saya dah tak sabar nak ambil kereta itu. Sebaik saja dapat kenderaan itu, saya terus pandu dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
"Syukurlah dapat bawa Toyota Vios itu dengan selamat. Lagi pun pihak Toyota dah bagi penerangan lanjut tentang fungsi serta cara pemanduan mobil tersebut.
"ada mulanya tak biasa lagi, lama-kelamaan saya dah faham 'jiwa' kereta ini," jelas Ebi teruja.
Selalu tersesat arah jalan
BERIKRAR untuk menjaga kereta ini dengan sebaik mungkin.
Pertama kali bertentang mata dengan pemuda tinggi lampai ini bagaikan sudah lama penulis mengenalinya.
Masakan tidak, sikap Ebi yang rendah diri, mesra dan selamba itu menjadikan sesi fotografi Ini Mobilku yang berlangsung di perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil itu berjalan lancar meskipun terik mentari rakus membakar kulit.
Sambil menyambung bicara kami petang itu, Ebi mengakui mengalami sindrom kurang arif selok-belok jalan di sekitar KL.
"Beberapa bulan lepas, saya kerap tersesat untuk ke destinasi yang ingin dituju. Enggan perkara sama berulang, saya pandu kereta ikut tanda jalan yang disediakan.
"Selalunya kalau salah jalan, saya akan pastikan cari papan tanda Bangsar atau Petaling Jaya. Cara itu saja yang saya gunakan hingga sekarang.
"Alhamdulillah, ia berkesan dan saya kurang hadapi masalah sesat lagi," jawabnya sambil tersenyum manis.
Ada kebenarannya kata pemilik suara garau dan seksi ini. Apa tidaknya, penulis yang menuruti kereta Ebi dari belakang untuk ke kedai makan berhampiran terpaksa berpusing-pusing disebabkan Ebi tersasar jalan.
Rasanya dua tiga kali Ebi menelefon penulis sambil memohon maaf disulami hilaian tawanya berdekah-dekah dek 'kebijaksanaan' dirinya. Begitulah kerenah si Ebi ini!
Gemar memetik gitar bagi menghabiskan waktu lapang, Ebi kini 'pakar' dengan jalan ke pejabat pengurusannya, Maestro Talent & Management Sdn. Bhd. dan arah ke studio milik Ajai di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara.
"Dulu memang saya teragak-agak kalau mahu ke dua tempat ini. Sekarang ini pejam mata pun saya boleh sampai situ," katanya sambil berseloroh menggamatkan lagi perbualan kami di sebuah restoran mamak di pinggir kota baru-baru ini.
Tidak gemar ubah suai kereta
BERTUAH kereta ini punya pemandu yang menjaga kebajikan dan kebersihan dalamannya.
Golongan lelaki kebiasaannya dikaitkan gemar mengubah suai kenderaan mereka bagi memberi sentuhan moden dan lebih 'jantan' tatkala memandu di jalan raya.
Berlainan pula bagi si pemuja Raja Pop, Jamal Abdillah ini yang kurang menekankan aspek keindahan luaran kereta.
Bagi Ebi, dia tidak mahu merobah banyak perkara terhadap mobil kesayangannya itu. Bentuk sedia ada sudah memadai, malah ia cukup menyenangkan hati semasa kenderaan itu mengangkutnya di jalanan.
"Saya cuma menggelapkan cermin kereta bagi mengelakkan cahaya matahari menyelinap masuk ke dalam kereta.
"Saya buat ikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa. Tidaklah terlalu gelap dan bukan terlampau terang seperti kondisi asalnya," ungkap Ebi berterus-terang.
Mengakui begitu 'menyintai' kenderaan, namun minat yang terarah dalam tubuh Ebi itu sekadar satu hobi biasa. Dia bukannya ekstrem dan taksub dengan jenama kereta.
"Asalkan nampak kereta cantik di jalan raya, saya cukup teruja. Tak tahulah bagaimana perasaan ini boleh timbul sedangkan saya sendiri pun tak tahu jenis dan asal-usul kenderaan yang dilihat itu.
"Cuma kalau awak tanya model kereta saya, pasti saya dapat jawab dengan pantas," sampuk Ebi terus bercanda dan menjadikan Mazda RX8 sebagai kereta idamannya.
Kurang arif penjagaan kereta
EBI bergaya dengan buah hati kesayangannya.
Lelaki yang terkenal dengan imej rambut kerinting dan bermata kuyu ini memberitahu, kepakarannya hanya melontarkan vokal, berlakon dan bermain alat muzik, tetapi bukannya dalam soal penjagaan kereta.
"Memang tak tahu langsung bab-bab jaga kenderaan ini. Saya cuma pastikan ia dijaga dan dibelai dengan baik. Lagipun saya pandu kereta ini perlahan, anggaran kelajuan 70 hingga 80 kilometer sejam.
"aling utama saya akan servis Toyota Vios ini ikut waktunya. Sekarang dah cecah 21,000 kilometer sepanjang hampir enam bulan menggunakan kereta ini.
"Kalau tanya bahagian enjin, memang saya tak tahu," akui Ebi yang gemar membasuh kereta sendiri sekiranya ada masa terluang.
nama wartawan ni kan FAIZAL SHAHARUNI
cuba baca dia punya gambaran psl ebi
(((EBIIIIII.....samalah kita......ai pun buta enjen )))
[ Last edited by lailamajnun04 at 7-5-2008 06:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hi uolsss |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Inspire at 7-5-2008 12:07 PM
Idam Kancil, Dapat Vios
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0507/Kosmo/Hiburan/hi_03.1.jpg
POSE istimewa Ebi buat tatapan peminatnya
DUA tahun lalu, pemilik nama Ebi Kornelis @ Firdaus Ya ...
amboi3X, berseh nye keta org bujang nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rubi_perez at 7-5-2008 10:46 AM
thanks uols
sape yg pegi saloma bistro tu snappy2 byk2..we want more stok rembesan:pompom: :pompom:
sapa lah yang gi tu ek..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by luv_boril at 7-5-2008 10:24 PM
sapa lah yang gi tu ek..huhu
nak cekelat bengbeng |
|
|
|
|
|
|
| |
|