CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miss_anne

PEPARI XXXI: MARI LEPAK BERSAMA RIZ

[Copy link]
Post time 15-10-2009 10:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 01:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 08:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 01:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 02:56 PM | Show all posts
Gambar kat poster tu, kacak sungguh.  Sri, tolong la tempek kat thread promosi album sekali
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 09:06 PM | Show all posts
Gambar kat poster tu, kacak sungguh.  Sri, tolong la tempek kat thread promosi album sekali
bungaros Post at 16-10-2009 14:56


k.bunga tlg tepek volley
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2009 10:56 AM | Show all posts
Gambar kat poster tu, kacak sungguh.  Sri, tolong la tempek kat thread promosi album sekali
bungaros Post at 16-10-2009 14:56


kan.... hensem bangat gambar riz kat poster / banner tu  ( adeh..... dah lama tak meroyan kat si riz nie )
tp ai masih setia la riz

dah dgr lagu bermula semula (full version), khilaf, cinta ini kat blog si lan....... best giler .... nmpknyer mmg
berbaloi-baloi la kalo beli album si riz nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 10:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 26-10-2009 00:21

16-Oct-2009 | Oleh: Ellyna Ali
Rumah Terbuka, Karaoke Raya Meriah!

Credit: murai.com




KUALA LUMPUR, 16 OKTOBER:  Kesinambungan daripada program Yok Sahur yang dianjurkan pada bulan Ramadan lalu, portal hiburan Melayu terunggul, murai.com.my, melengkapkan acara Ramadan & Raya (R & R) tahun ini dengan menganjurkan Rumah Terbuka Murai dan Karaoke R & R bersempena sambutan Aidilfitri semalam.

Sekali lagi Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah (RACTAR), di Subang Mewah, USJ, Selangor telah dipilih sebagai lokasi rumah terbuka itu selepas ia menjadi lokasi terakhir Yok Sahur pada hujung Ramadan lalu.

Pada malam ini, ramai selebriti popular tanah air telah diundang untuk meraikan Aidilfitri bersama 50 kanak-kanak yang menghuni RACTAR, GengMurai, pihak media dan rakan penaja.
Apa yang menarik, selain berhari raya, murai.com.my juga menganjurkan pertandingan akhir karaoke lagu-lagu raya yang disertai oleh 7 peserta berbakat daripada pembaca portal hiburan ini.

Mereka yang bertanding ialah Mohd Kamalrul Attan dengan lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Mohd Zulkahfy Azhari  (Anugerah Aidilfitri), Ahmad Fayzal Ayup (Air Mata Syawal), Endang Maya Sari (Sesuci Lebaran), Nurul Faraheeda  Zulkifli (Selamat Hari Raya), Fatin Syazwani Ahmad Rosli (Suasana Hari Raya) dan Nur Fatirah Mohd Dzahir (Selamat Hari Raya).

Juara akhirnya menjadi milik Ahmad Fayzal Ayup, kedua Endang Maya Sari dan ketiga Mohd Zulkahfy Azhari. Mereka masing-masing menerima tiket penerbangan ke Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching sumbangan AirAsia serta hamper tajaan Penerbitan JAS.

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua rakan penaja terutama Metrowealth International Group (MIG) yang sudi menaja juadah raya pada hari ini. Tidak ketinggalan, AirAsia Berhad yang menaja hadiah tiket penerbangan, Pengedaran JAS Sdn Bhd (hamper karaoke), BHR Bina Resources (kanopi), Taman Budaya Kuala Lumpur (sistem audio) dan juga ERA FM (penyiar rasmi).

Ramai artis hadir malam tadi termasuk Diddy Hirdy, Azwan Ali, Linda Onn, Maya Karin, Lisa Surihani, Erema, Nurfatimah, Alyah, Izwan Pilus, Sheila Abdul, In-Heart, Shazrul, Raja Azmi Raja Sulaiman, Riz AF6, Munir Phyne Ballerz dan ramai lagi.

Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil, berkata, belum pernah pertandingan karaoke lagu raya dicetuskan secara online seperti yang dilakukan oleh portal ini.

"Pertandingan karaoke lagu raya yang menjadi sebahagian daripada segmen Ramadan & Raya (R&R) ini telah dimulakan pada awal Ramadan lagi di mana ia terbuka kepada semua komuniti pembaca murai.com.my. Lebih 100 penyertaan diterima tetapi hanya 50 saja yang layak bertanding dan mereka  perlu menghantar maklumat peribadi, foto serta audio lagu raya nyanyian mereka. arikh tutup penyertaan ialah 10 Oktober lalu.

"Peserta juga bebas membawakan apa saja lagu raya yang menjadi pilihan mereka, tidak kira dalam bentuk unplugged mahu pun secara minus-one dan kemudian pembaca murai akan menentukan sendiri siapakah 10 peserta yang dirasakan paling layak masuk ke final.

"Sungguhpun begitu, hanya 8 peserta saja yang bakal bertanding di peringkat akhir malam ini disebabkan cukup syarat.  Manakala, 4 peserta pula berpeluang untuk memperdengarkan lagu karaoke nyanyian mereka menerusi ERA FM pada Sabtu ini (17 Oktober).

"Portal murai.com.my juga berbesar hati apabila ERA FM sudi untuk bekerjasama dengan menjadi radio penyiar rasmi bagi pertandingan karaoke yang seumpama ini. Harap-harap kerjasama yang seumpama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang," katanya.

Roslen berkata, Karaoke R&R ini telah diadakan untuk mencungkil bakat di kalangan pembaca murai.com.my, di samping menceriakan suasana sambutan raya pada tahun ini.

"Malah ia juga turut diadakan sebagai aktiviti sampingan untuk pembaca. Mereka bukan saja berpeluang membaca pelbagai paparan menarik dan terkini yang terdapat di dalam laman portal ini pada setiap hari tetapi mereka juga berpeluang untuk terbabit secara langsung di dalam program interaktif yang dianjurkan murai.com.my.

"Pada waktu yang sama, ini juga satu peluang untuk pembaca menunjukkan bakat nyanyian mereka di khalayak ramai khususnya di kalangan selebriti sendiri dalam sebuah majlis yang meriah. Menariknya, penyertaan yang diterima bukan saja dari Lembah Klang tapi dari negeri lain iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Pahang," katanya.

Pada majlis amal ini juga beberapa artis termasuk Umie Aida, Syazliana dan usahawan dari 369 HIO Marketing juga telah bermurah hati memberikan sumbangan duit raya kepada penghuni RACTAR. Artis yang membuat persembahan termasuklah Erema, Alyah dan artis baru, Shahzrul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2009 02:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 26-10-2009 00:22

Credit:Murai.com
17-Oct-2009 | Oleh: Haswari Ali
ALbum Solo Riz Bukan Ditaja Mak Datin!





KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER 2009:  Kehadiran kelab peminat Riz ketika pelancaran album sulung naib juara Akademi Fantasia 6 (AF6) itu di Hard Rock Cafe Kuala KL, baru-baru ini telah menimbulkan gosip.


Mana tidaknya, ini kerana ramai peminat Riz atau nama penuhnya, Mohammed Idris Mohd Zaizizi, pada hari itu tergolong dari kalangan Mak Datin, Datuk malah kerabat diraja yang sememangnya nampak sangat teruja dengan Riz.


Terdetik persoalan, adakah album Bermula Semula yang telah mendapat sentuhan komposer popular Ajai dari Wake The Baby serta edaran oleh Warner Music (M) Sdn Bhd itu mendapat tajaan dana daripada peminat VIPnya itu?  Malah apabila Riz kini memandu sebuah BMW, ia juga digosipkan sebagai kereta tajaan seseorang.  




"Saya dah agak perkara ini akan digosipkan. Terus terang kesemua mereka hanyalah peminat setia saya yang sangat saya hormati. Malah sokong saya malah turut membeli album saya seperti mana peminat lain. Itulah perkara yang sangat mengharukan saya. Kedatangan mereka membakar lagi semangat saya dan itulah 'tajaan' yang tidak ternilai.


"Sebenarnya semua peminat VIP ini telah menyokong saya sejak dari dalam AF lagi," jelas Riz bersungguh-sungguh.


Album Bermula Semula menyenaraikan 8 lagu yang mendapat sentuhan Ajai sebagai produser serta pembabitan beberapa nama popular dalam penulisan lirik seperti Slen, Abie Abdullah, Rosli Manah dan Ajai sendiri.


Berpuas hati dengan kemunculan album itu, Riz menjelaskan Bermula Semula adalah hasil daripada duit simpanannya  sendiri yang langsung tidak mengharapkan simpati atau 'pembiayaan terlindung'.


Katanya, daripada 8 lagu, hanya 3 lagu daripada album itu, Hanya Sandiwara, Ku Pinjam Satu Bintang dan Kau Wanita  telah disokong oleh Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB) sebagai syarikat showbiz yang bertanggungjawab memperkenalkan namanya ke persada seni hiburan.


Riz berkata, kerana kos penerbitan album itu yang agak mahal, dia terpaksa menangguh seketika penerbitan album itu sehingga simpanan kewangannya benar-benar mencukupi untuk melahirkan sebuah album penuh seperti hari ini.


"Sepatutnya album ini sudah dilancarkan beberapa bulan lalu tapi memandangkan ketika itu duit masih belum cukup, kenalah saya tungggu lagi. Banyak perkata perlu saya selesaikan seperti membayar rumah, kereta dan belanja harian.


"Kalau hendak tahu, ada satu masa, saya terduduk termangu bila memikirkan soal duit dan penerbitan album ini. Pernah juga saya mengikat perut dengan hanya makan mi segera saja, semata-mata nak kumpul duit untuk buat album ini. Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran semuanya telah tercapai," ujarnya.


Ibu dan ayah Riz sudah kembali bersatu


Sedar ini adalah masa terbaik untuk melahirkan album, Riz bersyukur kerana berpeluang menujukan salah satu lagu daripada album itu kepada kedua ibu bapanya yang telah bersatu kembali selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung.


Menurut Riz, lirik yang tertulis pada lagu Bermula Semula cukup memang simbolik bagi menceritakan kegembiraannya sebagai anak yang dapat melihat ibu bapanya kembali bersama.


"Sebenarnya ketika saya menyertai AF dulu, saya mengalami masalah keluarga. Mak dan ayah saya mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama. Awalnya konsert AF minggu pertama, ayah saya tidak datang melihat saya.


"Tapi masuk minggu ke-3, saya dapat lihat ayah datang ke konsert meskipun tidak duduk dekat ibu saya ketika itu. Dari minggu ke minggu saya lihat mereka semakin rapat yang akhirnya memutuskan untuk bersama kembali,” katanya dalam nada terharu dan gembira.


Selain single popularnya Hanya Sandiwara dan lagu duet bersama Alyah, Ku Pinjam Satu Bintang yang kerap berkumandang di corong-corong radio, Riz turut mempertaruhkan lagu seperti Khilaf, Harus Ku Yang Pergi dan Cinta Ini.


Lagu-lagu ini juga boleh dimuat turun untuk dijadikan nada dering bagi telefon bimbit anda. Sementara itu, difahamkan, lagu Riz dan Alyah iaitu Ku Pinjam Satu Bintang layak menyertai semi-final Muzik Muzik dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh TV3 minggu depan. Tahniah Riz!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 02:25 AM | Show all posts
Photoshoots and Astro TV programmes




Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 26-10-2009 00:29

Credit: Kosmo Online
Digilai mak datin, Riz tidak kisah
[email protected]          19 Oktober 2009




SEBELUM ini heboh kononnya kehidupan Riz ditaja sehingga membolehkannya bergaya sakan dengan barangan berjenama mewah termasuk memiliki sebuah kereta mewah, BMW 320i.

Apatah lagi kerjaya seninya masih baru berputik dan tidaklah sehebat mana.

Melihat kepada kebanyakan peminat yang hadir pada majlis pelancaran album penyanyi Riz atau nama sebenarnya Mohammed Idris Mohd Zaizizi baru-baru ini, ia seperti mengiyakan gosip hangat yang pernah tersebar tentang dirinya itu.

Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan kenamaan termasuk kerabat diraja, wanita berpengaruh dan mak datin yang dilihat menyokong kuat perjalanan kerjaya pemuda berusia 24 tahun ini.

Seperti mengetahui apa yang berlegar di minda pihak media, Riz menjelaskan semua peminat golongan kenamaan itu telah menyokongnya sejak dia berada dalam program Akademi Fantasia (AF6) musim keenam lagi.

Justeru, tiada salahnya jika mereka masih menyokongnya sehingga ke hari ini.

"Saya tidak kisah siapa yang minat saya, remaja, orang tua, lelaki, atau mak datin sekali pun saya menerimanya. Bagi saya sebagai artis saya tidak boleh menentukan kelompok peminat. Semuanya terpulang kepada seseorang individu.

"Saya senang dan selesa dengan keadaan sekarang walaupun ada mulut-mulut di luar sana yang mengatakan saya ditaja oleh peminat yang kaya raya. Baguslah mereka berduit boleh beli album saya yang asli," ujarnya berseloroh.


RIZ menunggu lebih setahun untuk menghasilkan sebuah album penuh yang turut menyaksikan kolaborasinya dengan penyanyi Alyah.



Meskipun kebanyakan peminatnya terdiri daripada golongan kenamaan, itu bukanlah satu tiket untuk Riz mengambil kesempatan terhadap peminatnya.

"Kalau benar saya ditaja orang, rasanya album saya sudah lama keluar tidak perlu menunggu sehingga setahun. Tetapi kerana bajet yang terhad dan menggunakan wang simpanan saya sendiri baru sekarang album solo pertama saya muncul," ujarnya.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh setahun wang diperolehi dari persembahan nyanyian akan disimpan sedikit demi sedikit ke dalam akaun syarikat miliknya Riz Entertainment bagi membikin albumnya.

"Bukan murah nak buat album berpuluh ribu juga habis, itu belum masuk promosi dan lain-lain kos. Kalau benar ditaja tidak perlulah saya susah-susah kumpul duit.

"Peminat yang datang hari ini semua sekadar menyokong sahaja tidak lebih daripada itu," katanya jujur.

Album buat ibu bapa

Istimewanya tentang album yang berjudul Bermula Semula ini, Riz memberitahu ia ditujukan buat kedua-dua ibu bapanya kerana ketika memperolehi lirik lagu tersebut ia seolah-olah menggambarkan situasi keluarganya.

"Bapa dan ibu saya pernah bercerai dalam dua bulan semasa saya masuk AF6, kemudian mereka rujuk semula tidak lama selepas itu.

"Judul album Bermula Semula menggambarkan satu permulaan baru buat ibu bapa saya. Saya bersyukur kini mereka sudah kembali bersama," katanya yang berkolaborasi bersama Alyah dalam lagu berjudul Bermula Semula.


RIZ menafikan dia ditaja oleh orang kenamaan atau mak datin.


Menyentuh tentang album lagi, Riz telah memberi sepenuh kepercayaan kepada komposer terkenal Ajai selaku penerbit dan pencipta kebanyakan lagu dalam album sulungnya itu.

Pilihannya itu dianggap tepat kerana kebanyakan lagu yang diperdengarkan pada majlis pelancaran albumnya di Hard Rock Cafe cukup mesra telinga.

Kata Riz, dia memilih Ajai disebabkan kredibiliti yang dimiliki komposer itu dan yakin dengan hasil yang bakal diberi kepadanya.

"Album ini hasil duit saya, cuma tiga lagu dibiayai oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd. kerana telah dirakam ketika Maestro masih ada.

"Oleh itu, saya mahu yang terbaik dan saya sebenarnya suka dengan kebanyakan lagu-lagu Ajai. Bukan saya tidak mahu bekerjasama dengan komposer lain, sebab ada dua lagu saya dicipta oleh orang lain.


ANTARA kenamaan dan datin yang menyokong kerjaya Riz.


"Disebabkan ini album pertama, ia sekadar percubaan. Kalau peminat suka mungkin album seterusnya baru saya akan bekerja dengan ramai komposer," ujarnya tentang album yang kebanyakan liriknya ditulis oleh rakan media.

Masalah pasaran album lembap memang tidak pernah berkesudahan tetapi menurut Riz pada mulanya dia juga seperti penyanyi baru yang lain hanya ingin melahirkan sebuah mini album.

Tetapi selepas berbincang dengan Ajai dan setahun tempoh kajian, akhirnya mereka mencapai kata sepakat menghasilkan album dengan lapan buah lagu termasuk versi live lagu yang dinyanyikan pada konsert terakhir AF6 yang berjudul Hanya Sandiwara.

"Setiap penyanyi mesti nak keluarkan album, cuma saya bernasib baik kerana dapat hasilkan sebuah album penuh dalam pasaran yang agak lembap," ungkapnya.


RIZ bersama ahli keluarganya semasa pelancaran album Bermula Semula.


Walaupun begitu, Ajai cukup yakin album sulung Riz bakal mendapat sambutan kerana selain dijual secara fizikal oleh pihak Warner Music (M) Sdn.Bhd yang bertindak selaku pengedar, setiap lagu juga boleh dimuat turun oleh peminat.

"Memang sekarang zaman muat turun tetapi saya percaya promosi cara lama paling berkesan apabila artis Wake The Baby, Alyah berjaya menarik perhatian masyarakat dengan bakat yang dimilikinya.

"Berdasarkan pengalaman itu, kami akan gunakan sepenuhnya untuk mempromosi album ini termasuk mengadakan persembahan pentas jelajah di seluruh negara untuk mendekatkan diri dengan peminat," terang Ajai.

Selain lagu Bermula Semula, lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang dinyanyikan secara duet bersama Alyah juga dimuatkan dalam album itu. Menariknya dalam album Riz lagu tersebut akan dipersembahkan secara solo.

Bukan itu sahaja, album Bermula Semula turut menampilkan lagu Hanya Sandiwara, Harus Ku Pergi, Kau Wanita, Kehilangan, Cinta Ini dan Khilaf.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:57 AM | Show all posts
k.bunga tlg tepek volley
srisaujana Post at 16-10-2009 21:06


ahkak x pandai bab2 tepek menepek ni Sri...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 08:25 PM | Show all posts
Gambar kat poster tu, kacak sungguh.  Sri, tolong la tempek kat thread promosi album sekali
bungaros Post at 16-10-2009 14:56


dh tepek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 12:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 26-10-2009 00:33

Hasil titik peluh terbitkan album
Credit:sakini@hmetro.com.my                     Selasa, 20 Oktober 2009

Justeru, tidak hairanlah apabila kehadiran penyanyi tinggi lampai ini sentiasa mendapat perhatian. Walaupun menyepi seketika selepas berakhirnya AF6, dia kembali menyengat menerusi single Ku Pinjam Satu Bintang, hasil paduan suara bersama Alya.

Sepinya Riz, 23, bukan bererti menarik diri, tetapi sibuk dengan proses album sulungnya. Akhirnya, kerja keras yang dimulai sejak hujung tahun lalu membuahkan hasil apabila Riz bakal menerbitkan album penuh yang dijangka berada di pasaran hujung bulan ini. Biarpun tidak sabar menanti, dia dikatakan pula mendapat tajaan golongan VIP bagi merealisasikan impiannya.

Apatah lagi, sesi pelancaran album solo Riz di Hard Rock Cafe, baru-baru ini turut dihadiri golongan itu. Turut hadir di majlis itu ialah Pengurus Artis dan Repertoir Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad.

Melihat kemesraan Riz bersama mereka dan pengakuannya mengenai kos pengeluaran album yang 100 peratus ditanggungnya menerusi Riz Entertainment, menguatkan persepsi negatif itu. Justeru, kesempatan bertemu dengannya selepas majlis pelancaran albumnya, tidak disia-siakan untuk menyusuri lanjut persoalan itu.

"Cabaran paling besar ketika melahirkan album ini adalah wang dan disebabkan itu saya mengambil masa yang agak lama. Kalau dikatakan saya mendapat tajaan, awal-awal lagi selepas keluar AF sudah ada album.

"Tetapi, mengapa saat ini baru ada? Ini kerana saya berusaha menyimpan separuh pendapatan hasil dari setiap persembahan yang dijayakan. Mereka yang anda lihat, adalah ahli kelab peminat rizangels dan datang sini untuk memberi sokongan padu pada karier seni saya. Langsung, tidak lebih dari itu," katanya.

Agak skeptikal jawapan yang diberikan Riz apatah lagi sebelum ini ada kedengaran yang empunya badan bercuti di luar negara iaitu Jakarta, Phuket dan Australia. Sudah tentu perbelanjaan diperlukan bukan sedikit, merangkumi harga tiket penerbangan, hotel, makanan dan juga membeli-belah. Ditambah, tolak dan bahagi semua, berapa banyaklah persembahan yang dapat dijayakannya itu dapat memenuhi perbelanjaan kos pengeluaran album.

"Bukankah sekarang syarikat penerbangan sibuk mempromosi pakej penerbangan murah? Saya sebenarnya sudah lama mendaftar di laman web mereka untuk dapat tiket murah. Jadi, ini sedikit sebanyak mengurangkan kos perbelanjaan.

"Lagipun, saya ada restoran sendiri iaitu Restoran Riz , di Grik yang menjual makanan ala Thai. Selepas melihat kejayaan memberangsangkan, saya berpeluang membuka cawangan baru selepas raya baru-baru ini. Alhamdulillah, berkat persembahan dan keuntungan bersih daripada perniagaan restoran, secara tidak langsung membantu saya mengumpul wang untuk hasilkan album solo. Justeru, saya harap tidak ada lagi mana-mana pihak meragui sumber mana saya dapatkan duit," tegas Riz.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 11:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 08:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 12:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 1.829011 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list